Sabtu, 24 Disember 2011

DAH TURUN...DAH JADI TAKDIR..DE HIKAMAH..TAK KISAHLAH BUKAN MASUK SYURGA ATAU NERAKA...JANGAN AKIDAH TURUN ATAU TERKELUAR DAH...

Khalid: Keluarga Adam boleh buat laporan jika terima ugutan
Keluarga kepada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim diminta membuat laporan polis jika mereka menerima ugutan berkaitan pelajar tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap ugutan tersebut, jika menerima laporan.

Keluarga pelajar tersebut mendakwa menerima ugutan ekoran perbuatannya menurun dan menggantikan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Khalid juga berkata polis sedang memerhati sebarang tindakan lanjut Adam Adli dan menasihatinya supaya berhati-hati dengan tindakannya.

"Apa juga tindakan yang dia ingin lakukan, dia kena fikir kesan kepada dirinya sebagai seorang pelajar dan ketenteraman awam.

"Saya tidak mahu mengulas apa tindakan yang kita akan ambil, jangan sampai esok kita ambil tindakan, dia akan menyesal," katanya kepada pemberita semasa membuat tinjauan di sekitar bandar raya ini hari ini.

Hasil tinjauan di sekitar Larkin Sentral, Pasar Tani Larkin, Jalan Segget dan Jalan Wong Ah Fook, beliau berkata beliau menerima maklum balas yang baik dari anggota masyarakat dan pelancong asing berhubung penugasan anggota polis.

- Bernama

Adam tidak keseorangan, kata Pemuda PAS
Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

NONE"Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan ke atasnya telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.

NONE"Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai
asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.

"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.

Sebagai contoh, tegas Nasrudin, beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah SAW.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib," tegasnya.

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangNasrudin menganggap tindakan nekad Adam itu sebagai isyarat atau mesej yang ingin disampaikannya kepada perdana menteri.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak, mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," tambahnya.

Adam Adli: Turun bendera PM tanda kemenangan

Pemimpin pelajar, Adam Adli berkata tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno dilakukan sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Dalam temubual disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini, Adam berkata, perhimpunan dan perarakan pelajar itu pada hujung minggu lalu – dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra – berlangsung dengan terkawal tanpa kekecohan.

NONEBeliau juga tidak menyangka bahawa perkara berkenaan akan menjadi perhatian media kerana tindakan menurunkan bendera berkenaan, yang digantikan dengan bendera berslogan kebebasan akademik, juga hanya satu ekspresi dirinya.

Bendera itu juga hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum beliau menaikkan semula bendera asal.

"Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan," katanya.

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangApabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, kata pelajar tahun tiga Universiti Pendidikan Sultan Idris itu.

"Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi," katanya.

Tambahnya, kumpulan pelajar dianggar seramai 350 orang itu sebelumnya bersungguh-sungguh melaungkan slogan kebebasan akademik.

student handing memo to umno on academic freedom crowd"Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya.

"Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik

"Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan kemenangan, bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang," katanya yang berniat supaya "kemenangan" itu dirasai oleh siswa yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Adam turut mengulas kritikan dan ugutan oleh pemimpin Umno, yang antara lain menyifatkan beliau tidak matang kerana menurunkan bendera berkenaan.

"Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan.

NONE"Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?," soalnya.

"Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul.

"Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya," tambahnya.

NONEDitanya lanjut, Adam, 22, yang mendapat sokongan penuh ibubapanya dalam tindakan itu berkata, beliau secara khusus tidak akan meminta maaf kepada perdana menteri walau digesa berbuat demikian.

"Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf.

"Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf," katanya.

Namun, Adam menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak meminta maaf buat selama-lamanya.

"Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini," katanya lagi.

Adam beri kenyataan polis berhubung ugutan
Polis hari ini mengambil kenyataan Adam Adli Abdul Halim berhubung laporannya kepada polis, mendakwa dia dan keluarganya menerima ugutan selepas tindakannya menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Polis mengambil masa kira-kira 90 minit untuk merakamkan kenyataan Adam pagi ini.

Adam (kiri) mendakwa dia dan keluarganya menerima ugutan sejak insiden dia menurunkan bendera Najib sewaktu satu demonstrasi menuntut kebebasan akademik di ibupejabat Umno di PWTC hujung minggu lepas

NONEDia mendakwa pada hari Isnin, dia diserang di pintu masuk ibupejabat polis Bukit Aman selepas menemui pegawai polis berhubung perkara itu.

Pelajar berusia 22 tahun itu enggan memohon maaf terhadap tindakannya itu, dan tetap dengan pandangannya bahawa tindakan itu akan menggagalkan tujuannya memprotes, antara lain, untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

Sejurus selepas memberikan kenyataan beliau hari ini, seorang wakil UPSI menemuinya di luar balai polis dan menyerahkan notis memintanya menghadiri sesi pendengaran tatatertib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan