Rabu, 17 Ogos 2011

NI TERPULANG PADA NIAT...JIKA NIAT ADAT JADI ADAT...NIAT IBADAH JADI IBADAH...NIAT MENIPU JADI MENIPU...MENIPU NI TANDA2 ORANG MUNAFIK...BERTAUBATLAH

Nazri: JK khas teliti gubal undang-undang baru p'raya
Ogos 17, 11 11:41am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya akan meneliti penggubalan undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pilihan raya umum akan datang berjalan dengan bebas, adil dan demokratik.

"Jawatankuasa tersebut akan menyediakan laporan mengenai isu-isu pilihan raya, diikuti perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencapai beberapa kesimpulan.

azlan"Kesimpulannya itu kemudiannya akan dihantar kepada Pejabat Peguam
Negara untuk disemak sebelum diluluskan oleh kabinet, dan akhirnya dibentangkan di Parlimen untuk dijadikan undang-undang," kata Nazri yang dipetik dalam laporan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew.

Nazri juga berkata, walaupun penggubalan undang-undang adalah satu proses yang panjang, tetapi kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kerajaan perlu mengadakan pilihan raya umum sebelum Mac 2013. Jika pilihan raya umum jatuh pada tahun 2013, undang-undang baru itu akan digunakan, tetapi saya tidak tahu bila pilihan raya umum akan datang. Perdana menteri saja yang tahu," tambahnya.

Menurut Nazri, kabinet akan membincangkan penubuhan jawatankuasa itu hari ini, termasuk terma rujukannya, jumlah anggota dan siapakah wakil dari BN.

Beliau menjangka jawatankuasa itu akan diketuai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala wakil-wakil pembangkang pula akan diputuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Nazri lagi, kabinet, dalam mesyuarat mingguan Rabu lalu, telah membincangkan permintaan Pakatan Rakyat supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, berhubung dakwaan penduduk tetap diberi kewarganegaraan dan hak mengundi.
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Cara UMNO dan Regim Najib cool Down Suhu Panas Rakyat! Pemimpin Pakatan yg Masuk Perangkap la Bodoh. Sekarang hari hari Penipuan dan kejatahan SPR dan JPN terdedah. Tu sebab Najib Cuak.. Jgn Layan dah Najib.. Bagi kata dua.. Penuhi 8 Tuntutan BERSIH! Abih Cerita... pergi Panjang2 kan lagi Drama Telenovela tu buat Ape....
  • Mohd Othman Nik · University of Malaya
    Apa pun jkuasa yang hendak dilaksanakan.. yg penting kerajaan mesti menjalankan Pilihanraya Adil Bersih dan Bebas, itu kehendak rakyat terbanyak yang dahagakan sebuah negara yang aman mengikut lunas demokrasi berperlembagaan.
    • Celik Fikir · Pengulas Tertinggi · UKM
      nampaknya pemimpin lahanat umno diketuai oleh najib akan menipu rakyat malaysia sekali lagi....saya percaya dan amat yakin undang2 yg bakal digubal nanti semestinya memihak pada umno bangsat nii...gerenti 200% lepas tu bentang di parlimen speker akan buat undi pugutan suara...siapa bakal menang???spaker akan kata penyokong melebihi dari yang membangkang maka undang2 diluluskan isu dan masalah sebenar tak akan berubah... APAPUN KITA MESTI BERSEDIA TURUN KEJALAN RAYA SEKALI LAGI....PASTINYA UMNO AKAN MENIPU DAN TERUS MENIPU RAKYAT MALAYSIA...MEREKA SANGGUP JD PENGKIANAT NEGARA, IKTIRAF WARGA ASING DIBERI KERAKYATAN DEMI KUASA...NEGARA BAKAL DIJAJAH OLEH RAKYAT ASING PADA MASA ITU PEMIMPIN PENGKIANAT NI SEMUA DAH MAMPOS, ANAK CUCU CICIT BAKAL TERIMA PADAHNYA...
  • Noryusry Mansor · SMKA Alawiyah, Arau, Perlis 1988-1992
    7 PERMINTAAN PAKATAN RAKYAT BOLEH IKUTKAH SEPERTI YANG DISEBUT SEMALAM OLEH NAIB PRES PAS, WAKIL PKR DAN DAP.
  • Azhar Mat · BMI
    buat dgn ikhlas..jgn ada hidden agenda..
  • Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah II
    pandika amin mulia? bukan pendekar umno ke tu.

Ramadan - antara syariat dan adat
Nisar Mohammad Ahmad
Ogos 17, 11
8:56am

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telahpun secara rasmi memasuki fasa separuh keduanya.

Kalau dalam perlawanan bola sepak, separuh masa kedua adalah kesempatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan semasa separuh masa pertama.

Jika gawang dibolosi beberapa kali semasa separuh masa pertama, maka kesempatan di separuh masa kedua perlu digunakan semaksima mungkin untuk memperbaiki kelemahan, memperbetulkan strategi dan mempertajamkan jentera serangan dengan harapan dapat beroleh kemengangan di akhir perlawanan.

Jika menang akan diberi mata kemenangan, jika tewas hanya penat dan lelah yang diperolehi tanpa sebarang mata. Begitulah juga halnya dengan Ramadan yang telah kita harungi sehingga ke separuh kedua ini.

azlanAlhamdulillah, kebanyakan kita masih mengekalkan momentum ibadah sebagaimana di permulaan Ramadan.

Masjid dan surau masih lagi dapat bertahan dengan jumlah jemaah yang ramai ketika Solat Tarawih walaupun tidak seramai ketika di permulaan Ramadan. Namun, lagu-lagu raya yang semakin galak dikumandangkan akhir-akhir ini begitu mengganggu konsentrasi kita untuk beribadah.

Lagu-lagu raya yang begitu awal dimainkan ini seolah-olah tidak sabar-sabar ingin menerima kehadiran Aidil Fitri dan dalam masa yang sama kita tidak sedar ia juga seolah-olahnya menyuruh Ramadan 'berlalu secepat mungkin' agar dapat segera berhari raya.

Antara adat dan syariat

Begitulah suasananya Ramadan di tempat kita. Bila sampainya Ramadan, selain ibadah puasa, sahur dan tarawih, ia juga sinonim dengan bazar ramadan, murtabak, moreh dan sebagainya.

Ibadah puasa Ramadan juga begitu unik berbanding ibadah-ibadah lain. Ada orang yang solat berpuasa, orang yang tak bersolat juga berpuasa. Orang yang menutup aurat berpuasa, orang yang berpakaian seksi juga berpuasa.

NONEOrang tua berpuasa, anak-anak kecil juga berpuasa. Bahkan jika ditanya kepada mak nyah di lorong-lorong di kota besar Kuala Lumpur itupun, pasti mereka akan katakan mereka berpuasa.

Bila waktu malam, mereka akan memendekkan 'waktu operasi' mereka bagi memudahkan mereka bangun awal untuk bersahur dan berpuasa. Para artis pula mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk 'berehat' dari aktiviti-aktiviti seni bagi menumpukan kepada ibadah dan aktiviti-aktiviti amal.

Begitulah ragamnya masyarakat kita menyambut Ramadan dengan cara tersendiri yang bersandarkan kepada kefahaman masing-masing terhadap falsafah di sebalik Ramadan.

Walauapapun cara kita menerima kehadiran Ramadan, suatu yang semua perlu faham ialah natijah dan tujuan berpuasa ialah untuk meraih taqwa. Jika sinar ketaqwaan itu tidak terzahir daripada tingkahlaku kita, maka ada suatu yang tidak kena dengan puasa yang kita lakukan.

Taqwa sebagai matlamat puasa


Perkataan taqwa, meskipun didengar saban waktu - sekurang-kurangnya empat kali seminggu iaitu ketika mendengar khutbah Jumaat - namun masih ramai yang tidak memahami akan maksud dan falsafahnya.

NONEBuktinya, tindak-tanduk umat Islam kadang-kala tidak menggambarkan mereka faham akan maksud taqwa tersebut. Lalu apakah maksud taqwa itu sebenarnya?

Imam Ali bin Abi Talib mendefinisikan taqwa sebagai 'meninggalkan perbuatan maksiat, dan tidak tergoda dengan rasa sudah baik mengerjakan ketaatan'. Beliau juga membahagikan ciri-ciri taqwa kepada empat iaitu; Al-Khauf minal Jalil (Takut kepada Allah yang Maha Agung), Al-Amal bit Tanzil (Beramal apa yang Allah turunkan dalam Al-Quran), Ar-Ridha bil Qalili (Rasa cukup dengan sedikit yang kita ada) dan Al-Ist'dad ila yaumirrahiil (bersedia menghadapi hari keberangkatan/kematian).

Imam Syafie pula berkata, kamu boleh lihat diri kamu berada di puncak ketakwaan apabila berlaku perkara berikut: Al-Juud minal Qalil (Kamu bersedekah walaupun duit yang kamu ada tinggal sedikit), Al-War'u 'Indal Khalwah (Kamu bersikap wara' ketika kamu berseorangan) dan An-Takuna kalimata Haqqin Inda Ma Yukhafu wa Yurja' (Kamu dapat katakan kebenaran di hadapan orang yang kamu takuti dan kamu harapkan sesuatu daripadanya).

Seterusnya Al-Hasan mendefinisikan taqwa sebagai 'menjaga diri daripada yang diharamkan dan menunaikan yang diwajibkan.' Ibn Kathir pula manyatakan taqwa berasal daripada perkataan tawaqqi, iaitu menjaga diri daripada perkara yang tidak diingini manakala Ibn Abbas menggambarkan orang yang bertaqwa ialah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan dorongan nafsu, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya terhadap perkara yang datang daripada-Nya.

Begitulah pandangan-pandangan ulama yang sedikit sebanyak dapat menjernihkan lagi kefahaman kita terhadap maksud taqwa. Jika taqwa difahami, maka kita pastinya faham arah tuju puasa yang kita laksanakan.

Jika puasa dan ibadah Ramadan yang kita laksanakan tidak berjaya membawa ciri-ciri taqwa ke dalam diri, maka pasti ada suatu yang tidak kena atau kecacatan dengan puasa yang kita laksanakan.

Pokok pangkalnya, setiap tingkahlaku yang dilakukan di atas mukabumi ini perlu berlandaskan 'ilmu'. Jika seorang penjenayah pun menggunakan ilmu dan berstrategi dalam melakukan jenayah mereka, apatah lagi apabila kita ingin melakukan ibadah kepada Allah, pasti ia perlu bersandarkan ilmu dan kefahaman yang jelas, bukan kerana ikut-ikutan.

azan islam call to prayerOrang solat, kita pun solat, orang puasa kita pun berpuasa. Bila ditanya falsafah puasa dan kenapa kita perlu berpuasa ada juga yang tidak tahu.

Islam agama ilmu


Sesungguhnya Islam adalah agama yang berdiri di atas prinsip 'ilmu dan 'kefahaman' yang jelas berteraskan dalil dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau warisan nenek-moyang semata-mata.

Bahkan ayat pertama diturunkan di dalam Al-Quran ialah berkaitan ilmu iaitu ayat 'Bacalah' (Iqra') di dalam Surah Al-'Alaq. Sepanjang pengamatan saya, lantaran tiadanya ilmu dan asas yang jelas tentang syariat Islam, maka terjadilah perkara-perkara seperti ramainya umat Melayu Islam kita yang sukar membezakan perkara syariat dan adat.

Natijahnya, tindak tanduk kita kadangkala tidak mencerminkan syariat Islam, tetapi lebih kepada adat yang telah kita anggap seperti syariat, malah ada kalanya, jika salah i'tiqad, adat tersebut boleh menyimpang daripada prinsip syariat yang sebenar.

Contohnya ada yang anggap menanam uri selepas kelahiran itu adalah tuntutan 'syariat', tetapi sebenarnya ia hanyalah adat dan petua nenek moyang. Bahkan akan menjadi khurafat jika kita beri'tiqad ia boleh menjejaskan kesihatan anak-anak dan sebagainya. Itu belum diambil kira amalan khurafat dan mistik yang lain seperti pemujaan dan sebagainya yang sememangnya orang Melayu amat 'pakar' di dalamnya.

azlanSeterusnya, tanpa ilmu yang jelas tentang syariat juga akan menyebabkan kita mengambil sebahagian daripada Al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lainnya. Kita juga kadangkala akan lebih mengutamakan isu furu'(cabang) melebihi isu usul (pokok).

Senario yang berlaku hari ini mungkin boleh mengesahkan perkara ini. Contohnya; kita kisah tentang perlunya meletak atau menggantung ayat Al-Quran, gambar kaabah dan lain-lain di dinding rumah, tetapi kita tidak kisah jika ada penghuni-penghuni rumah dan anak-anak kita yang tidak menghadap qiblat (bersolat).

Perkara pokok di sini ialah solat, sementelah menggantung ayat Al-Quran adalah perkara cabang.

NONEKita marah/sensitif bila ada bukan Islam masuk/ziarah masjid/surau tetapi kita tak marah/tak sensitif bila ramai Muslim yang tak pernah datang masjid/tak bersolat.

Kita marah bila akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan artikel/gambar babi, tetapi kita tidak rasa apa-apa apabila ada akhbar berbahasa Melayu yang menyiarkan iklan keputusan judi-4D,Toto, Magnum dan sebagainya.

Selain mengharamkan babi, bukankah Al-Quran juga mengharamkan judi, atau kita hanya beriman dengan sebahagian Al-Quran dan meninggalkan yang selainnya?

Kita marah bila ada bukan Islam ingin mendekati Al-Quran, membaca dan memahami tafsirannya, tetapi kita tidak kisahpun bila ramai muslim yang bukan sahaja tidak faham, malah buta Al-Quran.

NONEApabila menyambut maulidurrasul, kita rasa bersalah atau seolah-olah berdosa jika perarakan tidak dapat dibuat atas masalah tertentu, tetapi kita tidak rasa bersalah bila banyak hadis dan sunnah Baginda yang tidak diamalkan malah diperlekehkan.

Bukan salah perarakan itu, tetapi memperingati Rasulullah itu perlu dilihat dari skop yang lebih besar.

Senario seterusnya, apabila ada pihak yang mengeluarkan arahan (dengan bersandarkan dalil dan nas yang rajih) agar tidak diperdengarkan bacaan al-Quran sebelum laungan azan khususnya di waktu subuh, maka ramai yang menjadi hero dan bangun membantah seolah-olah arahan itu anti-Islam, namun anehnya bilangan yang pergi ke masjid untuk solat subuh masih juga Ssedikit.

Boleh diperiksa di mana-mana masjid dan surau hanya ada beberapa saf sahaja ketika solat subuh. Di manakah hero-hero yang lantang berbicara tadi? Soalnya, jika arahan yang dikeluarkan bersandarkan nas dan dalil, kita yang membantah kerana ilmu atau apa sebenarnya?

Penutup

Nah, begitulah sedikit sebanyak senario ketidahfahaman masyarakat tentang syariat Islam menyebabkan kejahilan di dalam agama terus berterusan. Lebih membimbangkan jika tindakan orang yang jahil terhadap syariat Islam ini akan menjadi fitnah kepada agama suci ini manakala orang alim hanya menjadi 'penonton' apabila orang jahil itu memburukkan imej agama.

NONESesudahannya, wajah Islam yang comel dan cantik dipandang dengan jijik oleh masyarakat. Bukan salah Islam itu, tetapi salah umat Islam yang tidak memahami agama mereka. Amat menyedihkan juga apabila ada sesetengah pihak yang suka jika ramai yang jahil tentang agama kerana kejahilan itu akan mudah dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Justeru, bagi mengelakkan diri kita daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak, ilmu-ilmu tentang syariat Islam perlu dipertingkatkan agar amal ibadah yang kita laksanakan adalah bersandarkan ilmu dan diterima Allah hendaknya.

Bukanlah maksudnya kita perlu meningkatkan ilmu Islam sehingga ke peringkat PhD, tetapi memadailah kita faham perkara-perkara asas di dalam Islam. Yang paling penting keberadaan kita di dalam Islam ini juga perlu bersandarkan ilmu dan kesedaran yang jelas bukan kerana faktor 'genetik' atau warisan keluarga.

NONERamadan yang berbaki separuh bulan haruslah dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi menampung kelompangan dan kekurangan di dalam amal ibadah kita. Mudah-mudahan amal ibadah kita yang berdasarkan ilmu dan kefahaman akan syariat akhirnya Insya Allah akan menghadirkan taqwa.

Kita juga mohon agar dijauhkan puasa kita daripada puasa adat berteraskan taqlid buta yang tidak akan memberikan apa-apa melainkan lapar dahaga.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

  • Kee-Keat Teh · Pengulas Tertinggi · umur 41 tahun
    Org yg jijikkan imej Islam selalunya bukanlah mereka yg jahil, tapi para munafikin - ini barulah golongan yg cukup "berilmu" memanipulasi, cukup "hero" melaung-laungkan jihad - walaupun ada kekecualian, misalnya yg terbalik angkat kitab "bersumpah" ;).
  • Nizam Sabudin · Johor Bahru
    Sama-sama kita renungankan kata-kata semoga ia menjadi pedoman hidup kita diakhir zaman ini.........
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · UDM
      pengalaman aku pegi kursus kawin kat kemaman,tganu(kat lain aku xtau la cmna). semasa program berkumpulan,peserta yg ramai tu dibahagikn dlm kumpulan2,setiap kumpulan ade 12 org. dr 12 tu hanya 6 yg blh baca Quran, ade jgk yg xblh mengucap, sbb xtau ape itu mengucap syahadah, terkejut jgk aku negok org melayu ni
    • Ameza Leza · Pengulas Tertinggi · IBKL
      itulah sistem pendidikan kita yg lebih sekular. Bila ujian PAFA tahun 6 , mana-mana murid yg x tau membaca al Quran ... murid disuruh iIKUT cakap utz/ust walau x kenal huruf... kesannyer tulah ramai hari x tau sembahyang dan mengucap!
    • Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
      sila renungkan.. Penulis berpura2 seolah2 berkata pasal kebenaran, tapi beliau sendiri berkata berbelit belit untuk membenarkan kata2 beliau.. chessss....

      berapa kerat sahaja orang yang sibuk kata orag bukan Islam tak boleh masuk masjid (hanya pemimpin2 umngok beberapa kerat sahaja yang kata begitu untuk tujuan politik), tapi penulis denga bangganya mengisiharkan bahawa umat Islam semua berpendapat demikian...

      beliau mengulas pemimpin2 DAP yang anti Islam dan saja nak menggunakan ayat Quran dan hadis sebagai permainan politik mereka sebagai "orang bukan Islam ingin mendekati Al-Quran".. masyaAllah!
      ...Lihat seterusnya..
  • Ramli Abd Samad
    Umat Islam sangat setia melakukan ibadah/ibadat puasa dan melaksakankan ritual susulan yang menyusuli puasa seperti bertawarih, zakat, membaca al-Quran dan sebagainya. Maka akan timbul pertanyaan apakah kita telah menikmati transformasi rohaniah atau perubahan karakter dan menjadi insan yang lebih berilmu dan manusiawi dan mahu mara ke hadapan dengan peningkatan taqwa? Ataupun kita masih seperti biasa seperti tahun sebelumnya.Puasa hanya untuk mendapat lapar dan dahaga. Sebagai bandingan kita diberi cabaran Dasar Ekonomi Baru(DEB) selama 40 tahun agar kita dapat menghapuskan kemiskinan dan memperbaiki lagi perpaduan kaum, tapi DEB nampakanya menghasilkan 40 bilioner dan yang lainnya (majoriti) masih bergelut untuk hidup selesa.
    Umat Islam sedunia sudah berpuasa sejaka 1400 tahun lalu tapi masyarakat Islam tetap berperang , misalnya di Libya, Syria, Baharin dan Yaman dan banyak lagi dalam kebuluran seperti di Somalia dan Kenya.
    Soalanya bagaimana taqwa kolektif yang kononnya diperolehi dari berpuasa itu tidak lagi boleh digemblingkan untuk menyelesaikan masalah umat Islam sendiri? Ataupun semua masalah yang ditimpa oleh umat Islam itu adalah dugaan untuk sepanjang hayatnya tidak boleh dipersoalkan? Ataupun nikmat puasa hanya dirasai oleh individu tertentu saja, yang saleh dan berkemampuan seperti berbuka puasa di hotel berbintang lima?
  • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
    Ramadan ajar umat memberi maaf, jernihkan hubungan elak sengketa bawa kehancuran

    RAMADAN kini berada pada 10 terakhir. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan mengharapkan keredaan Allah pastilah saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan.

    Semua dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyariatkan, iaitu menjadi insan lebih bertakwa. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai tahap berkenaan memerlukan hidayah serta petunjuk daripada al-Quran yang diturunkan pada Ramadan.
    ...Lihat seterusnya..
    • Norhafizah Madzlan · Pengulas Tertinggi · Optometrist di Uwaiys Optometrist
      UMNGOK dan BN lah yg telah merosakkan nilai2 ISLAM yg suci. bermula dizaman Tun Dr M yg terang2 menghina ISLAM dan menyekat org2 yg berimej ISLAM. UMNO mesti taubat, namun UMNO mcm tak mampu taubat lagi di atas kesalahan besarnya yg bererti UMNGOK mesti undur sebagai satu tanggungjawab membalas erti Taubat tersebut.
    • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
      Amat malang bagi kita jika pada bulan yang menjanjikan keampunan Allah ini, kita pula masih bersengketa dan bermusuhan serta tidak bersedia untuk saling memaafkan antara satu dengan lain. Padahal kita cukup menyedari bahawa kesepakatan, perpaduan dan kesatuan amat penting bagi kemajuan, keutuhan serta kesejahteraan ummah.
    • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
      Firman Allah SWT,
      “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133).
  • ضامام Dhamam · Pengulas Tertinggi · Freelance Photographer di Afghanistan
    Tazkirah terbaik ramadan ini...sama-sama kita menghayati dan mengamalkannya...
    • Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
      Sila renungkan.. Penulis berpura2 seolah2 berkata pasal kebenaran, tapi beliau sendiri berkata berbelit belit untuk membenarkan kata2 beliau.. chessss....

      berapa kerat sahaja orang yang sibuk kata orag bukan Islam tak boleh masuk masjid (hanya pemimpin2 umngok beberapa kerat sahaja yang kata begitu untuk tujuan politik), tapi penulis denga bangganya mengisiharkan bahawa umat Islam semua berpendapat demikian...

      beliau mengulas pemimpin2 DAP yang anti Islam dan saja nak menggunakan ayat Quran dan hadis sebagai permainan politik mereka sebagai "orang bukan Islam ingin mendekati Al-Quran".. masyaAllah!
      ...Lihat seterusnya..
    • ضامام Dhamam · Pengulas Tertinggi · Freelance Photographer di Afghanistan
      YR: Saya baca ok jer...tak ada pun penulis sebut pasal pemimpin DAP
    • Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
      Sila contact beliau dan tanya siapa yang mereka maksudkan itu!.... kalau bukan sebab kes orang DAP dan UMNO.. perkara ni takkan disebut pun! Contohnya mana ada orang Islam percaya orang bukan Islam tak boleh ziarah masjid? hanya yang bengong dan berkhayal sendiri sahaja yang percaya sedemikian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan