Kenyataan Al-Mursyidul Am PAS Ekoran Penangkapan Datuk Seri Tuan Guru Presiden Dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi PAS Dan PR
Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih pada hari ini.
Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang. Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO.
Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden UMNO. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun? Bukankah Presiden UMNO baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?
Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada UMNO. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.
UMNO barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa. Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman UMNO yang dilakukan pada hari ini.
Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan), 9 Julai 2011.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penganjuran perhimpunan haram itu dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.
Katanya pemimpin pembangkang pula suka sekiranya ada peserta perhimpunan itu yang cedera atau lebih daripada itu agar mudah mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga membuat tuduhan kepada kerajaan.
Justeru, mereka yang menyertai perhimpunan haram itu diminta berundur dan kewarasan pemikiran tinggi perlu dalam keadaan genting seperti itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan perjumpaan dengan pengarah-pengarah negeri di bawah kementerian itu di sini, hari ini.
Beliau berkata perhimpunan haram di Kuala Lumpur itu perlu dijadikan batu sempadan untuk orang Melayu berfikir tentang masa depan dan tidak mengikut telunjuk pemimpin yang ingin melonjak naik dengan mempergunakan orang lain.
"Saya pelik kenapa orang Melayu khasnya tak rasa kita telah berpecah dalam soal sebegini.
"Ke mana letaknya sayang dan keakuran kita, yang laungkan Islam gunakan sebagai tali Allah dan jangan kita berpecah-belah, tapi kita tidak nampak itu berlaku," katanya.
Menurut beliau, rakyat sepatutnya sedar ada pemimpin pembangkang kini bertepuk tangan melihat perpecahan berlaku terutamanya di kalangan orang Melayu.
"Orang PAS dan orang Umno bukankah satu agama dan bangsa, ke mana pemikiran diletakkan? Saya nak seru ini sebagai seorang yang dah lama lihat perpecahan dan perjuangan yang serong... balik ke meja perundingan.
"Jangan ikut sangat Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu pergolakan berlaku ataupun Ambiga (pengerusi penganjur perhimpunan haram itu Datuk S. Ambiga) yang tak ada kepentingan perjuangan, senang jadi Si Kitol seperti dalam sejarah Melayu," katanya.
Rais turut membidas kumpulan berkenaan kerana memilih perhimpunan haram di jalanan sedangkan masih ada saluran lain boleh digunakan untuk menyuarakan pandangan dan hasrat mereka seperti Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
-bernama
MEMALUKAN : Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kecam kerajaan Malaysia yang zalim terhadap BERSIH 2.0
Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman. (Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL) (Khalid Samad terpaksa menerima enam jahitan selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya) |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat amat kecewa dengan kenyataan provokasi Utusan Malaysia yang amat jelas bertentangan dengan etika kewartawanan apatah lagi bertentangan dengan prinsip Islam yang senantiasa menggalakkan persaudaraan dan bukannya permusuhan. Setiausahanya, Dr Khairuddin Razali yang memetik firman Allah yang bermaksud: Syaitan itu hanya mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian, melahirkan rasa dukacita apabila akhbar Utusan yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Umno BN sanggup membuat provokasi yang tidak bertanggungjawab dan mengapi-apikan permusuhan dengan meletakkan tajuk utama hari ini dengan tajuk ‘KL darurat hari ini? Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis’. “Di mana etika kewartawanan anda?” “Ungkapan ini merupakan satu provokasi dan tuduhan yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, beliau mengingatkan mereka bahawa apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT. Katanya, wartawam jangan menjadi sebahagian lidah fitnah di akhir zaman kerana mereka sepatutnya menjadi lidah agama dan keadilan rakyat dan bukannya lidah individu tertentu. Akhbar, ujar beliau sepatutnya menjadi jurubicara perpaduan ummah dengan berita yang adil dan menyumbang kepada perpaduan bukannya menyumbang kepada perpecahan dan permusuhan. Menurutnya, malang sekali akhbar hari ini terus mengasak rakyat dengan provokasi yang langsung tidak dapat diterima akal. “Suka kami menegaskan, PAS tidak pernah memusuhi polis apatah lagi mana-mana institusi kerajaan,” katanya. Jelasnya, penglibatan ahli PAS dalam himpunan aman Bersih yang diadakan sebelum ini menggambarkan betapa tingginya akhlak yang ditunjukkan mereka ketika menyertai perhimpunan aman. Beliau menambah, segala jentera kerajaan termasuk media akan dikerah sehabis mungkin untuk menyelamatkan talian hayat mereka yang sudah hampir luput tarikhnya. Himpunan aman Bersih 2.0 yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang ini tidak meninggalkan kesan terhadap ketenteraman awam sekalipun dilakukan provokasi yang keterlaluan daripada kerajaan Umno BN. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan