Isnin, 25 Julai 2011

BILA KEADILAN AKAN DAPAT DIAKHIRAT...DIDUNIA TERPULANG PADA ALLAH MENGHUKUM DALAM BENTUK SAKIT..MUSIBAH ATAU SERUPA JUGA..ALLAH SAJA MAMPU MEMBALASNYA

Menteri: Pesawat pejuang MiG-29N perlu ditukar
Jul 25, 11 9:48am

Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

ahmad zahid hamidiMenteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk Umno anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di Kota Tinggi, semalam.

Pada ketika ini, pesawat Typhoon yang berukuran panjang 15.96 meter dan berkemampuan untuk terbang melebihi 60,000 kaki digunakan oleh Tentera Udara Diraja British, Itali, Austria, Sepanyol dan Jerman.

mikoyan mig 091205Pesawat yang berkemampuan membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara atau udara ke darat dibina secara kerjasama oleh BAE Systems (Britain), EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finnmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

Menteri Pertahanan itu juga berkata, cadangan pembelian tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran.

"Kita tengok jika dapat tawaran terbaik dari mana-mana negara atau syarikat pengeluar yang boleh beri harga yang munasabah maka kita akan pertimbangkan untuk pembelian MRCA tersebut. Itupun setelah mendapat pengesahan daripada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Beliau berkata pihaknya turut membuat uji nilai terhadap jenis pesawat MRCA lain yang berada di pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS Gripen buatan Sweden.

Ditanya tentang kenyataan negatif segelintir penulis blog pembangkang mengenai pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

- Bernama



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Kematian Teoh: SPRM tidak serius, kata Lim
Jul 25, 11 9:28am

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahukan tindakan setimpal dikenakan ke atas semua pegawai yang terlibat dalam soal siasat ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

NONEMenurut Lim, tindakan melucutkan tiga pegawai terbabit daripada operasi siasatan sahaja tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Lim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Teoh di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu.

SPRM semalam mengumumkan bahawa Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim bersama dua pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Anuar Ismail dilucutkan daripada tugas menyoal-siasat.

" Sebenarnya kalau kita baca laporan RCI, mereka dinamakan sebagai '"cakap bohong". Laporan Suruhanjaya juga menyebut (nama-nama lain), bukan tiga orang ini sahaja.

"Jadi kenapa bukan semua digantung? Bukan sahaja daripada tugas penyiasatan, tetapi daripada jawatan dan mengapa mereka tidak didakwa dalam mahkamah oleh kerana kesalahan-kesalahan yang bukan ringan tetapi sangat serius sehingga menyebabkan kematian,"kata Lim.

NONEKeputusan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan pada Khamis lalu merumuskan Teoh membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.

Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes yang hanya membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.

Lim berkata, tindakan tegas harus dikenakan ke atas pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan kematian kepada seseorang apatah lagi kerana tidak memberikan fakta sebenar sebelum ini.

"Sangat tidak mencukupi (lucut tugas operasi siasatan). Kalau SPRM menerima keputusan Suruhanjaya Diraja, sangat jelas bahawa tiga individu yang dinamakan ini melakukan pelbagai perbuatan jenayah dan juga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.

"Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana memberikan keterangan yang palsu yang mengikut penal code boleh dikenakan penjara tujuh tahun," katanya.

DAP: Tahanan PSM6 adalah kes politik
Jul 25, 11 9:39am

Isteri ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) - R Mohana Rani - berkata hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional," katanya dipetik TV Selangor pada satu ceramah di Ipoh, semalam.

jerit parliament ride for change final leg 181208 d jeyakumarJeyakumar (kanan) bersama lima yang lain ditahan mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Menurut polis, berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

NONENamun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Walau bagaimanapun, peguam mereka, Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

NONEDalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan segera.

"Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan," kata Lim.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    PSM6... Apa dia PSM? ini bukan parti sosialist Malaysia , PSM ini mengikut tafsiran Najib adalah. Polis sedang memerintah.
    Najib : PSM6 ini komuniti komunis , yang ingin mejatuhkan kuaaa agung.
    LKS : Apa ini? PSM itu parti yang mendaftar, diiktiraf kerajaan.
    Najib: Bukan itulah. bukan masalah dafta tak daftar.Asalkan saya bagi arahan untuk pdrm , mereka ikut perintah.
    LKS : Ini kes politik, umno sengaja menakutkan rakyat , nak memburukkan nama PSM.
    Najib: Bagi saya PSM adalah Polis Sedang Memerintah. kita dengan PDRM sama sama share memerintah , kalau isu politik , kami share dengan polis. Polis handle dengan baik. kalau isu menipu rakyat. Kita handle , polis dikecualikan.
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Mana pergi nya katak kampong Jangnada???
      OOOOiii... dari umno lompat masuk pkr belakang lompat balik umno ... semua ini nak jadi kroni umno lah . tumpang nasi umno ...kah kah kah
    • haha...panas betul dia dgn jangnada...
Rangkaian kartunis antarabangsa bantah sekat Zunar
Harakahdaily

WASHINGTON, 25 Julai: Tindakan kerajaan Malaysia termasuk mahkamah menyekat penyebaran kartun Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque mendapat bantahan dari peringkat antarabangsa apabila Cartoonists Rights Network International (CRNI) menggesa kebebasan bersuara dihormati.

"Manakala karya-karya Zunar begitu mempengaruhi pemikiran publik, tidak ada bukti bahawa ia boleh dan akan menggangu ketenteraman awam," tegas Dr Robert Russell, Pengarah CRNI.

Dengan penghakiman mahkamah baru-baru ini, kata Russel, mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persektuan Malaysia.

Menurut Russell, pihaknya telah meneliti dan menyemak kandungan kedua-dua buku yang diharamkan itu, "Perak Darul Kartun" serta "1 Funny Malaysia" dan mendapati semua kartun-kartun dalam buku ini menepati standard antarabangsa untuk kartun editorial.

CRNI begitu bimbang, dengan keputusan ini, mahkamah memberi lesen kepada kerajaan untuk bertindak lebih keras terhadap Zunar dan kartunis-kartunis editorial.

Dalam jangka masa panjang, katanya, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik.

"CRNI menggesa Malaysia dan mahkamah Malaysia menghormati kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia dan mengkaji semula keputusan mahkamah pada 14 Julai lepas," kata Russell dalam kenyataannya yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

CRNI adalah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi kartunis. CRNI mengawasi dan melindungi kartunis-kartunis editorial di seluruh dunia yang menghadapi tekanan kerana ketajaman karya-karya mereka.

Untuk 10 tahun kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah mengenakan sekatan dan kekangan terhadap kartunis popular di Kuala Lumpur: Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai “Zunar”

Sejak dua tahun lalu, kekangan menjadi lebih keras: Zunar telah ditahan dan ditangkap, pejabatnya diserbu, buku-buku kartunnya dirampas, kilang yang mencetak buku-bukunya diserbu dan diberi amaran.

Baru-baru ini Zunar mencabar kerajaan ke mahkamah kerana mengharamkan buku-buku kartun beliau, "Perak Darul Kartun" dan "1 Funny Malaysia" pada tahun lepas. Pada 14 Julai 2011 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan kerajaan mengharamkan buku-buku tersebut.

"Perak Darul Kartun" and "1 Funny Malaysia" yang menampilkan lebih dari 150 kartun-kartun politik diharamkan oleh kerajaan pada Jun 2010 mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurut Russell (gambar), tanpa menjelaskan lebih lanjut, hakim bersetuju dengan alasan kerajaan bahawa kartun-kartun dalam buku tersebut "tak sesuai untuk bacaan umum dan mengancam ketenteraman awam."

"Tidak ada yang lebih benar dari kebenaran. Kedua-dua buku ini memfokus kepada isu-isu penting yang menjadi perhatian orang ramai seperti konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal kapal selam," kata Russel dalam kenyataannyn membela Zunar.

CRNI meneliti keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Rohana Yusof yang bersetuju dengan alasan kerajaan bahawa kartun-kartun tersebut akan menyebabkan ketenteraman awam terancam.



BN jangan anggap rakyat sekarang bodoh
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Umno BN diingatkan bahawa rakyat zaman ini tidak boleh diperbodohkan lagi dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir dan mendapat maklumat biarpun cuba disembunyikan Umno BN.

"Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya.

Sambil menyifatkan zaman ini zaman kebangkitan rakyat, beliau menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Ianya termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

"Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

"Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka.

Dengan semangat slogan ‘Malaysia Boleh’ kerajaan jelasnya berani melakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media.

"Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana!

"Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan