Sabtu, 28 Januari 2012

USTAZ AZHAR IDRUS AKAN JADI CALON PRU 13...MENARIK..MOGA2 TERLAKSANA@TERCAPAI ..INSYAALLAH AKAN MENANG...RAKYAT SEKARANG NAK KEMBALI KEPADA ISLAM...NI HAK MEREKA...TUNAIKANLAH...

Calon PRU13 ditentukan pimpinan - Tengku Hasan

Khairul Azlam Mohamad, 28 Jan 2012

(Tengku Hassan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina di Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Jan: Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas yang tersohor masa kini, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sekadar spekulasi.

Bahkan, ianya tidak menggugat penyandangnya Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada pilihan raya 2008, lalu.

Katanya, siapa yang berhak sebagai calon PAS bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti.

Menurutnya, bukan hak sesiapa yang boleh mendahului keputusan kepimpinan parti termasuklah menamakan mana-mana calon.

“Soal calon itu terserah kepada pucuk kepimpinan parti dan biar mereka (pimpinan) yang tentukan siapa calon-calon yang layak bertanding pada PRU13.

“Saya tidak rasa tergugat atau tercabar kerana hal calon bukan kita yang tentukan tetapi pucuk kepimpinan parti (PAS),” ujarnya ketika menghadiri rumah terbuka Dewan Himpunan Cina di Kampung Cina, dekat sini, 27 Januari lalu.
(Tengku Hassan menyambut salam Pengerusi Parti Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping pada majlis rumah terbuka Dewan Himpunan Cina Terengganu.)

Hadir sama mengiringi Tengku Hassan ke majlis rumah terbuka tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Beliau yang Timbalan yang Dipertua PAS Kuala Terengganu menyifatkan desas-desus mengenai calon PAS di Dun Ladang itu sekadar spekulasi di kedai kopi sahaja.

Katanya, sebagai Adun Ladang yang dipilih oleh rakyat masih menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat sehingga kini.

“Itu (desas-desus) sebagai calon mungkin spekulasi di kedai kopi yang melihat aura populariti dia (Ustaz Azhar) masa kini yang diminati ramai.

“Saya masih seperti biasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat di Dun Ladang dan sekitarnya,” jelas Tengku Hassan.

Pada pilihan raya tahun 2008, PAS berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Dun Ladang apabila calon PAS, Tengku Hassan Tengku Omar menang dengan majoriti 31 undi.

Beliau memperolehi sebanyak 6,723 undi dengan menewaskan penyandangnya calon BN, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh yang mendapat 6,692 undi pada PRU12 lalu.

PAS Johor minta Jcorp batal ambilalih KFC

Hazayani Zakaria, 28 Jan 2012

(Demo yang dipimpin Dr Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor bagi membantah pengambilalihan KFC oleh Jcorp )

KUALA LUMPUR, 28 Jan: PAS Johor terus mendesak syarikat kerajaan negeri (GLC), Johor Corporation (JCorp) membatalkan cadangannya untuk mengambil alih KFC Holdings Bhd (KFC) dan QSR Brands Bhd (QSR) melalui syarikat tujuan khas, Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pengambilalihan itu memberikan implikasi yang besar kepada bumiputera apabila 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB.

"Implikasi yang sangat besar apabila kepentingan QSR dan KFCH terlepas kepada pihak asing adalah nasib ratusan kontraktor bumiputera yang dibimbing oleh JCorp bagi membekalkan barangan kepada rangkaian restoran KFC, Pizza Hut, Ayamas  dan RasaMas termasuk juga penternak-penternak ayam kontraknya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, pengambilalihan tersebut akan menambahkan hutang JCorp  samada di peringkat syarikat atau kumpulan sebanyak RM5.2 bilion.

"JCorp sekarang ini mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM6 bilion dan RM3.58 bilion perlu dijelaskan pada Julai ini bilamana bon yang diterbitkan pada tahun 2002 akan matang.

"Adalah satu tindakan yang tidak berhemah dan bijaksana dalam keadaan beban hutang yang banyak sepatutnya strategi yang diambil adalah untuk mengurangkan beban hutang bukan sebaliknya," katanya.

Dalam pengambilalihan ini, JCorp berkerjasama dengan CVC Capital Partner Asia Pacific (GVC) bagi menubuhkan MESB.

JCorp memegang 51 peratus kepentingannya manakala 49 peratus dipegang oleh CVC.

CVC merupakan sebuah firma ekuiti persendirian dan peunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) milik Yahudi.

MB Johor berbohong

Sementara itu, Dzulkefly (gambar)  turut mendakwa Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi JCorp berbong dalam kenyataannya baru-baru ini.

Abdul Ghani menyatakan bahawa CVC dipilih sebagai rakan kongsi dalam pengambilalihan ini, bukan Lembaga Tabung Haji (LTH) atau Felda kerana CVC mempunyai prestasi cemerlang dan berpengalaman luas dalam menguruskan perniagaan sama dan membuat pelaburan di rantau ini.

"Kenyataan ini merupakan satu pembohongan kerana CVC adalah syatikat ekuiti persendirian dan perunding pelaburan bukannya pengendali rangkaian restoran   makanan segera. CVC sebenarnya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam mengendalikan perniagaan rangkaian restoran makanan segera," katanya.

Abdul Ghani juga berkata proses pengambilalihan adalah sebahagian dari “Proses Rasionalisasi” perniagaan JCorp agar bahagian tertentunya menumpu kepada perniagaan utama seperti Kulim (M) Bhd.  tidak lagi terlibat dalam perniagaan runcit makanan tetapi menumpukan kepada perniagaan utamanya sahaja iaitu perladangan.

Jelas Dzulkefly, proses rasianolisasi dilaksanakan di dalam dunia korporat apabila sesuatu organisasi perniagaan menghadapi masalah di dalam pentadbirannya atau perniagaannya tidak mencapai sasaran prestasi yang diharapkan.

"Dalam kes QSR dan KFCH, kedua-dua syarikat adalah merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang telah mencatatkan prestasi perniagaan yang sangat baik dari segi jualan, keuntungan dan jumlah bilangan outletnya sepanjang berada di bawah pengurusn Kulim (M) Bhd.

"Dengan kata lain QSR dan KFCH bukanlah syarikat yang “tenat atau sakit” tetapi sebaliknya adalah merupakan “syarikat lubuk emas JCorp” dengan jualan kasar mencecah RM3 bilion setahun," jelasnya.

Sehubungan itu, satu memorandum diserahkan ke pejabat Menteri Besar Johor, Khamis lalu oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad disertai kira-kira 200 orang wakil PAS dari setiap daerah.

Dzulkefly juga berkata, siri jelajah juga akan diadakan ke setiap daerah bagi menjelaskan isu melibatkan kepentingan bumiputera itu.

"Rakyat Johor perlu sedar bahawa JCorp adalah syarilat GLC milik mereka, bukannya milik Umno BN yang boleh difaraidkan sesuka hati mereka.

"Ia adalah milik khazanah rakyat Johor yang perlu sentiasa dipelihara dan dipertahankan," katanya.

Wakil insurans: Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Thana Chew Ne Meng,
Thana Chew Ne Meng
Selaku Penaja Persatuan GIANTS ,
No 157, Tingkat Bawah ,
Kompleks Alor Star ,
05100, Alor Star , Kedah
Hp : 016-442 2262

06 OKTOBER 2011                                                   

Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak
Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya,
62502, Putrajaya.




Y.A.B Dato’,


PER : KEMBALIKAN HAK WAKIL INSURANS


Saya Thana Chew Ne Meng selaku penaja Persatuan GIANTS (Gabungan Insuran Agent N Takaful 1Malaysia) ingin meminta Perdana Menteri menyelesaikan masalah Wakil Insuran.

Membatalkan atau memansuhkan segera perkara yang memberi implikasi kerugian kepada agent Insuran/Takaful seperti Klaus 5.3 Perjanjian Antara Syarikat yang membenarkan Syarikat Insurans/Takaful memberi diskaun 5% hingga 10% kepada pelanggan ‘walk in’ ke kaunter syarikat yang tidak beretika. Kembalikan semula hak asal agen seperti yang tertulis dalam Klaus 5.3 Perjanjian Antara Syarikat.

Keadaan ini menyebabkan terdapat pelanggan lebih suka berurusan terus ke kaunter Syarikat Insuran berbanding dengan Wakil Insuran. Pemberian diskaun 5% hingga 25% juga bagi Insuran/Takaful am yang tidak munasabah tanpa pengetahuan dan persetujuan Wakil Insuran.

Penutupan kaunter Insuran/Takaful di Pejabat Pos, Myeg, Bank, Puspakom, dan 1 Komuniti JPJ hanya dibenarkan perbaharui cukai jalan sahaja.

Agensi seperti ini tidak sepatutnya dibenarkan menjalankan kaunter Insuran/Takaful dan sepatutnya menumpukan kepada teras perniagaan mereka masing masing. Bank tidak seharusnya memaksa pelanggan supaya wajib memperbaharui insuran dengan mereka semasa proses permohonan pinjaman.

Bank juga sepatutnya terus memberi geran kenderaan pelanggan sebaik sahaja permohonan dan pertukaran hak milik mereka selesai.

Tiga kenyataan misi yang dinyatakan oleh BNM  ialah

1)    menggalakkan budaya kerja yang menekankan standard profesionalisme dan integriti, kebijaksanaan,kerja berpasukan dan inovasi

2)    mengambil pendekatan kerjasama dalam segala yang kita lakukan

3)    mengguna pakai dasar dan amalan untuk meningkatkan daya saing institusi kewangan tempatan untuk menghadapi persaingan antarabangsa

Kenapa Klaus 5.3 Perjanjian Antara Syarikat wujud sekian lama tiba tiba berlaku perubahan sedangkan BNM dalam misinya “ menekankan standard profesionalisme  dan integriti , kebijaksanaan , kerja berpasukan dan inovasi “

Apakah pula yang dimaksudkan dengan “mengambil pendekatan kerjasama dalam segala yang dilakukan dan menguna pakai dasar dan amalan untuk meningkatkan daya saing institusi kewangan tempatan  untuk menghadapi persaingan antarabangsa”?

Sedangkan amalan yang diguna pakai adalah sebaliknya iaitu persaingan yang berlaku antara Wakil Insuran yang sah dengan Institusi kewangan sendiri bukan lagi persaingan antarabangsa.

Satu salinan fotostat urus niaga insuran MMIP yang diuruskan oleh Pejabat Pos yang tidak profesional diberi kepada warga asing. Perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana ia amat memalukan negara kita. Dari segi mana kelayakan yang mereka ada berbanding dengan Wakil Insuran yang sah.

Sesetengah Wakil Insuran di dapati boleh berurusan terus ke talian MMIP secara online. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Kenapa dua Syarikat Insuran iaitu Multi-Purpose Insuran Bhd dan Uni-Asia mendapat hak mutlak? sedangkan Syarikat Insuran yang lain juga ada bersama dengan MMIP tanggung bersama tetapi kenapa mereka tidak dapat hak yang mutlak seperti dua Syarikat Insuran diatas, Wakil Insuran pula di abaikan.

Saya mencadangkan ahli Wakil Insuran yang berdaftar dengan GIANTS diberi keutamaan untuk menjadi wakil MMIP termasuk pelan insuran kenderaan bermotor yang baru mulai 2012.

Kami berharap Y.A.B Dato’ mengarahkan Bank Negara Malaysia supaya menarik balik perlantikan Pejabat Pos, Bank, Myeg, Puspakom, dan 1Komuniti JPJ sebagai agent kerana ia akan menjejaskan pendapatan agent yang sah. Sepatutnya Myeg, Pejabat Pos, Puspakom dan 1Komuniti JPJ cuma boleh memperbaharui cukai jalan ,lesen dan sebagainya.

Diatas keperihatinan Y.A.B Dato’ kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan berharap “ Wakil Insuran Didahulukan dan diutamakan” .





Yang Benar,






…………………………………...
( THANA CHEW NE MENG)


CC : Bank Negara Malaysia

CC : Persatuan Insuran Am Malaysia

CC : Malaysian Motor Insurance Pool

PAS dan Anwar ucapkan syabas buat Zunar

Harakahdaily, 28 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 28 Jan: PAS dan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kertunis Zunar atau nama sebenarnya Zukefli Anwar ulhaque atas  pameran kartun solonya di London.

(Zunar akan adakan pameran solo di London Februari ini)

"Syabas saya ucapkan buat Sdr Zunar kerana akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun)," kata Anwar dalam kenyataannya.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad juga mengucapkan tahniah atas pencapaian Zunar kali ini.

Sebelum ini, Malaysia berbangga dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Sudirman Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza di London.

Kejayaan Zunar mendapat tempat untuk membuat pameran solo di kota besar ini juga tentu membanggakan negara.
Pameran tersebut akan berlangsung selama satu bulan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London.

Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan.

Ucapan penghargaan juga buat Artikel 19, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebebasan bersuara kerana menganjurkan pameran ini dan tahniah buat rakyat Malaysia di United Kingdom yang bertungkus lumus menjayakannya, kata Anwar.

"Saya difahamkan tema "Berjuang Melalui Kartun" dipilih oleh penganjur kerana kartun-kartun politik Sdr Zunar ternyata mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia," kata Anwar.

Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku-buku kartun beliau dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam.

Selain tu, pejabat Zunar di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-bukunya turut dirampas.

Manakala itu kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku beliau atau menghadapi risiko kehilangan lesen.
Kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku beliau.

Pada September 2010, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah.

"Buat Sdr Zunar dan seluruh seniman, teruskan perjuangan anda semua, teruskan berkarya dan jangan sesekali tunduk menyerah kepada penguasa yang zalim serta rakus," kata Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan