Khamis, 29 September 2011

ADA CARA DIBOLEHKAN OLEH ISLAM...POLIGAMI...IBARAT KELUAR MULUT BUAYA MASUK MULUT HARIMAU...CUMA BEZA SATU HALAL SATU HARAM...DUIT DAPAT...SILAP2 BODY PUN DAPAT...LAGI NAYA...ADEGAN DIRAKAM...DISEBAR DAN DIJUAL...ORANG SEKARANG KATA 'SAPU KELILING'....NI LAH KESAN MELANGGAR HUKUM ALLAH...

774 wanita kita gersang cinta cair

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.


Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.


Tiada kaitan pengganas

Oleh Na’imah Mohamed
na’imah@hmetro.com.my

MUSNAH...pusat beli-belah yang rosak teruk. Gambar kanan, keadaan di bahagian luar bangunan.
MUSNAH...pusat beli-belah yang rosak teruk. Gambar kanan, keadaan di bahagian luar bangunan.
CEDERA...Tan dan Daryl.
CEDERA...Tan dan Daryl.

SUBANG JAYA: “Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan insiden ini dengan kumpulan pengganas atau bom C4,” kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan yang melawat lokasi kejadian letupan bangunan pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, di sini, awal pagi semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu hanyalah kemalangan yang berlaku berkemungkinan besar berpunca daripada kecuaian dan tiada sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan khianat.


“Apapun, perkara ini masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor serta Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya yang juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.45 pagi itu, letupan kuat yang dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas di sebuah restoran di aras bawah tanah pusat beli-belah itu mencederakan empat orang selepas terkena serpihan kaca dan percikan api.


Letupan itu bukan saja memusnahkan sebahagian daripada bangunan berkenaan, malah turut mengakibatkan kerosakan di bangunan Wisma Consplant 2 yang terletak bertentangan pusat beli-belah itu.


Seorang daripada empat mangsa yang cedera, Daryl Chua, 27, berkata ketika kejadian dia dan teman wanitanya, Tan Wern Fang, 24, sedang berjalan ke mesin bayaran parkir untuk membuat bayaran.

“Kira-kira 10 meter sebelum tiba ke mesin berkenaan, tiba-tiba berlaku letupan kuat menyebabkan kami berdua terpelanting. Saya segera mendapatkan teman wanita yang sedang terbaring dan mengangkatnya ke seberang jalan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Menurutnya, dua kereta milik dia dan teman wanitanya rosak teruk akibat letupan berkenaan. Bagaimanapun, dia menyifatkan diri mereka bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan. Pasangan kekasih itu dan dua pengawal keselamatan yang cedera kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.45 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


“Hasil siasatan awal, letupan dipercayai bermula dari sebuah restoran di tingkat bawah,” katanya.


Suratan takdir

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.

KUALA TERENGGANU: “Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada,” kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.


Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.


Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.


“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan