Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang
sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.
Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai bukti dakwaan keganasan polis yang telah didokumenkan sewaktu perhimpunan tersebut supaya menghantarnya sama ada terus kepada sekretariat BERSIH 2.0 atau parti anggota Pakatan.
Bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, kali ini, pihak polis tidak akan terlepas.
Katanya, polis tidak dapat lari daripada fakta tersebut, walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berulangkali menafikan polis telah melepaskan gas pemedih mata secara sewenang-wenangnya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.
Menyifatkannya sebagai satu sindrom penafian yang diwarisi dari Umno, Azmin berkata, pihak polis tidak boleh bersembunyi daripada fakta yang telah didokumenkan dalam telefon bimbit dan di YouTube serta video dalam talian.
Katanya, mereka juga mempunyai bukti di media antarabangsa, termasuk Al-Jazeera yang melaporkan kehadiran 120,000 orang manakala BBC melaporkan 100,000 orang, begitu juga Perbadanan Penyiaran Australia.
Katanya, mereka yang melaporkan hanya 6,000 hadir ialah Utusan Malaysia, TV3 dan ketua polis negara.
Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.
Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.
Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.
- Jazman Jusoh · Pengulas Tertinggi · Kerana Tuhan untuk Manusia
- Rosdi Ismail · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityNajib pun bagi komen bila ditanya oleh pemberita.
Reporter : Mat sabu dikejami oleh polis.
Najib : Kami akan suru siasat kes ini.
Reporter : Nak siasat macam mana.
Najib : Polis akan siasat , polis akan buat siasatan.
Lepas itu reporter pun tanya KPN tentang kes Mat abu di kejami Land Rover :
Reporter : Apakah perkembangan kes Mat Sabu dilanggar land rover? r
KPN : Mengikut siasatan kami, driver polis yang membawa land rover ketika itu nampak badak di tengah jalan, maka langgar lah , tak tersangka Mat Sabu.
Reporter : Tak kan lah badak naik motor di KL?- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityDalam Sidang media kes Mat Sabu di remmpuh polis maka
reporter pun tanyalah hishamkerisman
Reporter : Datuk , kenapa polis lakukan kekerasan terhadap Mat Sabu
Hisham : Mengikut siasatan polis, menyatakan diver land rover terlihat badak ketika demo BERSIH
Reporter : Bukan kah mata si polis di periksa optometris, pakar mata??
Hisham : Polis malaysia cuma nampak kepala agung, kecil kecil kertas pun nampak clear. kalau Mat Sabu parti pembangkang .... semua macam binatang , boleh dilanggar.
Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.
Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.
Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.
Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.
Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.
"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.
Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.
Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.
- Seroja Baiduri · Pengulas Tertinggitak per ler... dah pihak tung shin sendiri kata tak dak apa-apa berlaku. apa-apa pun aku memang tak kan pegi kat hospital tu sebab kalu jadi apa-apa tak elok kat aku dia orang mesti akan kata tak dak apa-apa nyer...
- Wan Asrul Afendi Muhammad · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
- Durrani Abdullah · Pengulas Tertinggi
Beliau ditahan pada jam 5 petang semalam di sebuah restoran pinggir bandar Kota Kinabalu kerana memakai baju BERSIH dan cuba mengedarkan 20 helai lagi kepada rakan-rakannya.
Menurut Lahirul (kiri), polis menyiasatnya mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Katanya, beliau dibawa ke balai polis Karamungsing, dekat pusat bandar Kota Kinabalu di mana beliau bermalam dan kenyataannya dirakamkan.
"Mereka (polis) sudah ambil keterangan dari saya, 18 Julai diminta untuk lapor diri ke balai dan sekarang dilepas dengan jaminan polis," kata Lahirul.
Dalam soal siasat, polis banyak mengemukakan soalan berkaitan pemakaian baju-T BERSIH.
Lahirul juga berkata, polis turut membawanya pulang dalam keadaan bergari untuk menggeledah rumahnya di Sepanggar - kira-kira 15km dari pusat bandar Kota Kinabalu - pada jam 8.30 malam.
"Dalam tangan bergari saya dibawa ke rumah untuk digeledah. Lalu polis menjumpai kotak bekas baju BERSIH yang tertera alamat rakan saya.
"Tanpa waran, polis terus pergi mengeledah rumahnya walaupun dalam rumah tersebut ada orang gaji," dakwanya yang merasa terkilan kerana digari di hadapan anak dan isterinya.
Keretanya kini masih dalam simpanan pihak polis, tambahnya.
- Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
- Rusli Yasmin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, MalaysiaAbg Lahirul Latigu lain kali pakai baju 1 malaysia baru polis tu siuman... haha
- Rusli Yasmin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, Malaysia
- Atiqah AqilahDi Malaysia pakai baju terdedah sana terdedah sini, budaya kuning tak apa. yang penting bukan baju kuning BERSIH. No wonder iklan DIGI di TV dah tak ada. PENDEK KATA folio pelajar sekolah pun tak boleh warna kuning. Lampu jalan warna kuning pun kena tukar. Dipetak kuning jalan raya pun kena tukar. ApaLAH BAGHAL punya pemimpin.
Mahfuz berkata, tindakan itu telah merosakkan reputasi mereka dan
menyebabkan ketegangan dan trauma emosi kepada keluarga mereka yang tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas mereka.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata polis telah menahannya di KL Sentral kerana didakwa melanggar perintah sekatan yang dikeluarkan pada 7 Julai ke atas 91 individu, termasuk Salahuddin dan dirinya.
Kedua-dua mereka ditahan di pintu masuk ke terminal transit di situ.
Menurut larangan yang ditandatangani oleh seorang majistret di Kuala Lumpur minggu lalu, 91 orang dihalang berada di Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Mereka juga dihalang berada di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Cenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
Polis telah menyenaraikan Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pusat membeli-belah Sogo, Maju Junction, masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud, sebagai kawasan 91 individu berkenaan dilarang masuk.
Katanya, mereka berada di sidang akhbar di Hotel Hilton di depan KL
Sentral, dan selepas sidang akhbar itu, mereka berjalan dari lobi hotel ke KL Sentral di mana seorang anggota memberhentikannya dan bertanya sama ada dia tahu yang dia dilarang masuk ke Kuala Lumpur.
Mahfuz berkata, beliau menjawab yang mereka tidak dilarang dari kawasan KL Sentral dan tidak melakukan sebarang jenayah dengan berada di situ.
Mahfuz dan Salahuddin adalah antara 1,697 yang ditahan semasa perarakan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan pilihan raya.
Katanya, kehadiran rakyat Malaysia tidak mengira bangsa agama, jantina dan lapisan umur menunjukkan bahawa matinya gagasan 1Malaysia Najib dan "lahirnya 1Malaysia bersih yang sebenar".
Sehubungan itu, dakwanya, Najib terpaksa mengambil tindakan segera dengan melawat Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India - dua kawasan panas dalam perhimpunan BERSIH kelmarin.
"Bagaimanapun, kewibawaan perdana menteri menjunam rendah ekoran salah pengendalian yang kasar dalam perhimpunan 709 (9 Julai) BERSIH 2.0, seperti lawatan mengejut di Kuala Lumpur selepas 709 mengingatkan kita kepada lawatan Bush sehari selepas Amerika Syarikat mengebom Iraq," sindirnya.
Sehubungan itu, kata Lim, tidak hairanlah laman Facebook yang menuntut Najib meletakkan jawatan berjaya melepasi sasaran 100,000 orang hanya dalam tempoh 36 jam.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University1BERSIH =! Malaysia
BERSIH tidak perlu bayar dengan billion billion ringgit.
tersentuh hati saya bila merenung gambar wajah orang tua ini.
- Makcik Cina ini memang bersemangat perpaduan dan sedaya upaya elakkan perkauman, semagatnya telah menyentuh hati naluri rakyat malaysa, jangan kira bangsa, gama , warna kulit dan keturunan.
- Tanya lah MCA dan Gerakan, berapa ramai ahli MCA dan Gerakan dari warga tua mereka ini yang berani menentang kezaliman dan menegakkan keadialan?
- Rakyat Malaysia haris lah bangkit menentang semangat perkauman yang disebarkan oleh umno. Semangat Warga tua ini adalah teladan dan inspirasi anak muda malaysia. Bersatu meruntuhkan rejim zalim di tanah air yang disayangi rakyat.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2276086906050 82&set=pu.227295033969781& type - Mohd Najib Budiman · Pengulas Tertinggi · Pegawai Akaun di Harakah
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityHapuskan perkauman , tanpa kira agama , bangsa dan bahasa . kita sama sama insan pendatang , kenapa wujudnya perbezaan?? rakyat bersatu padu , umno akan runtuh. cayalah!
Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata tindakan terhadap penjawat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.
Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atau Pemuda Umno, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema "Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam" di Kuala Lumpur hari ini, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.
JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.
Pekeliling tiga halaman itu mengingatkan penjawat awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.
Kementerian Pelajaran turut mengeluarkan pekeliling pada tarikh yang sama yang memberi peringatan kepada pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram.
Ditanya mengenai Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), beliau berkata ia masih di peringkat perbincangan bagi mencapai persetujuan antara JPA dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Bulan lepas, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menuntut agar di bawah Prospek yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penjawat awam akan terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan.
Cuepacs turut menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan kerana ketika sistem PTK dilaksanakan, ia mempunyai aras melintang dan menegak bagaimanapun ia tidak disediakan dalam Prospek.
Mengenai cadangan agar bekas anggota tentera diserapkan dalam agensi perkhidmatan awam pula, Abu Bakar berkata pengambilan mereka adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru.
Sekiranya bekas anggota tentera itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka SPA dan SPP akan mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk mengambil mereka berkhidmat dalam sektor awam, katanya.
Pada Jun lepas, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM akan berbincang dengan JPA mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.
- Bernama
- Aku Sahaja · Halifax, nova scotiatak payah takut untuk BERSUARA...
REZEKI itu ALLAH yang BAGI..
kalau NIAT kite BERSIH masa datang perhimpunan tu, biar la..
nak tangkap pon tangkap la..
...Lihat seterusnya.. - Perangi Corruption · Pengulas Tertinggikerajaan ni kerje untuk rakyat ke atau untuk umno.. siapa yg bayar gaji kat kerajaan ni.
- Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
- Srahifah Sero · Bekerja di SuperDuper Programmerpatutla..ramai rakyat m'sia migrate kuar...mmg dh nmpk jelas sistem x adil.
- Razak Sape'e · Pengulas Tertinggi · Rawang, SelangorKita bekerja dibayar gaji, bukan duduk goyang kaki. Apa nk ambik tindakan pulak klau dah habis keja or bercuti. Klau ponteng keja lain le,
- Mohd Shamsul Hasim · OUM Kuantan Pahangkata amalkan demokrasi nak suarakan pandangan pun dihalang...demokrasi ala malaysia yg terbaik didunia katanya
PAS mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal jenayah kerana didakwa bertindak melampau ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa "kebiadaban" polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) jelas dilihat dalam video orang ramai dan media antarabangsa.
Dalam masa yang sama, tambahnya, dalam perhimpunan itu, polis tiada sebab untuk menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air kerana tiada keganasan daripada perserta.
"Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang ketua dan timbalan ketua polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri," katanya.
Dalam kenyataan hari ini, PAS juga mengecam kematian seorang peserta perhimpunan itu Baharuddin Ahmad dan kecederaan puluhan peserta yang didakwa berpunca daripada tindakan polis.
"Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
- Perangi Corruption · Pengulas Tertinggi"kebenaran yg tak dapat di lindongi".....nak nyuruk kat mana...? lubang cacing...! pun tak boleh...pak polis boleh selamber aja...najib, hisham di pertanggongjawab...atas kematian peserta perhimpunan 9julai..kalau aku jadi pegawai polis bertugas waktu e 2, aku lepaskan peserta2 perhimpunan tu, aku kerah anggota pastu aku tanggal uniform...bagitau anggota siap nak serta jom...alfatihah allahyarham Baharudin Ahmad...amiiin......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan