"Ia merupakan sebahagian daripada langkah demokrasi yang lebih luas yang kebanyakan negara lalui dalam pembangunan mereka.
"Ia tidak mungkin mengubah persepsi antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil," kata Dr Shane Oliver kepada Bernama di Singapura.
AMP Capital Investors merupakan pakar pengurus pelaburan dengan lebih A$99 bilion dalam dana yang diurus.
Ia adalah anak syarikat milik penuh AMP, satu daripada penyedia pencen korporat dan runcit terbesar Australia, dengan lebih 160 tahun pengalaman.
Dengan pejabat di Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, New Zealand, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, ia juga merupakan pengurus hartanah global utama dan satu daripada pengurus infrastruktur tertua.
Shane menyifatkan Malaysia sebagai negara yang menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan negara-negara Asia lain dan tidak diragukan lagi akan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana yang dirancang, lapor Bernama.
"Malaysia pada kedudukan yang baik untuk mencapai aspirasiya untuk menjadi ekonomi pendapatan tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.
Seorang lagi pakar ekonomi yang turut bersetuju dengan pendapat Oliver, berkata beliau optimistik perhimpunan berkenaan tidak akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia dalam menarik pelabur asing.
"Sejak bertahun, kita telah melihat Malaysia merupakan negara yang stabil, dari segi politik atau ekonomi.
"Di bawah pentadbiran perdana menteri sekarang ini, Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik," katanya.
Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.
Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.
Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan.
Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.
Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.
“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.
“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Ramai dikasari
Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.
“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi
Laporan bedah siasat itu penting bagi membolehkan keluarganya mengetahui sebab sebenar kematian Allahyarham, kata Rosni ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di AU3, Setiawangsa hari ini.
Sedangkan, polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.
Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, yang masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.
Rosni juga tertanya-tanya sama ada kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan yang disertai Allahyarham Baharudin di hadapan KLCC, Jalan Ampang pada petang Sabtu lalu.
"Jadi saya masih tidak tahu (Baharudin) meninggal dunia sebab kena gas atau apa. Saya tak tahu sama ada dia kena kejar polis.
"Benda-benda pasal ini banyak orang bercerita, tapi saya tidak ada di tempat kejadian," katanya lagi.
Dilaporkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu setelah terjatuh di bangunan Avenue K di Jalan Ampang.
Keganasan polis
Kematian Allahyarham menjadi perhatian apabila ia turut dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.
Menteri dalam negeri setakat ini enggan mengesahkan dakwaan berkenaan, termasuk dakwaan bahawa Baharuddin – yang didakwa meninggal dunia selepas ditangkap polis semasa perhimpunan itu – dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.
Rosni juga berkata, anak sulungnya, Dr Mirza juga telah berkunjung ke HKL semalam dan hari ini untuk memohon laporan bedah siasat berkenaan, namun masih gagal mendapatkannya.
Katanya lagi, sebab kematian akibat penyakit jantung seperti yang dinyatakan polis itu hanyalah berdasarkan laporan bedah siasat awal selepas mangsa dibawa ke HKL.
HKL hanya menjalankan bedah siasat ke atas jenazah suaminya antara jam 11 malam hingga 3 pagi selepas itu, kata Rosni lagi.
Sementara itu, anaknya Mirza berkata keputusan itu mungkin hanya akan siap dalam tempoh hingga lima minggu.
Perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang petugas di HKL ketika beliau hadir untuk mendapatkan laporan tersebut hari ini.
"Tapi ini kes berprofil tinggi, jadi saya sangat tertunggu-tunggu laporan itu," katanya lagi ketika dihubungi petang ini.
- Sarah Zahra Mujahidah · International Islamic University Malaysiakalau meninggal kerana sakit jantung pun...apa yang membuatkan jantungnya pressure.... gas pemedih mata..... sy nampak lam utube ramai pakcik2 kene belasah...kesian diorang...moga arwah mati sebagai syahid.
Selasa, 12 Julai 2011
Baharuddin Ahmad - 'Seeking Justice..'
Alledgedly died because the police had withheld medical aid from Baharudin after he collapsed while running away from tear gas and water cannon bombardment. |
"[They] asked the police to help send him to hospital but they refused, so we waited for one-and-a-half hours before the van came," |
"A lot of people tried to revive him ... Had he been given oxygen, he would be alive today." |
Baharuddin leaves behind his wife, Rosni Malan, a daughter, 24, and two sons aged 22 and 19. |
Hadir bersama pemimpin Pemuda PAS, beberapa saksi kejadian tampil menceritakan pengalaman mereka kepada suruhanjaya itu.
Menurut seorang pembantu doktor Abu Bakar Abdul Rahman, dalam perhimpunan itu, beliau menyaksikan sendiri berlakunya polis menyalahgunakan kuasa mereka.
Dengan sebak, pengamal perubatan itu berkata, terdapat peserta yang sedang "bersujud" di atas jalan raya ditendang oleh polis dengan sengaja.
“Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu,” dakwanya.
Dakwanya, beliau juga melihat beberapa peserta perhimpunan yang dibelasah sehingga patah kaki dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada polis.
Minta nyawa
Sementara itu Pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN) Rajaretinam Armuggan pula menceritakan detik-detik terakhirnya berada di sisi Baharuddin Ahmad yang dilaporkan meninggal dunia selepas hadir ke perhimpunan itu.
"Saya nampak dia pegang dada dia. Ada dua pegawai polis di depan. Saya merayu tapi mereka menolak untuk bercakap (dengan saya)," katanya.
"Kesilapan saya tidak ambil nombor (baju) polis tersebut."
Seorang lagi saksi Nurpais Ismail mendakwa pihak polis melemparkan banyak tembakan gas pemedih mata ketika orang ramai berkumpul di Masjid Jamek sehingga menyebabkan seorang warga emas sesak nafas.
"Ada mak cik, pak cik, saya lihat ada seorang mak cik seolah-olah meminta nyawa (sukar bernafas)," katanya yang turut ditahan polis tanpa dimaklumkan kesalahan yang dilakukan.
Sementara seorang peguam PAS Mazwan Johar yang bertugas memantau keadaan di balai polis Jinjang pada Sabtu lalu mengesyaki polis ingin menyembunyikan sesuatu apabila kebanyakan mereka memakai jaket yang menutup nombor bajunya.
Halang kebebasan agama
"Jaket tersebut menutup tanda nama dan pangkat mereka. Kami sebagai peguam yang tahu apa yang perlu dibuat pun, tidak dapat berbuat apa-apa (sebab tidak tahu identiti polis itu)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi mendakwa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan "kekerasaan yang tidak munasabah" untuk menyuraikan peserta.
Beliau juga mendakwa, tindakan polis menghalang peserta perhimpunan memasuki dua masjid utama di Kuala Lumpur - Masjid Negara dan Masjid Jamek - menghalang kebebasan beragama seperti dijamin dalam perlembagaan.
"Masjid Jamek dan masjid negara telah dikunci oleh pihak polis. Mereka (peserta himpunan) terpaksa sembahyang di kaki-kaki lima, di bawah pokok seperti keadaan di luar negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyerahkan memorandum kepada Suhakam yang mendakwa polis menafikan akses peguam kepada peserta yang ditahan.
Memorandum enam helai itu diterima oleh Naib Pengerusi Suhakam Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee. Kira-kira 50 penyokong PAS dan aktivis NGO turut hadir memberikan sokongan.
Raja Aziz, 75, pernah menerajui Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu pada 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993.
Beliau juga terkenal kerana mewakli beberapa individu terkenal dalam kes mereka.
Antaranya termasuk kes liwat pertama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, kes saman RHB terhadap pengasasnya Tan Sri Rashid Hussein dan mewakili bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan.
Jenazah allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disolatkan.
Baru-baru ini, Raja Aziz, yang berasal dari Chemor, Perak, mendapatkan rawatan di Singapura kerana penyakit berkaitan kanser dan dilaporkan beransur pulih.Sementara itu, Bernama yang menghubungi rakan rapat beliau Datuk Param Cumaraswamy berkata keadaan kesihatan Raja Aziz tiba-tiba merosot beberapa hari lalu dan beliau mengunjungi peguam terkenal itu dua hari lepas.
"Walaupun berkeadaan lemah, tapi beliau tetap bersemangat dan kami sempat berjenaka," kata Cumaraswamy.
Beliau berkata jenazah Raja Aziz akan disembahyangkan di Masjid Bukit Kiara sebelum waktu zohor esok dan akan disemadikan di tanah perkuburan berhampiran.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang dihubungi Bernama berkata Raja Aziz adalah seorang insan yang berintegriti tinggi dan lelaki budiman yang sentiasa menghormati lawannya.
"Ada beberapa kali, beliau merujuk undang-undang kes yang tidak menggembirakan anak guamannya sendiri, tapi ia semata-mata bertujuan untuk membantu mahkamah membuat keputusan yang tepat," kata Mohamad Yusof.
Beliau berkata Raja Aziz dipandang tinggi dalam dunia guaman, terutama kerana sikap beliau yang amat bersopan-santun dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap lawan beliau.
Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, buat masa ini, mereka masih mengumpulkan maklumat untuk diteliti satu persatu.
"Kita sekarang dalam proses mengumpulkan bukti, termasuk rakaman video, gambar dan saksi-saksi yang juga menjado mangsa," katanya.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zamri berkata, jabatan itu kini membuka tiga talian hotline selama 24 jam bagi mengumpulkan aduan pihak terlibat.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa anggota jawatankuasa dan wakil rakyat parti Islam itu.
Menurut Ahmad Zamri, sebagai langkah awal, mereka dijadual melaporkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini.
"Dalam perhimpunan Sabtu lalu, peguam tidak dibenarkan akses dengan tahanan," dakwanya sambil menyifatkan ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Sementara itu, Mohamad (kiri) berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan menyaman polis yang didakwa menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya dengan melanggarnya dengan kenderaan Land Rover.
"Petang ini mungkin saya buat repot (polis)... Saya serahkan pada peguam saya Hanipa Maidin untuk uruskannya," jelas Mohamad yang akan menjalani pembedahan pada lutut kanannya di sebuah hospital swasta di Shah Alam Jumaat ini.
Beliau hari ini dilihat masih berkerusi roda akibat koyakan pada ligamen lutut kanannya.
Mereka yang ditahan itu adalah - M Manogaran (Teluk Intan), Khalid Samad (Shah Alam), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Tian Chua (Batu), R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Pantai Dalam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Fong Po Kuan (Batu Gajah) - dan senator S Ramakrishnan.
Mereka tiba di IJN sekitar jam 1 petang tadi dan diberitahu oleh seorang doktor bahawa Jeyakumar (kanan) adalah di bawah tahanan polis dan tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan melawatnya tanpa izin polis.
Atas permintaan pemimpin Pakatan, doktor itu berkata beliau akan cuba berunding dengan polis bagi mendapatkan kebenaran berkenaan.
Ahli parlimen dari Parti Sosialis Malysia (PSM) dibawa ke IJN pada Sabtu lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari selepas mengadu sakit dada.
Menurut setiausaha agung PSM, S Arutchelvan, - Jeyakumar disoal-siasat oleh lima anggota polis semasa dalam tahanan sehingga menimbulkan tekanan mental.
Polis membenarkan kakaknya melawat ahli parlimen itu Ahad lalu.
Ini kali kedua aktivis sosial dan politik itu dibawa bagi mendapatkan rawatan perubatan setelah beliau bersama 29 ahli PSM yang lain ditangkap pada 26 Jun ketika dalam perjalanan menghadiri program parti itu 'Udah La Tu... Bersaralah' .
Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.
Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.
Pada 8 Jun lalu, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.
Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata, mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.
Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.
Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd.
- Bernama
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kiri) berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.
"SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi.
"Tentang lapan tuntutan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya.
Ditanya sama ada PAS berhasrat menganjurkan perhimpunan itu sendiri sekiranya BERSIH tidak berminat, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan dengan gabungan 62 NGO itu dari masa ke semasa.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad berkata, pihaknya tiada masalah menerima kekalahan sekiranya pilihan raya dapat berlangsung dengan adil dan bersih.
Sabtu 'hari kuning'
"Kalau BN hendak menang, menanglah... Yang kita tidak mahu (adalah) penipuan," kata penceramah popular yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu.
Bagi meneruskan agenda menuntut reformasi sistem pilihan raya, Mohamad juga berkata pihaknya akan mencadangkan supaya setiap Sabtu dijadikan hari memakai baju BERSIH dan baju kuning.
Ditanya tentang pemakaian baju itu yang masih dilarang pihak polis, sambil tersenyum Mohamad berkata:
"(Ia) haram pada Umno, bukan haram dari segi undang-undang."
Turut hadir dalam sidang media itu, tiga jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, terdapat beberapa tuntutan BERSIH yang boleh dilaksanakan dengan segera tanpa perlu bertangguh.
"(Sistem) biometrik ini tidak tahu lagi bila. Sekarang ini bagi celup jarilah dahulu (dalam dakwat kekal). Itu boleh buat serta-merta," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan