Sabtu, 20 Ogos 2011

BILA KES ZINA TAK MALU LAGI DIBICARA....BOLEH MAIN SAMAN2...DUNIA LAH NI....DAH BERZINA ...SAMAN MENYAMAN...JIKA BENAR ADA ZINA....NERAKA TUNGGU MEREKA...HUKUM ALLAH DAH LAH TAK DILAKSANAKAN ...TAK TAKUT ALLAH BETUL...MEREKA2 NI...DIAKHIRAT KELAK ORANG2 YANG BERKUASA MELAKSANA HUKUM ALLAH ATAU TIDAK...JAWAB AJE LAH...DENGAN PENYOKONG2NYA....BERILAH 1000 SEBAB...JIKA ALLAH TERIMA ....SELAMATLAH....JIKA TIDAK...DENGAN ULAMAK2 BISU...ULAMAK2 UPAHAN MASUK SEKALI DALAM NERAKA.....

PAS gesa JK p'raya dirombak, diperluas
Ogos 19, 11 12:24pm
PAS menggesa keanggotan jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi mengkaji reformasi pilihan raya diperluas kepada pelbagai pihak, bukan sahaja melibatkan anggota Dewan Rakyat.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keanggotaan jawatankuasa baru mesti dianggotai 12 orang - dengan nisbah tiga anggota dari parti pemerintah, pembangkang (3), NGO (3), Suruhanjaya Pilihan Raya (1) dan Jabatan Pendaftaran Negara (1).

Manakala jawatan penggerusi hendaklah diberikan kepada seorang yang diyakini adil dan tegas dalam isu reformasi pilihan raya, seperti BERSIH 2.0 dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Keyakinan rakyat

“Jawatankuasa ini mestilah diberi tempoh segera, sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan bagi menyiapkan cadangan untuk dibahas dan diluluskan di peringkat parlimen.

“Fokus utama jawatankuasa ini ialah mewujudkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NONEPada Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen Oktober ini.

Katanya, jemaah menteri juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan SPR dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri dan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Bagaimanapun komposisi jawatankuasa itu dan rangka kerjanya itu dibidas pelbagai pihak, terutamanya Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan syarat yang didakwa berat sebelah itu.

Menurut Tuan Ibrahim, perkara yang paling penting dalam penubuhan jawatankuasa khas itu adalah ia mestilah diyakini mampu membuat perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil.

Tiada makna

“Sekiranya ia gagal meyakinkan masyarakat, maka tiada makna ditubuhkan jawatankuasa sedemikian...

azlan“Sebab itulah, satu perubahan terhadap penubuhan jawatankuasa khas parlimen ini harus dibuat agar semua pihak boleh berpuas hati dengan keputusan pencariannya nanti.

“Sehubungan dengan hasrat besar itu, di sini dicadangkan supaya jawatankuasa yang ditubuhkan ini bukanlah berbentuk jawatankuasa khas parlimen, kerana dalam bentuk ini, ia akan menyekat keanggotaan pihak lain, seperti BERSIH 2.0 dan rakyat biasa yang juga penting dalam proses pembaikan ini,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang, dicadangkan jawatankuasa ini dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Reformasi Pilihanraya bagi memberi ruang keanggotaannya lebih terbuka dengan penyertaan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.

“Dengan melebarkan sayap jawatankuasa ini, maka keanggotaannya lebih terbuka bukan hanya kepada parti- parti politik bahkan ianya boleh disertai bersama oleh badan-badan NGO, Majlis Peguam, dan beberapa individu yang mewakili rakyat biasa yang difikirkan sesuai dan layak,” katanya.

  • Adam Sejodoh · Pengulas Tertinggi
    Pengumuman PM tentang refimasi pilihanraya adalah gemek sahaja. Omno mana berani mengadakan pilihanraya yang telus. Apa lagi kalau Pengerusinya di kalangan Ngo seperti BERSIH atau SUHAKAM, JAUH PANGGANG DARI API...! Omno hanya mambuat Jawatankuasa yang bertindak bagi pihak omno seperti SPR sekarang ini. Lihatlah kenyataan2 SPR sama dengan kenyataan omno. Apa yang perlu ialah RAKYAT mesti membuat tuntutan berterusan secara besar-besaran sehingga omno bersetuju menubuhkan Jawatankuasa yang benar-benar bebas.
  • Jp Joe Pg · Pengulas Tertinggi · Friends with Maba Budu
    Nampaknya jwtk ni sama je spt jwtnk, tribunal sblm2 ni. Keputusannnya seperti berikut. Taiada bukti pengundi hantu. Semua data2 pelik/ragu dalam senarai pemilih semua kesilapan manusia..
  • Ikhmal Mohamad · Pengulas Tertinggi · UKM
    dari lantik Ambiga jadi Pengerusi, lagi baik PAS cadangkan Hasan Ali lagi baik. Boleh bekerja tanpa politikkan isu.
    • Sham Asri · Pengulas Tertinggi · PUO Ipoh
      betul tu bro, ambiga tu sapa lagak mcm teror dduk celah karpal padan la, apapun org melayu ttap no.1
    • Mohd Faizal · Seremban
      Cakap je lah nak bagi pakatan rakyat menang pru..kan senang..tak payah nak berdolak dalik pasal jkuasa lah apa lah....
  • Mat Hasan Mat Amin · Takde
    tiada yang benar di negaraku ini selagi be end berpahatkan nafsu...
  • Mohd Zamri · UITM
    Haha..BN tak amik pot la..sandiwara jee.
  • Noor Iznan Mohd Noor · Top Commenter · Works at AQUAMARINE-ABER
    sy menyokong penuh perkara diatas.
    PENGeRUSI BG LA KAT PAS..depa nak sgt tu..aku pun nak gak tgk pas ni jd leader mcm mane..mane la tau hati aku terbuka tuk menyokong pas plak lps ni..x pun bg kat club penyokong pas..ok gak tu..ala sape yg hindu tu? aku lupa plak..
    nak wat ape bg kat bersih n suhakam..xd gunanya..mereka tu tau mkn tido je..pas2 minta duit buat pusing utk hidup.
    pilihan yg paling tepat adalah PAS..najib plzz bg la pluang PAS jd leader..hahahahaha.
  • Mahadzir Ibrahim · Top Commenter
    masuk angin keluar asapppp Romleee

KM kecam Umno politik insiden simbah cat
Susan Loone
Ogos 19, 11
8:40pm

Umno Pulau Pinang hari ini dikecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana cuba mempolitikkan insiden ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat Ahad lalu.

NONEBeliau menolak tuntutan pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal
Abidin Osman supaya menarik balik kenyataannya, yang didakwa menjadikan insiden tersebut sebagai isu perkauman.

Sebaliknya, Lim berkata, beliau tidak ada masa untuk melayan "ekstremis seperti Umno" yang menurutnya cuba mempolitikkan insiden tersebut.

Lim yang juga setiausaha agung DAP menegaskan demikian ketika
meninjau ibupejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon yang menjadi Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefsasaran cubaan dibakar pada awal pagi Ahad lalu.

Beliau diminta mengulas desakan Zainal supaya ketua menteri Pulau Pinang itu menarik balik dakwaannya yang mengaitkan umat Islam dengan insiden ibupejabat DAP itu disimbah cat.

Bernama memetika Zainal sebagai berkata kenyataan Lim itu membayangkan seolah-olah cat tersebut disimbah oleh orang Islam.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    UMNO buat Fitnah bulan2 puasa ni.. Tuhan dah tunjuk! Tembelang UMNO dah Pecah.. Fitnah makan diri.. UMNO adelah Dalang Serangan JAIS keatas Gereja dan Bagunan DAP! kah kah kah... JAIS barua UMNO.. konon2..nak laga2 kan Islam dengan Bukan Islam.. 1 Malaysia dah tahu siapa budak jahat! kah kah kah.
  • Abdul Hadi Ismail · Pengulas Tertinggi · Friends with Esah Mops
    ini perangai orang melayu..ISLAM tak ajar umatnya buat macam ini..melayu tolong la berubah..terima kenyataan RAKyAT dah serik dgn pemimpin umat melayu yg tak sedar diri & hipokrit.
  • Azhar Agger · Pengulas Tertinggi · Setapak High School, Kuala Lumpur
    dlm pala hotak UMNO rasis ni 24jam fikir kaum atau agama..kes bako pun dorang leh spin jadikan isu agama & kaum..rasis ni ketinggalan zaman laaa..zaman pop yeh yeh dulu leh laa.
  • Dhina Haran · Pengulas Tertinggi · UTM Kuala Lumpur
    Agama dan Bangsa dijadikan senjata, ini lah taktik British yang masih di gunakan ha ha, tak boleh pikir benda baru ka ha ha.
  • Zai Abi Man · Kuala Lumpur, Malaysia
    bila cakap orang kita bodoh..kita rasa marah..tapi tindakkan kita sndiri yg menunjukkan memang kita bodoh...cuba la cari isu yg profesional sikit,,, baru la rakyat boleg faham bahwa politik kita ini ditahap yg cerdik dan tinggi,, bukan politik kg zaman kuno,,,,,
  • John Labu · Top Commenter · Persanteren Jalan kembali (Kalimah Laillahaillallah)
    politik melayu jangan semakin bankrap.sebab kamu semua muslim yg patut jadi contoh integriti.
  • Nadzir Iberahim · Top Commenter
    saudara zainal abidin dari umno memwakili melayu dan bukannya islam.... kerja mereka ni baling batu sorok tangan... umno mewakili kaum melayu bukan memwakili islam, melayu umno mengamal cara hidup bukan islam dan mengikut ala barat dan yahudi ...melayu bukan lah islam .... kerana puak2 ini suka atau gemar melakukan kerja2 orang yang bersubahat memfitnah , menghina ugama islam, tak mengikut peraturan serta, menipu , rasuah , samseng , dan aktif melakukan kerja fasik dan kufur kepada islam jelas kerja orang2 umno sentiasa bercanggah kehendak islam ..... cara hidup mereka ni bukan islam.. budaya mereka menipu dan megzalimi pihak lain .....islam sentiasa mengajar dan menganjurkan perkara yang baik dan hidup saling berkasih sayang.antara satu sama lain bukan ...saya yakin simbah cat dan bakar peremis DAP adalah kerja2 orang sesat dan tidak bertamadun olih puak2 yang di upahan olih ketua2/pemimpin umno/bn/... seperti ngo perkasa, pukida
PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC
Ogos 19, 11 8:17pm

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'
Onn hari ini.

Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang
dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.

- Bernama


Gaji minimum jadi keutamaan bajet Pakatan
S Pathmawathy
Ogos 19, 11
2:27pm

Gaji minimum adalah antara isu yang akan diberikan keutamaan pada bajet alternatif oleh Pakatan Rakyat yang dijangka dikemukakan sebelum bajet negara 2012 dibentangkan pada Oktober ini.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadPada sidang akhbar selepas mesyuarat ketiga jawatankuasa kerja gabungan itu, ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad berkata mereka sedang membincangkan angka yang sesuai untuk ditetapkan sebagai gaji minumum.

"Kita perlu dengan segera menangani isu gaji minimun; ini mesej penting bahawa gaji minimum mesti berdasarkan produktiviti,” katanya.

Katanya, inisiatif Pakatan tidak sama dengan tindakan kerajaan persekutuan yang cuba menangani jurang perbezaan pendapatan dengan menubuhkan Majlis Rundingan Gaji Minimum bagi mengkaji struktur upah.Menurut Dzulkefly majlis yang diluluskan kerajaan baru-baru ini tidak masuk akal kerana ia adalah langkah terkebelakang yang hanya melewatkan pelaksanaan gaji minimum dalam erti kata yang sebenar.

“Apabila kita bercakap tentang gaji minimum, apa yang kita mahukan adalah termasuk produktiviti,” katanya.

Beliau berkata lambakan pekerja dari luar negara yang kebanyakannya mempunyai kemahiran yang rendah menyebabkan kualiti kerja di Malaysia turut rendah mutunya.

Menurutnya, jika masalah ini tidak ditangani segera, langkah kerajaan untuk mengkaji gaji minimum tidak memberi apa-apa kesan positif kepada pekerja Malaysia.


Tanding tiket PCM, Umno gugur keahlian Datin Juliana
Ogos 19, 11 8:14pm

Umno hari ini menggugurkan keahlian Datin Juliana Awang Tambi yang bertanding atas tiket Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas, berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno berkata penguguran itu dibuat berdasarkan fasal 20.1 perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana ahli Umno yang bertanding di dalam pilihan raya sebagai calon bebas atau parti lawan akan digugurkan keahliannya dan tidak boleh diterima sebagai ahli selama-lamanya.

"Jadi berdasarkan peruntukan ini maka keahliannya digugur serta-merta," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara hari ini.

Juliana yang merupakan ahli Umno bahagian Selayang kalah dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bekenu dalam pilihan raya negeri Sarawak dengan hanya memperoleh 284 undi.

Sementara itu, Najib memaklumkan sehingga kini, terdapat seramai 3,270,444 ahli Umno seluruh negara dengan negeri Sabah, Johor dan Selangor mendahului jumlah tertinggi ahli di antara negeri-negeri yang lain.

"Sabah 483,013, Johor, 450,004, Selangor 428,525, itu top three," katanya.

Selain itu, beliau juga turut mengumumkan penganjuran forum antarabangsa yang akan diadakan sekali lagi semasa Perhimpunan Agung Umno tahun ini dengan penyertaan lebih banyak peserta dari parti-parti luar negara.

"Majlis Tertinggi mengambil keputusan bahawa peserta yang dijemput dari parti-parti luar hendaklah dipelbagaikan untuk meliputi parti-parti yang berkuasa ataupun parti-parti yang mempunyai kedudukan di negara-negara tertentu.

"Jadi kita akan menjemput antaranya parti-parti politik di United Kingdom, Australia, Maldives, Madagascar, Amerika, Kesatuan Eropah dan juga ahli-ahli jawatankuasa bertindak ICAPP (Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia)dan ahli-ahli jawatankuasa COPAL iaitu Political Party of America and Caribbean,"katanya.

Beliau berkata penyertaan yang lebih menyeluruh pada kali ini diharapkan agar lebih memberi pemahaman kepada mereka mengenai hala tuju dan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Umno.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan