Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.
Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square
mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.
Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu 'Negara Ku'.
Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.
"Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!" tulis satu tweet.
Semasa di Perth, Australia, 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul
di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.
Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut.
Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.
Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu
serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
"Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan," laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri).
Memakai baju-T kuning, mereka - kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu - membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.
- RanGo BeZick · Pengulas Tertinggitgkla rakyat malaysia..betapa bodohnya pemimpin kamu..yg tak mengerti demokrasi..negara2 lain..rakyat negara lainpom dibenarkn berdemo dinegara dia..nikan rakyat sndri nk berdemo dinegara sndri..dibuat mcm pndatang asing...bangkitla..jatuhka
n kezaliman...ayuh kita...inila saatnya.. - Xz Roy · Selangor, Selangor, Malaysiasetakat nak demonstrasi macam diaorang xda hal, ni siap dengan bom botol dengan parang nk buat ape??!!yg nie ke cara nak buat demonstrasi??
- James LabuSetiap kejataan perlukan pengorbanan....Satu tumbang Seribu yang Datang....
- Aleem AbdulTERBAEKKK
Daripada jumlah itu 49 adalah wanita.
PAS pula mendakwa tidak kurang 300 pemimpin dan ahlinya juga ditangkap.
Mereka termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden parti itu - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Menurut Harakahdaily, pasukan peguam PAS setakat ini telah merekodkan 133 nama dari lebih 300 yang ditangkap oleh polis sehingga jam 4 petang ini.
Abdul Hadi bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar ditangkap di KL Sentral. Kedua-duanya mereka dibawa ke balai polis Jinjang.
Sebelum itu, Salahudin dan Mahfuz juga ditangkap di KL Sentral dan dibawa ke balai yang sama.
Selain mereka turut ditangkap adalah Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Srenavasan dan naib presiden PKR Tian Chua.
Pakatan Rakyat juga membidas tindakan ganas polis hari ini sehingga mencederakan pemimpinnya dan juga rakyat yang cuba berhimpun secara aman.
Semasa perhimpunan itu, beberapa pemimpin juga dilaporan cedera.
Mereka termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Selain mereka, turut menjadi mangsa adalah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad apabila kanister gas pemedih mata ditembak di belakang kepalanya.
Menurut naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar polis berulang-kali melepaskan tembakan terus ke arah orang ramai hingga menyebabkan ramai yang cedera.
"Seorang pengawal peribadi Anwar luka di bahagian pipinya sepanjang empat inci mankala ketua pembangkang, iaitu ayah saya juga cedera. Adik saya juga ditahan dan dibawa ke trak FRU.
"Polis bukannya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke udara tetapi menghalanya terus ke arah ahli parlimen sehingga mencederakan mereka. Sasaran mereka adalah kepala Anwar,” katanya.
Mengikut pengumuman BERSIH 2.0, perhimpunan sepatutnya berlangsung di Stadium Merdeka mulai jam 2 hingga 4 petang namun polis tidak memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.
Malah, sekatan dibuat di seluruh Kuala Lumpur untuk menghalang peserta perhimpunan termasuk dari negeri lain daripada memasuki Kuala Lumpur.
Namun di sebalik segala sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas rakyat itu, puluhan ribu orang yang memberanikan diri dan turun ke jalanan di sekitar ibu negara. BERSIH 2.0 meletakkan jumlah yang keluar hari ini pada 50,000 orang.
Walaupun dikejar dan disembur meriam air serta tembakan gas pemedih mata, peserta berjayabergabung di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank. Namun tidak kurang 10,000 daripada mereka disuraikan dengan tindakan keras pihak berkuasa.
Beberapa stesen LRT dan monorail juga ditutup bagi menghalang ribuan lagi yang cuba menyertai perhimpunan itu.
Selain itu, Masjid Jamed Kampung Baru dan Masjid Negara yang sering-kali dijadikan lokasi berhimpun juga disekat polis.
Di Kampung Baru, pintu pagar masjid itu ditutup, manakala di Masjid Negara, orang ramai diarahkan mengosongkan majid itu termasuk mereka yang ingin menunaikan solat.
Tangkapan juga dibuat di Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka.
Sehingga kini dua tempat dijadikan pusat tahanan sementara oleh polis menurut mereka iaitu Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang. Dianggarkan jumlah yang ditangkap akan mencecah lebih seribu orang.
Berikut disenaraikan nama mereka yang ditangkap yang dikumpul oleh peguam-peguam PAS:
Lokman bin Ramli
Mmahazir hashim
Mohd Zamri bin Mat Desa
Azizan bin Husin
Hj Salleh b Hj Ahmad
Mohd Isa b. Ahmad
Hj Yadi
Mohd Yusof Md Zain
Mohd Amizan bin Md Zain
Abd Wahab
Syed Abu Bakar Sakran bin Syed Abdullah
Hj Adnan Mat Isa
Roseli Man
Md Niakmat bin Dahlan
Zulhisyam
Md Arifin Abd Manaf
Shukri Naim
Nurul Ain bt Mohd Aqid
Siti Mastura bt Mohd
Sha Zaharah Syed Imam
Nur Ayuni bt Roslam
Hj Md Isa (Larut)
Hj Borhan
Raja Azlan Ismail Husin
Shahir
Salleh Ismail Talib
Muhamad Izwan Affandi bin Isahak
Nadzirah bt Ridzuan
Husna Rosli
Abd Latif Mohd
Mat Zai
Dato Dr Mahfoz Mohd
Nushi Mahfoz
Ust Ramlan Mahmud S/U Kemaman
Azman bin Sirun
Mohd Haris Azman
Mohd Hafiz Azman
Nor Azmi bin Abd Wahid
Nazni bt Ahmad Nazri
Nur bt Daud
Barzani bin Rosman
Ahmad Ali Nazmi bin Ab Rahman
Fahizar bin Abdullah
Abu Bakar Putih
Mohd Musaidyad Ibrahim
Mohd Alhadi Mohd Rashid
Mohd Al Amin
Zalman Mamat
M.Fauzi M.Sharif
Syarhan Hamaizi Abd Halim
Mamat Jusoh
Wan Suhairi
Khairul Aswan
Mohd Syamil
Dhiyaul Hanis bt Susterisno
Nor Fazreen Farid Azmeen
Nur Fidaiy Abd Samad
Zainab bt Bachok
Nor Alia Ahmad
Che Omar Bkt Gantang
Mohd Zabani bin Jaafar
Ahmad Fuad Hamzah
Zamri Hanif
Razman Zakaria
Hj Md Nor
YB Salahudin Ayub
Khairul Anuar Abas
Mohd Shahrul Helmi
Mohd Azwan Wahab
Wan Zawawi
Mohd Saud Said
Ahmad Khamis
Zaidi Nordin
Mohd Izadin Shah Isahak
Salim Saari
Shahnizan Arafi
Ahmad Sufian Abdullah
Zahman bin Mamat
Aisyah Abd Wahid
Zulkarnain Muhd
Ismail/Shahidan
Shahida Azman
Mohd Fauzi Mohd Sharif
Mohd Yusof Zakaria
Mohd Ikram Hakimi
Rosnah Zaharah
Ahmad Shairozi Atiqullah
Zulhasnan Ismail
Ishak Ismail
Norashikin
Siti Nor Atiqah Rowi
Fatin Najihah Abd Ghani
Mohd Yusof Ab Rahman
Salleh bin Ri
Fadhullah Aminuddin
Mohd Iazaq Farommi bin Hamad
Md Rosdi bin Ahmad Abu
Ishak
Hamid Salim
Ahmad Safwan bin Dihan
Abd Manan
Supian b Hassim
Mohd Najhan
Mohd Azlan
Syed Mohd Fitri
Mohd Asri Che Nawi
Hj Wan Ali Jusoh
Mariah Zakaria
Syamil Awang
Abd Manaf
Haq UIA
Mohd Yatim Ab Majid
Istina Ahmad Jafri
Che Razali Che Adam
Tajul Arifin bin Baharudin
Mohd Wafi Mohd Ramlan
Mohd Zaid Mohd Azlan
Nor Shafiqah Ismail
Ismail Tahir
Zakuan Husin
Mahyudin bin Sulaiman
Mujahid Amin bin Roslan
Umar Saifullah Abd Samad
Rozaina Hamzih
Norhana Muhidin
Mohd Samudin Mohd Sawian
Mohd Amir Amran
Nursyafiqah Amirah
Nursyarafana Amirah
Nor Sazillla Muhd Hatta
Azizah bt Samin
Abd Majid Mahamud
- Mazlan Biz · Pengulas TertinggiAik sampai Masjid pun kena kosong? iisss Rumah Allah punya besar tapi sesiapa pun tk leh sembahyang! Ya Allah Kau ampunila dosa2 org yg tlh menghalang umatmu menunaikan kewajipan di rumahmu ya Allah....
- Pecinta Keadilan · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
- Asmael Ramli · Pengulas Tertinggi · Friends with Canoy De Purplepooh
- Ashraf Lokman · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
- Khairul Izlan · Friends with Bumiputera BerjayaTangkap la nak tangkap semahu kamu wahai UMNO BN... kamu akan dikapankan pada PRU13 akan datang.. RAKYAT SUDAH MELUAT DENGAN KERAJAAN SEKARANG NI YANG ZALIM DAN KEJAM!
- Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangorkejayaan himpunan bersih berhimpun secara aman walau menghadapi provokasi polis.big loser ialah najib, umno, polis dan perkasa.big winner ialah semua rakyat minus bn minus perkasa.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) - seorang lagi ahli
jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.
Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".
"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.
BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.
"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.
Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya.
Dalam satu kenyataan sejam selepas perarakan itu berakhir, jawatankuasa pemandu BERSIH berkata gabungan itu bangga dengan “jumlah sebegitu ramai yang tidak diduga” yang mengambil bahagian.
Menurut mereka peserta rali itu telah menunjukkan rasa cinta mereka kepada negara dan prinsip keadilan.
Namun BERSIH 2.0 berkata mereka 'gerun' dengan ratusan orang yang telah ditangkap dalam keadaan yang tidak sepatutnya, khususnya pengerusinya,Datuk Ambiga Sreenevesan dan ahli jaeatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan