Ahad, 21 Ogos 2011

PE KIRA CALON PILIHANRAYA..MENANG..OK.KALAH PADAN MUKA..TAK NAK CALON SYURGA KE..CALON NERAKA MUDAH...BUAT MAKSIAT.TIPU2..DERHAKA PADA ALLAH..MASUKLAH

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0
Ogos 21, 11 1:47pm

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga
Ogos 21, 11 3:51pm

Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada hari Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Dalam pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih
kerajaan secara adil dan bebas.

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak
menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib.

- Bernama

Khairy terima keputusan jika dirinya bukan calon menang
Ogos 21, 11 11:56am

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

NONEBeliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi.

Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

"Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," kata Khairy.

Menurutnya, mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat.

"Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya.

- Bernama

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Kamu bukannya calon dianggap tidak boleh menang tetapi dianggap calon yang menghalang...MENGHALANG KEMARAAN ANAK TUN M MUKHRIZ MAHATHIR....
  • Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
    Zaman kamu dah berakhir. Zaman ayah mertua jadi PM, kamulah hero! Sekarang Zero!
    • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
      Kesian KJ dah tahu diri tu tak kan jd calon PRU akan dtg...Inilah ketua pemuda yg tiada harga dan tidak dihargai...
    • Tajudin Mohamad · Pengulas Tertinggi
      jgn PR nk amik jadi calon sudah...x bley pakai pnya ini org...kawan ngan bangla, muka pun iras bangla dh...
    • Long Kim · Pengulas Tertinggi · Chinese High School
      apa kj nak carilagi.kalau wang memang dahcukup.bini anak pun sudah dapat.kalau name pun sudah ada.cuma takberapa eloklah...
  • Pemuda Pewaris Malaya · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    Sindiran pd PM pun bukan calon menang, menang pun sebab MENIPU UNDI, Angkut peti undi HANTU entah dari mana, Semua Rakyat Malaysia dah tahu sekarang bn barang naik MEROMPAK M'sia dgn cara MENIPU, PRU-13 pun Masih Plan Nak Menipu, Bagi IC pada Indon Bangla ~ Sila LIKEs
    • Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
      dulu khairi kata tak mahu tanding lagi,ni nak dapat simpati najib la tu,dia jarang turun ke rembau,asyik sibuk dengan ketua pemuda yang tak dipercayai najib.
    • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
      dia bercakap kluar dari mulut tu, sama kah dgn apa yg hatinya berkata?..lain dibibir,lain pula dihati....cakap mcam ni biasanya nak dapat simpati je!
    • Nain Arshavin · Pengulas Tertinggi · Ikm jasin melaka
      halo KJ....dah sememangnya kamu menang....warganegara malaysia yg baru dah dpt MYKAD...AKIBAT DARI KERJA2 tipu SPR....dgn izin allah KJ.....mungkin tersungkur bila datang pertolongan allah........kita tungguuuuuu je....PRU 13
  • Zaki Yamani · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    "Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan"... punya la mandom Pemuda ni... Melapor je keje ko?
  • Jenny Oo · Bekerja di Kerani pentadbiran
    kalo Xpilih masuk PR...Ha....
    • Kyoshin Pj · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      tunggu dah saksi kan la....banyak kejutan akan berlaku pada pr13 ini......
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      kesian KJ..jd ahli parlimen,ketua pemuda umno pula tu..tp tiada jwtn dlm kerajaan..yg ada jwtn dlm kerajaan..adlh sampah2 bukan ahli parlimen yg tewas tp dikutip semula oleh najib utk jd menteri penuh spt sharizat,ex penang CM. bgs lah tu dia tarik diri..rosmah mansur leh ganti..rusmah mansur pun leh juga jd ketua pemuda umno.
    • Abdullah Alif · Pengulas Tertinggi
      KJ.. lebih baik kamu berkemas kemas untuk chow.. senang nanti bila dah tak di calunkan kamu dah ada pun kat tempat asal usul kamu... tapi kalau nak bertanding jagak kena la guna kipas hikmat.. kha kha kha
  • Ratu Aida Syawal · Top Commenter · Bangkok, Thailand
    "Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya.

    bagusla jika KJ sudah tahu yang rakyat makin menyampah dan meluat dengan kata-kata manis pihak kerajaan yang ada sekarang, kamu menang pun dulu bukan rakyat tidak tahu di REMBAU tu undi semua pembohong.
  • Mannszar Czar · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Kalau di pikirkan kata2 KJ.
    1.org yg ada jawatan dlm bahagian seolah2 tiada nilai utk UMNO kerana UMNO nak menang apa jua cara nya.
    2.siapa2 pon boleh dicalunkan walaupun bukan jawatankuasa bahagian..ini menunjukkan UMNO tandus pemimpin berkarisma.
    3.kisah team A dan team B akan berulang spt yg lalu.
    4.sokongan tidak sepadu kerana hasad dengki pasti ada dlm otak org Melayu.Bomoh membomoh pasti berlaku.
    ...See More
  • A Tam Sbk Rizal · Top Commenter · Manager at Mafia Wars Assassins
    mungkin dia ada lah org2 yg menang atas sebab undi POS. tu sebab awal2 lagi dah tahu yg dia tak layan utk menang dlm PRU13 akan dtg. KJ kau tu boleh kata nak telan mati mak, tak buang mati bapak. Jadi Ketua pemuda pon tak ada apa2 jawatan dlm kerajaan. kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
  • Nurhafiza Hasnan
    bodek la tu.....
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    INI LAGI SATU MAKHLUK YANG SUKA BERCAKAP PUSING2.. FLIP FLOP... CONTOH MELAYU MUDHA LUPA... DIA SENDIRI YANG MAHU BERSARA DARIPAD ADUNIA POLITIK.. SEKARNAG SUDAH BERTUKAR NADA PULA... BACA APA YANG DITULIS DI TWITTERNYA SATU KETIKA DULU...

    "HARAP DAPAT BANTU RAIH SOKONGAN BELIA UNTUK BN 2011 DAN BEKERJA KERAS UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA. KEMUDIAN SAYA HENDAK BEREHAT DARIPADA POLITIK... TIDAK SABAR"
Azmil Mustapha nafi menghina Agong
Ogos 21, 11 4:09pm
Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.


Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan