Sabtu, 20 Ogos 2011

JANGAN AMBIK HUKUM ALLAH YANG SEDAP2 AJE...CONTOH ZAKAT DAPAT DUIT..MANA HUKUM POTONG TANGAN..HUKUM MURTAD..HUKUM MINUM ARAK..ZINA DLL..AKHIRAT JAWAB.

Lima polis didakwa rompak warga Bangladesh
Ogos 19, 11 2:43pm

Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 12.01 pagi.

Semua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan semua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya semua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Semua tertuduh membayar wang jaminan itu.


Bekas pegawai kanan polis sahkan pertalian Tajudin
Hafiz Yatim
Ogos 19, 11
11:16am

Sebarang penyelesaian dengan Tan Sri Tajudin Ramli atau arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman undang-undang ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu perlu dikaji semula.

Menurut bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, tindakan itu perlu bagi menjamin bahawa kepentingan awam terpelihara bukannya mengambil-kira kepentingan Tajudin atau individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan ahli politik tertentu.

"Saya berpendapat ada 'tangan ghaib dan pemain lama' terbabit dalam skandal Penerbangan Malaysia dan yang sekali lagi terlibat pula dalam 'penggabungan' MAS dan AirAsia, baru-baru ini.

NONE"Pelantikan Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pengarah MAS selepas menghilangkan diri dari dunia korporat sejak tahun 1998 menguatkan lagi spekulasi bahawa Wan Azmi dikatakan terlibat memegang RM150 juta bagi pihak (bekas menteri kewangan) Daim Zainuddin (kanan).

"Tidak salah bagi rakyat mengesyaki sesuatu yang tidak kena atau bimbang bahawa apa yang telah berlaku dengan Tajudin boleh berulang lagi dengan tindakan terbaru ini. Rakyat berhak mengetahui secara terperinci terma dan syarat-syarat perjanjian (MAS-AirAsia) ini, " kata Mat Zain dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.



Bayi lelaki ditemui dalam surau
Ogos 19, 11 12:04pm
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam surau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Salak Baru, Sungai Siput, hari ini.

Bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan dibalut dengan kain batik itu ditemui 7.15 pagi oleh beberapa pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang mendengar tangisannya ketika sedang membersihkan sekeliling kawasan R&R berkenaan.

Seorang daripada pekerja terbabit kemudian membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk pemeriksaan.

Bayi itu dipercayai diletakkan di surau itu oleh seorang wanita yang kemudiannya menyembunyikan diri, katanya ketika ditemui pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di Ipoh hari ini.

Polis sedang menyiasat dan mengesan ibu bayi berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan.

- Bernama


Hisham: Lebih 2 juta pendatang sudah mendaftar
Ogos 18, 11 11:08pm
Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

NONEMenurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.

"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan.

"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di Kuala Lumpur, malam semalam.

Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkan program 6P itu.

"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidak mencecah 2 juta orang," katanya.

NONEHishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah juga didahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.

"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya kerana jumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.

"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.

Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.

azlan"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing di negara kita.

"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahil untuk menjadi lebih besar," katanya.

Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.

Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota Umno Bahagian Semberong.

- Bernama


  • Noor Mohamed Mohamed Haniba · S.R.K Seri Bidor
    2 juta bukan lah satu angka yang kecil. 1.1 juta lagi adalah PATI. katalah mereka datang sejak lima tahun yang lepas, 1.1/5tahun/360hari= 611 orang sehari masuk ke malaysia. Ini yang baru mendaftar yang tak daftar siapa nak kira? Secara puratanya, dalam sehari, ada dalam 1000 orang mencuri masuk ke malaysia.

    Mana dia tentera darat, tentera laut kita yang sepatutnya menjaga kita dari anasir anasir luar. Pendatang asing haram adalah ANCAMAN SERIUS kepada KESELAMATAN negara.

    Ahli politik kita telah melacurkan negara kita. Khianat kepada negara hukumnya harus di gantung sampai mati.
    ...Lihat seterusnya..
  • Izmil Amri · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Mara
    2 Juta? Wow! Bila diorang ni nak tubuh parti politik sendiri dan bertanding dalam pilihanraya umum? Bila sudah berdatar dan di'putih'kan, pastilah mereka akan punya hak-hak yang boleh dan akan dituntut. 2 Juta warga asing, kalau kepung Putrajaya, tercirit gak beb.
  • Ali Buja · Cape Town, Western Cape
    ini bermakna pengundi umno bertambah.mustail tidak di daftar sebagai pengundi.bebasla mat indon dan mat bangla di bumi kita ini, bahasa ibunda kita akan bertukar menjadi indola.
  • Sifu Gie · Pengulas Tertinggi
    satu hari nanti anak2 warga bangsa malaysia akan hidup dalam ketakutan di tanah air sendiri....hasil kebijaksanaan pemimpin negara sekarang.
  • Man Shah · Pengulas Tertinggi · Friends with Norasiah Mahat
    2 juta nak di bandingkan dgn malaysia yg kecil ni mmg mengejutkan.tapi ini adalah hakikatnya.separuh halal, separuh haram.sma banyak jumlahnya.adakah kita yg mengalukan? atau adakah kita yg memerlukan mereka atau kita terlalu baik atau wujud pengurusan kerajaan yg lemah dn rasuah yg berluasa? kesan akibatnya, kita semua yg akan menangungnya....hu hu hu.
    • Harun Jilbert
      Sebab tu dorg berani buat Suruhanjaya utk pantau SPR... Dorg ada back-up plan.. Taktik UMNO dari dlu smpai skrg xpernah berubah..
    • Adi Ali · Pengulas Tertinggi · University of Massachusetts Amherst
      emmm habis la m'sia... sekarang nie pun pengangur ramai tambah pulak dengan pati nieee .. entah la apa nak dengan anak cucu kita nanti...
  • Krik Alfie · Top Commenter · Penganggur sementara at God
    Wah ramainyaaa pendatang...berlambak lagi yang tak datang.....kalo lar buat operasi hantar balik mereka lagi bagus dari idea bekas menteri besar selangor yg buat operasi setinggan sifar....baik buat PATI sifar........
  • William Yap · Top Commenter
    Bijak oh kerajaan kita ni! 20 tahun kemudian, Malaysia jadi truly Asia! Macam Astro, macam2 ada... hahaha
  • Rajendiraperasad Maniam · Kuala Lumpur, Malaysia
    tapi sebenarnya kenapa nak sangat buat sistem ni.. sy amnya mmg kerja rapat dengan hal hal pekerja asing. Tu yang Putrajaya ckp tak dapat proses dokumen dokumen pekerja dari Bangla beberapa bulan lepas apasal?
    yg ketua pengarah kat situ ter"DETELE" information sampai dlm sistem kate tak ada langsung bangla kat malaysia. hahahaha.. baru sekarang nak kumpul balik semua info balik ye, bagus lah.. Duit kita orang yg habis.. enko org Masyuk Duit kat poket..
    tapi bagus jugak la kerajaan buat system ni..2 in 1..dapat kumpul balik nama nama yg hilang n at the same time BUat Duit dari periuk nasi kita orang.. last but not least.. dah dapat bilangan voters yg mencukupi untuk PR akan datang.. WELL DONE BN'uuuuu.
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Tunggui masa untuk dapat kewarganegaraan Malaysia dan terus menjadi pengundi .... APA MACAM?
  • Pelita Masa · ITM
    Inii menunjukan bahawa negara kita menunuju kehancuran kerana lebih sejuta(baru sebahagian ) penceroboh kedaulalatan negara boleh bebas dalam negara ini(mungkin pengganas, Perompak, Pemberontak, Pembunuh, Pelacur, penghasut) bukankah ini menjustifikasikan bahawa tahap keselamatan negara berada pada tahap paling lemah pada semua peringkat. Malah pada pendapat peribadi ambo dianggarkan 4 juta(pati dan sah) berada dalam negara ini, menjadikan mereka mewakili 14% penduduk negara ini dan secara tak langsung 14%peluang Ekonomi, Infrastruktur, kemudahan dan Subsidi terpaksa dikongsi dengan mereka ini.


'SPR, apakah kriteria untuk meminda daftar pemilih?'
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 19, 11
11:45am

Reaksi spontan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk 'membersihkan' daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan oleh pihak media, telah menimbulkan persoalan sama ada daftar pemilih boleh dipinda begitu saja oleh suruhanjaya tersebut.

azlanSejak dua minggu lalu, orang ramai dan pihak pembangkang telah membangkitkan pelbagai kelemahan dalam daftar pemilih, termasuk pengundi dengan dua identiti, pengundi tersilap nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

Setiapkali kesilapan tersebut didedahkan, SPR terus memperbetulkannya, sama ada dengan menukar butiran pengundi berkaitan atau memotong nama mereka daripada daftar pemilih.

Ini adalah berbeza sama sekali dengan kenyataan awal oleh timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa data dalam daftar pemilih tidak boleh hanya boleh ditukar sesuka hati.

NONEBagaimanapun, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, 'pembersihan' daftar pemilih dilakukan setiap hari, berdasarkan maklumat harian rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem sambungan di talian (Alis) antara kedua badan berkenaan.

Setakat ini, SPR masih belum menjelaskan keadaan yang membenarkan pesuruhjayanya membuat perubahan kepada daftar pemilih tanpa berunding dengan pengundi terlibat atau mengadakan siasatan awam.

Menurut ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, mengikut klausa 14 peraturan (perjalanan) pilihan raya 1981, daftar pemilih merupakan bukti paling kuat untuk menentukan sama ada seseorang individu itu adalah pengundi atau tidak.

Oleh itu, katanya, butiran pengundi dalam daftar pemilih tidak boleh diubah dengan mudah.

"Apakah prosedur operasi lazim (SOP) untuk mengubah daftar pemilih? SPR mesti menentukannya dengan jelas," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam isu yang sama, gerakan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berkata ia sedang menimbang untuk mengheret SPR ke mahkamah.




Ceramah: Enam, termasuk ADUN Teja ditangkap
Joseph Sipalan
Ogos 19, 11
10:59am

Enam orang, termasuk ADUN Teja Chang Lih Kang, ditangkap polis selama beberapa jam malam tadi kerana mengadakan ceramah kecil di sebuah taman perumahan di Tapah.

NONEMenurut Chang, beliau bersama penolong setiausaha PKR Perak Tan Kah Heng adalah antara mereka yang pertama ditangkap sekitar jam 8.45 malam di lokasi itu kerana didakwa mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Empat yang lain ditangkap kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian kerana berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Tapah sambil melaungkan 'bebas' bagi menuntut Chang dan Tan dibebaskan.Chang berkata polis datang sekitar 8.30 malam dan memberitahu mereka diberikan masa 15 minit untuk bersurai dari tapak ceramah itu yang merupakan sebuah gelanggang bola keranjang di taman perumahaan berkenaan.

“Mereka bukan datang untuk berunding. Mereka datang dan kata kita ada 15 minit untuk meninggalkan kawasan itu. Kita bagi tahu, susahlah tetapi mereka beredar. Lima belas minit kemudian, mereka datang dan tangkap saya dan Tan Kah Heng,” katanya ketika dihubungi.

Empat yang lain itu termasuk ahli majlis Hulu Selangor Chua Yee Ling, yang berhimpun di ibu pejabat polis daerah Tapah yang menuntut pembebasan kedua-dua mereka.

Chua berkata seorang anggota polis keluar dan memberitahu mereka cuma ada lima minit untuk bersurai, tetapi selang beberapa saat, rakan anggota polis itu terus menangkap beliau dan tiga yang lain.


JAJ: Penyembelihan 60,000 ayam di Johor diragui
Ogos 19, 11 3:43pm

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong pengarah penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

sellers meat 090805 chicken seller"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

bird flu 300804 chicken"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

- Bernama


Mat Sabu: Isu Kristianisasi modal politik Umno
Ogos 19, 11 9:39am

Isu murtad dan proses Kristianisasi yang dipelopori oleh media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

NONESehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mempercayai propaganda Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA,” katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Sejak kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad, rakyat saban hari disajikan dengan ledakan pelbagai bukti oleh media dan blog-blog pro-Umno.

NONERabu lalu, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet mankala klip video berhubung kejadian berkenaan juga telah dimuat-naikkan.

Meskipun laporan rasmi belum dikemukakan kepda Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, namun nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu juga telah disenaraikan.

Begitu juga dengan bukti-bukti lain termasuklah kertas soal-selidik dan jumlah wang yang dibekalkan, dan lagu-lagu yang didakwa dinyanyikan pada malam berkenaan.

Bagi pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lebih mencurigakan tindakan itu disusuli dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal Tuan Ibrahim dalam kenytaan medianya semalam.

NONEBagi pemimpin PAS, tindakan itu hanya menguatkan lagi perasaan curiga mereka bahawa dakwaan usaha pengkristianan di negara ini sebenarnya didalangi oleh Umno sebagai modal politik.

Mengulas isu itu, Mohamad Sabu semasa merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh semalam berkata pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada orang Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya.

  • Abd Razak Haji Kameh · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
    setuju sangat dengan Mat Sabu.
  • فايروز سليمان · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Sebelum merdeka bilangan yang murtad boleh dibilang jari. Selepas merdeka, tak cukup jari nak membilangnya. Dasar demi dasar dibuat oleh kerajaan pemerintah (Perikatan - BN) tiada satu pun nak menegakkan hukum murtad di kalangan orang Islam, malah pembangkang (PAS) yang mengusulkan enakment murtad ditolak mentah-mentah oleh kabinet. Bukan itu sahaja, dasar pendidikan yang tidak menekankan aspek keagamaan yang utuh kepada Islam ( belajar untuk lulus ) menjadi faktor utama berlaku gejala murtad. Sekarang baru nak jadi hero. Sudahlah. Jabatan agama pun tak boleh buat apa2 kalau ada permohonan murtad.
    • Noor Iznan Mohd Noor · Pengulas Tertinggi · Bekerja di AQUAMARINE-ABER
      benda2 ni terjadi semua gara2 org jenis mcm mat sabu la ni..hanya tau berpolitik tetapi bila kene mengena dgn islam cuba menjauhkan diri..nak pertahankan dan mengagungkan islam mereka takot..bacul..mereka plak ikut telunjuk Pakatan mereka..yg merana org islam..mat sabu plak mcm la org x tau kisah silam beliau..mcm ni pun bleh menang jd org kuat PAS..hampeh!!!
      http://www.facebook.com/pages/Anti-PKR-Club/197344137372
    • KhaiRul SyaFiq · Pengulas Tertinggi · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
      Sekarang aku dah tahu bezanya antra org yg berilmu & org yg jahil apabila mereka brkata-kata/menulis..
    • David Anthony · Pengulas Tertinggi · Klang
      Kalau Islam agama rasmi di Malaysia sebab majoriti, maka Kristian agama rasmi dunia sebab kami lebih majoriti agama di bumi ini. Hahahahaha. Fair and square.
  • Faizal Pemutuskata · umur 21 tahun
    mereka semakin takut dengan kebangkitan rakyat, lantas permainan "politik murahan" akan dimainkan setiap masa...mereka silap langkah nak tipu pemuda dan pemudi masa kini...kami pemuda dan pemudi berikrar akan memangkah "PAKATAN RAKYAT"....jom ubah..
  • Brewin Edward Emprang · Pengulas Tertinggi · Friends with Awang Gagah
    sy msih boleh terima kalau org bukan Islam dilarang menyebarkn agama mereka pada org Islam. sbb undang2 malaysia telah memperuntukan sedemikian. tpi sy sangat tak suka bila ada pihak yg kononnya mewakili 'suara org Melayu' menghasut dan menyemai benih kebencian di antara kaum & agama utk menaikan semangat org melayu & Islam, demi keuntungan politik!
    • Nazri Osman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
      Utk kefahaman anda, kami berusaha menjaga akidah org islam kami sendiri dan tak ingin bermusuh dgn penganut lain, kecuali klu mereka buat yg bukan2, yg kadang2 bukan ajaran agame dia pun. Ramai golongan org islam sendiri tak faham ini. Quran menyebut LAKUM DINUKUM WALIYADIIIN...
    • Brewin Edward Emprang · Pengulas Tertinggi · Friends with Awang Gagah
      sama, begitu juga dgn kami, bagaimana pula dgn kami? hak kami ke atas agama kami? bagaimana kalau kamu berada dalam kedudukan kami? apa perasaan kamu.
    • Sobri Saad · Pengulas Tertinggi · Edinburgh, United Kingdom
      agama kamu tidak melarang...dan tak de undang2 dalam agama kamu kalau keluar dari kristian....
  • Riwan Mohd Saad · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
    NAK ISLAM XBOLEH SEPARUH2.. BUKAN SETAKAT CUTI SAJA.. KILANG ARAK KAT SELANGOR KENA TUTUP DAH.. ISU AHKLAK MUDA MUDI.. ISU ANAK LUAR NIKAH SAMPAI HARI NIE,, BUKANNYA BERKURANG.. MALAH BERTAMBAH.. ISU2 YG BESAR LAIN PATUT KERAJAAN AMBIL BERAT.. TAPI DI MANA USAHA MEREKA...

    PALIN PENTING.. ISLAMKAN KELURGA KITA DAHULU..
  • Kuben Mahadevan · Limkokwing University of Creative Technology
    Kepada saudara David anthony dan juga pihak2 yang sedang hangat bertikam lidah... Sila renungkan perkara ini.. Kalau asyik nak berperang mulut siapa yang lebih banyak..siape lebih hebat dan siapa lebih jahat tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa.. Sejarah membuktikan Tamadun Manusia runtuh disebabkan sifat ego dan tamak. Belajarlah hormati setiap manusia yang kita kenal. Hormati setiap agama. Islam adalah agama yang indah mengajar umatnya semua aspek2 moral. Begitu juga kristian...buddha..hindu.. dan lain-lain. Cuma segelintir manusia yang lupakan Pengajaran agama yang tulen lalu melancarkan perang antara satu sama lain. jangan hasut sesama diri. Kita sentiasa bersatu ketika menonton bola..badminton tapi kenapa kita bermusuhan untuk perkara yang kita boleh tolerate. Hormatlah kepada agama anda.. Hentikan perang Islam vs Kristian.
    • Buu Gang · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      KM: Sokong anda. hal-hal agama ini tidak sepatutnya dikeluarkan dalam media.apalagi untuk perdebatan di media. Banyak tanggapan peribadi terhasil dan ini ini boleh menyemai bibit kebencian yang akhirnya memusnhkan keamanan yang ada ini..
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Buu gang..biar pecah di mulut jangan sampai pecah di perut.. pecah di perut boleh mengakibatkan kematian..
    • Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
      BILA ORG ISLAM ADA YANG TAK FAHAM ISLAM , DAN ORG AGAMA LAIN TAK IKUT AJARAN NYA JADILAH PERKARA YANG TAK DIINGINI.. kM ADA BUTUL JUGA..
  • Dewan Pemuda Pas Melaka · Top Commenter · Melaka
    “Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

    “Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
  • Hafiz Jeremy Kurt Manget · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
    "Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?" - tak terpikir lak aku..tpi betul gak ckp tuan ibrahim ni..kuikuikui..
  • Laxamana Zack Abdullah · Top Commenter · Friends with Qaisara Herina
    Terbaaaiiikkkk! ;))
  • John Jalek · Top Commenter · Sek men seri perak
    riwan mohd saad.... sokong islam takleh separuh... kita kena ambil semua sekali.... persoalan nya UMNO dah kotorkan islam itu hampir 50 tahun lebih...kita baru usaha nak bersihkan dlm 2 tahun ni... nisbah perbezaan nya hampir juga 50 tahun... jauh tu.. nak tutup kilang arak, lambakan anak zina, keciciran moral muda mudi...itu la jasa 50 tahun lebih umno... insyllah kita berkeyakinan sekiranya pas di berikan memerintah sekurang2nya 30 tahun....semuanya kembali bersih semacam pemerintahan empayar uthmaniah di awal nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan