Jumaat, 16 September 2011

ISA OH ISA...MEMANG TAK IKUT QURAN DAN HADIS...NI LANJUTAN DARI PENJAJAH

GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA
Abdul Rahim Sabri
Sep 16, 11
1:38pm

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut.

NONE"Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang media di ibu negara.

Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar kanan, berbaju putih) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem dan keruntuhan rumah tangga.

"Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya.

Semalam, Najib dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di RTM berkata kerajaan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959.

Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa dan " tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan".

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Enam tuntutan

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan terbaru itu, mereka juga menuntut:

  • Semua "pemuka" yang terlibat dalam menyeksa tahanan ISA mesti di bawa pengadilan.
  • Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh perdana menteri dalam ucapannya bukan sekadar "servis bibir".
  • Kerajaan mestilah memansuhkan lain-lain undang-undang tanpa bicara seperti Akta Dadah Merbahaya.
  • Kerajaan melaksanakan kajian semula dengan segera dalam tempoh yang spesifik terhadap undang-undang yang menghadkan kebebasan rakyat dan media seperti Akta Polis dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
  • Kerajaan mesti patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti antipengganas dan melakar pelan jangka panjang dalam membangunkan mekanisme menanganinya keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan
  • Kerajaan mesti menangani dan mengesahkan International Covenant on Civil and Political Right (ICCCPR) dan Covention Against Torture dan Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT).
Syed Ibrahim berkata GMI juga menyambut baik pengumuman Najib dan mengangapnya sebagai kejayaan ekoran kesedaran dan desakan pelbagai pihak selepas 10 tahun berkempen.

"GMI juga melihat perkembangan ini sebagai langkah paling berani Datuk Seri Mohd Najib sebagai perdana menteri yang tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana perdana menteri terdahulu.

"Namun ini juga sebagai pembuktian dan pengesahan berlakunya kongkongan dan cengkaman ke atas rakyat selama ini," katanya.

Enam kekhuatiran

Selain itu, katanya, secara tersirat, perdana menteri dan kerajaan mengakui pencabulan dan kebebasan asasi yang berlaku di samping kuasa melampau polis dan menteri bawah ISA.

Berdasarkan perkembangan terbaru itu juga, pihaknya menzahirkan enam kekhuatiran dan kebimbangan berhubung pengumuman Najib itu, antaranya:

  • Adakah pemansuhan ISA menghapuskan segala peruntukan dalamnya, khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan wewenangan polis dan menteri dalam negeri? Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?
  • Mengapakah dua undang-undang baru tersebut digubal dengan peruntukan tanpa bicara sedangkan sudah wujud undang-undang untuk kesalahan keganasan umpananya Bab VIA Kanun Keseksaan?
  • Bilakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Pembentangan usul pemansuhan ISA sewajarnya dilakukan dalam sesi parlimen akan datang.
  • Adakah pemansuhan ISA membawa kepada pembebasan semua tahanan ISA?
  • Apakah kedudukan bekas tahanan ISA yang telah diusir sedangkan mereka penduduk tetap? Bolehkah mereka dibenarkan kembali?
  • Apa akan jadi dengan Kem Kamunting?

VIDEO | 5.18 mins

  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
    tuntutan gmi tu bertujuan beri tekanan agar reformasi total dpt dilaksanakan....kena beri credit kpd gmi kerana tidak jemu dan letih desak mansuhkan isa....mungkin kerajaan persekutuan pakatan lepas pru 13 nanti boleh pertimbangkan minta maaf secara rasmi kpd bekas2 tahanan isa....mungkin gantirugi nominal rm 1000 seorang boleh diberikan kerana ianya tak bebankan kerajaan dan dpt tutup chapter hodoh isa ni...
  • Norlaila Othman · Friends with Mohd Sapine
    RizalAzmi, banduan di penjara, mereka di masukkan ke tempat tu setelah melalui proses perundangan yang melibatkan hakim mahkamah, pendakwa, saksi dan peguambela, satu proses perbicaraan yang akan dilalui oleh semua yang di tuduh sebagai pesalah.Allah swt pun, sebelum masukkan seseorang hamba tu masuk syurga or neraka, memang wajib melalui proses perbicaraan juga iaitu hari perkiraan@yaumul hisaab. TETAPI, akta ISA, orang yang dituduh bersalah, TIDAK pernah melalui semua proses diatas, tetapi mereka terus dikurung mengikut seksyen 73 60 hari dibawah polis, dan Seksyen 8 2 tahun di Kem Kamunting.Semua kuasa tertakluk ditangan Mentri Dalam Negeri. Diharap penjelasan ini dapat mencerahkan idea mereka-mereka yang jujur inginkan kebenaran.
    • Corleone Don · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
      Dan menteri dalam negeri melalui polis mempunyai kuasa untuk memperbaharui(Melanjutkan) tahanan selepas 2 tahun setiap kali ianya dilanjutkan tanpa diberi hak untuk membela diri.berbeza mahkamah yg menetapkan tempoh hukuman setelah tertuduh di beri peluang utk membela diri.
  • Ahmad Nazir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SOHO
    Mansuh pun kena tibai, tak mansuh pun kenai tibai haha.
    • Imam Muda
      btol2....bagi pampasan pon duit rakyat woi....baik bekki jalan.bole orang ramai guna.aku tak halal duit aku bagi ke tahanan ISA.yang untung,lawyer jugak......
    • Ahmad Nazir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SOHO
      Imam Muda : halal tak halal, islam guna suara majoriti
    • Imam Muda
      Ahmad Nazir : ISLAM guna Al-Quran n Hadis bro....
  • Benn Shata · UPM Serdang
    Salam sejahtera saudara saudari semua. Islam menyuruh kita bersangka baik dalam semua hal. jadi kita kena lihat dulu apa yg k, jaan cakap tu. kalau betul2 dilaksanakan baguslah. Sbb itulah yg sepatutnya dibuat. Kalau sekadar hanya dlm ucapan saja, maka perjuangan utk perubahan sentiasa akan diteruskan. ISA: yg salahnya akta ini disisi Islam ia menggunakan modus operandi ditahan tanpa bicara. Allah Taala Tuhan yg Maha Mengetahui pun di akhirat nanti akan membicarakan semua hambanya yg melakukan kesalahan di atas dunia. Pada hal jika dikirakan tak perlulah Tuhan membicarakan, sebab Dia bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu. Masa kita atas dunia ni pun Tuhan dah tau apa2 saja yg kita buat sama salah atau betul. Tapi oleh kerana Dia bersifat adil maka dibicarakan juga siap dengan saksi sekali. Maaf kalau lari sikit dari topik perbincangan...:)).
  • Hamzah Mataris · Pengulas Tertinggi · Cliford School Kuala Lipis Pahang
    nak bagi pampasan termasuk kumpulan Almaunah.Al arqam, JI, ramai tu, semua nak pampasan, termasuk kominis, apa hal nya, jika ini berlaku satu masa nanti tahanan penjara juga akan minta pampasan kerana di penjara, mengapa sekarang orang yang melakukan kejahatan di anggap hero, kiamat dah hampir, kepercayaan manusia sudah beralih kepada kejahatan.apa yang baik dianggap jahat dan apa yang jahat dianggap baik.
    • Azhar Lobo · Universiti Putra Malaysia
      nabi juga dianggap jahat, pemecah belah masyarakat ttpi dunia bahagia dengan ajarannya termasuk org kafir.
    • Ahmad Zamri · Kolej mara kuala nerang
      cakap pakai akal la dulu bang, jgn ikut sedap mulut. Nak bicara agama, jangan biarkan ilmu tiada di dada. Kalau dorg telah diseksa, tanpa dibicara, x kira la dorg komunis ke, JI ke apa ke, dorg telah dizalimi, kalau benar2 mereka bersalah, bawaklah ke penghakiman. Susah ke?
Pro-ISA: 'Roh' ISA tak terjejas
Sep 16, 11 4:08pm
Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.

Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.

NONE"Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Azam (kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.

Serangan pencegahan

"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.

"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.

NONESebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.

Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri.

Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.

Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan