Khamis, 16 Februari 2012

BILA KITA TAK MENGHARGAI KEPINTARAN RAKYAT KITA SENDIRI...LAGI DAHSYAT JIKA TIDAK MENGHARGAI ANUGERAH ALLAH...NIKAMAT2 YANG DIBERI TIDAK TERHITUNG TAPI DEGIL DALAM RANGKA MENTAATI ALLAH...MACAMLAH TAK MATI2...

Pejabat JK Bertindak Kg Baru akan dibuka

Hazayani Zakaria, 16 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pejabat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG) akan dibuka secara rasmi beberapa hari lagi bagi memudahkan penduduk berurusan di situ.

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) berkata, ruang pejabat sudah lengkap cuma perlu melakukan beberapa kemasan terakhir.

Pejabat yang bersifat "one stop center" akan dikendalikan oleh wakil SPKB, Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS) dan anggota Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

"Penduduk boleh datang ke pejabat ini yang akan dibuka setiap hari untuk sebarang urusan contohnya ingin mengetahui pelan pembangunan yang ditawarkan PKNS.

"Kita juga menyediakan khidmat guaman melibatkan undang-undang tanah, harta pusaka, akta MAS ," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

JKBPKG ditubuhkan sebagai usaha mengelakkan penduduk Kampung Baru daripada menjadi mangsa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan Dewan Negara, Disember lalu.

Ahmad Zamri berkata, hasil mesyuarat dua hari lepas bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKNS, JKBPKG akan mula bergerak secara aktif memandangkan penduduk masih belum jelas mengenai pelan pembangunan yang akan dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Walaupun undang-undang telah diluluskan dan Kementerian berhak ke atas kampung Baru, tapi belum ada penjelasan terperinci mengenai status penduduk.

"Kalau nak dilakukan pembangunan, penduduk kena jula tanha atau sebagainya masih menjadi tanda tanya. Sebab itu kita tawarkan pelan alternatif kepada penduduk," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM).

Sementara itu, Khalid akan memanggil anggota MAS bermesyuarat untuk melakukan penstrukturan semula terhadap badan itu.

Khalid berkuasa memanggil mesyuarat MAS yang wujud sejak 111 tahun dahulu berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

Penstrukturan semula MAS ini bagi memastikan keanggotaan terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mempunyai kepakaran berlainan dalam menguruskan hal ehwal penduduk Kampung Baru.

Selain menteri besar, MAS dianggotai 11 anggota, termasuk tujuh ketua-ketua kampung di kawasan itu dan empat anggota dilantik.

Kenyataan Shahrizat wanita sokong BN tidak tepat

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil bahawa BN mendapat sokongan wanita negeri Kedah adalah tidak tepat. Mungkin Shahrizat mendapat informasi yang meleset yang diberikan oleh wanita BN Kedah. Selain wanita dari parti Pakatan Rakyat, wanita yang tidak berparti pun belum tentu menyokong BN. Pengundi wanita negeri Kedah bukan semua tinggal di negeri Kedah sepenuh masa.

Jika Shahrizat atau pemimpin BN pergi ke Kedah menemui pengundi, bukan semua ada di negeri Kedah. Ada lagi pengundi yang tinggal di luar kawasan dan akan balik mengundi apabila tiba hari mengundi. Sebaliknya Pengerusi Pergerakan Wanita BN Kedah Datuk Dr. Maznah Hamid mengundi di Kedah ke?. Mungkin semasa berkempen pilihanraya memang ada kelibatnya di negeri Kedah, seketika bersedekah kain batik dan pelikat kepada orang kampung. Tetapi kita tidak tahu di mana saluran mengundinya di negeri Kedah.

Mungkin pemimpin wanita BN tidak menyedari ada wanita yang telah bersara dan tinggal di luar kawasan akan pulang ke kampung untuk mengundi dengan menolak BN. Antaranya ada yang sangat tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan BN selama ini.

Ada pesara kakitangan kerajaan dari  kumpulan sokongan, akan menjadi pesara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia pimpinan BN sampai bila-bila. Sebabnya ialah kerajaan tidak adil kepada sesetengah kakitangannya yang telah berpengalaman dengan berkhidmat berpuluh tahun. Sebagai kakitangan bawahan kita berusaha memperbaiki diri dengan menuntut ilmu. Dari memperoleh diploma kepada ijazah sarjana muda, kemudian kepada ijazah master. Semuanya dilakukan dengan usaha sendiri. Dari perbelanjaan pengajian sehinggalah ada ketika terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk keperluan pengajian. Jika tidak dengan kekuatan keazaman tidak semua orang sanggup melalukannya.

Malangnya usaha sebegitu tidak dipandang oleh kerajaan BN. Agar melantik ke jawatan yang lebih tinggi dari kumpulan sokongan di tahap mula berkhidmat lebih dari tiga puluh tahun lamanya. Kerajaan menambah bilangan kakitangannya dengan mengambil orang baru dari memberi peluang orang yang telah lama bekahidmat dengannya. Maka jadilah penindasan orang yang terlalu muda ke atas orang yang telah lama berkhidmat.

Jika kelulusan pegawai yang muda itu lebih tinggi, munasabah juga tetapi kelulusan mereka pun tidaklah lebih tinggi. Pengalaman tentulah kurang dari orang telah lama berkhidmat. Jika ada kakitangan (pun masih muda) yang dinaikkan pangkat ialah kerana perhatian istimewa dan sokongan dari pegawai atasan.

Sebagai pesara kita tidak ingin mengambil tahu lagi apakah yang berlaku dalam skim perkhidmatan yang akan diperkenalkan kepada kakitangan yang dihebohkan sekarang. Tetapi kita akan menjadi pesara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia pimpinan BN. Tidak puas hati itu akan diterjemahkan dalam pilihanraya walau pun kita bukan dari mana-mana parti. Bukan undi dari orang muda belia sahaja yang bernilai tetapi setiap dari warga yang layak mengundi adalah bernilai. Jika tidak, tak lah orang uzur tidak berupaya berjalan pun dibawa pergi mengundi.

Pengundi pesara,
Sal SLH

Zunar kini sebaris dengan Siti dan Sudir

Harakahdaily, 16 Feb 2012
LONDON, 16 Feb: Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaq berjaya mengharumkan nama negara dan sekaligus meletakkan nama beliau sebaris dengan penyanyi Siti Norhaliza dan Sudirman Haji Arshad.

(Zunar menerangkan tentang kartunnya kepada pengunjung)

Mereka bertiga adalah artis yang sama-sama membuat persembahan di kota London. Namun, cerita Zunar tidak memenuhi dada-dada akhbar media tradisi kerana beliau bertembung dengan media jenis ini.

Kalau Siti dan Sudir menyanyi, Zunar pula membuat pameran solo kartunnya mulai 15 Februari semalam, mulai jam 6.45 petang di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London.

Pameran beliau berjudul "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun) dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi.

Ini adalah pameran solo Zunar yang pertama. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain.

Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa.

Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.

(Orang ramai yang memenuhi ruang pameran kartun Zunar di London)


Penal jemputan semasa majlis pelancaran adalah Pengasas Radio Free Sarawak, Clare Rewcastle Brown dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr Agnes Callamard.

Kira-kira 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara.

Program semalam bermula dengan ucapan oleh Agnes, Clare dan diikuti ucapan oleh Zunar. Clare kemudian merasmikan pameran.

Dalam ucapannya, Zunar antara lain berkata, Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi.

Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun, katanya.

"Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini," kata Zunar.

Bagi Zunar, penahahan beliau di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah.

"Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah," katanya.

Dalam ucapannya, Clare pula berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim."

Menjawab soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham, Zunar berkata:

"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari.

"Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya," katanya diikuti gelak ketawa para hadirin.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui memuji langkah yang diamnil Zunar.

(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Free Word Centre, London dalam majlis pelancaran pameran kartun Zunar)

"Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat," kata Amir, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia.

Robin, jurutera komputer dari Belgium. "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)." 

Andrew Tynan, pengurus IT di London pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang."

Adil Johan, pelajar di King’s College, London pula berkata: "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau."

Hassan Marican: Hari sedih untuk Malaysia

Harakahdaily, 16 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 16 Feb: DAP menyifatkan, beberapa hari ini adalah hari sedih untuk Malaysia apabila gagal menjaga yang terbaik untuk negara dan terlepas ke pihak lain.

Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican (gambar) sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini merupakah hari sedih apabila Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura.

Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas  pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa.

Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

"Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini, tambahnya.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar, tekan beliau.

Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal, dakwa beliau.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.
Iklan Teks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan