Nazri Abdullah | ||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Pakatan Rakyat mungkin memboikot jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya jika perdana menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih enggan bertindak terhadap isu pembersihan daftar pemilih yang dibangkitkan mereka. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka memberi peluang sehingga awal Oktober depan sebelum memutuskan menyertai atau memboikot jawatankuasa tersebut. Katanya, Ini kerana sehingga kini Datuk Seri Najib dan SPR gagal membuktikan komitmen dan kesungguhan mereka untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Malah katanya, kedua-duanya seperti tidak serius dengan penubuhan jawatankuasa khas tersebut apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan bahawa pilihan raya umum ke-13 dan SPR tidak tertakluk kepada keputusan jawatankuasa tersebut. "Mula-mula kita alu-alukan (penubuhan jawatankuasa ini), namun kenyataan perdana menteri (bahawa pilihan raya boleh diadakan tanpa menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen) dan kenyataan pengerusi SPR bahawa mereka tidak terikat dengan keputusan jawatankuasa itu, telah mengubah pendirian kita. "Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya," katanya. Beliau turut merujuk kepada beberapa gesaan yang dibuat pelbagai pihak berhubung isu pembersihan daftar pemilih khususnya pendedahan pemberian taraf warga negara kepada penduduk tetap demi kepentingan politik pihak tertentu. "Kita lihat mereka menggumumkan jawatankuasa khas parlimen ini hanya untuk melengahkan tindakan untuk membaiki sistem pilihan raya," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Turut serta pada sidang media itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Tidak serius, dolak dalik Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, SPR sebenarnya mempunyai kuasa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya tetapi berdolak dalih berhubung kuasa mereka. "SPR kata mereka tidak ada kuasa seperti dalam forum bersama Datuk Ambiga baru-baru ini. Tapi sekarang kata ada kuasa sendiri (tak perlu tertakluk kepada jawatankuasa khas parlimen). "Mereka sebenarnya ada kuasa untuk membersihkan daftar pemilih, melaksanakan dakwat kekal, dan tempoh kempen lebih lama. "Semua ini boleh dilakukan kalau dia nak, cuma dia berdolak dalih," katanya. Katanya, semua tuntutan itu boleh dibuat SPR tanpa memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 25 Ogos 2011
MAIN KOTOR...JIKA KOTOR ITU DIGUNAKAN...MUNGKIN BAHGIA DIDUNIA...BAGAIMANA AKHIRAT...ADAKAH BAHGIA JUGA DIAKHIRAT...ATAU MENDAPAT KECELAKAAN...
Pakatan mungkin boikot PSC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan