Jumaat, 16 September 2011

BILA ISLAM MERUPA AGAMA KETURUNAN@BAKA...KEMUDIAN TIDAK DIPELAJARI DAN DIHAYATI DENGAN BETUL..SETENGAHNYA JADI ADAT BUKAN IBADAT...

Serbuan gereja: Siasatan selesai, tiada dakwaan lagi
Abdul Rahim Sabri
Sep 15, 11
10:51am

Keputusan sama ada untuk mendakwa 12 umat Islam yang dikesan sewaktu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu dijangka diketahui Isnin depan.
NONEMenurut Pengarah JAIS Marzuki Hussein, perkara tersebut sedang dirujuk oleh penasihat undang-undang JAIS.

"Laporan (lengkap) kita sudah siap, tunggu dipanggil YAB Menteri Besar selepas beliau balik dari Jerman," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini dalam rangka lawatan kerja bertemu pelabur di Jerman dan dijadualkan pulang esok.

Sebelum ini, JAIS meminta tempoh sebulan untuk menyiasat kerana mendakwa tidak mendapat kerjasama daripada saksi kes berkenaan.

Sementara itu, ketua penguatkuasa JAIS Mohd Rais Rasid ketika dihubungi Malaysiakini berkata sebutan kes tersebut adalah pada 19 Oktober depan.

"Kalau tak ada (pendakwaan), kita tangguh untuk buat siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sembilan lagi individu yang terlibat sewaktu pemeriksaan tersebut.

Pihaknya juga belum lagi menghantar laporan tersebut kepada pihak pendakwaan, katanya.

NONEPada 3 Ogos lalu, JAIS memeriksa premis milik sebuah gereja di Damansara Utama tanpa sebarang waran selepas mendapat maklumat ada usaha cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Tindakan itu menimbulkan bidasan di pelbagai pihak yang menentang mahupun menyokongnya.

JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan berkata ia hanya satu 'pemeriksaan' selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada majlis 'buka puasa' yang dianjurkan itu.

Siasatan dibuat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Mengenai kebocoran laporan awal siasatan JAIS berhubung isu tersebut dalam sebuah blog, Marzuki berkata "ia tidak sama" seperti laporan JAIS kepada MB.

“Kita pertahankan maklumat kita. Tapi yang terkeluar (dalam blog) ia di luar kemampuan JAIS," katanya.

Ditanya sama ada laporan dalam blog dengan laporan JAIS adalah sama, Marzuki menjawab:

"Tidak sama. Mungkin ambil 'gist' atau (dari sumber) yang lain... Mungkin diambil daripada kenyataan awal bersama exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hassan Ali di-duplicate, (saya) tak tahulah," katanya.

Marzuki juga menafikan kakitangan JAIS terlibat dengan membocorkan laporan awal itu jika benar ia berlaku.



  • Syed Zul · Pengulas Tertinggi
    setuju dengan semua tindakan yg diambil JAIS dan lain-lain dlm mencegah isu murtad, tp dlm masa yg sama pelik dan hairan dgn sikap ahli parlimen Umno yg menolak rang undang murtad yang diusul oleh ahli parlimen PAS..
    • DQi Eusof · Pengulas Tertinggi
      ini pun menjadi persoalan.??????????
    • Suara Hati · Pengulas Tertinggi · Kuala Rompin
      DQi Eusof mmgla prsoalan bro bb dsebabkn kedeglan umno, murtad mkn jadi2 :-)
    • Kunta Kinte · Bekerja di BlackBerry South Africa
      bagaimana dgn mereka yg mempersendakan nabi,Quran dan agama Islam...adakah kita nak kategorikan mereka dlm golongan murtad juga? JMM,Perkasa tu pun banyak kenyataan mereka bercanggah dgn agama...
      tetapi apa tindakan Majlis Fatwa,JAIS,JAIJ ,JAWI,JAWA atau ulama atas isu ini?? takkan jadi kes terpencil lak.....
  • Jenny Oo · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
    gunakan saluran yg betul menyelesaikan masalah I sokong Jais...masalah kpd 12 org islam mengapa boleh berada di gereja..
    • Wie Wi · Pengulas Tertinggi
      itu kerajaan umno duit digunakan untuk memperkayakan kroni2nya dan para menteri dan wakil rakyat lihat sahaja rumah menteri yg menjaga hal-ehwal agama baru berkhimat tak sampai 3 tahun rumah besar mencecah jutaan ringgit dari mana ia dapat Sprm buat tidur sahaja dan banyak lagi para menteri mempunyai harta yg tak tahu dari mana datang gaji tak seberapa tu lah rakyat mudah terpengaruh dgn agama lain.beliau di layan dgn wang ringgit dan apa2 lagi.
    • Abg Brutal · Pengulas Tertinggi
      Wie Wi nak mintak bantuan dengan kerajaan yang konon nya agama ISLAM agama rasmi mmg perit dan sengsara ... cuba lah pergi baitulmal ke atau kebajikan masyarakat ke perghhhh siksa kalahkan kita nie macam peminta sedekah tapi kalau gunakan duit tu utk sendiri pakai no hal ... kan duit zakat tu duit mak bapak dorang
    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      Abg Brutal, duit zakat tu untuk asnab je, yang bernama jenab, munab, meknab tak payahlah...lagi pun dosa besar!
  • Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Well done JAIS, apepon perlu beri perhatian kpd 12 org Islam yg berada di gereja pd waktu tu lg pon umum tahu yg mrk2 tu xpernah diberi apa2 bantuan kebajikan dimana2 agensi trmasuk pusat zakat dan baitulmal maka tak heranlah jika mrk trpaksa menerima bantuan dan sumbangan dr pihak gereja akibat kesempitan hidup yg dialami oleh itu hapuskn kerenah birokrasi yg urusan penyaluran bantuan kebajikn kpd golongan yg miskin dan dlm kesusahan demi kebaikan ummah...
    • Kawat Duri · Pengulas Tertinggi
      org berutang layak terima duit zakat........
    • Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
      Kawat Duri : kate u tu btul tp nk ke pihak2 yg berkenaan nk laksanakn?...
    • Deansmen Dean · Pengulas Tertinggi · CEO di Self Employed Contractor
      untuk makluman anda 12 orang Islam yang ditahan itu...bukan golongan fakir miskin yang perlukan bantuan gereja...mereka kesemuanya adalah golongan berkerjaya dan berprofail tinggi dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh....mereka adalah kader-kader missionary kristian yang ditugaskan mempengaruhi orang2 Islam untuk dimurtadkan....ada faham ka....apa yang dkatakan gereja memeberi bantuan kepada golongan faqir miskin Islam adalah semata-mata untuk meng ' cover ' aktiviti mereka yang sebenar dalam program mempengaruhi orang2 Islam memelok Kristian....kita jgn tertipu dgn permainan gereja ni....
  • Pemuda PAS Sec-17 Shah Alam S'gor
    Sebulan 'Report' baru siap setelah ditanya berkali-kali, K.P.I apakah ini Lembab Ya Amat, Gini ke, Pentadbiran Islam Utk Dicontohi Oleh UmatNya, Gesaan Kpd JAIS & MAIS Tumpukan le Permasahan Utama Umat Islam D S'gor Yg Berlambak Ni, Masalah Sosial, Buang Anak, Perceraian, Ajaran Sesat DLL, Jgn D Layan Hal-Hal Politik & Org Politik Tu Sgt Buat Semak JAIS/MAIS je ~ Sila LIKEs Utk Setuju.
  • Muhammad Khairul Hamid
    Yang penuh dengan syrik ...haram..kufur dengan ALLAH SWT di stesyen2 TV siasat la skali..
    • Rizal Razali · Akademi Tentera Malaysia
      pelik la...kenape mesti salahkan kerajaan...hangpa pi ubah dulu kelantan jadi negeri yang zero maksiat....baru aku tabik...pondan berlambak...pelacur pakai tudung...kajol duk gelek merata2 hangpa tak pi sebat dia...
    • Ismail Yusof · Pengulas Tertinggi
      pandai main api terbakar susah nanti.bandinglah dengar tempat lain lihat dengan mata kepala jangan pakai kepala lumtut.
  • Marcellus Jay Mahap · Kkys
    hiti nopo sabah, tulun silam om kristian nga obuli mogitorungak makan. silam sumuang garaja om kristian sumuang dot masjid nga buli e dot sisuang no. nokukuro di kaka lo hilo sampaping tu mingganggau pasal no do suminuang makan.. mulau di moti yolo lo.. yati nopo tulun sabah kada tokou momit dilo kino buduhon diolo...
  • Aminuddin Jusoh · Top Commenter · Friends with Fazidah Ahmad
    perghhh... lamanya... kah kah kah.. takmo siasat ke..penghinaan terhadap Allah dan Rasulullah , Muhammad... pada logo PDRM yg di bawa ke-mana-mana hatta ke tandas? atau tak masuk bidang kuasa? keh keh keh.
  • Raystone Cey Yoms
    baru 12 org muslim masuk kat chrch JAIS dah bising..padahal ribuan lagi muslim kat luar yg masih meganut Agama Islam...apa benda nie...
  • Raystone Cey Yoms
    kalau agama lain masuk muslim...agama lain bising tak? kalau muslim masuk agama lain...org muslim bising tak? suka hati org ler nak pilih agama apa...itu hak mereka...JAIS nak semua rakyat jadi umat yg alim?
    agama bukan halangan untuk united...ceittt...sempit pemikiran...
    • Melissa Janting · Unimas,Sarawak
      kalau badan tuan tu bolelah kau org paksa,tetapi hati dan kepercayaan mereka x boleh dipaksa,lagi kuat kau semua melatah lagi banyak menampakan keburukan perangai sebenar kamu semua,yang percaya islam itu indah..!
  • Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    rasa saya kalau saya terlibat dlm pemeriksaan Greja dan saya diarah buat lapuran..saya janji siap seminggu. Apa sih...sulitnya buat lapuran,, sampai makan masa bulan-bulanan..Tapi ya beginilah kalau jabatan agama sudah ditunggang sepenuhnya oleh pegawai2 UMNO dan diperalatkan atas nama Sultan..modus operandi penjajah. Secara teknikal dan undang2 arahan adalah sultan..kenyataannya pegawai2 UMNO yg arah'...kan sama bunyi antara penjajah dgn sultan negeri2 Melayu...
    • DQi Eusof · Top Commenter
      kepentingan umat islam mengatasi segala-galanya.kenapa mahu dibela gereja tu.apa logiknya 12 umat islam berada disitu.itulah pokoknya.bukan bn atau pas .jangan emosi.kenapa 12 org islam berada disitu pun nak salahkan umno. apakah anda tidak merasakan apa2.
    • Sifu Gie · Top Commenter
      DQi Eusof... Umno/bn adalah kerajaan yg memerintah... kenapa bila rang undang2 murtad dibentangkan oleh MP kubang krian ditolak mentah2 oleh MP umno.
    • DQi Eusof · Top Commenter
      Sifu Gie .bab ni i x sokong kerajaan.i pun musykil ?sori kalau i tanya sikit.bilakah rang undang2 ni dibentangkan.coz i bz dlm 2 ke 3 hari ni.maybe i terlepas.i non partisan.mana betul i sokong,salah i condemn.
  • Pai Zogun · Universiti Malaya
    erm.....bagus la halang melayu mengemis di gereja...tp apa pandangan semua ttg melayu meminta tolong MCA bahagian berkaitan isu hutang along? anak hilang? adakah UMNO, PAS n PKR tiada unit berkaitan hal ini........adakah ini tidak berkaitan dgn cara halus?
    • Ulu Bin Uloo Uloo · Smk labuan
      Kata negara ISLAM tapi bila parts undang2 hukum ISLAM xdipakai...berdolak dalik...???????
    • Ulu Bin Uloo Uloo · Smk labuan
      Undang2 islam tu satu aje....kenapa diMalaysia berbeza setiap negeri ada undang2 islam masing2,JAISlah,MUISlah,JAWIlah,JAIPlah ...
      Tak boleh bikin satu saja kah?Jabatan agama Islam Malaysiakah....JAIM
    • Hassan Hussin · Top Commenter
      paigon, itulah namanya 1 malaysia, tak jejaskan akidah tak pa, jgn deparaya dah la,trumbang akidah kita kalau kita redha, walaupun 1 malaysia yg sambut perayaan tu
  • Nadim Farabi
    Kepentingan Islam & umatnya adalah lebih utama dari mana-mana parti politik.
  • Rajawali Ps · Smsid
    pergi makan kat gereja pun salah ke, atau kena tanya dulu, bila dia orang masuk ISLAM,
  • Bone Anakjanik · Top Commenter · Works at Body guard
    Di dalam dunia ini tiada seorang menusia berkuasa daripada Tuhan yang di namakan Allah Ta'ala dengan itu janganlah seorang menusia memadai madai membuat berkuasa memlebihi dari kuasa Tuhan, Kita sama sama memuji Tuhan yang maha isa dan pengasih, Puji Tuhan, Amen.
  • Mohd Haris · Top Commenter · Friends with Esah Mops
    Syabas JAIS!...buktikan kebenaran!
  • Nur Suzana Khamaruddin · Top Commenter
    melayu mukmin mesti ada jati diri dlm beragama....menjadi hamba yg beriman.....suatu declaration dr ALLAH dlm al quran.....yg jenis nak lompat2 ni qualiti hampas.....tenguklah para saintis barat yg menemui kebenaran fakta2 al quran......sesuatu yg hebat bukan tulisan manusia....
  • Mohd Kamal · Top Commenter · Ikbn
    laporan dah lengkap. tapi masih menyisat sembilan org lagi. ni apa kes? sebenrnya dah siap @ masih siasat? pelik tul...............
  • Jappswell Kitok · Kolej pembantu perubatan
    tukar agami adalah soal individu...apa mahu gago? dosa tanggung sorang2, mana ada share2...
  • Roslan Kasim · Top Commenter
    Alhamdulillah. Akhirnye siap juga lapuran Jais ni...
  • Nur Amira Sulaiman · Top Commenter · USM Malaysia
    هُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَالْهَدْيَ مَعْكُوفاً أَن يَبْلُغَ مَحِلَّهُ وَلَوْلَا رِجَالٌ مُّؤْمِنُونَ وَنِسَاء مُّؤْمِنَاتٌ لَّمْ تَعْلَمُوهُمْ أَن تَطَؤُوهُمْ فَتُصِيبَكُم مِّنْهُم مَّعَرَّةٌ بِغَيْرِ عِلْمٍ لِيُدْخِلَ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ لَوْ تَزَيَّلُوا لَعَذَّبْنَا الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَاباً أَلِيماً
    Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, - (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah - yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya.
    Surah Al-Fath, Ayat 25
  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    nk tegakkan khemah msti ada 4 kaki, klu guna 1 kaki je tumbglah khemah. wlupn blh lagi berteduh, tp x selesa. klu nk tegakkan Islam, semua sekali kena ambil berat. bukn setakat murtad, perkara lain spt pkian, akidah, hiburan, didikan...semua tu kena ambil berat.
  • Jack Petgc · Top Commenter · Jakarta, Indonesia
    bagaimana nak membetul kan keadaan sekiranya ulama 2 dalam pas yang hanya pandai berceramah tetapi juga terpalit dengan dosa dan noda.
  • Wie Wi · Top Commenter
    mengapa jais bertindak baru sekarang di dalam zaman pemerintahan PR sedangkan isu ini dah lama berlaku di selangor itu yg menjadi kemuskilan.dah lama dah sepatutnya bertindak jadi buat lah kerja karana ALLAH jgn mengikut pihak tertentu sahaja,
  • Hishahmuddin Dahlan · Top Commenter
    Tertanya2 juga kenaoa video tu boleh jatuh ke tgn org luar JAIS?JAIS tak nak siasat?
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    jais ni kalau nak kerja dengan tuhan buat betul2 jangan ikut politik cari makan. contoh ada judi halal dan haram sultan pun masuk tempat judi kena dakwa juga jangan pula tutup mata keluarkan "kemaluan"..
  • Terry Valten S · Top Commenter · Manager Nangka at Transporter Buah Nangka SDN BHD.
    Sebelum ini, JAIS meminta tempoh sebulan untuk menyiasat kerana mendakwa tidak mendapat kerjasama daripada saksi kes berkenaan....ha..ha...belum cukup masa utk brand wash supaya katakan YA walaupun hakikatnya tidak...ha..ha....dunia-dunia...
  • Nur Suzana Khamaruddin · Top Commenter
    jgn lupa siasat sama pertubuhan yg orang melayu byk jadi ahli iaitu umno....dengar kata parti ni tak setuju undang2 murtad d perdebat d parlimen? wakil rakyat umno yg ada tu tak nak ambil pot tentang isu/akta /rang undang2 murtad.adakah ini boleh menjejaskan IMAN jatuh kafir..sila jawab jais muis jaip segala mcm.rakyat nak tahu.
  • Gaban Ruz · Top Commenter · SMK Guar Chempedak, Kedah
    isunya mudah saja... JAIS N MAIS ni sbnrnya proxy umno jer.... siapa dia Ketua Pengarah MAIS? ahli UMNO kah? bgmana bleh ada gambarnya dlm majlis anjuran BN masa PRK Hulu S'ngor? dah bocor dah rahsia UMNO, tp masih tak mengaku..... inilah balasan dr Allah, mudah2an bertaubat.....
  • Fadjar Djafar Badjrai · Top Commenter · None
    alhamdulillah akhirnya siap juga.sekurang2nya pendakyah2 kristian ni tau JAIS tak tido.Dia org tak bole suka2 nak murtadkan org Melayu.Negeri2 lain mcm mana?tido ke?atau banyak sangat halangannya?
    • Mohan Moses
      Kita perlu waras dalam hal hal gini. Baru baru ini I berbincang tentang hal murtad dgn kawan2 saya melayu,cina dan india. Dalam perbincangan tu kami bersetuju Murtad tu bukan saja pada orang Islam ia juga terlibat pada Hindu,Budha dan kristian dimana ramai diantaranya telah di murtadkan dari agama masing masing. Isu agama ini memang pelik di malaysia kerana terlalu sensetive dan masing masing mahu menegakkan agama masing masing. Kita perlu sedar dunia sekarang lebih penting isu isu gini daripada pentingkan seorang insan yang dikurniakan oleh tuhan yang maha kuasa. Tuhan sayang pada setiap insan tak kira hitam,putih,bangsa ,kaya,miskin dan agama. Wahai manusia yang dicipta oleh yang maha kuasa sedarlah dirimu.Doa kan dunia yang aman damai.Amin.
    • Mahyuddin Aurangzeb · Top Commenter · INSTEP
      Well, U correct sir.
      Isu agama telah menjadi 'over-sensitive' kerana parti politik di M'sia yang telah ditubuhkan mempunyai asas agama di dalamnya.
      Maka, ia dilihat sensitif.

      Walaubagaimanapun, as a Malaysian Muslim, saya berpendapat, cara terbaik utk mengelakkan salah faham di antara rakyat M'sia adalah para cendikiawan agama (Islam, Christian, Buddha, Hindu) duduk berbincang satu meja utk mendapatkan mutual respect n understanding serta kefahaman 'agree to disagree' di antara satu sama lain..
      ...See More
    • Melissa Janting · Unimas,Sarawak
      betul ! mohan moses ini baru komen yang bernas,kita kena ingat di malaysia ini bukan satu agama dan satu bangsa saja,jangan ikut sedap mulut hendak menghakimi orang lain,mereka pun ada hak,kena ingat klu hendak hidup aman dan damai dalam satu negara bertolak ansur lah dengan orang lain,seperti mana orang lain pun buat yang sama,dan kalau diri anda hendak dihormati,anda belajarlah hormat orang lain dahulu.
  • Putera Sanaa · Top Commenter · OUM
    nak wat elaun tuntutan2,,,,, itu yg jady ambil masa...
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Buat kerja dengan ikhlas wahai JAIS. Kamu tahu itu.. Penguatkuasa Agama tetapi tidak ikhlas menjalankan tugas, lebih baik letak jawatan. Cuba fikir, buat laporan perkara kecil saja memakan masa berbulan.. Hal ini menimbulkan pelnagai andaian yang tidak sihat. Kalau kita menjadi budak suruhan pihak tertentu, sudah pasti niat dan kerja kita tidak lebih daripada seorang penyamun dan perompak upahan.. Apapun hasil Laporan JAIS, ia sudah tercemar, tidak berwibawa dan sangat meragukan..
    • Arie Pklang · Top Commenter · Kebun SAWIT
      jgn tuduh sembarangan bro, jais perlu panggil mereka2 yg terlibat dahulu ambil kenyataan semua baru sediakan laporan ini mmg memerlukan masa lebih2 lagi cuti perayaan yg panjang kenapa semua itu kamu x fikir, apa ko ingat laporan anak ayam hilang ke?akal ada guna jgn cari buruk org aje
  • Ah Beng Goh
    Kalau bukan JAIS yang bongkah video di internet, siapa lagi, bila serbuan dibuat, hanya pegawai JAIS yang ada video, pegang video dan buat shooting video! Tidal syak lagi!
  • Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alam
    kebenaran mengatasi kebatilan..umumkan pada rakyat selangor kertas laporan JAIS
    • Melissa Janting · Unimas,Sarawak
      kebenaran hanya pada menusia saja,tetapi kebenaran pada Tuhan semua x ingin tahu,biasalah kebenaran memang susah hendak menang biasanya kejahatan selalu nya menang.memang dari dahulu pengikut kristus selalu kena tekan,tindas dan dihakimi.tiba di nanti akhir zaman akan menampakan kebenarannya..bersiap sedialah.
    • Zairi Hashim · Top Commenter · Veterinary College
      Melissa Janting tak yah nak madah madah, yahudi tolak injil nak pakai taurat saja, kristian tolak quran nak pakai new testement n old testement saja tapi islam pakai ketiga tiga sekali...apa yang ada dalam quran ada dalam kitab kitab terdahulu...muhammad itu rantaian para nabi dan nabi terakhir diutuskan untuk umat manusia...nak percaya tak nak percaya terpulang pada diri masing masing....sama sama kita tunggu sapa benar sapa salah....
    • Melissa Janting · Unimas,Sarawak
      yup terpulang !kalu kau merasa kepercayaan kau tu kuat, kenapa harus kamu semua risau,kenapa harus kamu semua memaksa klu org dah tak nak percaya yang agama kau tu boleh selamatkan mereka di akhir zaman nanti.so pikir2 lar..sendiri.jangan hanya pandaii mereka re

Tiada ulasan:

Catat Ulasan