Rabu, 20 Julai 2011

DENGAR FAHAM ELOK2...JANGAN EMOSI...JANGAN KITA MENYOKONG BENDA SALAH@MENIPU...PERKARA INI DILARANG ALLAH SWT





Apabila peminat terlalu taksub dan fanatik?

Jun 4, 2010 oleh

Alhamdulillah hari ini adalah hari yang penuh dengan pencapaian. Bermula dengan kegiatan #sembanglebat pada pagi hari bersama-sama Alimin berbincang mengenai idea-idea baru dan disambung dengan aktiviti-aktiviti lain sehinggalah ke malam hari, begitu banyak pencapaian yang memang menyeronokkan. Sedikit demi sedikit, apa yang diusahakan bersama Team Kureno dan juga yang lain-lain mula menampakkan keputusan yang boleh membuahkan senyuman, walaupun belum tahap berjaya, tetapi kepuasan itu tidak dapat digambarkan. Tetapi tujuan aku menulis di pagi yang hening ini adalah bukan untuk bercerita mengenai perkara ini, tetapi mengenai betapa kita (kalau bukan orang lain, mungkin aku sendiri) yang sering taksub dan menjadi peminat fanatik terhadap sesuatu perkara, benda, individu, kumpulan dan sebagainya.

Memang tidak salah untuk kita meminati sesuatu, tetapi janganlah sampai kita dikaburi disebabkan perasaan minat itu. Kita seringkali hilang pertimbangan apabila orang yang kita minati itu membuat kesalahan. Kita biasanya akan memilih untuk membenarkan orang yang kita minati itu, meneruskan perbuatan yang salah itu dan bukan setakat itu, kita memberi sokongan yang jitu pula demi memastikan orang yang kita minati itu tidak dimalukan atau sebagainya. Kenapa kita mesti berkelakuan begini? Adakah disebabkan minat, kita ketepikan ajaran agama? ketepikan kewarasan fikiran? ketepikan segalanya? Jawapan semua persoalan ini hanyalah ada pada diri masing-masing. Tidak perlu menjawab dan menyatakan kepada orang lain. Cukup sekadar kita sedar adakah kita di dalam kategori ini.

Peminat ini bukan terhad kepada artis semata-mata, peminat ahli politik, peminat parti politik, peminat pasukan bola sepak, peminat invidivu dan macam-macam peminat lagi. Semuanya dengan satu tujuan, mereka mengagumi, meminati, menyanjung (dan perkataan-perkataan yang seerti dengannya) sesetengah benda, perkara atau individu seperti yang disenaraikan tadi. Adakah dengan kita meminati perkara-perkara ini membuatkan kita terus hilang daya fikiran. Kita terus menyokong membuta tuli walaupun dengan jelas ada kesalahan yang dibuat. Kita semua mempunyai akal fikiran yang serba baik. Kenapa kita tidak menggunakannya dan menjadikannya alat untuk kita memastikan kehidupan kita di dunia ini lebih teratur dan bukanlah sekadar seperti lembu yang ditambat, jika ditambat di pokok, maka di situlah ia berada, dan jika ditambat di benda yang bergerak, dan bergeraklah dia.

Tiada yang sempurna di dunia ini, walau bagaimana pun kita sanjung perkara-perkara tersebut, yang salah tetap salah. Usahlah kita dikaburi oleh bayang-bayang perkara yang kita minati, kerana ianya akan membawa padah. Tiap kali kita membenarkan perkara yang salah dilakukan, ditambah pula dengan menyokong sepenuh hati, pasti ada saham dalam kegiatan yang salah yang dilakukan. Kenapa perlu meletakkan nilai diri kita sehingga serendah itu? Ambil contoh mudah, disebabkan Piala Dunia pun dah tak lama lagi, pasti ramai penyokong2 fanatik yang tidak akan melepaskan peluang untuk menyokong pasukan yang mereka minati. Dan aku memang tidak hairan, kalau ada yang meninggikan suara di kedai-kedai mamak semata-mata kerana ada orang lain yang memberi komen negatif terhadap pasukan yang diminatinya. Perkara yang sama juga dihadapi dalam banyak lagi bidang lain. Sampai ada yang sanggup tidak mahu berkongsi masjid semata-mata kerana mempunyai fahaman yang berlainan. Adakah islam mengajar untuk kita berkelakuan sedemikian? Mencaci orang lain, memburuk2kan orang lain, menghina, mengaibkan dan pelbagai lagi? Pastinya tidak. Tidak perlu teragak-agak lagi. Islam memang tidak mengajar umatnya untuk melakukan keburukan.

Seringkali aku dengar, si A mencaci si B, dan si B pula mencaci si A. Perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah selain mendatangkan lebih banyak dosa. Dan penyokong-penyokong bersorak sambil menunjukkan sokongan padu kepada si A atau si B. Tidakkah kita sedar bahawa perbuatan kita itu adalah sesuatu yang buruk dari segi agama? Sedarlah wahai rakanku, sedarlah wahai sahabatku, dan kepada diriku sendiri, kehidupan kita ini semuanya mempunyai panduan, janganlah kita sekadar mengharunginya mengikut hati dan perasaan, tanpa berpandukan ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi junjungan kita. Begitu juga apabila kita telah mempunyai ramai peminat, janganlah kita menjadi angkuh dan bongkak dengan membuka keaiban orang lain, dengan menceritakan keburukan orang lain. Mana yang buruk kita simpan selagi boleh, kita tegur secara berhemah, janganlah kita memalukan dia di khalayak ramai. Kita tidak berhak untuk melakukan sedemikian. Pesanan ini adalah untuk diri ini juga, kerana kita sering melakukan kesilapan dan disebabkan itulah kita perlu saling tegur menegur antara satu sama lain. Teguran yang baik pasti akan memberikan kesan yang sangat baik. Namun jika teguran kita itu dilakukan dengan cara yang salah, pasti akan timbul pertelingkahan dan pergaduhan sesama saudara.

Perhubungan sesama insan ini perlu kita jaga setiap masa, bukan sekadar perhubungan antara kita dengan Allah semata-mata. Kedua-duanya perlu diseimbangkan. Jika perhubungan sesama insan kita teruk, pasti ia akan menjejaskan perhubungan kita dengan Pencipta kita. Walaupun mungkin kita solat tidak pernah tinggal, berzikir tak berhenti, tetapi bukanlah bermakna kita boleh sewenang2nya melupakan perhubungan sesama insan. Apabila berjumpa saudara kita, jika tidak mampu berkata-kata, cukuplah sekadar memberikan senyuman atau lambaian tangan. Janganlah kita menyombong diri, kerana setiap daripada kita adalah sama, semuanya melalui proses kejadian yang sama. Tiada yang istimewa. Perlulah kita saling bantu-membantu demi membangunkan bangsa yang lebih maju. Jangan disebabkan mereka adalah individu yang kita tidak kenali, kita biarkan mereka terkapai-kapai dalam usaha untuk membangunkan diri.

Sokongan yang diberikan oleh setiap daripada kita akan memberikan semangat dan kekuatan yang lebih lagi kepada setiap individu/kumpulan yang disokong. Memberi sokongan bukanlah bermaksud taksub dan menjadi penyokong fanatik. Jangan salah anggap perkara ini. Sokongan ini boleh diberikan dalam bentuk kata-kata peransang, atau dalam perbuatan dan sebagainya. Janganlah kita yang menyokong orang yang kita minati, dan terus meninggalkan mereka yang lain. Yang tiada kaitan dengan orang yang kita minati. Apabila kita melihat sesuatu yang baik telah dilakukan atau seseorang itu mempunyai niat dan tujuan yang baik, berikanlah sepenuh sokongan kepadanya. Janganlah pula kita menyokong perkara yang dilarang agama.

Sudah lama tidak menulis begitu panjang, tetapi hari ini aku melihat/membaca/mendengar terlalu banyak kejadian di mana peminat ini menyokong secara membuta tuli tanpa merujuk kembali kepada ajaran Agama. Jika tersilap kata, aku memohon maaf, bukan tujuan untuk menuding jari kepada sesiapa, artikel ini memang aku tulis untuk mengingati antara satu sama lain. Jika aku mempunyai salah silap, tolonglah tegur, aku hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Semoga hari-hari anda semua dipermudahkan.

FANATIK SERTA TAKSUB PADA ALLAH DAN ISLAM MEMANG DITUNTUT...


6 PERKARA DIBENARKAN MENGATA@MENGUMPAT...DALAM ISLAM

1. MENYEBUT NAMA YANG AIB@MALU...SEMATA2 UNTUK MENUNJUK JALAN@RUMAH...KERANA NAMA AIB@NAMA GELARAN ITU PENDUDUK MUDAH MENUNJUK RUMAHNYA...CONTOH...'MAT GEMUK'

2. MEMOHON CERAI@FASAKH....MENYEBUT AIB2 PASANGAN KEPADA HAKIM@KAUNSELOR....CONTOH...'SUAMI TELAH MATI PUCUK'

3. MENYEBUT NAMA PENCURI...KERANA KITA MELIHAT DENGAN JELAS...DAN KITA KENAL PENCURI TERSEBUT....CONTOH 'IA JIRAN KITA'

4. MELARANG BERKAWAN..SEBAB PERANGAI TAK ELOK....KITA KATA CONTOH...'IA KAKI TIPU...IA TAHI JUDI...IA PENAGIH DADAH DLL'

5. MELARANG MELANTIK KETUA KAMPUNG...NAZIR MASJID ATAU LAIN2...SEBAB KELAKUAN BURUK...CONTOH...'IA TAK SOLAT'...IA TAK AMANAH'...IA JAHIL DLL'

6. MENYEBUT KEBURUKKAN PEMIMPIN2... AGAR KITA TIDAK MELANTIK LAGI....CONTOH...'AMBIL RASUAH' ...MENGAMBIL HAK ORANG LAIN SECARA BATIL DLL'....



JANGAN SEKALI KITA MENYOKONG PERKARA MUNGKAR KERANA KITA AKAN MENDAPAT SAHAMNYA...NANTI NAYA KITA DIAKHIRAT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan