Sabtu, 28 Januari 2012

ELOK TERIMA PELAWAAN...AGAR KITA DIPANDANG BERMARUAH...AKAN KELIHATAN CANTIK@HEBAT..BUKAN HANYA BERKOKOK DALAM REBAN SENDIRI SAJA....TAK SYOK..MACAM TAK MELAWAN..SAPE ORANG SOKONG...ITU HAK RAKYAT..BAGAIMANA PULA DIAKHIRAT KELAK NAK JAWAB SOALAN2 DARI ALLAH..TENTU LAGI PARAH...

Hadi lahir hasrat mahu berundur, tidak mahu bertanding dalam PRU-13

January 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Disebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Kata Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Beliau (gambar) berkata sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam pilihan raya ke-13.
“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya menambah menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.
Jelas Hadi, ramai pemimpin pelapis dalam parti Islam itu yang boleh diberi peluang untuk membawa hala tuju parti di masa depan.
Katanya, penglibatannya dalam arena politik sezaman dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sampailah kini.
“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi naib presiden semasa berusia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.
Hasrat Hadi ini mungkin akan memberikan rasa kurang senang dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.
Sejak bergabung di bawah Pakatan Rakyat, parti perikatan ini telah mencipta sejarah pada pilihan raya umum 2008 apabila berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.
Selain itu Pakatan Rakyat turut menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

Anwar tak patut didakwa apatah lagi dibuat rayuan

Muhammad Yusri Amin, 28 Jan 2012

TUMPAT, 28 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak didakwa atas pertuduhan liwat kerana ketiadaan bukti yang cukup apatah lagi mahu dirayu pula keputusan Mahkamah Tinggi selepas didapati tidak bersalah.
(Kamarudin melayan tetamu di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tumpat)
Demikian pandangan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamrudin Jaffar dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam sempena majlis sambutan Tahun baru Cina di sini petang semalam.

Kamarudin mengulas perkembangan terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, inilah pandangan pelbagai pihak ekoran tindakan pejabat Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar sebelum ini.

Kes itu difailkan rayuan pada ham 4.30 petang dan di hari terakhir ia boleh dibuat rayuan.

Kamarudin mendakwa, walau pun ada peruntukan undang-undang untuk merayu atas keputusan mahkamah, namun kes ini sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah kerana buktinya tidak cukup.

Beliau menyandarkan perkara ini dari kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council),pemerhati-pemerhati undang-undang antarabangsa.

Mereka menganggap Anwar dalam kes itu, bukan saja Anwar didapati tidak bersalah dan mesti dibebaskan, malahan mereka berpendapat sepatutnya kes itu tidak dibawa langsung ke mahkamah oleh kerana buktinya tidak cukup.

NFC: Najib perlahan, tidak telus dan tidak berani

Muhammad Yusri Amin, 28 Jan 2012
TUMPAT, 28 Jan: PAS menyifatkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat perlahan, tidak telus dan tidak berani dalam menyelesaikan isu penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

(Selamat Tahun Baru Cina...Kamarudin meraikan orang Cina di Tumpat)
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ekoran itu, rakyat dapat menilai sama ada Najib benar-benar ikhlas untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Beliau mendakwa dalam kes membabitkan Menteri Kabinetnya (yang dikaitkan dengan skandal NFC), Najib dilihat tidak berani mengambil tindakan berkesan khususnya untuk menghapuskan rasuah.

“Kes NFC itu didakwa melibatkan menteri Kabinet beliau sendiri, makin menunjukkan bahawa PM tidak berani mengambil tindakan yang ada kaitan dengan rasuah dalam negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Kamurudin yang juga Anggota Parlimen Tumpat berharap rakyat akan dapat menilai dengan jelas sama ada Najib benar-benar ikhlas untuk menghapuskan rasuah Di Malaysia.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis pemimpin bersama masyarakat Tiong Hwa sempena sambutan Tahun Baru Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan dekat sini petang semalam.

Turut Hadir Timbalan Menteri Besar yang juga Adun Pasir Pekan Datuk Ahmad Yaacob dan anggota Exco yang juga Adun Kota Lama, Datuk Anuar Tan.

Hadir sama pemimpin masyarakat pelbagai kaum, aktivis parti dan penduduk  tempatan.

(Gambar: Kamarudin, Ahmad dan Anuar memberikan ang pau sempena Tahun Baru Cina)


Kamarudin melahirkan rasa gembira dan bersyukur lantaran masyarakat Tiong Hwa termasuk kaum Thai di Parlimen Tumpat dan di kawasan lain di Kelantan, memberi kerjasama erat kepada program dianjurkan kerajaan.

“Ini saya yakin adalah ‘reaksi balas’ masyarakat itu kerana mereka dapat melihat sendiri bahawa kerajaan PAS telah berpuluh tahun dengan amalan ikhlas memberi perhatian berat kepada kebajikan, menjaga kebudayaan, menghormati amalan serta memberi perlindungan kepada rumah-rumah ibadat mereka,” katanya.


Tidak telus


Kamarudin  mendakwa, kerajaan Persekutuan  sememangnya perlahan dan tidak telus dalam menyelesaikan kes membabitkan NFC itu.

Beliau mendakwa, isu itu kini amat membimbangkannya, dan dalam masa yang sama, ada percubaan untuk mengkritik Jabatan Audit Negara walau pun Ketua Audit Negara telah muncul sekali lagi mempertahankan laporan mereka (termasuk mengenai penggunaan dana RM250 juta oleh NFC).

“Pihak Audit sekali lagi mengatakan bahawa mereka tidak tersilap dalam membuat kesimpulan mereka bahawa ada masalah dari segi penggunaan wang negara yang bernilai RM250 juta itu.

“Ketua Audit Negara pun memberi bayangan bahwa tindakan seterusnya mesti diambil oleh jabatan dan agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar

Harakahdaily, 28 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 28 Jan: "Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."

Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.

Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.



Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.
Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan  Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.

Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib.

Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.

Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan