Harakahdaily | ||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 31 Julai: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memperbaharui saranan agar kerajaan memansuhkan kesemua undang-undang penahanan pencegahan. Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, ia perlu digantikan dengan satu undang-undang baru yang berfungsi menurut keperluan keselamatan negara di samping mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat. Sehubungan itu, katanya, Suhakam mengalu-alukan pembebasan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 selama 28 hari sejak 2 Julai lalu. Katanya, Suhakam berpuas hati kerana kerajaan telah memberi maklumbalas positif terhadap saranan yang telah dibuat oleh banyak pihak, termasuklah dari Suruhanjaya supaya keenam-enam tahanan tersebut dibebaskan. “Sesungguhnya adalah menjadi harapan kami agar penahanan secara arbitrari tidak berulang di masa hadapan kerana ianya bertentangan dengan masyarakat yang bebas dan berdemokrasi,” ujarnya dalam satu kenyataan. Kesemua enam anggota PSM yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang Jumaat lepas.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 31 Julai 2011
JATUH ATAU BERUNDUR KUASA ALLAH...TIADA BOLEH MENOLAK DAN MELAWAN...INGATLAH KITA MAKHLUK...DUNIA DAN MALAYSIA ALLAH PUNYA...KENA SEDAR2 DIRI...
Mansuh undang-undang penahanan pencegahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan