Ahad, 31 Julai 2011

BILA RAKYAT DAH BIJAK...TIPU MEREKA NAMPAK TIPU...TAK BETUL NAMPAK TAK BETUL...JAHAT NAMPAK JAHAT...KECUALI YANG BODOH DAN DE KEPENTINGAN....

SPRM K'tan nafi tak berani siasat kes babit k'jaan PAS
Jul 31, 11 2:12pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya tidak berani melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kerajaan PAS Kelantan.

Pengarahnya Nasaruddin Mohd Nor berkata sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan dakwaan kes penyelewengan dalam projek Bazar Tok Guru.

Katanya siasatan kes Abdul Ariffahmi yang merupakan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan.

"Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi. Kita dapati tiada unsur rasuah," katanya.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengarah SPRM Kelantan yang baru disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, di Kota Bharu hari ini.

Di majlis itu, Nor Rasmi Shaari yang sebelum ini timbalan pengarah SPRM Perak menggantikan Nasaruddin yang bertukar ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian kecemerlangan dan profesionalisme.

- Bernama

Catatan wartawan tentang perhimpunan BERSIH
Jul 31, 11 1:59pm

Perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas adalah satu gambaran percubaan untuk mencabar institusi negara terutama polis untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Perhimpunan haram itu, anjuran badan tidak berdaftar dikenali Bersih 2.0 kononnya bagi memperjuangkan sistem pilihan raya yang adil, diadakan tanpa menghiraukan nasihat serta amaran pihak berkuasa dan bantahan umum.

Sekumpulan wartawan Bernama ditugaskan di beberapa lokasi di sekitar ibunegara untuk melaporkan mengenai peristiwa itu.

Berikut catatan lima daripada mereka:

MOHD NOOR FIRDAUS MOHD AZIL

Lokasi: Stadium Merdeka dan Menara Maybank

Saya diarah membuat liputan di Stadium Merdeka bersama-sama tiga wartawan lain. Dalam perjalanan menuju ke sana dengan menaiki kenderaan Bernama, kami perhatikan jalan-jalan dikawal oleh polis trafik, termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Setiba di Jalan Stadium pada 8.30 pagi, kami melihat
kawat-kawat berduri didirikan dengan beberapa anggota polis berkawal. Wartawan perlu mendaftarkan diri sebelum dibenarkan masuk.

Setelah dua jam berlalu dan masih tidak ada apa-apa berlaku, saya dan seorang wartawan dari akhbar Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk melihat kawasan sekitar.

Menyusuri Bulatan Merdeka, kami melihat sekumpulan penyokong BERSIH berjalan dengan langkah yang laju mengikuti lorong belakang bangunan menuju ke Jalan Petaling.

Kami mengekori mereka dan melihat kumpulan yang lebih besar.

Kemudian terdengar seorang berteriak "Kita tukar plan! Arahan atas suruh kita berkumpul di menara Maybank, kemudian kita bersurai."

Apabila 'crowd' tersebut memasuki Jalan Pudu, berdepan dengan kompleks membeli belah Kota Raya, keadaan menjadi huru-hara dan udara mula berbau seakan-akan sengit dan menusuk hidung (dipercayai akibat gas pemedih mata).

Dari situ, kami lihat, sekitar Menara Maybank kecoh apabila sekumpulan besar perusuh dikejar oleh sepasukan polis di bahagian tebing Menara Maybank.

Ketika itu, pasukan FRU bersiap sedia di simpang Jalan Tun Perak manakala kumpulan perusuh semakin ramai memenuhi jalan diketuai Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin daripada PKR) di depan kompleks perhentian bas Pudu Raya.

Hujan mula turun dan kemudian kumpulan perusuh melaung-laung "Allahu Akbar", "Reformasi", "Tumbang BN" dan "BN Zalim". Tiada laungan berkaitan memperjuangkan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang diuar-uarkan.

Selepas FRU memberi amaran tiga kali untuk bersurai, mereka melepaskan gas pemedih mata ekoran sikap degil dan keras kepala peserta demonstrasi yang enggan meninggalkan tempat itu.

Oleh kerana saya dan wartawan Utusan Malaysia berada di tengah-tengah, antara FRU dan penyokong demonstrasi, kami cuba berlindung di satu kawasan letak kereta tetapi asap tebal kemudian memenuhi tempat itu membuatkan kami berasa lemas.

Ketika itu, mata dan hidung mula terasa kepedihan dan berair, tekak terasa sengit dan ingin memuntahkan sesuatu, dan yang paling azab, kami tidak mampu bernafas dan berdiri dengan stabil.

Saya segera mencapai sebotol air mineral dalam beg saya untuk membasahkan baju dan menggunakan baju saya itu untuk membaluti muka saya. Air mineral itu saya beri kepada seorang anggota polis berpakaian preman kerana kelihatan dia juga mengalami kepayahan untuk bernafas.

Disebabkan saya tidak dapat melihat di mana rakan saya (wartawan Utusan), saya mengambil keputusan untuk berlari keluar dari kawasan itu dan masuk ke satu lorong kecil di mana beberapa orang menghulurkan garam dan air untuk dilumurkan ke muka bagi menghilangkan kesakitan akibat gas pemedih mata.

Apabila keadaan menjadi sedikit reda, hujan berhenti, dan saya keluar kembali untuk melihat situasi terkini.

Ketika itu saya lihat anggota polis mula menangkap beberapa perusuh yang cuba melakukan provokasi.

Kemudian, kelihatan Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP dan Anggota Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R.Sivarasa, serta seorang lagi (kemudiannya saya dapat tahu beliau adalah Suhardi Mohd, orang yang polis kata berpura-pura mati) sedang berbincang dengan anggota polis untuk membenarkan perarakan menuju ke Stadium Merdeka.

Kali ini perarakan itu lebih besar apabila mereka dibenarkan polis, dan ia diketuai oleh Chegu Bard.

Di Stadium Merdeka, kumpulan itu bertemu dan bergabung pula dengan perarakan pimpinan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa.

Rundingan seterusnya diadakan dengan polis tetapi kali ini mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan stadium.

MOHD FAIZAL HASSAN

Lokasi: Hentian Puduraya

Saya dan seorang lagi rakan wartawan berselindung di celah premis perniagaan berdekatan Hentian Puduraya, tiba-tiba mata dan hidung saya sangat pedih dan saya sukar bernafas.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageItulah pengalaman pertama kali saya terkena gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan peserta perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Kira-kira 10 minit selepas membersihkan diri dengan air garam, saya terus berlari ke kawasan tinggi bagi mendapatkan gambaran sebenar kenapa tiba-tiba gas pemedih mata dilepaskan.

Apa yang saya lihat adalah peserta perhimpunan yang rata-ratanya lelaki dewasa enggan bersurai walaupun FRU telah mengeluarkan amaran. Peserta perhimpunan berada kira-kira 50 meter dari anggota polis yang telah bersedia dalam barisan mereka menghadapi sebarang kemungkinan. Apa yang diperhatikan, tiada sebarang tindakan ganas polis terhadap mereka.

Gas pemedih mata dilepaskan ke kawasan yang tiada peserta berada. Asapnya dibawa angin dan terkena peserta. Tembakan air tidak dibuat.

Kejadian yang berlaku pada 1 tengah hari menyebabkan kumpulan perusuh bergerak menghampiri Bukit Bintang, namun berhenti berdekatan Hospital Tung Shin bagi berteduh kerana hujan.

NONESaya mengambil kesempatan untuk membersihkan diri di
kawasan letak kereta hospital dan untuk bersolat.

Di kawasan itu, kelihatan seorang wanita dan dua budak lelaki masih kecil dan mereka seolah-olah sesat dan tidak tahu apa yang berlaku ketika ini.

Saya menyuruh wanita itu keluar dari kawasan itu dan pergi ke arah barisan FRU yang telah siap sedia berhampiran Jalan Bukit Bintang supaya bagi perlindungan.

Tepat jangkaan saya, kerana selang beberapa minit selepas itu, kumpulan perusuh cuba bergerak ke kawasan Jalan Bukit Bintang dari arah hospital namun berjaya dihalang FRU.

FRU bertindak bijak dengan menggunakan SOP mereka seperti mengeluarkan amaran sebelum mula bertindak dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan air kepada peserta di jalan raya.

Kerana hujan, asap gas pemedih mata dibawa angin ke kawasan hospital. Kumpulan perusuh kemudian dilihat meninggalkan kawasan itu dan menggunakan laluan lain ke Jalan Bukit Bintang.

NONEKumpulan itu kemudian tiba berhampiran Hotel Istana sebelum menuju ke KLCC dan di sini, selepas hampir 20 minit
berkumpul, menjerit, melaungkan pelbagai cemuhan terhadap kerajaan, barulah polis tiba.

FRU sekali lagi menggunakan SOP mereka dan kali ini berjaya menahan ramai perusuh manakala yang lain melarikan diri ke dalam KLCC, dan ke Jalan Yap Kwan Seng dan sekitarnya.

Ketika ini saya terlihat sebuah ambulans, dan pada hemat saya, mungkin ada peserta yang cedera sebelum kenderaan itu dilihat keluar ke Jalan Ampang mungkin menuju ke Hospital Kuala Lumpur.

Kemudian saya pulang ke pejabat dan selang beberapa jam selepas itu, dilaporkan seorang peserta mati di kawasan KLCC akibat sesak nafas.

Ketika beberapa tempat di sekitar ibu kota dikatakan mulai kecoh dan polis mula menangkap perusuh, kawasan sekitar Bukit Bintang Walk masih lengang dan wakil media termasuk dari Bernama TV, TV Al-Hijrah, Astro Awani, Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah berhimpun di situ sejak 9 pagi.

Lebih kurang pukul 1 tengah hari, kumpulan Patriot muncul dan mula mengedarkan T-shirt merah sebelum ketibaan pemimpin tertinggi mereka, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kira-kira 30 minit kemudian.

Khairy dalam ucapan ringkasnya berkata tindakan kumpulan itu bukanlah semata-mata mahu menyertai demonstrasi jalanan sebaliknya sebagai satu protes terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara.

"Kita adalah barisan hadapan berkumpul secara aman untuk mempertahankan pemimpin kita dan keamaman negara. Perhimpunan haram hari ini adalah agenda pembangkang yang berselindung di sebalik Bersih yang bukan untuk bersih (pilihan raya) tetapi untuk mengguling kerajaan," kata Khairy.

Kumpulan Patriot seramai 500 anggota dilihat bersemangat menuju ke Stadium Merdeka sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" sementara polis telah bersiap sedia untuk menghalang mereka.

Terdahulu, sebelum Patriot muncul, satu kumpulan juga dianggarkan 500 orang yang dipercayai dari Bersih, berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka yang membuatkan kumpulan media yang berada di sekitar itu kecoh dan terkeliru mengekori mereka sehingga ke Jalan Pudu.

Di hadapan sebuah hotel di Jalan Pudu, pasukan FRU sudah mula berkumpul bersedia dengan perisai dan kenderaan meriam air.

NONEPolis telah memberi amaran kepada peserta Himpunan Patriot supaya mereka bersurai secara aman, namun amaran itu tidak diendahkan malah mereka melaungkan "Hapus Bersih", "Hidup Rakyat", "Hidup Malaysia".

Oleh kerana arahan polis tidak dipatuhi, pasukan keselamatan terpaksa menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

Polis kemudian menahan Khairy, Abdul Azeez bersama penolong setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Exco Pemuda Umno, Lokman Adam.

Keadaan kelihatan terkawal pada 3.30 petang apabila Himpunan Patriot mula bersurai.

Polis juga mengarahkan semua pihak meninggalkan kawasan itu tetapi kerana tugas belum selesai, saya dan rakan-rakan media lain masih berada di situ sehingga 4 petang.

ZULHILMI SUPAAT

Lokasi: Ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur

Beberapa pemimpin penganjur perhimpunan haram dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi tujuan soal-siasat, mengaku mendapat layan baik daripada polis.

ipd kl bersih 090711 crowdPenganjur perhimpunan, Datuk S.Ambiga yang ditahan pada 2.30 petang di KL Sentral dan dibebaskan pada 6.30 petang, mengakui beliau sendiri mendapat layanan baik sepanjang tempoh ditahan.

Beliau kelihatan ceria ketika keluar dari pintu utama IPKKL dan kemudian memberitahu pemberita bahawa dia berpuashati dengan layanan polis terhadap para penyokong yang ditahan di Pulapol kerana diberikan kemudahan makan dan tempat bersolat.

Malah beliau juga terperanjat bila diberitahu penyokong yang ditahan di Pulapol diberikan menu nasi beriani.

"Di IPKKL tiada nasi beriani tetapi saya dilayan baik semasa sesi soal siasat yang mengambil masa 45 minit. Saya tiada komplen mengenai layanan polis," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditahan di IPPKL dibebaskan pada 7.30 malam, dan terus dihantar polis ke rumahnya dekat Sentul.

Hampir 100 penyokong parti itu yang berada di situ tidak berpuashati kerana tidak diberikan peluang bertemu pemimpin mereka menyebabkan ada segelintir yang memaki hamun anggota polis yang berkawal di pintu IPKKL.

Keadaan hanya tenang selepas penolong setiausaha agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang turut berada di situ, membuat beberapa panggilan telefon dan kemudian mengesahkan Abdul Hadi dihantar polis terus ke kediamannya.

ZURIATI ZULMI

Lokasi: Kompleks Sogo, KLCC, Stesen KTMB, Menara Maybank

Saya ditugaskan meninjau di tiga kawasan iaitu Kampung Baru, Maju Junction dan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

NONEIni adalah kali pertama saya membuat liputan perhimpunan
haram seperti ini. Dalam hati, rasa gementar, takut-takut kalau keadaan menjadi tidak terkawal dan saya terfikir juga mengenai situasi di luar negara di mana mereka yang berhimpun adakalanya bertindak luar biasa.

Dari Jalan Tun Razak menuju ke Jalan Ampang, kelihatan anggota polis berkawal di beberapa lokasi menjaga lalu lintas untuk membantu orang ramai supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.

Ketika melalui kawasan sekitar Jalan Bunus pada 10 pagi, ternampak kumpulan kecil peserta perhimpunan di situ seolah-olah menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya.

Di kompleks beli belah Sogo, kawasan sekitarnya tenang dan kira-kira pukul 10.30 pagi, saya diarah meninjau kawasan KLCC kerana dikatakan sudah ada gas pemedih mata dilepaskan di situ. Setiba di sana, saya dapati ia hanyalah khabar angin.

Kira-kira 12 tengah hari, melalui walkie-talkie, saya mendengar rakan setugas menyatakan suasana di Stesen KTMB mulai "panas" apabila berlaku kekecohan.

Tiba di sana, saya lihat polis telah membuat tangkapan dan walaupun ada provokasi melampau dan tindakan agresif daripada perusuh yang melemparkan kata-kata kesat kepada polis, mereka kelihatan tenang menangani situasi sebegitu.

Polis didapati tidak menggunakan kekerasan melampau ke atas tahanan. Cara mereka bertanya nama dan memeriksa kad pengenalan juga masih sopan santun walaupun ada ketegasan sebagai anggota polis. Bagi wanita pula, ada anggota polis wanita yang ditugaskan untuk mengendalikan mereka.

Selepas keadaan terkawal di Stesen KTMB, kawasan sekitar Pasar Seni pula mula dipenuhi manusia. Dari bangunan Dayabumi, saya dapat lihat ribuan peserta sudah mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Di situ, polis memberi amaran supaya mereka bersurai tetapi tidak dihiraukan malah mereka mula menjerit-jerit melaungkan "Allahu Akbar" dan "Reformasi".

Bukan sahaja arahan tidak dipatuhi, perusuh dilihat begitu berani membuat provokasi terhadap polis memaksa polis melepaskan gas pemedih mata.

Kira-kira pukul 1.30 tengah hari dan cuaca menjadi panas terik, saya pula kehabisan air. Apabila melintas di hadapan kedai 7-Eleven, saya dapati pintunya ditutup dengan kotak-kotak diletakkan di pintu supaya tidak dapat ditolak dari luar. Saya cuba meminta supaya dibekalkan air mineral tetapi seorang petugas di kedai itu enggan membukanya.

Saya kemudiannya cuba ke restoran dalam bangunan Dayabumi. Pintu kedai itu juga disendal dengan kayu walaupun terdapat orang yang sedang makan di dalamnya.

Dua kali saya melintas kedai itu tetapi pintu tidak dibuka, akhirnya saya mengetuk pintu meminta mereka membekalkan saya air. Syukur saya dapat juga masuk ke restoran itu, beli air mineral untuk simpanan.

Kira-kira pukul 2 petang, berdasarkan maklumat yang diterima, saya bersama seorang jurugambar, bergerak ke Menara Maybank. Apabila tiba di sana, FRU telahpun melepaskan air dari meriam air dan gas pemedih mata.

Saya agak terkejut melihat situasi di situ kerana kumpulan penyokong BERSIH sangat ramai dan mereka bertindak melampau tanpa mengendahkan arahan polis untuk berundur dan bersurai.

Saya dapat lihat polis mengejar perusuh yang cuba mencabar polis. Beberapa orang yang ditangkap juga dilihat cuba bertindak kasar terhadap anggota polis. Ketika saya cuba menghubungi ibu pejabat untuk memberi maklumat mengenai situasi di situ, tiba-tiba polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan saya dan rakan yang lain bertempiaran lari.

Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat dan saya bersama rakan wartawan berteduh berhampiran sebuah restoran di kompleks Kotaraya.

Apabila hujan berhenti sekitar 3 petang, kumpulan perusuh yang tadi lari bertempiran kembali keluar dari tempat perlindungan dan ada yang menjadi "penghasut" menjerit mengajak semua yang ada menuju ke Stadium Merdeka.

Kumpulan itu berkumpul semula di jalan raya dan bergerak ke arah Stadium Merdeka sambil melaungkan "Allahu Akbar" dan "Reformasi".

Kami wartawan juga mengikuti pergerakan kumpulan itu tetapi apabila berhampiran selekoh di Stesen LRT Pasar Seni, tanpa disedari, polis telah melepaskan gas pemedih mata. Kami sempat melarikan diri sebelum terkena gas pemedih mata.

Kemudian polis melepaskan tiga lagi gas pemedih mata kerana perusuh tidak mahu bersurai. Keadaan menjadi reda pada 4.15 petang.

Saya ingin katakan bahawa dalam ketegasan ada juga sifat kemanusiaan di pihak berkuasa kerana mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan gas pemedih mata.

Beberapa ambulans juga kelihatan berada di kawasan berhampiran untuk memberi bantuan kepada mereka yang menghadapi masalah jika terkena gas pemedih mata.

- Bernama

Pelukis logo 'ADIL' Syed Ahmad meninggal dunia
Jul 31, 11 8:57am

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam semalam.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedMenurut Bernama, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.

Allayarham sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedSyed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Tindakan itu menyaksikan penyokong tegar Umno yang tidak berpuas hati dan menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedBeliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    umno lah parti yang membunuh bakat bakat rakyat di malaysia.
    Sesiapa yang menentang umno , semua annugerah di tarik balik.
    ketika umno kuat , dia bagai harimau yang suka hendam maruah manusia. sesiapa yang lawannya akan dibalik anugeah,
    Bila kuasa umno lesu dan lemah, umno bagai kucing yang cicit perut, berak ahi kuning. ini lah trend umno , tidak menghormati sesiapa itu budiman, seniman,... cuma umno saja lah autaman.
    • Bulan Penuh · Works at Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
      tapi kena matang mamak..jangan la mencarut
    • Muhammad Hidayat · Al-mashoor lelaki
      Antimamak udahler..x perlu kita nak maki hamun bagai..sorry la, im juz new in this..tapi saya juga penykong PR..Kalau dengan cara maki hamun ni, macamana kita nak tarik org join kita??..If mereka mulakan dulu, pedulikan, jangan ikut cara mereka.Jika terus kita mengikuti langkah mereka, lama-kelamaan langkah kita akan terpesong tanpa kita sedar..Ikhlas dlm perbuatan, itu yang kita mahu. Hikmah dalam memberi pendapat, itu yang diperlukan..Kita tunjuk contoh yang baik even they give bad personal attack. OK?, Insya Allah..Sedikit teguran dari Hamba Allah yang banyak melakukan kesilapan(^_^)
    • Muhammad Hidayat · Al-mashoor lelaki
      1 lagi. Jika Nabi Muhammad S.A.W membalas segala keburukan yang dilontarkan terhadapnya dengan keburukan, Mungkin kita tidak dapat merasai nikmat Islam pada hari ini. Sesungguhnya nabi Muhammad itu Insan yang Mulia. Dakwahnya penuh Hikmah. Alhamdulillah(^_^)
  • Pejuang Sambilan · Top Commenter · Accountant at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
    Al-Fatihah, saya difahamkan beliau merupakan pelukis logo PKR. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh NYA.
  • Elly Nina Ahmed · Top Commenter · 26 years old
    Logo saja ADIL tetapi ketua dan pengikutnya tak adil pun.
    Ada ke patut mohong 16 September 2008 'we have the numbers' dan Ketua Polis Negara, Ketua ATM dan Agong sedang menunggu dia untuk angkat sumpah sebagai PM Malaysia? chittttttt.....
    Tak patut... tak patut.....
    • Mohd Shahrul Miza · Works at Sek Keb Kg Pulai Gelang Patah
      pergh..ckap ape hukum fitnah tu..yg ko ckap saudara seislam anjing sammy belly. x fitnah plak..tau plak ckap ssh nk tutup kilang arak tu.mc bn dlu hentam abis2.skang klu PAS dgn PKR brani,TUTUP ITU KILANG ARAK..bn x berangan.bn mmg dh kt putrajaya,yg berangan skang org2 yg suke main ikut blakang..16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,16 sept,
    • Mayat Castello · Universiti KeAdilan Malaysia
      you masih tak sedar bahawa siapa jadi permerintahmesti ujud sekolah,hospital.jalanraya​ dan lain2.masalahnya you berdailog ikut perasan syatain,ingat bila mati nanti kita ni ditanya siapa pemimpin kamu,allah taala itu lebih tahu kebenarannya,you prepare lah jawab NAJIB tu pemimpin kamu B....END parti perjuangan kamu LEPAS 7 LANGKAH LIHAT APA YANG BERLAKU.AKHIRNYA KAMU NI TAK TAHU APA AKAN TERJADI PADA UMAT ISLAM PADA MASA HADAPAN KALAU TAK DITUKAR PEMIMPIN B....END NI LAGI2 KEPENTINGAN ANAK2 SERTA KETURUNAN KAMU.CUBA KAMU TANYA NAJIB,ANWAR IBRAHIM.HADI AWANG ,LIM LIT SIANG,KALAU BOLEH KAMU BUATKAN DEBAT KEPADA MEREKA.TENGOK SIAPA BERANI MENYAHUTNYA,DARI SITU KAMU AKAN DAPAT KEPASTIAN SIAPA MEREKA ,SELAIN DARI ITU YOU DAN KAWAN YOU TAK LAYAK BERCAKAP TENTANG APA YANG KITA PERKATAKAN KERANA HATI KAMU DIPENUHI PERASAAN BENCI@EGOIUS.TAK TAKUT PADA ALLAH WAJAALLAH. JAWABLAH KAMU NANTI
    • Mohd Shahrul Miza · Works at Sek Keb Kg Pulai Gelang Patah
      klu dh gune ape yg bn bg ckaplah terima kasih.ni tak,ko babi,sial,anjing kn ade la.cnth anak mintak duit dgn mak.mak bg anak duit pastu anak ckap,mak babi la..ni la org2 yg sokong main ikut blakang.adoyai..bl dlm kubur kene soal,jwapannye kan nabi muhammad..mane ade jwapan najib..nama nik ajis lg xde..ok2,klu aku bg pas perintah malaysia aku rase malaysia akan jd mcm negeri kg aku KELANTAN..islam nak negara maju..aku x nak ekonomi malaysia mcm KELANTAN..
  • Bahrom Abu Bakar · International Islamic University Malaysia
    alfatihah... terlalu banyak bakti beliau kepada negara dan perjuangan seni ummah seluruhnya (termasuklah diri saya). Semoga Allah merahmati rohnya dan dimasukkan dikalangan mereka yang solihin. Amin
  • Mayat Castello · Universiti KeAdilan Malaysia
    salam.saya pada 1998 ada dibangi berniaga, saya mengingati logo ADIL yang diadakan dalam NGO.saya melekatkan logo ni dibelakang VAN perniagaan, daya dalam usaha bersama menyedar hati rakyat malaysia tentang apa terjadi dimalaysia waktu tersebut, memang rasanya lama kerana kesan berlaku betul selepas 2008.pelbagai tekanan pernah saya merasai dalam proses tersebut, rasa bangganya saya kerana saya antara orang berani pada waktu tu mengunakan logo ADIL tersebut dan kini orang yang melukis logo itu telah meninggalkan kita walaupun saya tidak mengenalinya.diharap kita dapat manafaat dari apa yang dikorban oleh allahyarham ni.anak2 muda malaysia bangkitlah kamu jangan berkhayal dalam mimpi kerajaan B....END.pastikan kerja2 pujuang negara tidak sia2, kita angkat PAKATAN RAKYAT SEBAGAI KERAJAAN BARU PRU13.ISLAM, KEBAJIKAN, EKONOMI NEGARA YANG LEBIH BAIK DAN SAKSAMA.

Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan
Jul 30, 11 11:15pm

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz transexual"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Tak sempat

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaMenurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, ak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam

Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

- Bernama


  • Ahmad Fithri Al-Bassam · Top Commenter
    berita yg aku terima, dia dah bertaubat atas segala yg dia lakukan sebelum malam beliau sakit... selepas kunjungan beberapa org ke rumahnya.. so harap xpayah la nk sangka2 buruk padanya lagi.. semoga rohnya diterima baik oleh Allah..
    • Abdullah Abd Jamil · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Mudah-mudahan taubatnya diterima Allah swt. Allah amat pemurah lagi maha mengasihani semua hamba-hambanya... Yakin lah.. Mintak kepada Allah sahaja.. Jangan meminta -minta pada manusia... Dia minta balas..
    • Classic Noodle Recipe
      Kepada Roh Mohd Ashraf tiada sesiapa pun yang layak untuk menentukan kamu samaada syurga ataupun neraka kecuali Allah..Buat yang masih hidup perkemaskan Tauhid masing-masing kerana nasib kita juga belum pasti... pergantungan kepada manusia melebihi pergantungan kepada Allah adalah(syirik)atau dosa besar yang boleh memandu kita ke neraka...realiti yang tak disedari berleluasa berlaku dalam masyarakat kita.
    • Mohd Firdaus · Top Commenter · UUM
      Mudahhan dosanya terampun,, jadikan ini iktibar bg yang hidup
  • Faridah Roses · Top Commenter · Friends with Zulaikha Zulyyana
    Apa yg berlaku ni membawa seribu pengajaran kepada yg masih hidup...jangan kita cuba-cuba utk mengubah ciptaan ALLAH..siapalah kita utk melakukannya... diri kita pun bukan hak kita,,, mudah-mudahan ALLAH terima taubat hambanya...AMIN!
    • Izz Myle · Top Commenter
      yang masih hidup sila ambil iktibar. hukum Allah adalah jelas n terang. jgnlah kita sudah terang lagi bersuluh. jangan perlekehkan hukum Allah, sesungguhnya balasan Allah amat berat n dahsyat. nauzubillah
  • Serbany Muhamad Alif Irfan · Works at KLKSB
    setiap yg baik itu datangnya dari Allah swt.dan yg buruk itu datangnya dari kita sendiri.semoa allah mencucuri rohnya.allah maha pengampun dan lagi maha penyayang.
  • Noraliza Ija Mohamad · Sm Dato Jaafar, JB
    Al-fatihah..Allah mmberikan yg terbaik pd dia..
    • Arif Topman
      bukan mengeji tapi mengingati, kerana memang ramai pun pondan-pondan yang ada ke m'sia tapi tak ada pencegahan dari pihak berkuasa. tak kan nk wat senyap je, ini pun bala juga.........
    • Didie Arshad · Top Commenter · Sek Men Temenggong Kati
      bro abdulhadi....jgn cakap camtu...nak tanya skit...ko nak tak idup susah? jalan kengkang? telo sebelah (xpe lg orang xnampak)? tangan kudung? semua orang nak sempurna..termasuk arwah pun sama gak..dia ingin menjadi yg sempurna...betapa maha hebat dia melawan perasaan sendiri...ko tau semua tu? dia berperang dengan jiwa dia sendiri...apatah lagi menjadi umpatan orang...dia mesti kesian dengan mak ayah dia yg sering dihina orang...ko ada kisah semua tu? kita yg tak tau ni hanya tau mengutuk aje...hanya Allah aje yg tau kenapa dia dilahirkan sebab musababnya...rahsia Allah kita tak bleh tau..Allah juga yg menjadikan dia begitu nak tengok iman hambaNYa kuat atau tidak...DAN jangan tekejut plak kalau satu ari nanti ada generasi ko yg menjadi camtu...atau lebih lagi..udah2 la tu ngata orang..jgn sama kan pondan lorong dengan arwah..mak ayah dia pun terima dia..sape kita nak nilai hak Allah..dengan rendah diri aku berpesan pada kawan2 dan diri sendiri...jgn lah menghina orang2 yg macam ni...mereka juga makhluk Allah...hanya Allah yg berkuasa ke atas kita...semoga Allah ditempatkan di kalangan orang yg soleh...amin
    • Jamil Bin Ismail · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      abdulhadi nak tanya sikit ko tu cukup sempurna ke, ko kenal ke semua pondan pondan ni. ko tahu ke masaalah mereka , ko dha sah ke masuk syurga. bro . pondan buat maksiat ? tapi yg dok cari pondan siapa ornag macam ko. jadi ko nak salahkan merekja ke. cermin diri dulu bro. jgn main sedap cakap je. aku buat kerja amal menyelamatkan kucing kucing terbiar. selalu pondan datang bb beri sumbangan. berdedekah. ko ade ke. jgn kutuk atau kata ornag kalau diri sendiri pun macam sial .
  • Sheikh Othman Bajrai · Sekolah Kebangsaan Datin Onn Jafaar .
    Salam semua...sy harap kepada kalian utk tdak membuka aib atau mempertikaikn urusan jenazah....ambil iktibar...doakn kebahgiaan dan keampunan die....Allah murka kpd org yg membuka aib seseorg lgi2 org2 dh mati...maruah keluarga...sy mohon pd kalian...terima kasih.

'Idris Jala kekal jika Pakatan ambil alih Putrajaya'
Nigel Aw
Jul 30, 11
10:56pm

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

“Kemahuan politik (political will),” kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam panel diskusi perbincangan Persidangan Pemimpin Pelajar ke-5 di Kuala Lumpur.

ukec forum 300711 speakers public policy tony pua idris jalaKatanya, besar kemungkinan Pakatan akan mengekalkan sesetengah elemen dalam MBE jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya kerana kedua-dua rancangan itu mempunyai persamaan.

Menurut Rafizi, tindakan itu termasuk mengekalkan perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala - yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak untuk melaksanakan pembaharuan ekonominya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada,” katanya.

NONENamun, Rafizi menegaskan apa yang membezakan BN dan Pakatan ialah 'kemahuan politik' membawa perubahaan meskipun kepentingan parti masing-masing mungkin terjejas.

“Sebahagian besar prinsip asas MBE hampir sama (dengan Buku Jingga) tetapi ia bergantung kepada sama ada sesuatu kerajaan itu mempunyai kemahuan politik untuk merungkaikan perjanjian (yang berat sebelah dengan sektor swasta),” kata Rafizi.

Idris, yang juga menjadi ahli panel diskusi itu menyapa komen Rafizi dengan mengukirkan sebuah senyuman.

"Terima kasih, (sekurang-kurangnya) kita ada satu perjanjian di sini,” katanya.

Forum bertajuk 'Menjana Malaysia Ke Hadapan Melalui Program Transformasi' ini juga menyaksikan pertikaman lidah dan suasana hangat membabitkan Idris, Rafizi dan ahli parlimen PJ Utara Tony Pua berhubung apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi melepasi perangkap menjadi negara penduduk berpendapatan sederhana.

tony pua ukec student summitAhli panel keempat diskusi ini adalah ahli jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker.

Pua (kiri) juga melahirkan sentimen yang sama dengan berkata program pembaharuan BN pada dasarnya baik, tetapi kerajaan seringkali gagal memastikan pelaksanaanya.

"Dokumen adalah hampir sama tetapi bezanya adalah kemahuan politik. Tanapa kemahuan politik, semua dokumen tidak berguna. Sebagai contoh, konsep 1Malaysia dalam GTP (Government Transformation Programme), saya pasti 99 peratus mereka di dalam bilik ini menerima konsepnya.

“Tetapi apabila kita mempunyai pemimpin kanan negara seperti timablan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berkata beliau mendahulukan bangsanya sebelum sebagai rakyat Malaysia, maka semua itu menjadi bercanggah. Ahli politik mesti mempercayai polisi yang digubal mereka sendiri jika mereka mahu melaksanakannya,” kata Pua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan