Ahad, 21 Ogos 2011

SERONOK GAK BUAT KENYATAAN....SALAH BETUL TU SOAL LAIN....BEGITU DAYA PEMIKIRAN ORANG NAK MEMIMPIN...JANGAN YANG DIPIMPIN LAGI CERDIK....

KITA letak calon di S'gor dan K'tan
Ogos 21, 11 4:26pm
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu.

"Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanyakepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di Kota Bharu hari ini.

Bekas ahli parlimen Kota Bharu itu berkata beliau sendiri belum dapat menentukan sama ada akan bertanding di kawasan Parlimen itu atau di luar Kelantan.

Menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini, Zaid berkata semua pihak harus memanfaatkan penubuhan badan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Pembangkang juga tidak harus membuat tuntutan tidak munasabah dalam mengutarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan proses pilihan raya di negara ini, sehingga tidak ada jalan penyelesaian, katanya lagi.

- Bernama


Tsu Koon: 27,000 ahli baru sertai Gerakan
Susan Loone
Ogos 21, 11
1:12pm
Gerakan menolak dakwaan bahawa parti itu sudah tidak relevan, sambil mendedahkan bahawa 27,000 ahli baru telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak 2008.

NONEPresiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata di Sabah sahaja,
terdapat kira-kira 10,000 ahli baru dan kira-kira 4,000 lagi di Pahang.

Bagaimanapun, katanya, Pulau Pinang mencatatkan bilangan ahli baru yang lebih rendah - kira-kira 1,000 orang - kerana banyak cawangannya mempunyai keahlian penuh.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 50,000 ahli Gerakan di Pulau Pinang.

"Ini mencerminkan bahawa kita (Gerakan) masih relevan. Benar kita daftar lebih ramai ahli di negeri-negeri lain di mana kita tidak mempunyai pengaruh kuat sebelumnya, tetapi kini kita mendapat sokongan di sana," katanya ketika berucap di hadapan 200 hadirin di majlis makan malam parti itu malam tadi.

"Kita adalah satu-satunya parti yang mencatatkan peningkatan 100 peratus dalam (bilangan) YB (ahli parlimen dan ADUN)... kami mempunyai empat orang selepas pilihan raya umum lepas, dan kini disertai empat lagi wakil rakyat bebas dari Sabah dan Pahang," katanya .

Mereka ialah tiga dari Sabah - Raymond Tan Shu Kiah (Tanjung Papat), Au Kam Wah (Elopura) dan Peter Pang En Yin (Karamunting) - dan seorang dari Pahang - Ho Yip Kap (Tanah Rata).

"Jadi, jangan kata kita tidak relevan. Bagaimana YB ini memilih kita, dan bukan yang (parti) lain?" soalnya.

  • Vijayan KrsnaZing · Pengulas Tertinggi · Associate di Yogeshwara Krishna
    ahli baru itu rakyat yg lahir kat malaysia ke atau rakyat yg dilahirkan oleh projek IC?
    • Cheng Ho · Pengulas Tertinggi · Friends with Bumiputera Berjaya
      Ahli2 baru Bn sume dari projek IC.. sume org2 asing. .. rosak negara.
      BN = Binasa Negara.
    • Amir Halus · Pengulas Tertinggi · Pondok Pasentren
      PM pun asal sulawesi..sebb tu tak hairan dia bawa masuk indon n bagi ic anak beranak dia tu..hapuskan lanun negara
    • Cheng Ho · Pengulas Tertinggi · Friends with Bumiputera Berjaya
      GRO2 dari china boleh masuk mca, pilipin & thai leh masuk gerakan; dari india boleh masuk mic, indon & bangla (mcm mamak) boleh masuk umno.. ooiyooo.. mcm tu Bn ada harapan menang lagi la...
  • Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical Industries
    KTK:Latuk, itu TV3suku ckp Gerakan sulah tk releven, apa mcm, wa punya periuk nasi sulah mau masuk pasir woo, itu Penang punya pasir pun talak bleh kolek lagi sulah lapat sama DAP, apa macam tolong la Latuk Seri....
    NAJIS:Ok la, wa bleh tolong, wa sikalang ala buat itu program ambik itu PATI jdi warga nnti bleh ngundi sama BN dlm election nnti ma, lu mau skit kasi masuk sama lu punya parti ka?
    KTK:Bleh la latuk seri, wa sulah manyak tension sikalang, itu DAP pegang Penang diaolang jaga manyak baik itu Penang punya olang pun sikalang sulah suka sama DAP, mcm mna wa mau menang?
    NAJIS:Itu lu jangan takut, wa sulah kautim, sulah manyak register PATI di Penang, lu talak pecaya lu tanya sama itu SPR, lu mau belapa olang register sama Gerakan, 20 ribu cukup ka?
    KTK:Boleh la latuk seri, janji wa bleh cakap wa punya parti ada releven lagi ma...Lihat seterusnya..
    • Yus Ree · Pengulas Tertinggi
      KOMEN PANJANG PANJANG ISI APA PUN TAKDAK... BUAT MENYEMAK JE... POOORRDAAHHHH DEY MACHA...
    • Ahmad Shukri · Kuala Lumpur, Malaysia
      Aku pun nak join Gerakan lah....Tak ramai melayu kat Gerakan tu. Jom kita sokong Gerakan nak? Ianya pari satu Malaysia....Hehehehe!!!!!
    • Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical Industries
      wahai PECACAI Yus Ree, sama la mcm UMPORNOCO@GERAKAN PUJAAN KO YG DH TAK DAK APA KT PENANG NI, BERAMBUS LA KO ORG SMUA DARI PENANG BUAT MNYEMAK JER, PEGI HISAP & JILAT NAJIS UMPORNOCO PUNYA KT TEMPAT LAIN LA BARUA!!!!!
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Dahsyatnya... dari 27ribu tu.. 20 ribu Pendatang dari Tanah China, 3ribu dari Hongkong, 2ribu Chinese taipei, 11ribu taiwan , 700 macau dan 300 yg betui betui rakyat malaysia.. kah kah kah... tak hairan lah Rekod terbaru SPR amat MenCURIGAkan , Pulau pinang punya Pengundi Baru Sebanyak 31ribu org... Dahsyat la..UMNO import Indon - Gerakan & MCA import China.. MIC bila lagi.. Mungkin KIMMA dah seludup lama yg sekrang ni penuh kat kedai2 mamak..
  • Hailee Harry · Pengulas Tertinggi · "God of Construction" di God
    Gerakan dah jadi macam Kapal Judi, pi mai pi mai tang tu.
  • Mohd Zamani · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah zaaba
    ahli yang 3 juta pun main tipu nak hidup inikan pulak 27000 orang.
  • Pejuang Sambilan · Top Commenter · Accountant at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
    wahhh...... hebatnya GERAKAN, ha ha ha..... agak2 boleh jadi Senator lagi 1 penggal kot, nak menang dalam pilihanraya memang tak ada peluang Koh Tsu Koon ni.
    • Jariah Bob · Top Commenter · Penoreh Getah at LADANG GETAH
      Wauuu...ramai lagi rakyat malaysia ni yang maseh belum berpati...siapa mereka tu? 27.000 ahli baru GERAKAN ni? adakah nama itu dalam perancangan atau telah pun berdafta sebagai ahli?, mengenai senarai nama-nama tu sudah cukup untuk melayakkan sebagai Senator 1 penggal lagi....munkin ada benar nya komen Vijayan
  • Fadhlullah Universoul · Friends with Bumiputera Berjaya
    hah..katak Bayan Baru nak cakap apa ni? dah kenyang kena bagi makan kot..lepas ni boleh bersuara lagi ke oh zahrain?
  • Arcángel Gabriel
    kerana banyak cawangannya mempunyai keahlian penuh.
    klau sluruh p.pinang nk jdik ahli gerakan. the xley la sbb ader had nyer. gito ker?
  • Muhammad Sabri · Top Commenter · UPM Serdang
    10 000 di Sabah= pendatang filipina.
    4000 di pahng= Indon, Bangla..

    Byk cawangan mempunyai Keahlian penuh?
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    ini macam gerakan untong lah Kho Tsu Koon 27,000 ahli baru tapi 1 Malaysia ini macam susahlah ...! apa macam mau menang kat Penang ..?
    ha.ha.. susahlah macam ni....?
Hisham: K'jaan tegas tentang kelayakan jadi pengundi
Ogos 21, 11 3:08pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata kerajaan mempunyai pendirian yang jelas dan tegas dalam soal kelayakan untuk berdaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Beliau berkata walaupun proses permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran diselesaikan dengan segera melalui penambahbaikan sejak lebih dua tahun lalu, ia tidak melibatkan perubahan dasar dan syarat-syarat peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada.

Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemas kini rekod-rekod warganegara Malaysia yang sah dan berdaftar sebagai pengundi awal minggu lalu, selaras dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata langkah mengemas kini rekod di bawah kementerian yang dikendalikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan rekod kedua-dua pihak antara JPN dan SPR dapat diselaraskan dan pada masa yang sama dapat dikemas kini dengan segera dan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang salah tafsir atau salah faham oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata kementerian dan JPN perlu melipatgandakan usaha dan memastikan wujudnya sistem yang telus dan memuaskan semua pihak, dan mahu agar pangkalan data yang menyimpan permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran dapat dikemas kini dan menunjukkan status semasa dengan tepat.

Mengenai jawatankuasa itu, Hishammuddin berkata keputusan Kabinet untuk menerima cadangan penubuhannya adalah langkah terbaik untuk menjawab dan menangani segala bentuk persoalan dan tuduhan yang selama ini dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata ia juga merupakan peluang terbaik untuk menonjolkan peranan ahli-ahli parlimen muda dalam negara untuk mengemukakan pandangan serta buah fikiran mereka khususnya mengenai penambahbaikan proses pilihan raya memandangkan mereka adalah suara yang akan mewakili generasi masa depan.

"Perubahan yang akan diputuskan kelak akan memberi kesan langsung terhadap proses dan kaedah kerja yang diamalkan selama ini termasuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sepanjang tempoh kempen pilihan raya juga perlu diputuskan berdasarkan keputusan yang akan dibuat kelak.

"Setelah kesemua cadangan berkenaan diluluskan, adalah penting agar semua jabatan dan agensi terlibat membentuk kerjasama rapat antara satu sama lain bagi memastikan segala keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Hishammuddin berkata jawatankuasa itu juga merupakan platform terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak mempunyai apa-apa perkara yang perlu diselindung.

"Kita senantiasa menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan sama ada kita masih diperlukan atau tidak. Di atas asas dan keyakinan itulah kerajaan merasakan rakyat perlu mendapat gambaran yang tepat serta tidak mudah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan tak berasas," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan