Isnin, 30 Januari 2012

SALAHKAN ORANG MEMANG PANDAI...MACAMLAH BELIAU TAK BEGITU...BERPOLITIK SECARA SIHAT..BUKAN POLITIK SUKA MAIN WAYANG@BERPURA2...DEPAN CAKAP LAIN..DALAM HATI LAIN...

Hujahan Kickdefella pindah kes didengar 4 Mac

Harakahdaily, 29 Jan 2012
KOTA BHARU, 29 Jan: Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu (1) hari ini menetapkan 4 Mac depan untuk pendengaran hujahan peguam-peguam berkaitan permohonan Syed Azidi Abdul Aziz @ kickdefella bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur. Permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim pada tarikh berkenaan setelah hakim mendapati suratcara dan afidavit-afidavit kesemua pihak telahpun difailkan.
Antara lain alasan yang diberikan oleh Syed Azidi bagi memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur ialah kerana beliau khuatir dengan keselamatan beliau jika kes itu terus dibicarakan di Kota Bharu.

Sementara itu, permohonan peguam Datuk Husam Musa untuk mendapatkan satu perintah injunksi ke atas Syed Azidi dicabar oleh oleh para peguam Syed Azidi.
Permohonan injunksi itu bertujuan untuk menghalang Syed Azidi daripada terus menulis atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh mengenai Husam Musa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 11 Mac ini untuk peguam-peguam berhujah berkaitan dengan permohonan tersebut.

Pada prosiding hari ini, Husam diwakili oleh peguam Hisham Fauzi manakala Syed Azidi diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun, Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Badrul Hishah Abdul Wahap.

Ladang Rakyat: Umno sengaja burukkan Kelantan

Aziz Muda, 29 Jan 2012
GOMBAK, 29 Jan: Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan berhubung Ladang Rakyat sememangnya amat berfaedah kepada rakyat, tetapi sengaja dijadikan isu oleh para pemimpin Umno untuk memburukkan kerajaan negeri itu.
Isu tersebut sengaja dicetuskan oleh Umno menerusi peneroka-peneroka tanah secara haram daripada kalangan penyokong parti itu, dengan memanipulasikan kegagalannya untuk memiliki tanah ekoran tindakan mereka sendiri yang menyalahi undang-undang.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaqi Attiqullah (gambar) berkata, namun usaha Umno itu tetap tidak berhasil kerana isu tersebut sudah difahami dengan jelas oleh majoriti rakyat Kelantan.

Menurutnya, dakwaan Umno yang kononnya Kerajaan Kelantan mengambil tanah rakyat untuk melaksanakan usaha tersebut ternyata tidak berasas.

Katanya, sebaliknya tanah-tanah yang digunakan oleh kerajaan negeri itu untuk melaksanakan usaha tersebut adalah tanah-tanah yang tiada pemilik atau tanah kerajaan sendiri.

"Jika tanah-tanah rakyat pula, yang dimaksudkan adalah tanah-tanah yang masih belum ada pemiliknya, tetapi diusahakan secara haram oleh para peneroka penyokong Umno.

"Walaupun permohonan telah dibuat ke Pejabat Tanah dengan disertai bayaran deposit, permohonannya tidak pun diluluskan tetapi mereka sendiri yang mengakui tanah-tanah itu adalah milik mereka yang sah.

"Sedangkan hakikatnya tidak begitu," katanya ketika berdialog bersama wartawan-wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke=13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, malam tadi.

Dalam proses pemilikan tanah, menurutnya, semua pihak tahu, walaupun seseorang itu telah membuat permohonan dan membayar deposit ke Pejabat Tanah tidak bererti tanah itu telah menjadi milik individu terbabit.

Sebaliknya, tegas beliau, masih banyak lagi proses-proses lain yang mesti dilalui bagi membolehkan permohonan itu diluluskan oleh Pejabat Tanah sehingga membolehkan tanah itu sah menjadi milik individu terbabit.

"Sebahagian tanah-tanah itulah sebenarnya yang terbabit dengan usaha Ladang Rakyat itu dan tak timbul soal kerajaan mermpas tanah rakyat yang sebenarnya," katanya yang juga Adun Pasir Tumbuh.

Ladang Rakyat yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan itu, tambahnya, diadakan di setiap kawasan Dun, manakala setiap Dun pula disertai 100 orang peserta.

"Jadi jumlah keseluruhannya 4,500 orang manakala setiap peserta pula menerima dividen RM200 setiap bulan. Ini jelas membayangkan betapa berfaedahnya usaha itu kepada rakyat," tegasnya.

Langkah Kerajaan Kelantan mengadakan Ladang Rakyat, katanya, ternyata mencemaskan Umno BN, sehingga menyebabkan para pemimpin parti itu mencetuskan pelbagai isu bagi memburukkan kerajaan negeri.

"Pada hal ia sebenarnya tak ada sebarang isu pun. Malah janji Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberikan tanah kepada para peneroka yang meneroka tanah sebelum tanah 1980 telah lama ditunaikan.

"Tapi itu juga telah dijadikan isu oleh para pemimpin Umno. Namun kerajaan negeri tetap bertindak bijak. Malah kepada peserta-peserta Kesedar pun turut diberikan tanah oleh kerajaan negeri," tegasnya.

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Abdul Aziz Mustafa, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menggunakan populariti yang didakwa dimilikinya untuk bertegas menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Najib didakwa sangat popular dan Umno pula tidak popular seperti Najib. Dalam keadaan Umno dilihat sangat bergantung kepadanya, sepatutnya beliau berani bertindak supaya wang rakyat sebanyak RM250 juta yang semua orang tertanya-tanya apa terjadi dapat dikesan ke mana perginya.

"Tetapi Najib tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah itu," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, adakah apa yang dilihat sebagai ketakutan Najib menubuhkan suruhanjaya tersebut disebabkan kenyataan Shahrizat sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dilihat umum sebagai ugutan, Sin Chew baru-baru ini memetik Shahrizat berkata,"beritahu saya pemimpin Umno yang mana tiada masalah".

Mahfuz juga menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai NFC.

"Setiap kali Muhyiddin membuat kenyataan, makin besar keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Muhyiddin hari ini dilaporkan berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan.

"Kenapa takut sangat dengan suruhanjaya diraja menyiasat projek NFC? Apa yang nak disembunyikan sangat dari pengetahuan rakyat?

"Dan lebih penting untuk diketahui rakyat, adakah Muhyiddin tidak terlibat sama sekali dengan pemberian dana RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) memandangkan ketika dana tersebut diberikan, Muhyiddin adalah Menteri Pertanian dan Asas Tani," kata Mahfuz. 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui NFC dan NFCorp terikat antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.

Beliau berkata, NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.

Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Najib mula ugut rakyat untuk pertahan Putrajaya

Aziz Muda, 29 Jan 2012

GOMBAK, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ternyata telah bertindak menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib itu ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media semalam berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Menurut Tuan Ibrahim, kenytaan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat antara lain berkata, setiap wartawan Harakah sama ada Harakah cetak dan Harakahdaily perlu mempunyai rujukan yang mencukupi untuk menulis sesebuah berita dan rencana.

Beliau yang turut hadir bagi menjayakan majlis itu turut mengingatkan setiap petugas media PAS agar memainkan peranan dengan baik bagi kepentingan perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di tanah air.

Katanya, sepanjang BN memerintah sememangnya terdapat pelbagai kepincangan di negara ini dalam pelbagai aspek dan di segenap peringkat.

"Kesemua itu perlu dijelaskan dengan baik oleh para wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily berdasarkan fakta yang betul untuk diketahui oleh orang ramai.

"Isu-isu yang patut diketengahkan itu pula bukan hanya melibatkan peringkat negara, tetapi juga negeri, kawasan dan segenap pelosok desa untuk diketahui oleh orang ramai, bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat yang tepat untuk melakukan perubahan di tanah air," ujar beliau.

Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin

Aziz Muda, 29 Jan 2012
GOMBAK, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.

"Jadi di sebalik kejadian itu, terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau.

PR perlu ambil Putrajaya elak negara bankrap

Khairil Abdul Rahim, 29 Jan 2012
BERA, 29 Jan: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu percaya keperluan utama untuk memerintah dan menguruskan negara ini ialah dengan amanah, bukannya dengan pengalaman semata-mata.
Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.
(Gambar: Mohamad melancarkan penubuhan Kerabat Peringkat Parlimen Bera.)
“Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.
“Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.
“Di Kedah hasil balak berjaya ditingkatkan sehingga pendapatan negeri meningkat berkali ganda.
“Di Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah kerajaan negeri diisytiharkan bersih. Semua ini dipuji Ketua Audit Negara dalam laporannya,” katanya.
Jelasnya, ini membuktikan amanah adalah keperluan utama untuk memerintah bukannya pengalaman sebagaimana propaganda yang dilemparkan Umno mengenai hasrat Pakatan PR untuk mara ke Putrajaya.
Mohamad berhujah demikian semasa berceramah sempena program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera, di Darul Ikhwan Mengkarak malam tadi.
Turut berceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Bendahari PAS Pahang Musaniff Abd Rahman.
Dalam pada itu Mohamad menambah, PR perlu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) jika rakyat tidak mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam bankrap.
“Seorang menteri (Datuk Seri Idris Jala) sendiri memberitahu Malaysia akan bankrap pada 2019 manakala seorang penganalisis ekonomi memberitahu negara ini akan bankrap lebih awal iaitu 2015.
“Jadi rakyat mesti memilih PR untuk ke Putrajaya pada PRU ini kerana tidak ada gunanya memberi peluang mentadbir negara selepas jatuh bankrap,” katanya.
Mohamad berkata, beliau percaya negara ini boleh bankrap berdasarkan hutang yang dilonggokkan kerajaan pada masa ini berjumlah RM450 bilion, rasuah meningkat dan pengaliran wang ke luar negara menjangkau RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.
Sementara itu Nurul Izzah dalam ceramahnya sebelum itu menggambarkan kesulitan PR untuk mempertahankan kerusi Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam PRU akan datang dengan taktik kotor BN.
“Bayangkan di Selangor dan Wilayah pengundi baru bertambah secara mendadak sehingga 200,000 orang dan saya berani katakan sebahagian besarnya pendatang yang diberikan kad pengenalan.
“Tuan-tuan jangan ingat ini gurauan, kerajaan Bangladesh sendiri telah mengesahkan perkara ini dan penipuan ini pernah berlaku di Sabah dulu sehingga dibentuk Suruhanjaya Diraja,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, begitulah BN yang sanggup memberi kewarganegaraan hanya semata-mata untuk menang PRU dan perkara ini perlu disedari rakyat.
Pada majlis yang sama, Mohamad diberikan penghormatan melancarkan penubuhan Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) peringkat Parlimen Bera.
Penyair Amin Jagat pula diberi peluang mendeklamasikan puisinya.
Sementara itu di lokasi yang sama pada sebelah petang turut diadakan Dialog Warga Peneroka Felda bersama panelnya bekas Timbalan Pengarah BNM Dr. Rosli Yaakop, Presiden Anak Mazlan Aliman dan Peguam Peneroka Harris Abdullah.
Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera berlangsung selama tiga hari iaitu 27, 28 dan 29 Januari dengan pelbagai pengisian.
Ibrahim: Anwar memang selalu salahkan orang
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyalahkan orang lain memutarbelitkan kenyataannya dalam isu berkaitan negara Israel yang dilaporkan media antarabangsa.

"Kami akan clarify (perkara ini) dalam sesi parlimen akan datang. Saya akan bangkitkan perkara ini jika dia berkata begitu.

"Dia menyalahkan orang lain kerana twist kenyataan dia. Tetapi kenyataan dia, semuanya dirakam. Saya tidak terkejut," kata Ibrahim dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Anwar yang dilapor berkata, pandangannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

Anwar berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga presiden PERKASA terperanjat dengan kenyataan Anwar sepertimana yang dilaporkan.

Dakwanya, kenyataan Anwar itu adalah sama seperti polisi Amerika Syarikat sedangkan Malaysia tidak menerima Israel dan tindakan mereka.

Ibrahim mendakwa Anwar mengeluarkan kenyataan demikian bagi "memuaskan hati" Amerika Syarikat, kerana secara politiknya, beliau didakwa memerlukan sokongan negara kuasa besar itu.

"Marilah kita memikirkan mengenai nasib negara Palestin terlebih dahulu, sebelum memikirkan perkara yang lain," katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim menggesa rakyat Malaysia terutama parti politik supaya "melupakan" Anwar memandangkan pelbagai isu dikaitkan dengan ketua pembangkang itu, sehingga membuatkan rakyat "letih" mendengarnya.

"Sekarang ada masa untuk melupakan Anwar. Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang masa depan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Malaysia lebih penting.

"Bagi saya, secara politiknya, Anwar sudah mati. Anwar sudah tidak relevan. Bagi saya, Anwar adalah kawan atas banyak sebab.

"Jadi, kita mesti bergerak ke hadapan dan rakyat Malaysia harus sedar, (adakah) tanpa Anwar, Malaysia akan habis? Tidak!

"Pemimpin datang dan pergi dan Anwar membuktikan dirinya dia tidak 'fit' untuk menjadi perdana menteri dengan pelbagai sebab," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan