Jumaat, 16 September 2011

YANG LAMA MANSUH...YANG BARU DIPERKENALAN....MACAM SAMA JER....AGAK2LAH JANGAN SOKONG BAWA REBAH DAH LAH...

K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri
Sep 15, 11 9:03pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.

"Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan.

"Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.

"Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya," tambahnya.

  • Chien Wolfrine · Pengulas Tertinggi · Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
    Alhamdulillaah... akhirnya suara rakyat... suara keramat! next is.... penuhi tuntutan BERSIH...... mari kita istiqamah dalam tuntutan ini.... PRU 13 semakin dekat....
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Alhamdlulillah, berkat perjuangan semua rakyat malaysia, akhirnya akta isa berjaya dimansuhkan jua. Apapun, terima kasih najib & pentadbirannya. Diharapkan kerajaan ikhlas dlm melaksanakan pemansuhan ini, & tak ada mksud tersembunyi disebaliknya. Kpd semua rakyat malaysia yg dambakan keadilan, teruskan berjuang. Anggaplah ini kemenangan pertama kita, & juga kemenangan bagi semua rakyat malaysia 'amnya...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Jgn leka, perjuangan mesti diteruskan, sehingga tercapainya konsep, 'baldhatun thoyyibatun wa rabbun ghafur' (negeri/negara yg baik dan mendapat keampunan/rahmat Tuhan)...
    • Jemali Budin Budin · Pengulas Tertinggi · Dublin Institute of Technology
      PR kena TIPU hahaha
      BN memang berani sebab PM baru jer buka jalan pada PR untuk menjadi hero JALANAN dengan memansuhkan ISA, membenarkan perhimpunan haram, memudahkan PERMIT perhimpunan, mengurangkan kuasa polis, mengenepikan ideologi politik dalam HAK bersuara dan banyak lagi...PR akan bakal menghancurkan negara ini sementara BN tengah MEMBOLOT sebanyak mungkin SALE barang dari kedai sebab kedai tak lama lagi nak tutup dan dah nak jual pada orang lain....
      TAKTIK KOTOR BN
      BN sudah yakin akan kalah dan sudah bersedia untuk menjadi pembangkang..mereka sekarang ini menghapuskan banyak kuasa kerajaan supaya kerajaan baru PR nanti senang ditentang....

      hahaha...inilah politik kotor Malaysia
  • Benludin Azhar · Pengulas Tertinggi
    mansuh la apa pun.selagi hudud tak jalan selagi tu gua tak sokong lu..
    • Ahmad Bin Muhammad · Pengulas Tertinggi
      klu lu mahu hudud di laksanakan improve urself dulu laa , klu rkyt masih setia dgn membeli barangan cetak rompak susah laa.
    • Benludin Azhar · Pengulas Tertinggi
      Ahmad Bin Muhammad : itu alasan.kalau macam tu hudud tak akan dilakasanakan sampai bila2 selagi ada pencuri??
    • Ahmad Bin Muhammad · Pengulas Tertinggi
      kena beri perhatian pd alasan jugak , tak boley main redah jerk takut nanti hudud pulak yg dpt nama buruk , lain orng sedap suruh jerk
  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    SAYA SUNGGUH GEMBIRA APABILA AKTA 'ISA' DI-MANSUH -KAN. KINI RAKYAT TAK PERLU TAKUT TAKUT LAGI UNTUK MENYUARA-KAN PENDAPAT YANG BERNAS.
  • Nizam Azali · Friends with Maba Budu
    Alhamdulillah...Yang aku hairan mana pergi kumpulan2 yg mempertahankan ISA? Adakah mereka tepuk tangan sekali?
  • Suhail Danish Md Pazian · Pengulas Tertinggi · Doctor Pakar Handphone di Mizzz.Telecomunication.com
    Jangan Ingat Bila mansuh kan ISA yang lain tidak ada hehe
    Walau apa pun ini adalah tanda kemenangan suara Rakyat yg telah banyak di zalim di bawak akta ( ISA )
    Sebagai orang Beriman wajib kene buang akta yang zalim
    Tiada contoh dari Nabi s.a.w pun tentang sumbat orang tampa di bicara
    Ini adalah kemenangan suara Rakyat
    Aku tidak berterima kasih pada Najib
    sebalik nya aku berterima kasih kepada mereka2 yang telah banyak berkorban untuk menentang akta yang zalim...
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    kemenangan untuk rakyat semua...kita tunggu samaada janji malam sambut hari malaysia ni akan dikotakan...takut ada elemen2 umno yg akan sabotaj pembaharuan najib ni....sementara mari kita raikan kemenangan rakyat ini...terima kasih pakatan...tanpa pakatan jgn mimpi berita2 gembira boleh jadi kenyataan...hidup malaysia baru....takbir.
    • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
      kemenangan utk rakyat yg xprnah masuk dlm ISA,,
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      selepas ni kita akan dapat melihat mereka yang dulunya bermati matian mempertahankan ISA akan melangit memuji keberanian najib kerana memansuhkan akta zalim ISA....!!! tak percaya ..??? tengok tv 3/4 & baca utusan meloya mulai terbitan pagi esok...!!!
    • Atas Pagar · Top Commenter · Friends with Cik Bunga Azlinawati
      @Salehudin Hanafi utusan tu melaporkan ajer...tgk papagomo..dier terus hantar meseg x setuju ngan najib...
  • Abg Zulkifli · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Kemanangan Pakatan rakyat,. Kemenangan BESAR akan menyusul selepas ini. Hidup PR, Allahuakbar!
  • Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    saya ingin bertanya pada pembaca malaysiakini...bukan ke ISA termasuk dalam perlembagaan, nak mansuh kena usul di parlimen untuk pendaan perlembagaan...kalau ye, betul ke apa yg najib umum itu? jika PRU13 berlaku dalam masa terdekat sempat ke dibentang di parlimen? atau ini semua gula2 untuk PRU13.....
    • Ranger Paskal · UITM
      Gula gula kedai ah kau
    • Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
      Nazri: JK khas diteruskan meskipun tanpa Pakatan>>>ini lagi satu gula2 pru13.najib telah berkata JK parlimen ini tidak terpakai sekira nya parlimen dibubarkan.....
    • Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
      lagi satu menteri pelajaran mengumumkan UPSR 3A2B pelajar miskin akan layak ke asrama penuh,4A1B murid luar bandar pun sama..tahu ke kita penempatan ke asrama penuh tidak sampai 10ribu,sedangkan setiap tahun pelajar yg mendapat 5A hampir/mencecah 50ribu dan 4A1B lagi banyak.....ini semua gula2 pru13 untuk membodohkan org2 kg/felda ....
  • Marzuki Mustaffa · Kajang, Malaysia
    Tanda-tanda PRU akan menjelang tiba tidaklah lama lagi.
    • Djul Gap · 北京
      Auta je tu..
    • Yizhong Tiong
      perancangan yg rapi,nanti sudah jadi pembangkang ,taklah kena ISA .Takut kena balas balik........isu-isu pati yang layak mengundi,dalangnya payahlah takut gan I..S..A DAH MANSUH....PR PELUANG KE PUTRA-JAYA makin jelas.ayuh...gandakan usaha....
  • Darnie Afzaidees Ahmad · Top Commenter · Politeknik Kota Bharu, Kelantan
    Syukur alhamdullillah akhirnya undang undang kejam lagi bersifat kebinatangan ini di MANSUH kan......selepas ini kuasa menteri dalam negeri untuk meng ISA kan orang ditamatkan.......inilah yang dikatakan kuasa rakyat......tetapi adakah BN takut hilang POPULARITY? dan tindakan mansuh ISA ini akan menambahkan keyakinan rakyat kepada mereka? apa pun tindakkan mansuh ISA ini adalah tindakan yang berani oleh Perdana Menteri kita......Syabas dan tahniah aku ucapkan........
  • Asrul Nizam Abd Jalil · Top Commenter · Works at MBSB
    Tuntutan Mahasiswa wajib didengar sama bahawa AUKU juga perlu DIMANSUHKAN!
  • Ddin Ali · Top Commenter · UUM
    Ordinan Darurat masih ada ma...fungsi sama macam ISA jugak.
    apapun BAGUS sebab satu sudah mansuh..tinggal satu lagi!
  • Zaman Bujang · Top Commenter
    10 budak itam main kotor2
    1 sudah kasi BERSIH tinggal lagi 9 ......
  • Yuzi Azhar · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    laksanakan terus dan jangan hanya jadikan ini sabagai gula2 pilihanraya....seperkara lagi, jangan ingat jika semua ini dimansuhkan rakyat akan lupa tentang segala kenaikan cukai yang akan ditanggung oleh kami semua.
  • Abd Rahim · Top Commenter
    rileks bro.... ISA mansuh, tp 2 akta baru akan diperkenalkan. mana boleh sng2 mansuh. cukai topup 6% tu pun tangguh je tau... bkn mansuh.
  • Halim JFx
    eleh , dia tkut nnti undang2 yg dibuat tu nnti makan diri sendiri.... kn setiap undang2 buatan manusia ni ader kepentingan.hanye undang2 dari pencipta alam semesta ini je yg benar2 tiada kepentingan.. nk selamatkn buntut sendiri.. truk org yg x bersalah kne jd tahanan ISA , anak2 n family jd mangsa... silap2 nnti bile pemerintahan negara bertukar nnti , hasil negara the lesap, hutang menimbun2. the puas tabur duit sana sini.. projek itu ini, kononnye" rakyat didahulukan" tp duit sape yg digunakan? duit rakyat jgk.... cmne pemerintah mase tu nk develop balik negara yg kite cintai ini? saje je nk bagi kepercayaan dan tanggapan rakyat pd pemerintahan baru amat truk.... aku amat mencintai bumi bertuah ini.... berharap negara ini aman mamur dan rakyat dapat merasai hasil bumi negara ini... jgnla nk bebankn rakyat... dala rate gaji dlm sektor swasta n goverment x selaras.. harge krete buatan negara sndiri pon mahal, sikap dan budaya memandu cukup truk... penguatkuasaan undang2 tidak dilaksanakn dgn tegas, badge "saya anti rasuah" tp ayat cm mintk rasuah "saya nak saman nih" 2 3 kali.. siap tye, kje ape? setakat rm5 x main la. agak2 terdesak rm5 pon jdla. kwsn parking x ckup, x kire la kawasan perumahan ke kwsn opis ke industri ke... parking kt tepi jalan pastu kne saman.. org yg nk saman pon parking dikawasan larangan parking, cmne?
    • Pengat Pisang · Opertor cabuk at Perodua Manufacturing Sdn Bhd
      Jgn tnya apa bakti negara utk kite je,tnyalh plak apa bakti kita utk negara..kadang2 org cbuk bngkang krajaan je,sbbnya trikut2 kononnya ble sokong prti dia org bleh msuk syurga..ape bnda pnya pmhamn pn aku x fhm..hdup kna byk brsyukur..mmg ada pmimpin yg truk,tp jgn cbukkn prti org je,tgk gak prti yg dia sokong tu..btul sgt ke pmimpin yg dia sokong tu??klu dh x sokong ssuatu prti tu,kite jd buta dgn kbaikn pmimpin prti lain...ehmmm...ntahlh...mlyu mudah lupa...mak bpk dok tnah rncgn hsil buah fikirn krjaan,tp cbuk dok bngkang krajaan...brsyukurlh wahai mlyu...hdup kat kmpg dh snang lupa jasa pmimpin...
    • Mohd Azizul Yasin · Staff biasa at Tre B Bakery & pastry
      jgn jadi melayu,jadi org islam,bru sume bersaudara
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Azhar Arsad III
    Walau apa pun yg Najib bentangkan, aku TIDAK AKAN PERCAYA. Kerana sejak Najib menerajui MALAYSIA menjadi PM, banyak PERUBAHAN DASAR di lakukan, dan DIGANTIKAN dengan DASAR YG LEBIH ZIONIS!

    Najib sedang membawa Dasar Liberal iaitu Pemansuhan Subsidi, dan digantikan dengan KENAIKAN HARGA, Pemansuhan ISA, dan akan digantikan dengan Undang2 yg bakal di GANTIKAN.

    Pada PENGAMATAN aku, Najib adalah seorang yg suka BERMEGAH2.
    ...See More
    • Usama Binden · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
      nanti dulu... kita jangan terlalu gembira sangat dengan statement Najib tu,bila dia sebut "akan dimansuhkan" hati aku mula tertanya tanya...ngape tak umumkan saja "mulai esok ISA dimansuhkan dan semua tahanan ISA dibebaskan". Atau mungkin ini statement utk raih undi popular..
  • Ismail Salleh · Exco at Kerajaan Kedah DA
    Tekanan politik pembangkang yang kuat akhir mengubah kerajaan yang telah mengamalkan ISA sekian lama.Next PRU adalah masa terbaik untuk mengubah terus kerajaan yang ada sekarang.
  • Demi Rakyat · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Adakah kerana kerajaan sudah tidak boleh mengawal suara rakyat dan tidak boleh menyekat gerakan hina ISLAM melalui INTERNET menyebabkan ISA sudah tidak relevan lagi pada masa kini?
    • Tharma Sam · PEGAWAI at Pegawai
      betul tak tahan dan sudah takut dengan rakyat...........
    • Juan Montoya · Top Commenter · Teluk Anson, Perak, Malaysia
      aku ucap tahniah pada PM tuk mnsuh kan ISA ni
      dan gubal lain2 akta yg difikirkan x releven lagi

      cuma : jngan lah cuma jadi janji pilihanraya jer
      sbb bila mansuh pasti akan di buat akta lain plak yg seakan2 akta yg di mansuh kan tu..
  • Mat Amin · Sekolah Parti Rejimen Ke-10
    Setinggi-tinggi tahniah kepada berbagai golongan dan berbagai kaum yang berjuang untuk memansuhkan ISA.
  • Abu Salam
    Gula-gula pertama ubtuk PRU 13.Lepas ini akan ada lagi pengumuman khas, sudah pasti kenaikan gaji Kakitangan Kerajaan. Tunggu dan lihat...
  • Azlan Rahim · Top Commenter · Kolej universiti insaniah (Insaniah,KUIN)
    gula2 politik..tkut2 yg bru lbih kejam..think for the future..bkn mghasut..tp memperingati akta zalim ni..
  • Dewan Pemuda Pas Melaka · Top Commenter · Melaka
    Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5439-najib-qtundukq-tuntutan-buku-jingga
    • Ottoman D Ariff · Top Commenter · 22 years old
      ya lah....bila kerajaan tak buat....korang hentam....bila kerajaan buat korang hentam gak.....yg betul PAS je ....orang lain tak betul....hidup PAS....PAS parti paling betul dan berkat dalam dunia...
    • Khairul Sarinie Anang · Universitas Gajah Mada
      Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu....
      Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.
  • Asrol Affandi · Top Commenter · Engineer at Oracle
    HARI NI SAMBUTAN HARI MALAYSIA, TAPI KELATE DILAYAN MACAM NEGARA ASING..MANA ROYALTI DAN SEMUA HAK RAKYAT KELATE WAHAI PEMIMPIN KERAJAAN PUSAT!
    • Shahrimin Harun
      betul tu..mana hak KELATE sbagai Malaysia..
    • Hasmah Ismail · Works at Already history
      Usahkan royalti......nak jemput pemimpin negeri dan pembangkang ke sambutan pun tak pernah tp bila apa apa rayu rakyat semua mintak cinta dan pertahan negara.......mcm msia hok bn sore........
    • Asrol Affandi · Top Commenter · Engineer at Oracle
      mugo malaysia nih hok mok pok dio, hok BN.
  • David Marshel · Top Commenter · Bukit Mertajam
    Kini Najib mengambil Dos Buku Jingga sebagai survival Politik beliau dan UMNO khasnya..tak lama lagi beliau akan laksanakan setiap intipati Buku Jingga kerana ia adalah satu panduan yang mantap ke arah memacu segala impian rakyat yg belengu di bawah UMNO BN...SYABAS kepada PAKATAN RAKYAT...Jika PR memerintah Negara yg dicintai ini maka lebih banyak feadah akan Rakyat menikmati..UNDILAH PAKATAN RAKYAT...

Hisham: Akta baru ganti ISA tak ambil masa lama
Sep 15, 11 10:45pm

Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata undang-undang baru itu akan merujuk undang-undang di negara lain sebagai contoh.

"Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri malam ini.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan terus ISA selain kajian komprehensif pihak kerajaan terhadap beberapa undang-undang lain, antaranya Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Polis 1967.

Kajian itu akan dimulakan dengan mengambil kira pandangan pihak dan agensi yang berkaitan, katanya.

Hishammuddin juga berkata fokus utama kerajaan selepas ini ialah mencari keseimbangan antara kepentingan dan keselamatan, serta kepentingan suasana demokrasi semasa dalam menggubal undang-undang baru itu.

Selepas pemansuhan ISA, kerajaan perlu lebih matang menangani risiko dengan pewujudan dua undang-undang baru yang bakal digubal.

"Risikonya berhubung kait dengan mencari keseimbangan antara keselamatan dan kepentingan negara, selaras dengan tuntutan dan suasana demokrasi semasa, jadi risiko dalam apa jua keadaan sentiasa wujud.

"Saya yakin dengan apa yang diumumkan malam ini, perjalanannya bermula dua tahun dahulu, dan ia telahpun mengambil kira pandangan pihak berkuasa seperti polis, tentera dan agensi yang terlibat dengan ISA," katanya.

Kira-kira 700 wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan awam menghadiri acara khas itu, yang diakhiri dengan nyanyian lagu sempena sambutan Hari Malaysia bersama-sama perdana menteri.

- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan