Khamis, 19 Januari 2012

DAH LAH LETAK JAWATANLAH..KESALAHAN NYATA..HUKUMAN TUNGGU AJE LAH..KES SAIFUL MACAM ADA YG TAK KENA..SAPE YANG MENGENDALIKAN...SAIFUL ATAU BAPANYA...

Mungkinkah Shahrizat digugurkan sebelum PRU13
Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti sabatikal sebagai menteri kabinet sementara menunggu sisatan ke atas syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya menimbulkan persoalan sama ada Ketua Wanita Umno itu akan terus berundur dari dunia politik.

Tiga hari selepas pengumuman itu, pemimpin veteran pembangkang secara sinis berkata, beliau meramalkan bahawa Shahrizat akan digugurkan sebagai menteri kabinet, tetapi Lim tidak menyatakan alasannya itu.

azlanMenurut sumber dalaman BN, pembabitan keluarga Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC telah mencemarkan imej imej reformis yang cuba ditonjolkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun takdir menentukan bahawa Najib tidak mempunyai jalan mudah bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Mac, Najib pastikan terpaksa membentangkan beberapa undang-undang reformis termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi memulihkan imejnya yang tercemar itu.

Dan ini juga bermakna Shahrizat, bersama-sama dengan rakan menteri kabinet lain - Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Awang Adek Hussin dan Tan Sri Koh Tsu Koon terpaksa dilantik semula sebagai ahli Dewan Negara kerana tempoh mereka akan tamat pada 8 April.

azlanDewan Rakyat akan mula bersidang pada Mac hingga April ini manakala persidangan Dewan Negara pula dijadualkan pada April dan berterusan sehingga Mei.

Jika Najib memilih mengugurkan Shahrizat daripada barisan jemaah menteri, menjelang pilihan raya umum akan datang kerana skandal NFC, maka beliau tidak perlu memlanjutkan keanggotaan sebagai senator.
Bapa Saiful risau tentang status rayuan liwat II
Dengan dua hari lagi sebelum tempoh mengemukakan rayuan kes liwat II berakhir, bapa pengadu kes berkenaan, Azlan Md Lazim bimbang kerana tidak ada sebarang tanda-tanda bahawa Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah.

NONEDalam kenyataan akhbar yang disiarkan di blog anaknya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, beliau menyatakan harapan agar Peguam Negara akan memberi kelulusan untuk memfailkan notis rayuan tidak lama lagi.

“Saya sebagai bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Tan Sri Peguam Negara sebagai pendakwa raya dapat memfailkan notis rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas

“Saya sebagai bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi,” tulisnya.

Azlan menggesa kepada Peguam Negara agar hak beliau dan anaknya itu diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan.

“Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,” tulisnya lagi.

azlanWalaupun dalam kenyataan akhbar itu, Azlan menyatakan hanya tinggal dua hari untuk membuat rayuan, fakta sebenar ialah pihak pendakwaan mempunyai tempoh sehingga Rabu depan, 25 Januari untuk memfailkan rayuan.

Ini adalah kerana hari Isnin dan Selasa adalah cuti umum sempena Tahun Baru Cina dan pihak pendakwaan diberi tempoh 14 hari jika berhasrat mengemukakan rayuan berhubung penghakiman berkenaan.

Sehingga hari ini, belum ada keputusan muktmad sama ada pejabat Peguam Negara akan membuat rayuan dalam kes liwat II yang penuh kontroversi itu.

NONESebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) yang mengetuai perbicaraan kes itu berkata pihaknya telah mencadangkan supaya rayuan dibuat.

Ini kali kedua Azlan membuat rayuan - pada 11 Jan, dua hari selepas Anwar dibebaskan, beliau mengadakan sidang media di rumahnya menggesa pihak pendakwaan memfailkan rayuan bagi membela nama baik anaknya dan maruah keluarga mereka yang telah tercemar.

Sabtu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menjawap soalan daripada wartawan apabila diajukan sama ada pejabatnya akan mengemukakan rayuan.

  • Ika Daima · Ampang, Kuala Lumpur
    mesti duit balance belum dpt lg.
    • Carlos Kiyanly · Pengulas Tertinggi · De Todo Un Poquito
      Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pun dah boring... liwat liwat liwat, dah tak ada kerja lain, hakim hakim pun dah boring, liwat liwat liwat. aku pun dah boring. udah udahlah pak azlan... buatlah kerja yg berfaedah. hakim dah cakap, tak ada bukti kukuh dan DSAI tak besalah. ini bermakna anak awak tu masih suci (suci dalam debu) belum diliwat, sepatutnya bersyukur pada Allah kerana ianya taklah mengaibkan sangat pak azlan sekeluarga.
    • Penjaga Kubur · Pengulas Tertinggi
      ingat Peguam bodo ker...PM pun dh malas nk terlibat sebab anak ko ni mengada-adakan cerita..sanggup x berak...sanggup jumpa PM dengan keadaa yg berbau busuk...kakakakak...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Pakcik sepatutnya risau, apa yg pakcik nak jwb dlm kubur nnti, krn bersekongkol dgn pemfitnah. Sudah2 la buat drama yg meloyakan. Dosa pemfitnah & yg bersekongkol dgnnya (termasuk media) TERAMAT LA BESAR, LEBIH2 LAGI MELIBATKAN 25 JUTA RAKYAT MALAYSIA!! Apa yg malaikat akan buat dlm KUBUR, wallaahua'alam. Bersedialah semua km yg terlibat dgn fitnah ini utk kena PENANGAN HEBAT DLM KUBUR & AKHIRAT selagi km x meminta ma'af dari Ds Anwar!!...
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Ini Ayah yang berjuang unuk jubur anaknya , ayah saiful memang perjuang jubur yang ersemangat tinggi. agama apa? agama jubur , bangsa apa , bangsa jubur , kua kua kua.
    - Kalau tidak berjaya untuk buat rayuan , ini maksud AG dan Najib memang buat konspirasi nak jatuhkan Anwar. Sahih!
    -Kalau tak berani buat rayuan , belakang buat cerita ini sahih najid sudah tarik hand break... kua kua kua.
    -Kalau buat rayuan tetapi ditolah mahkamah tinggi , ini sahih mahkamah kali kedua menolak jubur saiful diliwat , tetapi menerima fakta jubur saiful ada 5 lelaki liwat ,, kua kua kua.
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      “Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,” 。。 ini statement yang paling bahlol . bodoh .. kua kua kua
      - bodoh sombong , bapak saiful lebih cekap dalam perundangan dari majlis penguam dia nak kaitkan perundangan negara dengan isu melayu diliwat ,, kua kua kua
    • Kazishifu Azarei · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia
      apa la.....dia ayah mesti la dia nk pertahankan anak dia... takkan dia nak pertahankan anak jiran dia...agak2 la....nak hentam,mcm la kita 100% perkara sebenar
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Kazishifu Azarei
      Ya .. dia pertahankan jubur anaknya .. hakim kata tidak lekat kes , doktor kata tiada liwat . bukti DNA jubur saiful ada 5 maunisa yang berbeza ... ayah dia pertahankan jubur anaknya demi umno .. kua kua kua
      - oooi . rakyat bangkit nak liwat jubur umno di PRU13 . ABU kan umno .. kua kua kua
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Kong Bu Fenzi : alamakkk.. mcm la ustaz kong ni yg pandai semuanya... hahahha...
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Zulkifli Marzuki
      OOOi .. badan penguin otak lembu .. spesisi ini pengbu .. pengbu pengburit , kau nak pertahankan jubur saiful kah .. kau bayar untuk saiful, jangan gunakan wang rakyat ,, kua kua kua
      - Jubur saiful lambangprjuangan umno . kua kua kua
    • Norashikin Abdul Rahman · · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Kazishifu Azarei pertahan maruah anak bkn camtu... patut dia belasah jek anak dia sbb senang sgt bg jubor kat org... ada dna lain tu nape tak siasat... nape sibuk kata anwar sorang aje??? bleh pk logik tak???
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Kong Bu Fenzi : haha... napa.. takut kerrr.. hahaha... jgn takut maaaaa...
    • Ratu Propa Aloya · Works at Independent Business Owner
      Kong Bu Fenzi; bapak sepol pun kaki jubor sbb dia adalah diantara 5 manusia yg bebeza tuh.. kuang3
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Kau ni Islam ke? Kristian ke? Buddha ke? Takder agama ke?
      Aku tk nak la tersilap 'hentam' sesama Islam...
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Danial Iskandar : agama kaum LGBT tu...
    • Armani Rahman · Top Commenter
      Kazishifu, ayah dia pun bukan 100% tau perangai anak dia.... Sbb tu org nk undang2 islam ko tolak! Meskipun ko tau kalau tolak hukum islam ko aka jd kapir tp ko ttp tolak juga!
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Danial Iskandar
      kepala butuh bapak hang ,,, isu kes jubur tak sangkut agama . oooi .. balik kau bagi umno liwat suda lah . komen kepala butuh bapak kau .. !!
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Kong Bu Fenzi : hahaha ko ni sebiji guna bahasa LGBT.. USTAZ KONG.. ahhahaha..
    • Kimie AZbio · Top Commenter
      Zulkifli Marzuki
      :.................../´¯/)
      ..................,/¯../
      ................./..../
      .........../´¯/'...'/´¯¯`¸
      ......../'/.../..../......./¨¯\
      ......('(...´...´.... ¯~/'...')
      .......\.................'...../
      ........''...\.......... _.´
      ..........\..............(
      ............\.............\...

      utk cybertrooper nooob
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Kong Bu Fenzi : Islam tk benar main jubur...aku tanya sbb nak tahu agama kau benar ke main jubur?
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Kimie AZbio : salaah satu simbol pengikut LGBT.. biasa la tu..
    • Ayie SP · Top Commenter
      Danial Iskandar pandai lak ko bicara pasal islam?? then apasal kes mcm nih x di bicarakan mengikut lunas islam???
    • Joharii Awang · Top Commenter
      Kong Bu Fenzi .pak dia pinjam ayat TPM....Majlis Peguam dikatakanberat kpd sokong pembangkang. jadi pak budak ni...ada link dgn suara suara sapa ya?
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Ayie SP : Ikut lunas Islam macam mana?
    • Keladi Kelad · Top Commenter
      jubur,seks,porno,gay dan lesbian...
      umnoTENOK yg kebinggungan...
      semua tak jadi....
      semua rakyat TOLAK.....
      mampos lu umno !!!!
      jahanam lu BN
      tanam mereka !!!!
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Keladi Kelad : yg jadi LGBT
    • Ayie SP · Top Commenter
      Danial Iskandar adeiii.... nih pun nak kena jelaskan?? mcm mana nak jadi cyber trooper nih?? since ko dah berbicara pasal islam td... that's Y aku kata... kes seperti ni sepatutnya di bicarakan kat mahkamah syariah mengikut lunas2 islam/undang2 islam....
    • Yusafen Yus · UTM
      macam mana kalau kena kat anak sendiri..... apa agaknya sebagai bapa yang akan kita lakukan......
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Ah Kong, itu bapak mesti back-up sama dia punya anak maa...
    • Roy Ridzuan · Top Commenter · Penyelia bahagian pam tayar keretapi at KTMB
      Anwar kaki balas jubur.. Saiful pulak suka tungging jubur. Dia orang main suka sama suka.. apasal nak kecoh2 lagi..? Perkara dah selesai..
    • Kamarudin Zakaria · Top Commenter · UKM Bangi
      mana yang lain tu kenapa Anuar sorang saje yang kena..ambil tindakan ke atas semua la yg lain tu..baru adil..i
    • Roy Ridzuan · Top Commenter · Penyelia bahagian pam tayar keretapi at KTMB
      Kamarudin Zakaria.. kalau yang lain tu, tak ada kepentingan. kalau anwar di dapati bersalah.. Saiful bisa jadi jutawan bro..
    • Ayie SP · Top Commenter
      mana si danial tadi?? lari tukar id lak ke?? kekeke... udah2 lah tuh weiii... rakyat dah cerdik skrg nih.,... cari fakta dulu kalau nak yakinkan rakyat... bukan main spin ayat2 or statement yg sedia ada....
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Ayie SP : Klu ikut mahkamah syariah...apa yg sepatutnya berlaku?
    • Ayie SP · Top Commenter
      Danial Iskandar see... ini yg aku katakan x berilmu.. ko membalas atau spin balik ayat2 yg sedia ada... sepatutnya ko pergi wat kajian/baca fungsi mahkamah syariah.. mcm mana nak handle kes2 mcm nih mengikut lunas islam... then come back with fakta yg kukuh kalau ada sesuatu yg mencurigakan.... bukan main tanya kat aku... aku bukan cikgu utk ajar ko semua nih... dan ko pun bukan nak bayar kalau aku ajar...hehehe..
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Ayie SP : Kalau kau pun tahu...ckp jer la tak tahu...jgn la malu2 mengaku tak tahu...aku tanya kau sbb td tgk mcm kau terer sgt bab2 mahkamah syariah ni...tak baik kedekut ilmu bro...share2 la..ramai lg yg nak dengar penerangan kau ni...bukan aku sorang jer...byk pahala kau bleh dpt bro..
    • Ayie SP · Top Commenter
      Danial Iskandar adeiii... nak makan pun kena suap sendiri bro... x da org nak suapkan... dunia internet nih luas... ko klik jer... jgn lah malas sgt... nak jadi cyber trooper kena rajin cari info dan fakta... barulah rakyat biasa mcm aku nih percaya dgn apa yg ko katakan... bukan hanya pi mai pi mai tang tu jer....
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Ayie SP : Ok la..aku anggap kau pun tak tahu jugak la...senang cerita...
    • Ayie SP · Top Commenter
      Danial Iskandar hehehe... mcm tuh jer?? adehhh.. aku ingatkan ko nak come back dgn fakta ... so oklah... aku pun anggap ko nih hanya pandai spin ayat2 dan statement commenter kat sini jer tanpa ada usaha nak membalas dgn fakta...
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Ayie SP : Aku tak tahu...aku tanya kau...kau pun tak tahu...habis cerita la..
    • Ayie SP · Top Commenter
      Danial Iskandar kalau ko malas nak berhujah dgn fakta... aku pun malas nak membalas dgn fakta...habis cerita gak... hehehe
    • Dzulkifly Nordin · SMK DATO' ABDUL SAMAD ,TG.IPOH
      Kong Bu Fenzi saya sokong tuan. cerita liwat meliwat ini sengaja diada-adakan untuk memalukan, memburukkan dan menghancurkan karier politik DSAI. Macam tak ada kerja lain, asyik cerita liwat, rakyat dah tak percaya dengan cerita busuk ini. Yang dok sangat percaya yang satu pihak tu....
  • شهرول نظام · · Top Commenter · Seri Kembangan
    Anak kau dah tua pun kau nak sibuk2. Macamlah negara ni anak kau seorang sahaja penghuninya. Sudah2 la buang masa rakyat negara ni dengan cerita tak masuk akal anak kau tu.
  • Nur Misuari · Top Commenter · Universiti Malaya
    Mungkin ayah Saiful tengok Saiful tengah diliwat tapi tiada tenaga untuk menghalang. Sebab tu dia bersungguh-sungguh kata memang benar Saiful diliwat. Atau....... ada dijanjikan habuan??? Saya tak tahu....
  • Andy Castello · Works at Japan International Cooperation Agency
    bapak borek...anak rintik...
    bapak sibuk...anak kecoh....
    bapak n anak cari publisiti murahan....
    rakyat dah loya dgn lakonan hang berdua...
    ABU kan UMNO....
  • Mior Ahmat Zaudi · Top Commenter · UKM
    Secara logik manusia yang berumur enam puluh tahun keatas tak mantap lagi untuk melakukan sex diluar tabie yang dianggap sumbang itu.Sebagai orang muda takkan semudah itu merelakan bontotnya dinoda tanpa paksaan. Tak puas hati sila bawa kes ini ke mahkamah shariah untuk diadali ikut undang2 islam yang sumul. Kenapa anda takut membawa kes ini ke mahkamah syariah ikut hukum kasaf? Kes satu dan dua satu dunia gamat dan memalukan negara Malaysia. Kalau anuar bersalah sama2lah kita tengok azab allah didunia lagi sudah dapat nisabnya. Cuba imbas kembali hakim2 yang tercebak dalam kes yang lalu. Azizan tinggal dirawang jumpa orang pun malu dah duduk masjid setiap waktu orang pun tak layan dia. Ada yang mati dengan siksa dipenghujung nyawa merana bertahun-tahun dan macam macam lagi yang didengar. Ambillah iktibar darinya. Yang sudah-sud...See More
  • Azwan Hashim · Top Commenter · Binary College
    Agustin Paul - dah kojol dalam keadaan apa?
    Ariffin Jaka - pun dah meninggal dalam keadaan apa dan bagaimana?
    Kalid Jef - maut juga akhirnya.
    Dan ada lagi yg maut, mampus, mati, meninggal dan sebagainya.
    Ada yg uzur dan mati dalam hina sebelum dilontar ke tanah perkuburan.

    Apa pun semuanya akan menghadapi maut. Tapi biarla kamu maut TANPA PENGHINAAN didunia dan akhirat.

    Waallahhualam
  • Atiqullah Ubaidillah · Sma nahdzah
    Sudah2la tu kalaulah betul anwar bersalah biarlah dia dihukum di akhirat nanti tapi yang ditakutkan kita yang bersalah jadi bawa2 bertaubatlah sementara kita masih hidup tak usah dipanjang2kan lagi..
  • Darsani Zakaria · Uitm
    Tak cukup lagi kah hujah2 & bukti yg membuktikan ANWAR tak bersalah...jangan ingat org lain takde akal & Maruah!
  • Ridzuan Abdul Razak · · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Anak dara tua la si saypool ni....
  • Aleeza Mukhriz · Top Commenter
    Sepatutnya kamu merayu kepada AG agar kes Saifool ni di adili di bawah Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Sivil pada awal-awal dulu. Bila dah terbukti keputusan mahkamah sebaliknya, tahu pula kamu rasa malu dan maruah keluarga tercemar. Maruah keluarga DSAI yang Saifool ni cemarkan tidak pula kamu fikir!! Rakyat Malaysia amnya dah muak dan jelak dengan kes liwat Saifool ni. Saifool...Saifool...Memang Foollah....
  • Nik Noorazizah Hamzah · UPSI
    Alhamdulillah...kpd yg berminat dgn AL-QURAN FOR KIDS, boleh rujuk di sini. http://alqurankids.com/ Harga masih lg dlm harga PROMOSI. free postage & ada 4freegifts menanti anda. Hadiah freegifts available selagi stok masih ada. Stok ada 22 set shj lg. Jadi jgn tunggu...DAPATKAN SKRG!
  • Aziz Desa · Works at French Foreign Legion
    Pak Aziz cadang Azlan Md Lazim berjumpa Peguam Negara untuk mula siasatan melalui bidang kuasa MAIWP keatas dakwaan Saiful ini.
    Siasatan lanjut berdasar syariah boleh dijalankan jika yakin tentang tahap kebolehpercayaan Saiful ini.
  • Idaham Rasna
    Kalau tak cukup duit bapak Siti Saiful pon berhak dan guna duit ZAKAT buat failkan kat Mahkamah Rayuan ...sebab bapak dan anak nya dalam gulungan darurat juga...jumpa dengan Khir Baharom yang jaga duit itu...
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    kalau nak buat perbicaraan baru mengaku lah pulak di liwat oleh dsai untung2 dapat pulus lebih dari saipol......
  • Din Gombak · Top Commenter
    Benar tetap benar dan bathil tetap bathil.
  • Cv Chang · Ungku Omar Polytechnic
    kesian, bapa sepatutnya pantau dan periksa dari masa ke semasa anak supaya tak salah guna lobang berak.


MB: Rombak exco turut ambil kira pilihan raya
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

NONEKatanya, sekiranya kerajaan negeri memberikan portfolio itu kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi, ia tidak adil kepada ADUN Sijangkang itu yang akan terpaksa mengambil masa untuk memahami sistemnya.

“Tetapi keputusan lebih daripada politikal. (Ia) termasuk (soal) pentadbiran dan bagaimana kamu menguruskan situasi, kerana kita tidak lebih setahun (sebelum pilihan raya). Itu maksimum.

“Melihat kepada spekulasi dan gosip, ia mungkin kurang daripada enam bulan. Jadi tak gunanya ada exco yang terpaksa bergelut untuk memahami sistem daripada fokus kepada penyampaian,” jelasnya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Abdul Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

NONEBercakap pada sidang media di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, jika beliau tidak melakukan sebarang rombakan, sudah tentu ramai beranggapan bahawa beliau tidak rasional.

“Jadi saya rasa kita mesti ada kebijaksanaan,” katanya sambil mempertahankan tindakannya sebagai munasabah.

“Saya patut fokus pada perkara yang mudah saya semak dan laksanakan,” katanya lagi.
Bukan BERSIH tapi kerajaan yang ugut rakyat
Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) untuk pembaharuan pilihan raya dianggap munasabah", kata pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan yang membayangkan perhimpunan bantahan kali ketiga jika cadangan mereka terus diabaikan.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaSebaliknya, Ambiga membidas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menemplak BERSIH kerana didakwa mengugut kerajaan.

"Bagi saya, kerajaan yang sebenarnya mengugut rakyat,” kata Ambiga kepada Malaysiakini selepas memberi keterangan kepada panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, semalam.

Menurut Ambiga yang yang dicadangkan oleh BERSIH adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Selasa lalu, Ambiga mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

"Kami semakin cemas kerana kerajaan tidak mahu memberikan komitmen mudah supaya memastikan cadangan yang dikemukakan itu dipenuhi demi menjamin pertandingan atau pilihan raya yang adil.”
Keanggotaan lembaga Kg Baru akan dibuka, kata MB
Bagi menjaga kepentingan penduduk Kampung Baru di ibu negara, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan melakukan penambahbaikan terhadap Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) kawasan itu.

NONEKatanya, penambahbaikan itu antaranya dengan membuka keanggotaannya kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan dalam memastikan kepentingan pemilik tanah dapat dipertahan.

“Sekarang ini ia tidak berfungsi untuk kepentingan menyeluruh masyarakat dalam Kampung Baru. Dari segi tanggapan penduduk, mereka mahukan lebih daripada itu,” katanya.

Ketika ditanya pemberita, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada akan melakukan rombakan keahlian dalam lembaga itu.

“Saya tidak mahu buat spekulasi. Yang penting kita jumpa dulu penduduk Kampung Baru dan tanya apa yang mereka mahu,” katanya ketika ditanya tentang perkara itu.

NONEPengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baharu Ahmad Zambri As'ad Khuzami sebelum ini dilaporkan mahu merombak MAS dengan menggunakan kuasa menteri besar Selangor.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 5 November bagaimanapun berkata menteri besar tidak punya kuasa itu kerana ia didakwa terletak bawah kerajaan Persekutuan.

Bercakap dalam sidang media selepas berdialog dengan penduduk kampung itu, Khalid berkata penambahbaikan itu akan dilakukan kerana beliau diminta penduduk setempat -- yang bimbang hilang pemilikan tanah -- supaya beliau campur tangan.

Pelan pembangunan PKNS lagi 2 minggu

Khalid berkata akan memanggil lembaga itu bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Menteri besar juga berkata, walaupun Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang ditentang Pakatan Rakyat sudah diluluskan di parlimen, MAS yang ditubuhkan kerajaan Selangor sejak sebelum merdeka masih berkuatkuasa dan tidak terbatal.

NONESelain menteri besar, MAS dianggotai 11 anggota, termasuk tujuh ketua-ketua kampung di kawasan itu dan empat anggota dilantik.

Dalam dialog sebelum itu, isu dibangkitkan antaranya melibatkan kerunsingan kehilangan pemilikan tanah yang diwarisi turun temurun dan idea pembangunan yang dilihat tidak jelas di mata penduduk.

Khalid juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru bagi memberikan nasihat berkaitan guaman dan pembahagian harga pusaka kepada penduduk, yang akan beroperasi dua minggu lagi di kawasan itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh mendapatkan nasihat peguam sendiri. Cuma bezanya kita beri percuma.

NONE“Tujuannya supaya masyarakat mendapat maklumat yang betul dan dapat membuat keputusan yang betul,” katanya sambil menegaskan Selangor mempunyai “kepentingan sejarah” terhadap kawasan itu.

Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut hadir dalam sesi tersebut dan berjanji akan menyediakan pelan pembangunan baru dalam tempoh dua minggu daripada sekarang.

Pengurus pembangunan perniagaannya Fathul Rahman Abu juga berjanji, berdasarkan rekod pengalaman 48 tahun tanpa pernah gagal, beliau yakin satu-satunya kampung Melayu di Kuala Lumpur itu akan dibangunkan tanpa mengetepikan kepentingan penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan