Ahad, 29 Januari 2012

BILA NAK PRU 13..ATAU PILIHAN RAYA NAK DEKAT..RAMAI YANG MAIN WAYANG...SEKARANG ORANG DAH TAK TENGOK WAYANG..TENGOK YANG 'LIFE'@NYATA...NI ZAMAN TAK BOLEH AUTA LAGI..MUKA BERPURA2..DAH ORANG KENAL...SEBAB RAKYAT DAH BERPENDIDIKAN...JANGAN SILAP PECATURAN...

PERKASA seru Cina bantu Melayu capai 30%
PERKASA hari ini berkata, pihaknya menyokong tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bagaimanapun sasaran 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu seperti digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak harus diketepikan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40 peratus diperuntukkan kepada lain-lain kaum, 30 peratus Melayu/Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan. Saya percaya hampir 50 peratus menguasai ekonomi negara.

"Ini membuktikan, walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera, dan orang-orang Melayu, tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu, saling bergantung antara satu dengan lain, (dengan) masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

"Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia.

"Jadi ini akan membantu keselamatan negara pada masa akan datang," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Tentang orang paling rasis di dunia
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu tidak harus terperangkap dengan perangkap DAP.

Sebaliknya perkara yang paling relevan sekarang ialah orang Melayu jangan terperangkap dengan kata-kata Timbalan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertamanya, saya ingin menegaskan orang Melayu kini semakin terbuka untuk menilai sebuah parti berbilang kaum DAP sebagai sebuah parti yang telus dan ikhlas untuk berjuang untuk kepentingan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.

Keduanya, orang Melayu kini boleh duduk berbincang dengan orang Melayu yang menyertai DAP walaupun mereka dari Umno dan menerima penjelasan dengan baik serta tidak lagi bersikap ingin memusuhi ataupun menghamburkan kata-kata penghinaan.

Ketiganya, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa Umno dan BN bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja.

Keempat, orang Melayu kini telah bersedia untuk menongkah arus memastikan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin lampau yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara aman, makmur dan bersatu sesuatu yang telah gagal di laksanakan oleh Umno danBN.

Pengalaman saya menyertai DAP sejak 21 Januari lepas, saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa, ke masjid solat berjemaah, menghadiri kenduri kahwin jiran dan alhamdulilah berterusan memberi sedekah pada malam Jumaat selepas bacaan Yasin dengan menyediakan juadah untuk jemaah.

Semuanya ini dilakukan tanpa halangan, alhamdulillah orang Melayu tidak lagi berfikiran sempit malahan telah dapat menerima realiti dengan memastikan tidak berlaku perpecahan kerana perbezaan parti politik.

Saya juga tidak terkejut dengan tindakan berterusan Mingguan Malaysia akhbar mingguan yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebuah syarikat milik Umno yang menyatakan bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Ruangan pojok yang ditulis oleh Awang Selamat, walaupun saya mengenali dan tahu siapakah Awang Selamat kerana pernah bertugas di Utusan Melayu selama 16 tahun, saya tidak akan mendedahkan siapakah dia Awang Selamat.

Cuma yang hendak saya katakan ialah penulis pojok Awang Selamat itu merupakan orang yang paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Tulisan beliau secara jelas memperlihatkan bahawa sifat rasis beliau dan tidak dapat menerima perubahan realiti orang Melayu sekarang yang telah berlapang dada untuk menilai secara kritis dan bukan secara membabi buta mencerna setiap perkataan untuk menaikan sifat rasis terhadap DAP.

Sebagai orang Melayu yang telah memasuki DAP atas kerelaan sendiri, tidak ada rombongan pengantin ataupun rombongan masuk meminang daripada pemimpin-pemimpin DAP agar saya memasuki parti tersebut sebaliknya saya yang menghantar rombongan meminang untuk memasuki DAP memandangkan terlalu ramai orang Melayu yang ingin memasuki parti tersebut.

Saya bernasib baik kerana Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng sendiri yang menerima borong permohonan saya untuk memasuki parti tersebut. Tidak ada orang Melayu yang diperkudakan di dalam DAP kerana kami semua menyedari bahawa perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari belenggu rasis Umno dan Utusan Melayu perlu disegerakan.

Kami orang Melayu di dalam DAP memasuki parti ini untuk membuat pendirian bahawa tidak ada tempat di Malaysia ini untuk sikap rasis yang ditunjukkan oleh timbalan perdana menteri dan Utusan Melayu terutama penulis pojok Awang Selamat

Penulis merupakan bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), bekas wartawan Utusan Malaysia dan kini anggota DAP.

Melayu, India boleh belajar dari Tionghua, kata Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat mempertingkat hubungan sesama mereka tanpa mengira keturunan, kaum dan agama demi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara aman dan selamat.

Timbalan perdana menteri berkata, masyarakat perlu bersatu dan saling bantu membantu dalam memastikan negara mencapai matlamat menjadi negara maju.

Katanya, sebagai contoh, kaum Melayu dan India boleh belajar daripada masyarakat Tionghua mengenai ilmu perniagaan bagi meningkatkan lagi ekonomi mereka.

"Saya percaya masyarakat Cina merupakan masyarakat yang rajin bekerja dan pandai berniaga...orang Melayu dan India boleh belajar dengan mereka, maka Malaysia akan dapat menjadi negara maju," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Grisek di Muar malam tadi.

Kira-kira 5,000 anggota masyarakat Tionghua hadir di majlis tersebut yang diserikan dengan tarian singa dan persembahan bunga api.

Katanya, kerajaan BN telah membuat perancangan dan strategi rapi bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat.

Justeru katanya, penting bagi Malaysia untuk terus kekal sebagai sebuah negara yang aman dan selamat agar rakyat negara ini dapat menikmati limpahan pembangunan.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan