Selasa, 26 Julai 2011

JANGAN MENGAKU..BAIK..BETUL...DLL...KALAU SEBENAR KITA BANYAK BUAT PERKARA2 YANG BERDOSA..TERUTAMA RASUAH..SALAH GUNA KUASA..DLL..ALLAH TAHU DOSA2 ITU

Peguam: Cukup mudah untuk salah-guna EO
Hafiz Yatim
Jul 26, 11
6:10pm

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata 20 hingga 30 peratus tahanan EO adalah mereka yang tidak bersalah tetapi merengkok di penjara kerana tidak mampu mendapatkan khidmat perundangan.

NONEKebanyakan mereka yang ditahan itu, kata Baljit (kanan) dicekup antara tahun 2008 hingga 2010 ketika Tan Sri Musa Hassan adalah Ketua Polis Negara.

"Saya tidak tahu alasan bagi penahanan itu, tetapi ini berdasarkan pengamatan saya sejak beberpa tahun lalu, kata peguam yang juga penulis buku Criminal Litigation Process.

Sebelum ini pelbagai pihak mendakwa EO sering-kali disalah gunakan oleh pihak berkuasa.

Terdapat kes di mana seseorang ditahan mengikut EO hanya kerana saingan perniagaan di mana individu tertentu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak polis.

Ada juga kes di mana seseorang dituduh sebagai seorang bookie bolasepak meskipun tidak mempunyai sejarah seumpama itu ataupun pernah ke luar negara meskipun dakwaan EO mengatakan sedemikian.

Pelajar berusia 21 tahun, Mohd Faiz Sarparim, ditahan mengikut EO kerana didakwa mencuri motosikal meskipun bukti tidak menunjukkan demikian. azlanFaiz kemudiannya dibebaskan tetapi hanya selepas usaha berterusan tanpa mengenal putus asa oleh ibu-bapanya bagi membersihkan nama anak mereka.

Terbaru, enam anggota Parti Sosialis Malaysia, termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jeyakumar, ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu.



Diamlah, kata pengguna internet pada Najib
Hazlan Zakaria
Jul 26, 11
6:08pm
Pengguna internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

NONEMalah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut kelihatan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Pengguna internet yang prokerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdan menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru ditampal hanya kira-kira lima minit lalu.



Wakil SPR kena 'boo' dalam debat dengan Ambiga
Jul 26, 11 3:33pm

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

NONEBeliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

NONE“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.



  • GregФriGeni Nazree · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    lincah btol Mkini, debate xabis lg ni (3.41pm)..well done Mkini...thumb up! =)
  • Kopitea My · Top Commenter · Semenyih
    Tahniah Dato' WAWO....dato dah jelaskan kebenarannya..siapa yang mengawal SPR....kini terbukti SPR bukan lagi Suruhanjaya Piliharaya tetapi telah menjadi SENJATA PEMERINTAH RAKUS....sekali lagi tahniah Dato' WAWO...
  • Mohd Zuhairi Ariffin · Top Commenter · UTM Skudai
    Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersama anda..... SPR ADA TELOR KE?
    • Ramdan Karnawi
      SPR cari makan, lawan tokey kena buang kerja.kena lah jadi pak turut, atau, lebih senang KERBAU CUCUK HIDUNG.
    • Mohd Ridwan · Top Commenter
      utk pencacai mudah paham..

      BERSIH=kami mahu 8 tuntutan
      KERAJAAN=selama ni x bersih ke?
      SPR =kami tgh kaji..tapi kene anta kt AG dulu pastu bwk palimen utk gubal..
      BERSIH=kenapa SPR kene bgi tau AG plak?
      SPR=mesti la,kami ni ikut arahan jer..kami tukang sedia tempat mengundi jek...lain2 kene tanye kerajaan la.
      BERSIH=kalau mcm tu,SPR ni xde kuasa langsung la ye?
      SPR=hurmmm..kamu kene paham,bukan kamu yg buat kerja..kami dh lama tau pasal penipuan ni semua..bukan kami xde kuasa cuma kene ikut prosedur la..x phm ke?
      KERAJAAN=kami tgh test sistem biometrik..so xde lagi penipuan..
      BERSIH=kami nk dakwat kekal!!takat sistem semua org bleh manipulate!!
      SPR=ok cukup..kamu ni x boleh bwk berbincang..sy nk balik!!
      KERAJAAN=hentikan kan debat ni..takde pekdah!!!
      MODERATOR=yela..kami ikut arahan...
      BERSIH=????????so debat arini apa cerita??

      hahaha
    • AdilMan Rakyat · Top Commenter
      Pak urut sedap dengar ckit, urut batang n telur....UMNO.
  • Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Jawapan yg tak relevan langsung. Katanya SPR tyiada kuasa.. Kalau tiada kuasa awat SPR ditubuhkan? Kuasa ada pada siapa? BN & UMNO? Sudah2lah jadi "barua" kerajaan. Dah 50 tahun lebih merdeka. Rakyat dah muak dah dgn sandiwara SPR yg bias terhadap PR dan selalu mengampu UMNO & BN. Kuasa rakyat kuasa keramat. Kita ambil alih putrajaya, kita bebaskan SPR keseluruhannya termasuk Ketua SPR & Timbalannya kita "merdekakan" mereka...
    • Abg Zahar · Top Commenter
      nie lah die kalau dh spr kt bwh jpm...x de kuasa konon....asyik angguk kepala...yess boss kt ketua...
    • Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Jamal Ahmadddddd: Aiyakkk..yg ko ckp tu bg pihak diri ko sorg...majority rakyat dh x sokong be end lg. dh MUAK dgn be end...bg figure la mana dia silent majority ko tu... ckp mcm org mamai masih lg dibuai mimpi. suasana dh berubah la bro...undi rakyat M'sia sudah beralih ke PR...cuma be end je MAIN KOTOR...tgk shjlah mcm mana arahan menteri be end terhadap lynan demo BERSIH tu. Mcm P.Ramlee ckp...LOBANG DH TAK BOLEH NAK TUTUP LG...(Madu 3)
    • Amru Chew · Top Commenter · Azizian
      ahmad hj saad kita bukan soal menang ke kalah ke .kita hendak pru yang bersih.kalau dah bersih kalau kalah pon apa heran.adat pertandingan.
  • Mohd Azizie Aminudin · Strategy college
    xbest la xde live..debat ni penting tuk org ramai tau pe yg di debat kan dan pe kesudahannye..
    • Che Rusli
      Live kat Mobtv pun dah ada arahan orang atasan suruh berhenti....jangan harap nak masuk TV3suku atau Rado dan Tv nak Mampos (RTM)
    • Ajak Kacak · Mpkb/oum
      gunakan dakwat dan biometrik sekali, Apa susahnya, masing2 nak telus.
    • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      kalau live basah stage tu dgn peluh

Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas
Abdul Rahim Sabri
Jul 26, 11
5:25pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.

NONEWalaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD).

"(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar).

"Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini.

Diminta sekali lagi mengulas isu kebimbangan yang ditimbulkan dalam taklimat MKN di Putrajaya semalam, Jamil Khir tetap menjawab:

"Tak apalah, cukuplah yang itu dulu, sebab sat (sekejap) lagi, memang tak masuk".

Walaupun terus diasak pemberita hingga kali ketiga, Jamil Khir dengan nada berseloroh tetap menolaknya dan berkata akan menjawab perkara itu apabila "esok, sampai masanya"

azlanSemalam Malaysiakini melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 Ulama Muda Umno adalah antara yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan Terorisme.

Taklimat yang diserta para mufti dan wakil majlis agama Islam negeri, turut mendakwa kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik tokoh-tokoh ini.


Tahanan EO naik 400 peratus
Nigel Aw
Jul 26, 11
5:04pm

Laporan Hak Asasi Manusia 2010 yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mendedahkan bahawa tahanan mengikut Ordinan Darurat (EO) meningkat sehingga 400 peratus sejak 10 tahun yang lalu.

NONEMenurut laporan itu, sejumlah 3,701 orang ditahan mengikut EO antara 2000 dan 2009 manakala 819 orang masih ditahan sehingga Februari 2010.

Sebagai perbandingan, 25 orang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2010 dan jumlah yang ditahan itu tetap sama sehingga akhir tahun berkenaan.

Seperti ISA, EO juga memperuntukkan tahanan tanpa perbicaraan.

Pengarah Suaram Kua Kia Soong berkata strategi atau taktik baru kerajaan adalah menggunakan EO yang kurang dikenali yang membolehkan mereka menahan seseorang tanpa didakwa.

NONE“Kami dapati jumlah tahanan mengikut ISA berkurangan tetapi tahanan mengikut EO dan Akta Dadah Berbahaya pula meningkat, mencecah ratusan dan ribuan. Ini amat serius,” katanya.

Sementara itu jumlah tahanan mengikut ISA jatuh daripada 43 orang pada 2008 kepada 25 orang pada 2010 tetapi tangkapa baru mengikut undang-undang itu meningkat dua kali ganda daripada 10 kepada 25 kes bagi tempoh yang sama.

Warkah buat saudaraku anggota polis
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 11
3:57pm

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!


  • Mazlan Ibrahim · CEO at Self Employed (Business)
    Alhamdulillah.....akhirnya​ Dr menyuarakan masaalah yg dibelenggui oleh anggota polis sekian lama di laman yg terbuka ini...saya adalah bekas anggota polis..berhenti kerna x sanggup menjalani kehidupan sebagai warga polis. Saya bekas unit elit dlm pasukan....kemudian ditugaskan kepasukan biasa di bandar [KL]. Disinilah saya lihat berbagai2 kecurangan....saya x tunggu lama..notis 24 jam bayar sebulan gaji saya tinggalkan pasukan.....hidup seperti insan biasa...kehidupan saya sungguh aman skrng.....
    • En YAt · Friends with Sal Mohamad
      saudara@Mazlan Ibrahim orang yg hebat.. moga kita semua sentiasa diberi petunjuk Allah..
    • Djsebetulnya Myfm
      taniah
    • Ratu Sondol · Friends with Umngok Apco
      dr asri pun berkata, tugas adalah tugas yg mulia kerana menjaga keamanan dan melaksanakan undang2 negara...alangkah ruginya jika ada tinggalkan pasukan polis
  • Edyes Samm · Top Commenter · Kolej sal
    Syabas Dr, teruskan menulis, teruskan berpuisi, teruskan berdakwah walaupun sewenang dituduh pengganas oleh si kufur... Kami sentiasa dibelakang Dr Asri... Saya percaya, setiap bait kata-kata Dr Asri, pasti menimbulkan gerun hingga memaksa Dr dituduh sedemikian rupa...
    • Faiza Othman · Top Commenter · Works at Suri rumah
      Sedih dan terharu bila membaca tulisan Dr.Asri...memang lah yang benar katakan benar yang salah katakan salah....akan tertegaklah keadilan jika para bijak pandai berani kahadapan demi kesejahteraan ummah.InsyaAllah.
    • Jamal Ahmad · Top Commenter · SM Teriang Hilir , Jelebu,N.Sembilan
      Edyes ,sedap aje engkau mengatakan orang lai dah kufur seolah macam kau tu tuhan pulak .
    • Razali Abd Ghafar · Top Commenter · Admin at AIA
      kalau tak nak jadi kufur....jgn sokong kumpulan munafik,...
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    NASIHAT PADA ANGOTA POLIS DARI ORANG YANG BETUL BETUL TAHU TENTANG ISLAM. POLIS JUGA MANUSIA DAN TAK LARI DARI PANGGILAN ALLAH, DARI ITU JANGAN IKUT ARAHAN MUNKAR.
    • Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
      wei setau kita politik, alquran dan sunah tak boleh di asingkan tau......... betul kut.....hehehe
    • Jamal Ahmad · Top Commenter · SM Teriang Hilir , Jelebu,N.Sembilan
      Yang sebenarnya kalau nak ikut kan bukan kata ramai malah semua manusia di dunia ni memang benci kepada Polis sebab dia yang menguatkuasakan undang undang , dia buat kerja mestilah bersesuaian dengan kehendak kerajaan yang memerintah , kalau Bn memerintah maka mereka ikut cara kerajaan Bn lah dan kalau ketika kerajaan PR yang memerintah maka sudah tentulah mengikut dasar yang di kehendaki oleh kerajaan PR ,tengok sajalah semasa Anwar jadi T/Pm dulu dia ikut arahan Anwar juga walaupun ada banyak arahan yang tak sepatutnya di buat dan tak di sukai oleh polis.Bagi kita yang bercakap di luar memang mudah tapi orang yang melaksanakan tugas itu yang menanggung bebannya .Saya pernah juga jumpa polis yang di tugaskan masa Bersih 2.0 ,mereka kata memang mereka juga ada pertimbangan dan tolak ansur tapi masaalahnya adakah masyarakat tahu akibat dari bersih 2 tu bukan setakat menyusahkan masyarakat saja malah anggota polis sendiri cuti beku kerja tak menentu masa nak solat terganggu ,orang tahanan dapat makanan yg lebih baik dari anggota polis yg bertugas dan makan tak tentu masa ,tapi masyarakat tak tahu semua itu dan banyak lagi katanya .fikirlah sendiri.
    • Ratu Sondol · Friends with Umngok Apco
      betul tu JA, berkata2 lebih mudah
  • Audry Rysca · Top Commenter · LIVE FROM SCANDINAVIA
    ramai rakyat MALAYSIA benci pada polis pada waktu sekarang. adakah anda semua setuju dgn pendapat ini?
    • Irman Harmi Sahari · 41 years old
      tak elok kita membenci mereka semua...sebab nya..ada d antara mereka yg bnar2 jujur utk berkhidmat....yg pak turut tu kta doa kan semoga kembali lah ke jalan yg benar.....
    • Hamad Wan · Top Commenter · Works at Manager
      ye
    • Ahmad Faisal · Top Commenter
      saya stuju,tak boleh tgk polis....bengang..zalim...​..
  • Hishamuddin Alham · UMIST, Manchester
    Apa kata ada yang cut and paste surat ini dan diberikan dengan cara yang baik kepada rakan-rakan polis yang berdekatan. Kalau setiap orang sampaikan kepada 10 orang...masya Allah - ribuan akan dapat mesej yang ustaz sampaikan. Moga ALlah berikan kebaikan kepada kita semua. Untuk makluman aruah ayah saya adalah seorang anggota polis. Saya akan berikan pada beliau jika beliau hidup lagi bukan kerana beliau itu zalim tetapi kerana isinya penuh dengan tazkirah yang amat berguna.



Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa
Jimadie Shah Othman
Jul 26, 11
3:07pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme.

"Macamlah juga enam orang yang ditahan (atas alasan) hendak menggulingkan Yang di-Pertuan Agong. Itu semua cerita rekaan semata-mata. Tak ada apa-apa pun.

NONE"Ini cuma propaganda menjelang pilihan raya dalam keadaan Umno dan BN tersepit sekarang, terutama sekali imej mereka di peringkat antarabangsa (terjejas)," dakwanya yang terus tersenyum.

Hadir sama dalam sesi itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan tiga naib presiden PAS - Datuk Mahmuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Malaysiakini semalam melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Difahamkan, taklimat tertutup MKN yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

Semangat keislaman

Sumber-sumber juga mengaitkan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain dengan jaringan itu.

NONESementara itu, Mahfuz (kiri) pula berpendapat, dakwaan tersebut perlulah dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut yang berkongsi "semangat keislaman".

"Atas semangat keislaman, perkara ini tidak baik," katanya yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Husam pula sempat menyampuk" "Bukan (dengan) Arab Saudi sahaja. Tetapi dengan tiga negara sekali gus. Sudahlah kita dah bergaduh dengan Perancis."

Pada 22 Julai, peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang untuk bercakap tentang urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dihantar pulang selepas ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Mustafa pula mengumumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hari ini yang melantik ketiga-tiga naib presiden PAS sebagai penyelaras parlimen Titiwangsa ekoran kematian wakil rakyatnya Dr Lo' Lo' Ghazali.

"Titiwangsa juga akan dijadikan parlimen angkat PAS pusat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan