Jumaat, 16 September 2011

MAIN WAYANG MEMANG DAH BANYAK..NI BETUL KOD...MEMANG DE PRO DAN KONTRA...KITA SEBAGAI RAKYAT KENA TAHU SAPE ZALIM DAN PENIPU SERTA TAK ADIL

ISA mansuh, GMI mansuh?
Abdul Rahim Sabri
Sep 16, 11
4:15pm

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara peribadi beliau mahu gabungan isu dibubarkan susulan keputusan kerajaan mahu memansuhkan akta kontroversi itu.

NONE"Saya secara peribadi mahu melihat GMI ini dibubarkan. Tetapi saya rasa, tugas kami belum selesai, sehingga kita melihat ISA ini benar-benar dimansuhkan," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, pihaknya akan berbincang dengan anggota gabungan NGO itu untuk mengkaji cadangan tersebut pada masa yang sesuai.

"Di peringkat anggota gabungan, kita akan ada perbincangan nanti untuk kaji semula tindakan (membubar) yang kita akan ambil selepas ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan anggota GMI "bila masa yang sesuai".

Perdana menteri malam tadi mengumumkan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

NONEKatanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Ibrahim berkata, sekiranya GMI dibubarkan, penggerak NGO itu mungkin beralih kepada "gerakan" lain, sekiranya masih terdapat peruntukan tahanan tanpa bicara dalam undang-undang yang lain".

"Jadi kita kena gerakkan (dengan nama) 'Gerakan Mansuhkan apa-apalah...," katanya.

GMI yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu dianggotai lebih 80 organisasi terdiri daripada NGO, parti politik, badan hak asasi manusia, wanita, mahasiswa, Majlis Peguam dan pertubuhan pekerja.


  • Harris Hanafi Hamdan · Institut Perguruan Islam Bangi
    Alhamdulillah akta warisan penjajah omputih ni berkubur, salute utk para pejuang anti ISA.
    • Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
      sejarah akn tercatit najib sebagai hero sb mansuhkan ISA dan bukannya para pejuang anti ISA...SEJARAH berulang lg en harris..
  • Adam Sejodoh · Pengulas Tertinggi
    GMI dan Syed Ibrahim Syed Noh jangan tergesa-gesa sembelih GMI.. I.S.A belum disembelih.. I.S.A baru ditambat dalam kandang.. Kita belum lihat apa DUA AKTA BARU yang bakal digubal.. Lihat dulu Akta yang bakal digubal. Kalau dilihat sikap penipu omno, tidak mustahil DUA AKTA BARU pengganti I.S.A itu adalah I.S.A BAJU BARU.. Siapa tak kenal sikap omno... Mengadakan pilihanraya lebih telus saja amat takut. SPR nyata-nyata perkakas omno untuk menipu rakyat.. SPR pun WAJIB DIBUBAR. Gantikan dengan satu BADAN KHAS yang benar-benar TELUS menjalankan PILIHANRAYA yang telus dan adil.
  • Norvenha Mansor · UNIMAS
    berkuburnya akta warisan panjajah british, banyak laghi tahi2 warisan briitish..perlu dperbetulkan dan diperhalusi sebaik nya..sepertiu sejarah negara..tinggalan british....
  • Romy Izrilsyairi · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
    buat GML. gerakan mansuh liwat.
    • Nel Hans · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      iya cadangan bagus,supaya orang suka meliwat terus meliwat dan blh buat perniagan Vigra........bagus cadangan bagus hidup........hidup2 terus hidup PKR.Saya pon suka liwat...bos
    • Din Shoppe · Pengulas Tertinggi · Smkk
      org yg suka pd perbuatan yg Allah tak suka dan Allah keji adalah anak beranak syaitan,
  • Noriah Yusoff · Pengulas Tertinggi · Bekerja di USANA Health Sciences Inc.
    Jangan terlalu yakin dengan Najib ni..tengok dulu adakah ia betul2 dimansuhkan, takut2 umpan Najib apabila dekat ngan pilihanraya.
    • Badut Rakyat · Pengulas Tertinggi · WA
      sikit2 umpan..ini lah Pakatan.x sedar dah untung tinggal kat malaysia ni..nak jadi mcm somalia ker??? D.S Najib dah bgtau mcm tu,apa lagi anda nak.asyik tak puas hati jer??
    • Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
      noriah bkn apa dia dah xpecaya dgn najib sb byk sgt tipu rakyat..badut jgn la mrh rakyat klu rakyat dah hilang kepercayaan pd najib..
    • Nordin Omor · Pengulas Tertinggi
      ngaper kait dngan somalia,,jauh benor kepala ko ke sana.Ketua GMI,dan lain-lain NGO usah gelojoh,bawa bertenang dulu,bukan nak bubar sepantasnya...perjuangan Ko orng belum selesai ko cakap.mesti ada agenda lain dri pihak Pemerintah,,ni kan perang saraf...solat Istiqorah dulu...
  • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
    PEMANSUHAN ISA OLEH UMNO INI SAMA PERANANNYA DGN PEMANSUHAN MALAYAN UNION 1946 OLEH BRITISH IAITU STRATEGI UNTUK MENGENDURKAN KEMARAHAN RAKYAT/ KEMARAAN PAKATAN RAKYAT BG MENGHUMBANKAN UMNO... BOLEH JUGA DI KENALI SBG TAKTIK BUMI HANGUS...SEMASA BRITISH MELAMBATKAN KEMARAAN JEPUN... RUGI SEDIKIT UTK MENGURANGKAN KERUGIAN YG LEBIH BESAR... INI BIASA DI LAKUKAN OLEH PENIAGA2 APABILA BARANG JUALAN DH NK DEKAT TARIKH TAMAT TEMPOH, MAKA DI LEPASKAN DGN HARGA YG DI KURANGKAN...
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      Thailad/Siam juga mempraktikkan taktik yg sama, iaitu TERLEBIH DAHULU MENAUNGI NEGERI2 MELAYU UTARA, LAOS & KEMBOJA dan apabila British/Peranchis berhasrat utk menjajah/menaungi negeri2 tersebut, maka Siam telah membuat tawar-menawar dgn kuasa2 Barat itu iaitu dgn menawarkan negeri2 tersebut (tujuannya adalah utk melambat2kan kemaraan Kuasa2 Barat), Tindakan2 Siam ini telah dapat MENYELAMATKAN NEGARA SIAM YG ASAL... Kalau di bandingkan dgn taktik Umno ini, ianya adalah lebih kurang sama... supaya impak kemaraan PR/kemarahan RAKYAT dapat di minimumkan..
  • Zainal Abidin · Top Commenter · Pendakwah at Pendakwah
    nama pun badut....aku apa yg bn cakap..satu pun takboleh percaya...cuba tengok harga barang....tak kan naik..lepas tu terus naik????


'K'jaan perlu mohon maaf pada mangsa ISA'
Azmin Ali
Sep 16, 11
12:06pm

ULASAN Saya mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan Umno-BN akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad. Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh Umno-BN sejak merdeka lagi.

Tanpa kegigihan perjuangan mereka yang sentiasa memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak, pastinya YAB Perdana Menteri tidak akan membuat kenyataan semalam untuk menamatkan darurat dan menyarankan untuk memansuhkan ISA. Semangat perjuangan rakyat telah menjadi sebahagian dari darah daging perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan ini dengan memasukkannya ke dalam Buku Jingga.

Justeru itu apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukanlah suatu kurnia kepada rakyat sempena Hari Malaysia, sebaliknya ia adalah hasil daripada perjuangan getir. Maka tahniah yang sebenar adalah untuk para pejuang kebebasan dan hak asasi baik dari parti-parti politik mahupun dari NGO. Sebagaimana kita tidak memberikan tahniah kepada British kerana memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 tetapi tarikh tersebut kita rayakan sebagai kemuncak kejayaan perjuagan menentang penjajahan.

Namun kita mengalu-alukan langkah yang diambil Perdana Menteri yang tentunya membuka lembaran baru kepada persekitaran politik Malaysia sekiranya apa yang diumumkan dikotakan dan tidak sebagai satu retorika serta sekadar bersifat kosmetik demi memulihkan imej politik.

Oleh kerana itu sejajar dengan pengumuman Datuk Seri Najib semalam yang berhasrat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan menamatkan perintah darurat, kita menuntut agar:

1) Segera membebaskan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara atau hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.

2) Menutup pusat tahanan yang menempatkan tahanan yang ditahan tanpa bicara seumpama Pusat Tahanan Kamunting dan Simpang Renggam.

3) Segera melaksanakan proses siasatan terhadap segala aduan siksaan terhadap para tahanan.

Kita juga perihatin dengan pengumuman Datuk Seri Najib untuk menggubal dua akta baru yang dipayungi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Akta itu menurut Perdana Menteri bakal digunakan untuk memerangi keganasan dan aliran subversif. Kita berpandangan adalah penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen kelak. Oleh itu kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak.

Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata. Pastinya pengumuman pemansuhan ISA tidak membawa sebarang erti sekiranya kedua-dua akta yang bakal digubal itu itu masih membolehkan Tahanan Tanpa Bicara.

Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat dapat membezakan antara slogan dengan hakikat dan rakyat akan meneruskan perjuangan mereka sehingga segala hak dan kebebasan mereka dikembalikan sepenuhnya termasuk hak mereka untuk berhimpun secara aman untuk menjayakan demokrasi tulen.

Rakyat tidak menerima perubahan yang bersifat tempelan. Selagi pemerintahan Umno-BN tidak menerima perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai hak dan kebebasan rakyat, rakyat akan beranggapan bahawa tuntutan mereka belum dipenuhi. Demokrasi yang berwibawa dan sistem piliharaya yang adil dan bebas adalah sebahagian dari hak asasi dan kebebasan rakyat.

PKR juga mahu menegaskan bahawa kita tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib sebagai bermakna selagi lidah rasmi Keadilan iaitu Suara Keadilan dihalang penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Rakyat akan menerima sekiranya pembaharuan yang dilakukan adalah benar-benar ikhlas, berdasarkan penkhayatan kepada nilai-nilai murni demokrasi dan karamah insaniah dan tidak sebagai gimik politik.

Sekiranya Datuk Seri Najib benar-benar menerima nilai-nilai ini, beliau sebagai wakil kerajaan harus membuat kenyataan terbuka bahawa kerajaan sebelum ini telah melakukan pelbagai kezaliman di bawah undang-undang kuku besi ISA dan undang-undang drakonian lainnya. Pengakuan ini harus diikuti dengan permohohan maaf kepada mereka yang dizalimi dan kepada mereka yang sudah meninggal, permohonan maaf tersebut disampaikan kepada keluarga mereka.

Perlaksanaan kepada janji Perdana Menteri juga bergantung kepada kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Selagi institusi kehakiman tidak bebas dari cengkaman politik dan tidak memiliki integriti, institusi tersebut boleh dijadikan alat kepada kezaliman baru dan melakukan “political persecution.” Bahkan ini yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Jenteru itu sementara saya mengajak mengalu-alukan kenyataan positif yang dibuat oleh Perdana Menteri saya juga menyeru rakyat terus istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebebasan.

Nota: Azmin Ali adalah timbalan presiden PKR


  • Nur Suzana Khamaruddin · Pengulas Tertinggi
    minta pampasan gantirugi....tekanan .....kerajaan.... hilang sifat kemanusiaan ......ada yg d paksa minum air kencing.....difitnah...d halang jumpa keluarga....
    • Amirul Taib · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Business
      betul 2, ni la kerja bn yg zalim....
    • Imam Muda
      ni la sikap masyarakat malaysia..tak bersyukur dengan apa yang ada.nak dapat wang dengan cara senang.yang untung,geng2 lawyer.masa ada ISA,mintak hapus..bila dah hapus,mintak duit pulak...tak paham aku.
    • Ahmad Zamri · Kolej mara kuala nerang
      Imam Muda kau pernah masuk ISA ke ni bro? cerita macam sng je duduk dalam jail kan.
  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
    tn haji tak payah komen apa2 dah.beri peluang najib buktikan keikhlasan dia nak buat reformasi.apa yg baik untuk rakyat patut sokong, lagipun isa ni telah buat banyak insan2 tak berdosa menderita, anak2 terbiar, rumahtangga runtuh dan ramai polis dan warden penjara berdosa kerana mendera fizikal dan mental kpd tahanan isa....sebagai kerajaan yg berjiwa besar tak rugi minta maaf...minta` maaf tak perlu keluar duit...dlm isla.m pun isa itu haram..
  • Hj Masran Haron · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
    Tidak prlu ucap tahniah pd PM diatas pemansuhan ISA kerana ianya xmendatangkan apa2 kesan pd rakyat yg xmembuat kesalahan,, cuma segelintir rakyat yg merayakanya kerana ketaksuban pd pemimpin mereka ada cita2 utk merasai ISA,, dan xprlulah k'jaan minta maaf pada tahanan ISA kerana undang2 tetap undang,,
    • Nidzamzam Kharul · Pengulas Tertinggi
      Sama ada buat salah atau tidak...setiap hamba ALLAH punyai hak untuk bela diri. Suka suka tuduh dan humban masuk penjara tampa bukti ke jadah apa nama nya.
      Kerajaan wajib mohon maaf kerana memisah kan mangsa dari keluarga dan anak2. Bagaimana pula segala penderitaan isteri dan anak2 semasa mangsa di tahan. Lu nak jawab di mahkamah akhirat nanti ke???? hehehe
    • Shabri Ismail · Pengulas Tertinggi
      rasa berbaloi la pulak .. kena gas masa demo mansuhkan ISA di sogo tu....rasa brbayar lak pulak kos penginapan dan tambang dengan pengumuman PM tu ..tapi najib tak kata pun pusat tahanan kemunting ditutup...aku keliru la aji ..berakhir sudah undang2 british semasa darurat dulu..
    • Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
      kalau ISA terkena atas btg hidung sedara dan ahli keluarga sedara maybe nada sedara sudah berbeza. Ketaksuban pd perkara benar dan mendatangkn kebaikan lebih murni dr ketabsuban membuta tuli sedara pd Umno-BN.
  • Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SMV Alor Gajah Melaka
    Aku tabik pada PM sbb berani hapuskan ISA...tapi walaubagaimana pun kemusykilan tu timbul gak..dulu bermatian2an mempertahanan ISA walaupun rakyat mohon dihapuskan....Ada udang sebalik batu kot...Mana tahu mereka dah agak pada PRU13 mungkin BN tumbang..jadi kalau x hapuskan ISA ni nanti makan diri mereka..ini hanya andaian aku je..
    • Atriza Smns · Friends with Sal Mohamad
      Bukan setakan minta maaf je. GANTI RUGI!
    • Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
      Dorg hapus ISA sbb praya ke13 pr yg printah sbb tu dia hapuskan..sbb nanti dorg lak msuk ISA!..sy mengigatkan pd UMCObn"PR ni bukanlah sebuah PARTI DENDAM..ygpenting rkyt slesa yg mendapat hak yg seadil2 nya dan islam terlaksana...insaallah.
    • Chin Mui Ha · Pengulas Tertinggi
      Buku ginga PR amat berharga buat seluruh Rakayat Malaysia,dimana sebelum penghasilan buku ginga di terbitkan seluruh rakayat tersepit akibat kuasa kekarasan UMNO terhadap rakayat tanpa Bicara sehinga hilang fokes bersuara untuk menuntut Keadilan.Dengan adanya desakan buku ginja PR akhirnya tuntutan rakayat berjaya melamahkan Kekuatan UMNO agar ISA di hapuskan,kerana ISA model utama UMNO menindas rakayat.Rakayat mengangap inilah kemanangan besar bagi rakayat seluruh malaysia yang mahukan perubahan Kerajan.Rakayat yakin PR mampu membawa malaysia ke arah lebih maju,ini terbukti setalahPR begitu berjaya memajukan negeri Selaangor,P.Pinang,Kedah dan Kelantan di bawah pemerintahan PR setalah merampas dari UMNO dan BN, hanya baru 4 tahun berkuasa.
  • Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Pengulas Tertinggi · MIHRM
    Akta zalim dh dimansuhkan, kerajaan zalim akan kita tentukan PRU 13 nanti, Setiap yang zalim pasti akan lenyap.
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Insyaallah, sama2 lah kita berusaha utk tukar kerajaan yg sedia ada. Ianya dah amat x relevan. Sama2lah kita menggembleng tenaga kearah bertukarnya kerajaan ini. Kearah Malaysia baru, yg bersih dari sgala unsur2 tak elok (rasuah, kronisme, ketirisan dsbnya). Kearah Malaysia baru yg 'adil & saksama pd rakyatnya, tanpa ada ssiapa yg dizalimi. Kearah Malaysia baru yg berkebajikan sperti ajaran Islam, maka dgn itu akan jadilah sperti negara Islam dizaman khalifah 'Umar ibn abdul aziz, insyaallah (pd zaman ini, sudah x terdapat walau seorg pun yg miskin). Inilah yg dikatakan 'baldhatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur' (negeri/negara yg baik & sejahtera yg mendapat keampunan/rahmat Tuhan).
      Sahabat2 Malaysiakini, adakah anda tau knape kapal titanic yg terkenal dgn gelaran 'unsinkable titanic' (kapal yg x boleh tenggelam) oleh penciptanya...Lihat seterusnya..
    • Azzam Idris · Pengulas Tertinggi · Guru di SK Seri Tunjong, Beseri, Perlis
      Lenyapkan kezaliman pd diri sendiri dahulu.Baru blh berangan2.
    • Amran-dora Dora · Pengulas Tertinggi
      Azzam Idris dari dulu lagi kita semua nya sedar yang dudok dalam pkr semua nya bagus, mungkin kamu nak simpan lagi ke orang tahanan isa tu orang2 itu! ada keluarga macam ler kamu tak pernah buat dosa@ kesilapan nampak nya awak ni mcam org baik2 aje.
  • Özel Bürahim · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    hanya 2 negara yg amal kan konsep ISA which is US & Malaysia. Klu Malaysia Maju mcm US x pe la jgk, gaji mahal, kebebasan media n lain2 tp our country nak lps ngan singapore pon x lps2, jgn la compare ngan Jepun, Korea or China teramat la juah nya. Perlu dibubar lebih awal ISA ni.
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    SAYA BERSETUJU BENAR DENGAN AZMIN ALI, KERAJAAN HARUS IKUT-KAN APA YANG DI-HASRAT KAN OLIH AZMIN ALI DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA ,, DENGAN ITU RAKYAT BARU TAHU YANG KERAJAAN UMNO IKLAS DAN JUJUR.
  • Ady Azarin · Telekom Training College
    udah le tu...die dah mansuhkan cukupla..lagi tak puas hati kenape...die buat salah, tak buat salah...semuanye nak dipolitikkan
  • Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    Mmg sewajarnya PM melakukn tindakkn tersebut, mlh terlebih dahulu lg pun PM patut melakukn nye demi Syiar Islam itu sendiri, begitu jg kisah vcd lucah DSAI yg ditaburkn, alangkah indahnya PM seandainya MEMBATALKN penayangan, pengakuan sumpah atau pengedaran vcd tersebut wlu pun DSAI itu musuh politik yg nyate demi jg semate mate menegakkn Syiar Islam n kesucian Agama yg dijunjung selaku sifatnye sbgi ketua negara.

    Kite berharap agar PM sayangilah seluruh Rakyat seperti yg di lafazkn nye tanpe mengire parti n bangse, krn andai PM msh kekal die pasti TERBILANG n andai PM gugur die tdk TERBUANG.Berpeganglah kpd Qadak n Qadar Allah n dahulukn lah kehendak Allah dr segale ape jue pun.krn dunia n isi2nye akn ikt serte.

    Kite jg berharap agar ini bkn AYAT2 SYURGE PILIHANRAYA, n kpd PM ingatlah kpd bidalan Melayu,"Tak Akn Hilang Bise Ular Menyusup Akar"namun pun bagitu sentiase lah jg berwaspade yg pohon buluh sentiase ujud di Bumi Msia ini.
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      MESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US

      HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.

      CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
      http://topdocumentaryfilms.com/sicko/
  • Azha Ramli · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    80,000 pejuang kemerdekaan telah dipenjarakan oleh British semasa darurat 1948, kecuali ahli-ahli UMNO. Selepas merdeka akta ISA masih digunakan untuk menindas pemimpin yang melawan auta UMNO sebagai barua peninggalan British. Salah satu contohnya adalah Dr Burhanuddin Helmy yang di ISA kan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman pada 1964-1966. Tak kurang juga Dr Mahathir yang banyak meng ISA banyak pemimpin pembangkang semasa OPS Lalang. Ikut Suka Aku kata mereka.
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      MESTI DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA... http://topdocumentaryfilms.com/sicko/ TOP DI U.S, KNP PENTINGNYA KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT & KNP KERAJAAN2 EROPAH T'PAKSA BERI MCM2 PD RAKYAT, YG PATUT RKYT DPT. BEZA AHLI2 POLITIK EROPAH DGN US

      HRP2 DI SEBARKAN SPY ORG M'SIA DPT GUNA OTAK UTK BERFIKIR, BEZA HIDUP RAKYAT DI US & EROPAH YG SAMA2 KAPITALIS. APB KAPITALIS U.S KALAH B'HUJAH TERUS COP LWNNYA SBG KOMUNIS/SOSIALIS, TAKTIK YG SAMA UMNO TIRU MASA 1948, 1955 & SKRG.

      CITE INI SGT BAGUS DI TONTON SETIAP RAKYAT M'SIA, MARI KITA PAKAT2 SEBARKAN VIDEO INI...
      http://topdocumentaryfilms.com/sicko/
Tahniah tapi jangan 'main wayang'
Suhaizan Kayat
Sep 16, 11
1:11pm
ULASAN Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi pemansuhan akta-akta yang lain, saya menyambut baik cadangan beliau dan mengucapkan tahniah.

Saya juga mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah berjuang berhabis-habisan selama ini terhadap perkara yang sama. Pemansuhan ini membuktikan dua perkara:

1. Najib dan seluruh jentera kerajan akur kepada kehendak dan tuntutan rakyat yang sekian lama telah dinafikan perjuangan mereka khususnya berkaitan pemansuhan ISA yang zalim. Keputusan pemansuhan ini pada saya adalah kemenangan rakyat.

2. Najib akhirnya akur bahawa ISA (khususnya) sememangnya akta yang di luar daripada kemanusiaan dan sangat bercanggah dengan hak asasi manusia yang selama ini digunakan oleh kerajaan sedia ada (Umno/BN) ke atas rakyat selama lebih 50 tahun.

Saya juga mengucapkan penghargaan kepada PM – Najib - atas pengumuman ini kerana beliau berani mengeluarkan satu keputusan yang saya sifatkan sebagai 'radikal'.

Sebagai contoh, setelah lebih 50 tahun Umno/BN menjadikan ISA sebagai alat bagi mempertahankan kekuasaan, namun beliau (Najib) – disaat Umno/BN kehilangan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen, di saat rakyat sudah mula terdedah dengan maklumat alternatif melalui media baru seperti Facebook dan Twitter – sanggup mengambil langkah agresif dengan 'merobohkan' perisai yang mereka gunakan selama ini (ISA dan akta-akta berkaitan saya anggap sebagai perisai Umno/BN bagi tujuan menjaga survival politik).

Dari sudut pandang politik, saya amat yakin bahawa pengumuman PM Najib ini adalah petanda yang cukup jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah hampir.

Perkara yang saya khuatiri ialah bilakah segala cadangan pemansuhan ini akan dilaksanakan? Sesuatu akta, pindaan akta mahupun pemansuhan akta mestilah dicadangkan, disokong, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat (parlimen) terlebih dahulu.

Sekiranya perkara ini tidak selesai sebelum daripada PRU-13, saya rasa kita tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi terhadap reform ini kerana sehingga kini pun, beliau (Najib) masih belum lagi menyelesaikan persoalan-persoalan besar seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya di Malaysia sepertimana yang digembar-gemburkan mutakhir ini.

Bahkan Najib masih gagal memberikan jaminan bahawa PRU-13 akan dijalankan selepas hasil kajian PSC selesai dilaksanakan. Lapan tuntutan BERSIH 2.0 juga belum dilihat solid akan diberikan perhatian khusus oleh Najib untuk dibincangan oleh PSC ini.

Oleh itu, kita khuatir PRU-13 yang tidak ada sebarang jaminan akan dilaksanakan dengan telus dan adil ini akan menyebabkan sekali lagi manipulasi oleh Umno/BN bagi tujuan mengekalkan kuasa. Kebimbangan saya ini adalah amat berasas sekali kerana isu terkini yang saya ketengahkan berkaitan 'Mykad klon' sendiri pun, masih tidak dijawab oleh beliau dan agensi-agensi berkaitan (SPR, JPN)!

Maksud saya, jika PRU-13 kali ini sekali lagi rakyat ditipu, maka 'janji-janji manis' pemansuhan akta itu dan ini juga tidak mustahil rakyat akan ditipu sekali lagi setelah kemenangan besar Umno/BN dalam PRU-13 nanti kerana penipuan pilihanraya yang dilakukan.

Bahkan cadangan mewujudkan beberapa akta lain bagi menggantikan akta-akta yang akan dimansuhkan juga boleh jadi lebih zalim dan menekan rakyat. Perkara ini lebih parah lagi apabila Umno/BN menang besar menerusi PRU-13 dan kuasa check and balance oleh kita – akatan Rakyat (PR) semakin berkurangan.

Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan di atas padang pilihan raya yang rata tak mengapa lah. Tapi keadaan sekarang ini, sudah lebih 50 tahun kita bertarung di padang yang tidak rata, bahkan pengadilnya juga 'berat sebelah'. Lebih parah lagi, tidak ada sebarang jaminan bahawa padang akan 'diratakan' dan pengadil akan benar-benar telus dan adil!

Umno/BN jangan main wayang. Sekarang zaman Facebook dan Twitter, jangan nak main 'silap mata'!

Oleh itu, saya memberi amaran kepada Najib. Jangan jadikan pengumuman malam tadi sebagai 'umpan' kepada rakyat khususnya menjelang PRU-13.

Bahkan bagi saya, tuntutan-tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil juga mestilah diberikan perhatian serta keutamaan yang serius seperti tuntutan 8 perkara (oleh BERSIH 2.0), jawapan dan tindakan terhadap isu-isu pengundi hantu dan sebagainya yang saya sifatkan menjadi 'kunci' kepada reformasi-reformasi lain yang ingin dilaksanakan.

Nota: Suhaizan Kayat adalah ketua Pemuda PAS Johor, merangkap pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan