Rabu, 27 Julai 2011

SAPE YANG BERNIAT JAHAT DAN SAPE GASAK DUIT RAKYAT....SAPE YANG BETUL...ALLAH CONFIRM TAHU....

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap
Jul 27, 11 4:42pm

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONEMohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

NONENajib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.

NONE“Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau,” tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.




Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini
Jul 27, 11 8:43pm

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya.

NONEAmbiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.


  • Mohd Ridwan · Top Commenter
    peguam mamak umno pon ada! wakakak..broadcast live tv la klau brani!
    • Izul Ishak · Top Commenter · Sungai Petani
      Peguam mamak mabok tu pun ada.....cantik....elok la tu bersama2 geng putaq alam...
    • Zanirun Baba · Top Commenter
      DATUK MUHAMMAD SHAFEE ABDULAH!!!!!!!!!!..ROSAKLA​ H FORUM KALI INI..SEMUA TAHU PENGAMPU KUAT UMNO..PEGUAM YG TAK ADA PRINSIP..DPT SIKIT HABUAN DARI UMNO TERUS GADAI MARUAH DIRI.....KITA MINTAK DATUK AMBIGA AJAR DIA SIKIT PASAL UNDANG2...
    • Diana Ulfah SyedRashad · Top Commenter
      rakyat semua dah menilai..tak perasan ker rating PR melambung naik dah melampaui bulan..harap harap PRU selepas bulan posa..sure PR menang semua negeri dan dpt jadi PM mana mana ler pemimpin PR..hehehe...tak ler penghasut,pencaci,pendingk​i,penabur benih permusuhan terus menimbah amal kering..
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    Tahniah kepada Datuk Ambiga, debat yang Lepas, jelas Sekali beliau bertimbang rasa terhadap Datuk Wan, hanya hadirin yang menyoal dan menyorak, Datuk Ambiga hanya hendak berkerja sama.
    Jelas Sekali Datuk Wan, Pertahankan SPR, Dan berkali kali berkata yang hadirin tidak Mewakili Pihak lain diluar, tanya itu, Bersih tidak mewakili semua, tanya ini hadirin tidak mewakili orang lain yang banyak diluar sana.
    kalau Begitu SPR kena panggil semua Rakyat untuk Berbincang.
    datuk Ambiga dan Bersih harus bawa Semua sekali ke Debat yang akan datang. Kalau bawa Semua, tanya pula kenapa ramai (dan label haram ) / kalau bawa 3-4 orang tanya pula kenapa sikit lepas tu kata tidak mewakili semua rakyat malaysia.
    dari dulu sampai sekarang sama saja.. Harap Rakyat Bersemagat menghadapinya..
  • Kami sayang pada saudara kami
    kire ok la nie dorng turun gak berhujah nyatakan pendapat masing2...yg najib tu..smpai skang xsahut2 cabaran nk berdebat nga anwar.....ap cer?
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Kita mahu penyelesaian, bukan berhujah semata-mata. Kita mahu SPR tunjukkan kesungguan membuat perubahan kepada sistem pilihanraya negara selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Maju menjelang tahun 2020. Tuntutan BERSIH itu adalah tuntutan RAKYAT dan wajib SPR memenuhi tuntutan itu.
    • Ahmad Nazri Mohd Yusoh
      tujuan wacana diadakan adalah utk mencari satu perkara yang disepakati oleh semua.... kata org situasi menang-menang. sbg cth bersih nak 3 spr boleh 1, titik tengah yg disepakati adalah 2. lebih kurang mcm 2 la....
  • Un War · Top Commenter · National Univercity of Malaysia
    Ambo sokong ambiga kerana perjuangannya untuk pilihan raya adil dan bersih...matikan tipu helah wan ahmad dengan hujah-hujah bernas anda...:)

Menzalimi tiga kucing, penjaja didenda RM400
Jul 27, 11 6:59pm

Jangan ingat menzalimi haiwan di tempat awam anda akan terlepas dari hukuman. Tindakan anda mungkin dirakam CCTV.

Seorang penjaja wanita hari ini didenda RM400 atau penjara tujuh hari, oleh Makamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing, di pasar Seri Kembangan, Februari lalu.

Tindakan beliau rupanya dirakam oleh CCTV (kamera litar tertutup) di pasar itu yang kemudian dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Banyak pihak terkejut melihat di facebook kezaliman dilakukan ke atas haiwan berkenaan hingga mendorong seorang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertindak mendakwa penjaja berkenaan.

Penjaja menghadapi dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada tarikh tersebut.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu terhadap Chow Xiao Wei, 21, selepas dia mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti dua ekor kucing depan sebuah gerai di pasar berkenaan antara jam 4.25 petang hingga 5 petang, pada 19 Feb.

Di bawah pertuduhan kedua, Chow didakwa tanpa sebab yang munasabah telah melakukan perbuatan tidak wajar yang menyebabkan kesakitan serta penderitaan terhadap seekor lagi kucing pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jamadi Badri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama


Wanita Islam dilarang jadi GRO di Kuantan
Jul 27, 11 4:28pm

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar itu pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di Kuantan hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

prostitution, desa mentari, police raidBeliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

- Bernama

Surendran disoalsiasat dakwaan 'cubaan membunuh'
Nigel Aw
Jul 27, 11
9:06pm
Naib Presiden PKR, Surendran bengang apabila polis memutuskan untuk menyoalsiasatnya ketika beliau menemani Fayyahd Afiq Albakqry - pengawal peribadi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - untuk memberi kenyataan di balai polis Travers pada jam 3 petang tadi.

NONESurendran disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam di luar ibu pejabat polis Dang Wangi pada 20 Julai.

"Saya telah dimaklumkan bahawa pihak polis membuat laporan terhadap saya berhubung dengan satu artikel (komen yang saya buat) dalam The Malaysian Insider yang menyatakan bahawa apa yang berlaku di jalan bawah KL Sentral (pada 9 Julai) adalah percubaan membunuh," katanya.

Walaupun disoalsiasat, naib presiden PKR itu tetap bertegas
bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

NONESebelum itu, polis merakamkan kenyataan Fayyahd selama hampir dua jam.

Beliau telah membuat laporan pada 20 Julai di balai polis Dang Wangi berhubung kecederaan yang dialaminya sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0.



Nik Aziz nafi sokong biometrik SPR
Jul 27, 11 5:48pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

NONE"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Baharu hari ini.

Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di Kota Baharu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata PAS pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi.

--Bernama





PM: Kibar bendera tanda sanggup pertahan negara
Salhan K Ahmad
Jul 27, 11
4:47pm

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat Malaysia perlu mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan bahawa mereka sanggup mempertahankan negara daripada "orang yang berniat jahat."

Tanpa menyatakan individu yang dimaksudkan "berniat jahat" itu, Najib juga berkata ancaman yang perlu dihadapi pada masa kini bukan lagi penjajahan dalam bentuk ketenteraan.

NONESebaliknya, warga Malaysia kini lebih terdedah dengan ancaman "penjajahan minda dan jati diri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum melancarkan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 di Kuala Lumpur petang ini.

Turut hadir dalam majlis yang diadakan di KL Sentral itu ialah timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota jemaah menteri dan juga ketua setiausaha negara Tan Sri Sidek Hassan.

Dalam pada itu, Najib turut menyebut rasional mengenai empat prinsip yang diketengahkan dalam sambutan kemerdekaan tahun ini – perpaduan nasional, perjuangan untuk kepentingan negara, tumpuan kepada nilai keharmonian dan juga "keluhuran akal budi."

Turut diedarkan dalam majlis berkenaan ialah risalah berhubung demonstrasi – dipercayai berkaitan dengan kumpulan yang berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Risalah bertajuk "tolak kumpulan pengacau" itu juga menyebut, rakyat perlu menolak demonstrasi jalanan kerana ia merupakan "budaya asing yang tidak memperdulikan hak rakyat untuk hidup dengan tenang dan selesa."

Risalah yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan itu juga menyebut, rakyat perlu berwaspada dengan "elemen subversif" yang "akan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintah."

Bagaimanapun, risalah kecil setebal enam halaman itu turut menggariskan Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung "kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh



Biometrik: Kenyataan Muhyiddin tidak berasas
Huzir Sulaiman

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Malaysiakini hari ini bahawa PAS terlalu ORTODOK kerana menolak Biometrik adalah suatu kenyataan yang cukup cetek, sempit dan tiada asasnya seolah-olah PAS menolak segala bentuk kemajuan yang berasaskan Teknologi Maklumat.

Kenyataan Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDEC), Tan Sri Abdul Halim Ali baru-baru ini bahawa portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS menduduki tangga ke-6 daripada 1,145 laman web yang dinilai diperingkat kebangsaan jelas membuktikan bahawa PAS menjuarai penggunaan Teknologi Maklumat di dalam segala bentuk urusan khususnya yang berkaitan dengan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Keputusan PAS menolak Biometrik adalah daripada kajian yang teliti. PAS tidak menolak kemajuan. PAS tidak pernah menolak Teknologi Maklumat lebih-lebih lagi jika ia menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat khususnya kepada sektor ekonomi. PAS menolak Biometrik kerana jelas, masalah pengundi hantu dan pengundi berganda tidak akan dapat diselesaikan melalui Biometrik serta dilihat sebagai satu lagi helah’ projek baru’ yang cuba ‘dihalalkan’ oleh sebuah pemerintah yang diketahui rakyat menjuarai ketirisan di dalam menguruskan kewangan Negara.

Cukuplah dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene yang meragukan, kerugian Sime Darby sebanyak RM1.5 Billion, penyelewengan PKFZ dan sebagainya, rakyat sudah cukup muak dengan parti pemerintah yang sentiasa cuba menangguk di air yang keruh.

Satu lagi projek Barisan Nasional (BN) yang akan memenuhkan perut kroni-kroni mereka tanpa ada sekelumit pun hasilnya kepada rakyat.

Malah, cadangan itu dilihat cuba membunuh 2 ekor burung dengan seketul batu, satu permainan kotor SPR untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dengan berselindung disebalik ketelusan dan integriti.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa Sistem Biometrik yang dicadangkan SPR adalah untuk memperbaiki pendaftaran dan pengesahan pengundi serta mengatasi masalah pengundi hantu dan pengundi berganda jelas membuktikan bahawa kenyataan PAS sebelum ini bahawa masalah pengundi hantu dan pegundi berganda sememangnya wujud. Malah kenyataan itu juga membuktikan bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak tahu dimanakah punca masalah pengundi berganda dan pengundi hantu itu serta solusi yang tepat dan relevan untuk diketengahkan. Hakikat satu kenyataan yang tidak bebas dan berbaur politik.

Biometrik hanyalah kaedah pengesahan kali ke-2 selepas MYKAD. Dengan menggunakan kaedah cap jari yang unik, MYKAD juga mempunyai No.Kad Pengenalan yang unik di mana tidak mungkin lebih daripada seorang akan mempunyai Cap Jari dan No.Kad Pengenalan yang sama. Selepas pengesahan MYKAD, pengesahan kali ke-2 akan digunakan dengan menggunakan Cap Jari untuk memadankan Cap Jari itu dengan No.Kad Pengenalan di mana kedua-duanya perlulah dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR atau oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA masing-masing.

Malah Cap Jari itu juga boleh dimasukkan oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA mereka dan kemudiannya disalinkan ke PENGKALAN DATA SPR. Begitu juga sebaliknya.

Kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai oleh SPR milik kaedah yang sedia ada seperti di JPN dan di KWSP di mana No.Kad Pengenalan telah dipadankan dengan Cap Jari pemegang MYKAD dan pencarum KWSP di dalam PENGKALAN DATA mereka.

Rakyat harus tahu, sebelum mana-mana pengesahan dilakukan, No.Kad Pengenalan dan Cap Jari haruslah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam PENGKALAN DATA.

Terbukti, paparan daftar pengundi SPR yang berganda, dengan No.Kad Pengenalan yang sama di beberapa tempat mengundi yang berbeza serta memiliki lebih dari satu No.Kad Pengenalan Baru walaupun merujuk kepada No.Kad Pengenalan Lama yang sama jelas membuktikan bahawa maklumat berganda yang dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR dan JPN ke dalam PENGKALAN DATA adalah puncanya. Mungkin secara tidak sengaja dan mungkin juga dengan sengaja. Yang mana satukah harus rakyat percaya dengan tahap krisis keyakinan yang sedia ada?

Krisis keyakinan itulah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh parti yang memerintah dan bukannya SISTEM BIOMETRIK. Cadangan SPR dan Kerajaan Barisan Nasional(BN) terlalu jauh dihadapan sehingga lupa kepada perkara pokok yang harus ditangani terlebih dahulu. Adakah kegopohan itu kerana mereka tertekan? Adakah kerana KUASA dilihat sebagai HARTA persendirian, sehingga matlamat menghalalkan cara? Tan Sri Muhyiddin sudah lupa dengan KRISIS KEYAKINAN itu sehingga beliau sendiri berfikiran ORTODOK.

SISTEM BIOMETRIK hanyalah aplikasi capaian yang digunakan sebagai pengesahan peringkat Ke-2 selepas pengesahan MYKAD. Manipulasi kepada PENGKALAN DATA khususnya kepada No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang dimasukkan terdedah luas untuk dikhianati lebih-lebih lagi oleh mereka-mereka yang dilihat tidak bebas dan tidak bersih di dalam mengendalikannya.

Selagi perkara pokok tidak diatasi, selagi itu penggunaan dakwat kekal serta 7 cadangan BERSIH 2.0 RELEVAN buat masa ini.

(Penulis mempunyai kelulusan dan berpengalaman luas di dalam pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya pembangunan aplikasi di dalam pelbagai sektor industri khususnya perkilangan, perladangan, minyak dan gas.)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan