Ahad, 24 Julai 2011

ADA YANG MALU..ADA YANG TAK TAHU MALU...ADA YANG PUTAR2...ADA YANG PUSING2...ADA IA BOLEH BELIT2 KENYATAAN DIHADAPAN ALLAH...CARI NAHAS...

Aktivis S'wak Hii dibenar keluar dari wad psikiatri
Wong Teck Chi
Jul 24, 11
8:23pm

Aktivis Sarawak, Hii Tiong Huat, yang telah dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak polis Jumaat lalu, telah dibenarkan keluar petang ini.

NONEHii (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa dia dibenarkan
keluar dari wad tersebut pada jam pada jam 2:45 petang, selepas isterinya tiba dari Sibu malam semalam untuk membawanya pulang.

Isterinya itu dibantu oleh peguam Yohendra Nadarajan untuk membolehkan Hii dibenarkan keluar dari hospital tersebut.

Bagaimanapun Hii berkata dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan hospital.

Katanya, polis telah dihantar ke wad psikiatri tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

NONE"Ini tidak bermoral, mereka telah menipu saya. Saya mahu pihak
polis membawa saya ke hospital untuk memeriksa kecederaan saya, tetapi mereka menghantar saya ke wad psikiatri."

Beliau juga tidak puas hati dengan HKL kerana merawat dia sebagai orang tidak siuman dan memasukkanya ke wad selama dua hari.

"Pihak hospital juga telah menyalahgunakan kuasa mereka. Doktor perlu menggunakan kemahiran profesional mereka untuk memastikan bahawa saya normal dan membenarkan saya pulang."

J/kuasa eksekutif transformasi tingkat operasi SPRM
Jul 24, 11 8:30pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi bagi menambah baik kualiti operasinya.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu akan dianggotai pegawai pengurusan tertingginya, anggota jawatankuasa dan panel SPRM serta pakar undang-undang.

Penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif diambil SPRM yang memandang serius cadangan penambahbaikan yang dicadangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi sktruktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan dan memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik.

Selain itu jawatankuasa tersebut juga akan memperhalusi usaha sedia ada SPRM bagi mengesan kelemahan serta mengambil tindakan pemulihan segera, kata SPRM menerusi Unit Komunikasi Korporatnya.

Jawatankuasa itu juga katanya, akan melihat secara keseluruhan struktur dan mengkaji semula semua sistem dan prosedur operasi masa kini.

Jawatankuasa akan diketuai Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdul, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaafar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan dan Anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri JS Rashpal Singh.

Selain itu, Anggota Panel Penilaian Operasi Datuk Zamani Abdul Ghani, Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Datuk Seri Azman Ujang, dua pakar perundangan iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM Datuk Mohd Nor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman serta salah seorang anggota suruhanjaya siasatan diraja.

Di samping itu beberapa pakar dari dalam dan luar negara juga akan dibawa bagi membantu jawatankuasa menilai dan melaksanakan penambahbaikan yang dicadangkan.

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) juga akan terlibat membantu jawatankuasa berkenaan, kata kenyataan itu.

- Bernama


  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Tingkat kan SPRM? cerita gila lah!
    SPRM. Suruhanjaya Pembodek Rosmah Mansor.
    Ada pihak yang bangkitkan isu rosmah dengan cincin 72 juta , maka SPRM mulakan siasatan, Kali ini DATO Abu Kasim sendiri yang lakukan siasatan keatas rosmah.
    Abu Kasim : Ada laporan tentang cincin 72 juta , Datin.
    Rosmah: Ini semua buat isu puak anwar yang suka jatuhkan imej saya.
    ...Lihat seterusnya..
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Mana perginya Jangnada ???
      Kau ini katak kampong , asyik nak mengutuk antimamak, tapi rahsiamu sudah bocor. OOOOiii... katak pondan , mana telor kau , musim hujan sudah mari , buat lah anak anak katak dulu ... kah kah kah
    • Faiza Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Suri rumah
      AMamak...komen saudara selalu bernas,jgn dicemari dengan ayat2 yg tidak bermorol.maaf jika menegur..tapi komen tetap dihati malaysiakini...serius penuh humor..tahniah.
    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
      cuunnn antimamak...lawak2....klau​ bab kartun...aku memang suka zunar punya style...lukis simple...tp makan dalam wooo...dalam bab bikin dialog...kamu punya style aku suka...teruskan berjuang....
  • Diana Ulfah SyedRashad · Pengulas Tertinggi
    Sikap proaktif dan peningkatan kemantapan profesionalisma sesuatu organisasi pasti akan meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan. Pembentukan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi (JET) SPRM ini amat dialu-alukan, semoga meningkatkan cekekapan dan menambahkan kualiti modal insan SPRDM yg kita semua maklum mempunyai anggota yg sangat kecil dgn kawasan dan bidang operasi yg tersangat luas....semua mata memandang dan memerhati , tapi tak semua hati dapat memahami dan mengerti beban kerja dan keperitan anggota SPRM dlm melaksanakan amanah dan tanggungjawab..
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      Organisasi pentadbiran SPRM saya yakin bukan tidak mampu melakukan transformasi kearah pembentukan skuad yg memiliki modal insan berkualiti, tapi pihak kerajaan hendaklah memberi kuasa penoh kpd mereka selagi tidak menyeleweng, kerajaan jgn campur tangan dlm siasatan mereka, kerajaan kena akur walaupun melibatkan pemimpin hatta PM sendiri pun. Sy bknnya selalu berpdgan negetif, tapi lihatkan pengendalian kes Khir Toyo, pembelian kapal selam, RTC dan byk lg.
    • Tok Mu · Manager di Ternak ayam, itik, lembu dan kambing
      Apa gunanya cakap berdegar-degar, kakau kerja tak ikut prosedur..SPRM bukan menjalankan soal siasat tetapi membuli, mendera dan membunuh..
  • Yusri Jamin · Pengulas Tertinggi · Pahang, Pahang, Malaysia
    SPRM tak payah nak transformasi jika ikut telunjuk um no....baik tubuh transfomer.....hahaha...SP​RM lawak menghabis duit rakyat...
  • Masnita Hashim · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
    apapun transformasi sprm..akhirnya akan balik pada arahan UMNGOK juga..yg penting kena transformasi kerajaan..iaitu tukar kerajaan...kita tumbangkan BN pada pru13 melalui transformasi RAKYAT...
  • Bayu Sbh · Friends with Samsudin Baharom
    menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif untuk memikirkan cara terbaik membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan