Khamis, 29 September 2011

NON MUSLIM TIDAK TERLIBAT SEBAB BELUM MASUK ISLAM..IA HANYA UNTUK ORANG ISLAM...DIKIASKAN MACAM NI...KITA MASUK SINGAPURA...TENTU KITA KENA IKUT UNDANG2 SINGAPURA...BAGI ORANG TAK MASUK LAGI SINGAPURA...SUDAH TENTU PIHAK SINGAPURA TAK BOLEH MEMAKSA ORANG TAK MASUK SINGAPURA MENJALANI HUKUMAN CARA SINGAPURA...CUBA FIKIRKAN...JADI NON MUSLIM TAK PERLU BIMBANG...YANG BIMBANG DAN YANG TAK NAK ORANG ISLAM TELAH MELAKUKAN KESALAHAN ATAU BERCITA NAK BUAT KESALAH ITU...CONTOH ZINA...AKAN DISEBAT 100 X SEBATANBAGI ORANG BELUM KAHWIN....REJAM BAGI YANG DAH KAHWIN...

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu | Print |
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.


Pakatan: Tiada kata putus untuk laksana hudud
Salhan K Ahmad
Sep 29, 11
1:08am

Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam ini.

hudud, pakatan meeting

Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.

Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.

"Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga.

"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya.

Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi.

Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya.

Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai.

Katanya lagi, mesyuarat juga telah menerima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan anggota exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili menteri besar.

Turut hadir penasihat DAP, Lim Kit Siang; pengerusi DAP, Karpal Singh; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

  • Zainal Tajuddin · Pengulas Tertinggi
    Beza pakatan dan bn...pakatan mencari jalan, bn mencari alasan.
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Bersatu teguh, bercerai roboh. Bermuafakat membawa berkat...
    • Badut Rakyat · Pengulas Tertinggi · The University Of Facebook
      alasan apanya ??? dah memang hudud tak boleh dilaksanakan ok.dah senyap,tak perlu berbicara tentang hudud...malaysia berbilang kaum..artikel 29 pun sama macam hudud.pesalah yang didapati salah contohnya mengambil dadah dan di gantung sampai mati kan sama jer
    • Ryu Serizawa · Friends with Samsudin Baharom
      Badut Rakyat : bercakap tanpa ilmu..inilah jdnya..hukum hudud hukum Allah,jgn perlekehkan!
  • Azwan Muhammad · SKWB, SMKWB, SMTPM, KMP, UTM...
    Terus bermuafakat, berbincang...Islam itu adil...Islam itu cara hidup...Biar kita org PAS tunjuk kehebatan Islam...
  • Azlan Hussain · Kuala Lumpur, Malaysia
    Kenapa tak belajar dari perjanjian Madinah. Perjanjian yang jelas tidak meletakkan Islam ketepi dalam perjuangan. Kenapa kita tak ikut cara nabi? Perjanjian dalam gabungan PR jelas ke? Kalau jelas, kena dinyatakan dalam perjanjian gabungan dimana Islam akan menjadi teras dalam apa jua keadaan, samaada perundangan, ekonomi, sosial dan politik. :-?
    • Azlan Hussain · Kuala Lumpur, Malaysia
      Nabi dah ajar pada kita, kalau buat apa2 perjanjian kena jelas. Nyatakan dengan jelas. Kenapa kita tak ikut cara nabi? Adakah kita tidak yakin dengan kekuatan Islam dan kuasa Allah dalam menentu hala tuju perjuangan kita? Kita pernah tidak tunduk pada DAP dulu, kenapa kini kita jadi sepertinya berlembut pada DAP?
    • Nora Azlin · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia (UUM)
      Azlan Hussain kesian kt pas.dap dan pkr hanya nk pergunakan jentera2 pas utk plhnraya saja.kita semua maklum jentera2 pas hanya nk tegakkan hukum islam mcm nik aziz kata.tapi selagi duk dlm pakatan impian itu x kan tercapai....
    • Case King II · Pengulas Tertinggi
      Nora Azlin ; PAS ada strategi laaaaaaa.......lu org ni bukan duduk barisan pimpinan...jerit2 pun buat apa....lu org tunggu PRU13...kasi menang PR dulu
  • Mohd Ropi Ismail Rindu · Smk kepong di Teacher bm
    menang dulu..., buat pungutan suara(rakyat Kelantan), jalankan.., biar Kelantan jadi "Role Model", Kalau Hendak ada seribu cara, kalau tak nak seribu alasan..., langkah seribu bermula dengan langkah pertama, JANGAN di CAH Kenting awal2.
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Yg cantiknya mcm tu la. Kita menang dl PRU, ok? Lpas dah berkuasa, apa sj kita dpt laksanakan. Bak kata omputih, 'one step after another'. Kita tumpukan & gemblengkan seluruh tenaga utk pegang Putrajaya 1st...
  • Mk Jacobin · Pengulas Tertinggi · Pengurus di Berniaga Sendiri
    insyaallah pasti terlaksana juga hukum Allah swt...
    • Nora Azlin · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia (UUM)
      tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul2...-p ramlee kata
    • Pemuda Pewaris Malaya · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
      Hudud Hukum Allah Dicipta Utk Kita Yg D CiptakanNYA, Jgn buat main-2 jgn di Cerca Kata, Kami Tak Nak Bersubahat Mengata Hukum Allah Tak Sesuai, Pada Kami HambaNya Akur Bahawa Hukum Allah yg Terbaik Di Setiap Masa & Ketika dgn Segala HIKMAH PERLAKSANAAN*
    • Janil Magansal · Pengulas Tertinggi · Kudat
      Pemuda Pewaris Malaya Manusia diCiptakan kerana Memelihara Peraturan bukan peraturan yang memelihara Manusia sebab itu peraturan ini boleh kita sesuaikan mengikut peredaran Zaman
  • Muhammad Iqbal Atan · Universiti al-azhar,kaherah,mesir
    insylh...doa2 je..mga2 terbuka lah dan diberi hidayah pd smua org islam dan bkn islam thadp undg2 allah ini...takbir...
  • Perak Utara · Top Commenter · College of the Holy Cross
    hahahha tinggallah Pok Nik terkontang Kanting...mana dia puak-puak tegar PAS yang nak sokong Pok Nik laksanakan HUDUD di kelantan...hehhehe inilah akibatnya menjadi anjing kepada DAP...nak laksanakan hukum Allah pun tak boleh...porah...macam ni nak perintah negara,...sembang je besar...
    • Penjejak Awan · Top Commenter · SEKOLAH ALAM SEMESTA
      betul tu. sekarang jelas dap dah halang hudud. tapi pas masih nak bersama. mcm mana tu..confirm takut gila dengan dap
    • Perak Utara · Top Commenter · College of the Holy Cross
      Dah la takut gila pula tu...tapi puak PAS ni tak kisah depa memang taat gila kepada DAP...kiblat depa sekarang adalah DAP
    • Nora Azlin · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia (UUM)
      Perak Utara pas ni die apa tau.die tau nk dapat pjaya saja.rela diperguanakan.kelemahan pas begitu ketara skali.ceramah mmg hebat,berdegar2 kencang sembang depan pakcik2 di kampung.....bakar semangat org melayu nk buat hudud..alih2 dlm meeting kene hentak dgn karpal singh suma membisu...semjua serakan pada anwar....anwar ni nk jadi pm saja.....
  • Farhoud Fadzil
    aku mengharapkan PAS yg dulu...sblm bergabung dgn anwar & DAP...mane prinsip PAS....kenapa perlu takut pada DAP....kalau dulu mahathir x bg buat hudud ckp macam2....nie plak DAP x bg laksana hudud nk kata apa....siapa DAP....kalau UMNO macam2 korang sembur....kalau berpegang pada prinsip kuar pakatan.....kenapa perlu bermuka2 untuk DAPAT KUASA...DAP & PAS memang tak sehaluan...boleh bergabung sebab ade anwar yang pandai bermuka2 dan pandai berkata....satu hari nanti kalau di takdirkan anwar xde....ape jadi...sudah laa UMNO x boleh di harap....sape lg kami nk bergantung harap? sedih dengan senario politik malaysia....hudud itu hukum ALLAH S.W.T....laksanakan di kelantan...jadikan contoh kepada negeri2 lain....isyallah.....
  • Hamba Tuhan
    SY BERPENDAPAT PAS PERLU TEGAS DALAM HAL HUDUD DI KELANTAN.DAP PERLU MENERIMANYA.KERANA HUDUD TIDAK MELIBATKAN KAUM BKN ISLAM.KENAPA MEREKA PERLU MENENTANG KERAS.KARPA SIGH PLAK X PERLU NK KATA SEMUA TU X DE DLM PERLEMBAGAAN KE APA KE, SBB SEMUA TU BOLEH DIUBAH KN..POKOKNYA KALAU HR INI PAS MENGALAH, DIMANA KETEGASANNYA.SEBAB TELAH LAMA KONFLIK INI DIPENDAM DLM PAKATAN.SY CUMA BIMBANG JIKA KALI INI HUDUD TIDAK DPT DIPERTAHANKAN DEMI MENJAGA KESEPAKATAN DNGN DAP, MAKA IA AKAN MENGUATKAN LG SANGKAAN MUSUH2 ISLAM, YAKNI KITA TUNDUK PD DAP..JD SY MENDOAKAN MUGA ADA KETEGASAN DR PIHAK PAS, DAN SY MENDOAKAN AGAR DAP LEMBUT HATI MENERIMANYA.JIKA MEREKA BERKERAS, SY FIKIR SDKT PUN X DE MANFAAT BERSAMA MEREKA.BAHKAN, HAL INI AKAN MEWUJUDKN KERAGUAN DIKALANGN ORNG PAS TTNG KETEGASAN PAS DLM MENEGAKKAN HUDUD.MUGA SEMUANYA SEPAKAT, KEARAH KEMENANGAN PD PERLAKSANAAN HUDUD.AMIN.
  • Zul Majid · Top Commenter
    Didalam demokrasi, suara majoriti diutamakan. Kalau majoriti rakyat Kelantan mahu HUDUD dilaksanakan dinegeri mereka, sebagai pemimpin yg diundi oleh rakyat, UMNO/BN dan PAKATAN/PAS, harus mencari jalan untuk memenuhi kehendak rakyat. Tiada yg mustahil didunia ini selagi kita ada kemahuan.
    • Zul Majid · Top Commenter
      Personally, aku tak setuju hudud dilaksanakan, tapi kalau majoriti dah hendak buat, buat ajelah. Suka tak suka, aku terpaksa juga ikut HUDUD kalau dah dilaksanakan. ye tak?
  • Azam Karap · Top Commenter · Kajang, Malaysia
    esok utusn spin la kat muka depa kononnya Pas takut sgt2 kat DAP...tggu n lihat je la....
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Azhar Arsad III
    Kami sebagai rakyat berbilang kaum tetap setiap dengan PR. INI JANJI KAMI!

    Kita beruntung bumi Malaysia ini terdiri dari pelbagai bangsa. Melayu dengan sikap sopan dan toleransi, Cina dengan sikap rajin berusaha, India mementingkan ketelitian dan kaum2 juga ada kelebihan masing2.

    Sayang sekali, BN telah menggunakan ISU KAUM sebagai penghalang kepada demokrasi. Akhirnya semua KAUM RUGI, yg UNTUNG BN.
    ...See More
  • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
    Utusan akan berlari satu kampung membawa berita, ikut bersama Berita Hairan dan disambut olih TV1-TV2, TV3.Semua muka penuh dgn Pakatan Gagal Capai Sepakat, T3-T1 akan hentikan semua siaran hanya untuk hebahkan berita ini.Juak juak UMNO melakukan lebih dari itu, diraikan berita paling gembira dalam hidup mereka dgn ke karaoke dan tempat hiburan ditambah sorakan "Yahooo Hudud Dihalang".
    Si bukan Islam tidak jatuh murtad kerana memang dari awal bukan Islam tetapi Si Islam bolih menjadi murtad @ kafir jika tidak betul tatacara penerimaannya.
  • Acier Tomatoman · Top Commenter
    DAP x nk lksanakn hudud dgn alasan perlembagaan, klw umno alasan dy ..... fhm2 la kn, korg pon tw rasenye. DAP de x persenda hudud?
  • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
    PR sbnarnya kena fokus utk menang PRU dl. Bnda2 lain kita setlekan kemudian. Klau dah dpt kuasa kelak, apa sj kita dpt laksanakan. Dan x akan lari gunung dikejar. 1st thing first. Utk capai ke'Z', kita kena bermula dgn 'A'. Inilah yg dikatakan bijak & berhikmah dlm politik. Camne kita nak dptkan 'B', 'C', 'D' smpai lah 'Z', sedangkan kita blom pun capai 'A'? Krn, selagi kita x dpt bermula dgn 'A' (tampuk pemerintahan), kita hanya berangan2 sj utk buat yg lain2. Krn pokok pangkalnya adalah bermula dgn 'A'. Maka dgn itu, saya nak nasihatkan semua pimpinan PR & juga ahli2 PR spaya fokus bermula dari skrg utk memenangi PRU akan dtg. Krn tarikhnya sudah dekat. Jgn krn bnda2 yg blom tentu kita dpt laksanakan (sbb keputusan PRU blom tentu lagi) kita berselisih pendapat ttgnya, & hanya merugikan masa kita. Sedangkan, persediaan & keputu...See More
  • Hamba Tuhan
    SEPERKARA LAGI, JIKA KONFLIK YG TELAH SEKIAN LAMA INI TIDAK MAMPU MENCAPAI KEMENANGAN PD PAS, YAKNI PERLAKSANAAN HUDUD GAGAL.SY KHUATIR, AKAN ADA ORNG2 PAS MULA TERPENGARUH DNGN DAKYAH2 MUSUH2 ISLAM LPS NI, DAN MULA HILANG KEPERCAYAAN PD PAS.SEMESTINYA MEREKA AKAN HEBAT BERKATA2 YAKNI PAS IKUT TELUNJUK DAP.APA2PUN KITA MESTI TEGAS DLM HAL HUDUD KALI INI, KRNA KONFLIK INI TELAH SEKIAN LAMA TERPENDAM DLM PAKATAN.IANYA PERLU DISELESAIKN JG.MUDAH2AN KEMENANGAN PD PAS DLM HAL INI.AMIN.
  • Shaiful Irwan Saidin · Peninjau at STeAMboAT vILLAGE
    Pas mesti berusaha untuk laksanakan HUDUD walaupun ditentang DAP, tapi xpelik sangatlah sebanya mereka ni bukan orang islam, yang UMNO tu 100% org melayu islam nak tentang jugak, mana pejuang2 melayu dan NGO2 yang dok melalak mcm anjing kononya rela bermandi darah demi pertahankan Agama, bangsa dan negara..depa ni sama taraf dengan pondan2 yg dok jual punkoq ditepi jalan..ada duit, semua jalannn...jadi balaci ataupun BARUA UMNO.
  • Shahrul Nizam · Top Commenter · Seri Kembangan
    DAP sedia duduk semeja untuk membincang soal perlaksanaan hukum hudud sedangkan UMNO bukan setakat tidak mahu melaksanakan malah memberikan pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan hudud malah memburuk2kan hukum hudud. Manakala MCA & Gerakan dengan kerasnya menolak sebarang rancangan bagi umat islam melaksanakan hudud.
    • AlphaRomeo Kamal · ITTAR
      Kata Melayu , Islam......tapi no 1 tolak awal lagi.....DAP tak katalah sebab bukan Islam, yg islam lagi teruk hentam yg nak laksanakan hukum islam.
  • Nik Abdul Razak · Top Commenter · University of Malaya
    Dengan kematangan pimpinan PR & kebijaksanaan pimpinan PAS, InshaAllah (di atas prinsip demokrasi & semangat perlembagaan persekutuan) impian utk melihat hukum hudud dilaksanakan di Malaysia akan tercapai.
  • Rohaifi Azri · Top Commenter · Kuantan
    PAS tidak mengalah. Pemahaman kepada bukan Islam wajar lebih diberikan agar mereka tidak 'takut' dengan Hukum Allah Yang Maha Adil ini. DAP dilihat lebih bertoleransi dan mahu duduk berbincang berbanding MCA yang langsung mencabar untuk keluar dari BN andai UMNO mahu melaksanakan hudud.

    (toksah bimbang la MCA, UMNO tu takkan nye berani laksana hudud. Takkanlah Bik Mama nak korbankan rambut mengerbang ala LION nya tu) - heh!
    • Steve Lee · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      mungkin DAP sudah tahu kebaikan hudud dan menerimanya, cuma masyarakat masih kurang berpengetahuan mengenai hudud, perlukan lebih masa lagi..kita perlu mendidik masyarakat...
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
    Penafian dengan air liur anwar ibrahim dalam kes liwat serupa macam cerita PEROMPAK yang tak ngaku rompak! perogol yang kata tak rogol! Kalau anwar anak jantan, tak payah junjung quran, masuk dalam masjid dan nafikan!
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
    Kenapa NIK ARJIS tak hadir? sudah kena DEMAM kah?
  • Jofri Junior · Top Commenter
    ubah perlembagaan persekutuan dan jadikan undang2 syariah yg tertinggi dalam perlembagaan...insyaAllah orang Islam dan bukan Islam boleh terima bila dapat perjelasan dan penerangan tentang hukum Islam yang sebenar.. Kita mesti Ingat bahawa undang-undang syariah adalah perintah ALLAH. Siapa yang lebih bijak dalam menentukan keadilan. adakah manusia atau Tuhan? fikir2lah sendiri
  • Shahrun Ishak · Top Commenter · Computer engineering
    Masanya utk umat Islam meningkatkan usaha penerangan berkenaan hudud. Bukan salah orang bukan Islam menolak hudud disebabkan kurangnya maklumat dan sering dimomokkan dengan hudud oleh pemimpin dan media Islam. Tapi yang dikesali apabila umat Islam sendiri kurang peka dan masih tak faham ttg hudud.
  • Mohammad Sabri Awang Hitam · SDAR 7279
    betul tu menang PRU13 pas tu baru boleh jalankan apa yg telah dirancang
  • Fendi Kamsah · Top Commenter · Works at Formis Network Services Sdn Bhd
    buat jer apa nak risau kan dgn bangsa lain...kita kan mejoriti kalau meke sume tak nak halau balik negeri la huhuhuhuhuhu bikin pening...raja2 melayu pun suruh pertahan kan ketuanan Melayu dan agama Islam...jadikan Kelantan model...try buat setahun tgk stastik kadar jenayah dgn negeri2 lain sape yg byk bikin jenayah huhuhuhuhu.....itu kan hukum Allah....terus kan....
  • Hanif Ibrahim · Faculty of Medicine, UKM
    kene meneliti semula sejarah perjanjian hudaibiyah.
    "win the battle does not mean u will win the war".
  • Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahru
    aku dah agak dah..hahahaa...last2 tak jadi nyer. Kalah lagi dengan dap.
  • Mohammad Edziani · Universiti Teknologi Malaysia
    Tahniah PAS keara tidak menjual hukum agama demi undi..syabas..
  • C'yu Aspar · Top Commenter · Pengarah Urusan at KONTRAKTOR ANJUNG PERDANA
    utk yg trbaik sememangnya sukar dilksanakan...
  • Firdaus Al-Muari · Top Commenter · IIU,IIC,PSA
    tak hairan bila org bukan islam yg menolak hukum allah.. ttpi hairan bila mana org islam sndiri menolak hukum allah.. hukum tuhan nya sendri.. bg la brpa byk alasan.. hukum allah tetap hukum yg sempurna.. sepanjang zaman.. sehinggalah kiamat nanti.. dan apa yg terjadi sekarang? bukan islam seakan² fobia dgn perkataan hudud dn islam.. sedangkan islam itu indah.. di peringkat global , Amerika menakut² kan manusia lain nya bahawa islam itu ganas.. di Malaysia siapa yes? jwpan nya org islam sendri yg islam hnya pada nama dn I see.. parti apa? fikir sendiri.. rasa hebat sgt nk lawn hukum allah.. sedar lh makhluk.. setiap helaan nafas yg kita sedut tu milik allah.. ape th lgi isi dunia seluruh nya.. milik siapa.. klau bkn milik allah.. hebat mna makhluk, mati ke tanah juga di mkan ulat..
  • Antonio Oscar · Top Commenter · Smk menggatal
    .....Saya bersetuju sangat kalau Negeri Kelantan di jadikan negeri pertama yang melaksana hukum hudud, kerana di situ rakyat boleh menilai dan memahami lebih mendalam tentang undang-undang yang seolah-olah menakutkan golongan bukan islam...orang kata, tak kenal maka tak cinta...cuma rakyat harus memberi sokongan padu kepadan usaha kerajaan pas ini, terutama pemimpin islam tak kiralah parti mana jangan kerana pahaman politik hukum tuhan diperlekehkan serta dipermaikan, dan yang kurang ilmu macam saya jangan ulas semberonoh.........
  • Mazlan Abd Malek · Top Commenter · IBKL ( 92 - 94 )
    aku org islam...aku nk hudud dilaksanakan....demi keselamatan dan ketenteraman hidup ak dan keluarga kau.....faham?
  • Kaksu Ahmad · CEKGU PIZIK at MARA
    xpa PAS dah usaha..sampai kiamat pon InsyaAllah kita akan trus usaha...benda baik nie mmg la susah sket, ujian utk tentuka istiqamah dlm perjuangan.
  • Case King II · Top Commenter
    Bagus, strategi yg bijak...memang PRU13 dulu.......
  • Antonio Oscar · Top Commenter · Smk menggatal
    ....Masalah kalau bercakap tanpa ilmu, hukum tuhan disamakan dengan hukum ciptaan manusia....saya langsungn tak tau...org islam patut tahu kerana itu agama mereka, kalau Badut Rakyat bukan beragama islam baik lu diam kerana lu tak layak pun cakap pasal urusan agama lain, tapi kalau lu beragama islam lu buat dosa besar kerana menghina hukum tuhan mu, bertaubat cepat2 nnti lu masuk neraka..itulah selalu ustaz dkt rumah gua cakap....lu jangan main2 ini hal, ada fahamkah.....
  • Karca Marba · Top Commenter · UPM Serdang
    tgu apa kata puak2 umPORno ..
  • Addy Rengit
    banyak kan besabar, isyallah hukum tuhan akan dpt dilaksanakan. aminnnnnnnnnnnnnnnnnn
  • Jasme Taib · Top Commenter · Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 93~95
    "..namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga..." DASAR APA YG DIPERSETUJUI BERSAMA TU? JELAS KE TAK JELAS DASAR TU?
  • Mat Amin · Top Commenter · Sekolah Parti Rejimen Ke-10
    tahniah pakatan! BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KIRA ROBOH
  • Antonio Oscar · Top Commenter · Smk menggatal
    ...Macam pendirian pemimpin DAP, janganlah marah pada mereka, mereka kurang faham tentang hukum ini, jadi tugas orang yang mempunyai ilmu dalam soal perundangan islam harus memberi kefahaman kepada mereka, jangan pula orang islam sendiri menakut-nakutkan mereka, bagi orang bukan islam yang sudah faham walau sedikit tentang hukum hudud tak kesah sangat kerana hati tak ingin pun melakukan jenayah, jadi nak takut apa dengan undang-undang. sebagai contoh; apa nak takut dengan Akta Dadah Merbahaya 39B, yang kalau sabit kesalahan hukuman mati mandatori, KALAU kita tak bercita-cita mau menjadikan dadah sebagai jalan singkat mau jadi kaya.Kita fikir2kanlah bersama..............................
  • Drs Zainuddin Awang Hamat · Top Commenter · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan at Kerajaan Negeri Kelantan
    Ciri-ciri Perjanjian Hudaibiyah amat jelas dalam kehidupan bersiasah negara moden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan