Jumaat, 30 September 2011

ORANG ISLAM WAJIB SOKONG HUDUD..NI ARAHAN ALLAH DISEBUT DALAM QURAN ATAU HADIS.....

365 peneroka lagi saman Felda RM175 juta | Print |
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 29 Sept: Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta.

Peguam R. Sivarasa memberitahu ini merupakan saman yang kedua oleh peneroka daripada Gugusan Jengka di mana Jun lalu 711 melibatkan pemeroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka menuntut RM344 bagi jumlah kerugian selama 15 tahun (sejak 1995).

Katanya, asas tuntutan peneroka ialah Felda sudah melakukan penipuan dan pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred (KPG) jualan hasil sawit.

“Hari ini peneroka menyaman Felda kerana menipu KPG pada purata 18.5% sedangkan bacaan kepada contoh hasil buah kelapa sawit yang dihantar kepada tiga makmal bebas menunjukkan kadarnya ialah 31.5% dan setelah diselaraskan peneroka percaya purata KPG tidak kurang daripada 27%. Ini bermakna terdapat perbezaan purata 8.5% yang digunakan oleh Felda.

“Ini bukan angka yang kecil. Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu berdasarkan harga pada 2008, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM250 setan, jika 10 tan sebulan bermakna kira-kira RM30 ribu wang peneroka telah dirampas dalam setahun.

“Selain daripada itu peneroka mendakwa kilang Felda juga telah memotong buah sawit yang dianggap ‘buah busuk’ dengan kadar 200 kilogram sebulan tetapi tidak dikembalikan kepada mereka dan dijual kilang Felda,” katanya dalam sidang media selepas saman difailkan.

Tambah Sivarasa, ini membawa kerugian kepada peneroka dengan kadar RM560 x 2.4 atau RM1,344 setahun bagi setiap peneroka dan penipuan berleluasa selama dalam tempoh 15 tahun.

“Ini bermakna dalam tempoh yang sama (15 tahun), bagi kedua-dua penipuan, Felda telah menyebabkan kerugian sebanyak RM175 juta kepada peneroka. Dicampur dengan tuntutan 711 peneroka dulu (RM344 juta) bermakna peneroka Jengka saja telah menuntut RM520 daripada Felda,” tambahnya.

Turut hadir dua orang peguam lagi yang mewakili peneroka Lateefa Koya dan T. Kumar. Hadir sama Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Pusat Suhaimi Said, Pemangku Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ahli Dewan Undangan Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad serta para peneroka.

Tambah Sivarasa, apa yang berlaku ini memangnya penipuan yang jelas serta pecah amanah daripada Felda sedangkan seperti disebut hakim dalam kes peneroka Kemahang saman Felda, bahawa Fela sepatutnya menjaga peneroka bukannya menipu.

Sementara itu Suhaimi Said dalam sidang media yang sama memberitahu sebelum ini peneroka dari Gugusan Bera juga telah menyaman Felda atas isu yang sama menjadikan sehingga kini kira-kira 1,700 peneroka telah berbuat demikian.

Bagaimanapun, Suhaimi berkata, peneroka bukanlah berminat sangat untuk menyaman Felda kerana mereka lebih cenderung untuk berunding.

“Malangnya setiapa kali apabila wakil peneroka pergi ke ibu pejabat Felda, mereka akan dimaki hamun dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan dalam kes ini setiap peneroka kerugian kira-kira RM700 ribu dalam kes KPG, TTS dan sebagainya.

“Jika Felda mengembalikan hak peneroka yang ditipu selam aini itu lebih baik kerana peneroka telah banyak berkorban untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan keuntungan Felda selama ini,” ujarnya.

Bekas tentera bersama Pakatan Rakyat 2 Oktober | Print |
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.

Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.

"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen.

Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500.

"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan.

"Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go", untuk kepentingan semasa.

"Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.

Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.

PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.

"Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya.

Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.

Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda.


Jerih perih Umi menjaga 49 anak yatim | Print |
Harakahdaily

GOMBAK, 29 Sept: Bayangkan seorang pesara kerajaan menjaga dan memelihara 49 anak yatim hanya dengan bantuan potongan gaji tetap dari anak-anaknya sahaja.

Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi itulah yang dilakukan oleh Puan Fatimah Husein dan anak-anaknya yang membuka rumah anak yatim Al Nasuha di Gombak Permai.

(Umi di depan rumah anak yatimnya di Gombak Permai)

"Saya tidak terima bantuan dari mana-mana badan kerajaan....hanya anak-anak saya sahaja yang memberikan bantuan bulanan melalui potongan gaji mereka," kata Puan Fatimah yang lebih mesra dipanggil umi sahaja.

Umi adalah panggilan semua anak-anak yatim Al Nasuha kepada beliau yang menjadi pengetua di situ.

Rabu lepas, 28 September, Puan Fatimah membawa semua anak-anak yatim di bawah jagaannya ke majlis aidil fitri anjuran Harakah di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad.

Di situ mereka berpeluang memakan makanan yang lazat di samping mendapat sedikit duit raya yang disampaikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan sehingga 17 tahun beratur untuk bersalam dengan Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan PAS bagi menerima duit raya itu.

Nampak jelas, kanak-kanak ini sangat gembira di hari itu kerana ada pihak yang prihatin kepada mereka.

"Kebanyakan mereka ini anak orang-orang susah atau anak yatim piatu yang dihantar oleh keluarga masing-masing untuk kami jaga," kata Puan Fatimah ketika ditemui Harakahdaily di majlis itu.

Menyingkap kisah lalu, Puan Fatimah berkata, ia bermula apabila dia bekerja dengan sebuah rumah anak yatim milik satu keluarga.

Namun apabila isteri kepada pemilik ini meninggal, beliau tepaksa meninggalkan rumah itu kerana tidak manis untuk beliau tinggal dengan seorang lelaki lain di rumah itu.

Lalu ketika itulah datang rancangan untuk membina rumah anak yatim sendiri dengan bantuan dari anak-anaknya.

Menurut Puan Fatimah, ramai anak-anak yatim jagaannya yang telah berjaya dengan baik dalam pelajaran.

"Ada anak-anak kami yang belajar di Mekah dan kolej sekarang," katanya di samping ramai antara mereka datang kembali ke rumah ini untuk menjadi sukarelawan.

(Anak-anak yatim dari Al-Nasuha menerima duit raya dari Abdul Hadi)

Namun masalah besar yang dihadapi Puan Fatimah adalah perbelanjaan bulanan yang agak besar untuk beliau kendalikan rumah anak yatim ini.

Beliau memerlukan antara RM7,000 - 8,000 sebulan dengan belanja untuk elektrik dan air sahaja sudah dekat RM2,000.

"Memang anak-anak saya membantu tetapi tidak cukup. Saya kena mencari pendapatan lain untuk menjaga 49 anak yatim ini," katanya.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya, memberikan syarat yang ketat untuk membantu. Antaranya rumah itu hendaklah dibina di lot tepi, sedangkan rumah Al Nasuha hanya di rumah lot tengah sahaja.

Oleh itu, beliau sentiasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu rumah anak yatim ini dengan memasukkan sumbangan terus ke akaun Pertubuhan Kebajikan anak-anak Yatim Al-Nasuha melalui akaun Maybank 564829000530.


Tanggungjawab MP Umno sokong hukum hudud | Print |
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Sept: Anggota parlimen (MP) Umno yang beragama Islam perlu turut sama bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan menjadi kenyataan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka mesti menyokong hasrat PAS melaksanakan perundangan Islam di Kelantan dengan melakukan beberapa pindaan undang-undang di parlimen.

"Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya peruntukan undang-undang yang sedia ada sekarang perlu dipinda terlebih dahulu," katanya di sini.

Semalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan menghormati usaha kerajaan Kelantan memasukkan hukum hudud dalam undang-undang syariah selepas dilulus pada persidangan Dun 1993.

Mesyuarat itu turut membenarkan PAS menerangkan mengenai undang-undang syariah biar pun DAP menyatakan tidak menyokong sekiranya ia dilaksanakan.

Dr Mohamed Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan meminta orang Islam yang menentang hukum hudud kembali kepada ajaran Islam.

”Janganlah mempolitikkan sehingga ia menjadi isu. Ini kerana hudud adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan mana-mana pemerintah.

”Adalah amat tidak wajar sekiranya umat Islam sendiri menjadikannya isu politik apa lagi menentangnya. Matlamat perjuangan PAS memastikan keseluruhan perintah Allah dapat diamalkan umat Islam,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya tanpa kuasa di peringkat pusat dan mendapat sokongan majoriti dua pertiga, hasrat PAS melaksanakan hukum terbabit akan terhalang.

Malah menurutnya kemenangan PAS di Kelantan sejak 1990 kerana rakyat mahu hukum hudud dilaksanakan.

”PAS memohon agar dibenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagaimana yang disebut dalam Enakmen Hudud yang diluluskan pada persidangan Dun 1993,” katanya.

Beliau yang juga bekas pensyarah undang-undang di UIAM menjelaskan hukum hudud hanya akan dilaksanakan di kalangan penjenayah orang Islam sahaja.

"Orang yang tidak berniat melakukan jenayah atau orang bukan Islam tidak perlu takut kerana mereka tidak terlibat dengan enakmen ini," ujarnya.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, program penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud akan dibuat secara berterusan supaya rakyat lebih faham.

Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, pihaknya menyokong apa jua dasar yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat untuk kebajikan dan kebaikan rakyat.

”Kami sedar kewajipan pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dipertikaikan individu Muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.

”Maka menjadi tanggungjawab orang yang beriman menyokong dan menerima hukum Hudud, Takzir dan Qisas dengan penuh rendah diri,” katanya.

Menurutnya juga kekeliruan yang timbul sebelum ini kerana dakyah disebarkan Umno melalui media massa tajaan mereka.

Beliau juga berkata, kenyataan Dato’ Seri Najib Razak awal-awal lagi menolak melaksanakan hukum hudud perlu dinilai orang Melayu yang beragama Islam.

PAS sambut hari habitat sedunia di Shah Alam | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS akan menyertai masyarakat antarabangsa apabila akan menyambut Hari Habitat Sedunia 3 Oktober ini.

Ia akan disambut di Dataran Shah Alam, Selangor 3 Oktober ini mulai 8.30 malam, kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar (gambar) kepada Harakahdaily.

Ia dianjurkan bersama PAS kawasan Shah Alam dan MBSA MPP Zon 1.

Program ini adalah program yang merupakan menifestasi serta hasil sambutan World Habitat Day melalui deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan di adakan pada 3 Oktober, 2011 dan akan diraikan oleh semua negara-negara di dunia.

Bulan habitat sedunia, katanya, di harapkan dapat memberi suatu impak yang amat besar bagi gerakan kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar amnya serta ke arah memperkemaskan dan memperkasakan tataurus dan gerak kerja badan-badan berkanun, kerajaan, dan badan-badan bukan kerajaan di dalam kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar.

Menurut Zulkifli, sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat.

Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut beliau, objektif sambutan ini adalah

I.Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai

II.Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara badan-badan bukan kerajaan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan

III.Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar

IV.Memberi Kesedaran Pihak Berkuasa, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Swasta sentiasa memberi kepentingan dan keutamaan Alam Sekitar bila membuat sesuatu pembangunan atau penerokaan bumi kita.

V.Mengujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa tempat,bumi/planet kita adalah tanggungjawab kita semua

VI.Acara Hari Sambutan Alam Sekitar disambut oleh kebanyakan Negara di dunia dijadikan acara penting oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Negeri yang kita perintah seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

VII. Mesej kepada Rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap Alam Sekitar.

Sambutan kali ini, kata beliau, bertemakan 'Air Boleh Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan'.

Tema ini dipilih berdasarkan beberapa Faktor dan isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

i.Air sebagai Sumber Kehidupan. Sebarang Pembangunan dan Penerokaan Kawasan Tadahan Air atau Kawasan Hutan Simpan kekal mestilah dielakkan.

ii.Kesedaran Rakyat dan Pihak Berwajib soal Penjagaan dan Pemeliharaan Sungai-Sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair,bergas yang mengandungi Asid, Toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan.

iii.Isu Air yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan Syabas dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan Rakyat Negeri Selangor

iv.Pembinaan Industri yang berisiko tinggi mestilah jauh dari kawasan sumber air dan tempat tinggal rakyat

v.Kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupakan agenda dalam pembangunan sosial–ekonomi rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan