Rabu, 17 Ogos 2011

JANGAN CAKAP TAPI BUAT...AKHIRAT KELAK SUSAH JAWAB...KITA BUAT DULU..INSYAALLAH RAKYAT IKUT...INGAT KITA SEMUA AKAN MATI...

'Rosmah tak semestinya liabiti bagi Najib'
Hazlan Zakaria
Ogos 17, 11
11:20am
Meskipun terdapat konotasi negatif yang menyelubungi Datin Seri Rosmah Mansor, namun pusat bancian Merdeka Center percaya, 'Wanita Pertama' itu tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti anggapan ramai.

NONE"Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,” kata pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.

"(Tetapi) media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif."

Sama ada imej negatif itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.

"Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.

NONEIbrahim bagaimanapun mengakui bahawa telatah atau gelagat orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang boleh membawa kepada kejatuhan individu berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima reaksi yang amat positif daripada rakyat apabila beliau mengambil alih jawatan.

"Tetapi menjelang akhir, serangan politik kepada orang-orang yang di sekelilingnya, kakitangan 'tingkat empat' dan sebagainya, semakin mendapat menjadi-jadi.”
  • Syed Zul · Pengulas Tertinggi
    Marcos jatuh sebab isterinya Imelda
    Hosni Mubarak jatuh sebab isterinya Suzanne
    Najib????
  • Gobhie Gerrad · Pengulas Tertinggi · UCSI
    BN= Bini Najib.
  • Zoe Jaafar · Pengulas Tertinggi · SGGS, Penang
    Terlalu ramai di luar sana yg mengenali Rosmah mansor, kawan sekolah , teman sekerja, ahli keluarganya, ahli keluarga bekas suaminye, ipar duai DAN RAMAI LAGI YG MENGENALI SIAPA SEBENARNYA ROSmah MANSOR, mcm mane suratkhabar mengmbarkan kebaikan/keburukan...the truth will prevail, Wallahuallam.
  • Zaman Huri · Pengulas Tertinggi
    kalau tanya siapa akan menang pru13, en ibrahim akan jwb "tak semestinya BN/PR akan menang, itu bergantung kpd pengundi" he he.
  • Nordin Azman · Pengulas Tertinggi
    kalau aku mudah dapat duit banyak, harta melimpah...aku boelh jadi baik/ penyayang/perihatin....hambur duit sana..derma sini..bantu sana bantu sini..Merdeka Center pun aku boleh bagi bonos setiao bulan...semua pompuan dlm malaysia aku bagi rantai loket..lelaki aku bagi bini sorang satu..org tua aku bagi tongkat...tentu Merdeka center kara aku bagus..
    • Zek Silana · Pengulas Tertinggi
      Orang macam ni buat apa pon tak kena..dalam hati ada karat. Kalau orang lain buat semua tak elok. Pemimpin pujaan dia berak tengah jalan pon kata elok..dah terpaksa katanya...sentiasa berperasangka buruk pada orang lain...ini adalah satu penyakit mental.

BERSIH 'haram': 19 Sept bagi dengar bantahan
Hafiz Yatim
Ogos 17, 11
10:44am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 September ini sebagai tarikh mendengar bantahan awal permohonan semakan kehakiman berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dari Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas menetapkan tarikh itu setelah pasukan dari Pejabat Peguam Negara memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri dalam negeri dan kerajaan akan mencabar permohohan semakan kehakiman oleh NGO berkenaan.

NONEPasukan lima anggota dari Pejabat Peguam Negara itu diketuai oleh pendakwaraya kanan persekutuan Kamaluddin Md Said, yang juga adalah ketua unit Perbicaraan dan Rayuan.

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 diwakili oleh peguam Fahri Azzat, sebelum 9 Julai lalu telah memfailkan permohonan 48 mukasurat dan menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha menghalang pihak berkuasa daripada terus menghambat ahli-ahli, penyokong dan peserta perhimpunan BERSIH.

Permohonan itu dikemukakan oleh pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.



Najib seru umat Islam hayati Al-Quran
Ogos 17, 11 11:29am

Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia beragama Islam supaya menghayati kandungan Kitab Suci Al-Qur'an yang kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

NONEPerdana Menteri berkata demikian dalam kemaskini status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Qur'an yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan.

Menurut beliau, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

"Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya.

Umat Islam di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu hari ini bercuti umum menyambut peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu hari turunnya Al-Quran.

Pilih pakaian rasmi

Sementara itu, di Putrajaya hari ini, Najib memilih sepasang pakaian rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 yang ditunda ke 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia, tahun ini.

malaysia merdeka 50th anniversary 280807Pakaian yang dipilih itu, masing-masing satu bagi pakaian lelaki dan wanita, adalah dari tiga rekaan pakaian lelaki dan wanita oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada perdana menteri.

Antara yang turut menyaksikan rekaan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, beberapa anggota jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata perdana menteri tertarik dengan ketiga-tiga corak rekaan berkenaan yang menggabungkan warna asas negara iaitu merah, putih dan biru, cuma ia perlu disesuaikan dengan suasana sambutan hari bersejarah itu.

Beliau berharap pakaian yang akan dipakai oleh jemaah menteri itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya selepas 16 Sept kelak.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan