Sabtu, 30 Julai 2011

BILA ALLAH TAK IZIN...APA KAEDAH PUN.....TAK KAN MENJADI....SELAMA NI BANYAK MENOLAK ISLAM...INGAT KITA MANUSIA BUKAN ALLAH..DAH HIDUP..KIRA DA UNTUNG

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 30, 11
10:13pm

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

NONEShad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

azlanCadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

NONEMenurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.


  • Amal Dfb · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    ISA - IKUT SUKA AKU.
  • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · Works at Own business
    Bukan setakat menteri tetapi kuasa Peguam Negara juga perlu diperbetulakn dengan ada satu jawatankuasa yang lebih tinggi berada diatasnya.
    • Kamal Arifin · Top Commenter
      beri peluang PR perintah agar segala kepincangan dapat diperbetulkan, yang untung rakyat jua
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    - Mazhab umno minat berunsurkan manusia jadi tuhan,
    - bagi puak umno , menteri lah tuhan di malaysia.. siapa yang lawannya akan dihukum.
    - Bagi puak umno, sistem demokrasi memang tidak wujud sama sekali , sistem feudalisma, akyat adalah hamba milik mereka.
    - Bagi puak umno. Islam dan Melayu, melayu dan islam paling mulia di dunia. ini adalah rukun dan dasar pemerintah negara.
    ---- Kalau antimamak menkritik dengan tajam sehingga puak umno jubor tercucuk. duduk tak senang. ini bermakna fakta dan realiti tetap berunsur kebenaran.
    • Ismel Zaid · Top Commenter · Sek Men Methodist NTebal
      org jenis jack pot bukan tau apa pun bab agama nii.mampuih esok ni hanyutkan saja dlm sungai klang.
    • Jack Patgc
      ape punya banggang kau ni, yang kau sembah dan yang ku sembah same je.cuma beza nya perjuangan kau yang sia2 tu.kau ni terpengaruh dengan janji2 palsu pemimpin kau tu..fikir la sikit adeke nak bagi sama rata, sama kuasa, sama rasa pada mereka yang asalnya hanya pendatang asing ditanah melayu ni..dulu dah bagi sikit, sekarang nak lebih2 pulak??
    • Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
      Jack bengong..........Kata2 ulama2 terdahulu,umat nabi muhammad majoritinya bertuhankan duit@kebendaan.....dan akan dibangkitan bersama apa yg dia sembah sebelum mati.....dalilnya sapa2 tolong sokong umno dia akan dijaga ngan duit......paham dok ni.Sibuk ngan kemajuan,rakyat berperangai dah mcm setan.
  • Sobri Saad · Top Commenter · Edinburgh, United Kingdom
    jungle law..
  • Awang Ismail · Maktab perguruan ipoh
    hah..dengar tu bapak menteri.. bkn kuasa hang boleh tahan org sesuka hati..itu kuasa tuhan..nak lawan tuhan ker....
    • Ibrahim Md Din · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      berlagaklah bila jadi menteri...ingat baik2 menteri!!!...rakyat yg pilih kamu sampai jadi menteri..kamu plk zalim dgn rakyat..muka tak tahu malu...
    • Katak Lompat · Top Commenter
      HANCURKAN UMNO BARULAH KUASA TU BOLEH DI PERBETUL. .PUAK UMNO NI TAHU SEMUANYA. .SO KITA BUAT BERSIH 3. .KAWAN AKU RAMAI YG SANGGUP MATI. .
    • Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
      Jenis dok sedor diri.Puok ni bermasalah bila org lain ambik tampuk pemerintahan...tu yg jadi meroyan tu. Tapi takpalah kalau turun pun.....kita dok dakwanya...cuma kita bagitau yg dia buat perkara dok betul....kita buat announcement je...dok dakwanya...jgn takut ah.Duk ah luor negara kalau dok sanggup dengor....jgn jadimcm Khir Toyo,kesian dia....kalau minum air kat kedai pun takde org teman....sampai tualah,kita tgk je kesudahannya...baru dia tahu bilarakyat menghina pemimpin.
BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi
Jul 30, 11 3:59pm

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md IsaShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

- Bernama


  • Abg Din · Top Commenter · University of South Florida
    Dah. Terang-terang polis ni tak reti menilai, kalau gambar porno dia boleh sahkan dengan cepat.
    • Shahin Ahmad · Top Commenter
      Oi! Hangpa ni ashik nak gadoh aje. Berdamai le. Ramadhan Karim.
    • Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
      ARMY;najib bg MENTRI kat MIC bila kena ugut sikit jer.tp YB2 UMGOK yg lantang beriaria dpt tgk jer bila PALANIVIL ankat sumpah...padan muka kor UMGOK...akulah pejuang mmpertahan hak mlyuuu...kahkah33!~!dpt tgk jer ler ko UMGOK..
    • Abu Ubaidah · Top Commenter · Baitul Qura'
      polis selalu tgk porno kot..2 yg cepat je bleh kesan
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Bagi puak umno... ini lah pengganas ini lah perlakon.
    tapi bagi rakyat. ini lah perjuangan yang mulia.
    Semangat beliau , puak umno terasa muak.
    Tapi bagi rakyat yang menikmati cara perjuangannya amat tersentuh hati.
    Tanpa senjata apa apa senjata, rela sanggup masuk medan menonjolkan keadilannya untuk rakyat. syukur. syabas....
    • Badoi Apis · Top Commenter · Ikm lumut
      org2 umno muslim tlong dengar ni klik d bwh.. kebaikkan untuk anda..

      http://www.youtube.com/wat​ch?v=6qjqhbWycBg&feature=r​elated

      klu buta hati.. x dapek den nak nolongnye..
    • Panglima Jowo · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
      Orac Arec, saya tengok awak ni memang betul2 anti dgn Antimamak Mamak yg rajin buat komen tu. Apa yg tak intrigeritinya kpd semua komen siAntimamak tu abang Orac hoi !. Pada pandangan saya komen Antimamak ni cukup mantap dan bebisa macam ekor ikan pari melibas musuhnya, jatuh satu-satu macam nangka busuk daa .....
    • Shahin Ahmad · Top Commenter
      zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz​ zzzzzz lagi baguih darii merapu macam hampa. Pemimpin tu depa gadoh belakon aje. Pengikut aje yang lebih. Rugi le zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
  • Mohd Zuhairi Ariffin · Top Commenter · UTM Skudai
    Tu pun polis tak boleh pikir.... amat mustahil utk Shuhardi nak berlakon pada waktu kejadian kerana dia pun tak kenal Arwah Baharudin. Selain itu mana Shuhardi tahu Baharudin akan meninggal dunia pada hari tu.
    First time saya tgk kat youtube... ada pencacai kata orang mati hidup balik tu.. saya dah boleh agak... ini mesti silap orang.. mesti yang siarkan itu tersilap ingatkan Shuhardi tu arwah Baharudin. Kesilapan itu memang boleh berlaku kerana semua perakam tidak kenal antara satu sama lain dan penyiaran ke youtube mungkin dilakukan secara tergesa-gesa tanpa dirujuk siapa sebenarnya dlm video tu tersebut...
    • Hanim Jabar · Top Commenter
      dalam banyak-banyak si tukang komen terselit saorang yang banggang gila sebab otaknya dah di bekukan oleh pemimpin umno... tulaa yang bernama abd razak md yusof
    • Badoi Apis · Top Commenter · Ikm lumut
      kate2 abdul razak ank yusof menjijikkan...mgkin same ngan orgnye... eee....... razak najis...
    • Shahin Ahmad · Top Commenter
      Yop. Kalau tak suka dihina orang, jangan jadi penghina. Ramadhan Karim.
  • Syafiq Nur Hakim · Top Commenter · Works at MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
    cakap lah apa pun, realitinya BERSIH catat kejayaan luar biasa! dari sebelum, sampai ke tahap Pasca!
    • Noriman Saari · Top Commenter
      kalau semua duk dalam universiti tu pandai, saya pun nak duk dalam universiti la...jadi tukang sapu pun jadi la...janji orang kata saya pandai....
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      kpn dan tkpn kena buka mata luas2,jangan telan mudah kata2 ornag bawahan,dua2 dapat gaji paling tinngi,takkan nak makan gaji buta
    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      Pakatan Rakyat (PR) pun bn tak berani sebut. kurang ajar punya bn sebut pakatan pembangkang. tak sedar ke dia pun jadi pembangkang bangang di negeri Pakatan Rakyat.
  • Lee SlimShady Samm · Kuim
    satu lagi kelentong yang berjaya di "KANTOI" kan! di ucapkan syabas dan maju jaya! woitt!!! tuangkan secangkir teh o ais limau untuk meraikannya!

Najib: Palanivel akan dilantik menteri penuh
Aidila Razak
Jul 30, 11
4:49pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari mengumumkan bahawa presiden MIC Datuk G Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) hari ini.

MIC 65th AGM pwtc crowd 2 piccKatanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahtyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet.

"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.

"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.

Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.

Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.

Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.

Pertukaran

Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.

NONEPalanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.

Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.

Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.

"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN,” katanya.

Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat “pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh.”


17 orang botakkan kepala untuk tuntut keadilan
Susan Loone dan Low Chia Ming
Jul 30, 11
4:39pm
Seramai 17 orang di Pulau Pinang hari ini secara suka-rela mencukur rambut dan janggut mereka sebangai membantah penggunaan undang-undang kuku besi Ordinan Darurat (EO) yang membolehkan tahanan tanpa perbicaraan.

penang hari shaving protest 300711 soh sook hwa head shavingMereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keenam-enam tahanan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, dibebaskan semalam selepas ditahan selama 28 hari.

PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Kumpulan 17 sukarelawan itu tiba pada sekitar jam 8.30 pagi di gerai makanan pasar Bayan Baru dan disertai oleh ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin, yang merupakan wakil rakyat kawasan itu bagi menunjukkan sokongannya.

Mereka yang 'membotakkan' kepala termasuk dua ADUN DAP - Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) dan Koay Teng Guan (Sungai Pinang) manakala ahli majlis Pulau Pinang (MPPP) Mohd Rashid Hasnon mencukur janggutnya.

penang hari shaving protest 300711 three female participantsTiga wanita yang juga menyertai majlis hari ini adalah ahli jawatankuasa pusat PSM - Soh Sook Hwa, Loo Que Lin dan Yap Soo Huey.

Lima pendandan rambut dari Weiny Hair Studio menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma juga sebagai tanda sokongan.





  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Rakyat bangkit botakkan kepalanya untuk menentang kezaliman umno.
    Ini lah isyarat rakyat , umno , kau tunggu lah masa,
    Kami akan botakkan kau hingga akar pun dicangkul bersih.
    - Kini semangat rakyat bagai rumput yang tidak takut dipijak, dibakar , asalkan ada akar, musim hujan akan tumbuh balik, sejauhmana umno ingin membenteraskan semangat rakyat , cuma lah mimpi indah di atas katil.
    - umno bagai lembu , kemana lembu berak akan tumbuh rumput balik. maka semangat rakyat tumbuh kembali... mimpi ngeri untuk mu umno.
    • Sam Kulian · Top Commenter
      sebenarnya rakyar yg berkuasa! klu bukan rakyat. siapalah mereka yg memerintah skrg
    • ZinediNe MeeNeemo · Top Commenter
      aNTIMAMAK, BUKALAH SERBAN KAMU ITU, DAN BOTAKKAN KEPALA KAMU IKUT DIA ORANG SUPAYA TIDAK TERASA PANAS... BAGUS KAN ! PUTIH GIGI ORANG UMNO KETAWAKAN KAMU... ADUH ANTIMAMAK......BERFIKIR PAKAI OTAK, JANGAN PAKAI KAKI....KAH....KAH....KAH.​...
    • Suhardi Din
      memang la orang berfikir pakai otak, mana boleh pakai kaki, itu pun nak beritahu ka?
  • Boon Ng · Top Commenter
    aku dah lama botak dahh...
  • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
    APA CARA PUN TSK PE YG PENTING KITA SAMA2 BERSATU HATI MENENTANG UNDANG2 YG ZALIM N TAK BERTAMADUN......
    • Diana Ulfah SyedRashad · Top Commenter
      pelbagai persepsi kerana kepelbagaiyan ragam insan yg sangat berbeza-beza..ketamadunan.
    • ZinediNe MeeNeemo · Top Commenter
      sAYA setuju dengan kamu Basir Parto, kita patut bersatu hati untuk menentang PR yang ketuanya GILA KUASA dan GILA BABI kah...kah....kAh,.....
  • Tai Hak Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama
    saya sokong kamu, tapi sudah 5 tahun saya membotakkan kepala sehingga sekarang...
  • Lee SlimShady Samm · Kuim
    mak aihhh!!!! potong rambut free la weiii!!!!!!!

Jeyakumar bimbang diperangkap polis
Nigel Aw
Jul 30, 11
3:36pm

Beberapa jam selepas dibebaskan daripada tahanan mengikut Ordinan Darurat semalam, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar berkata beliau khuatir polis akan memerangkapnya dan rakan-rakan lain supaya dapat menahan mereka secara berterusan.

psm eo6 release pc 290711 jeyakumar"Apabila kita beri kenyataan kepada polis, mereka tanya kami mengenai lawatan luar negara kami. Saya pernah ke Senegal (untuk) Forum Sosial Dunia, ke Australia (untuk) Perikatan Sosialis Dunia dan M Saraswathy pula pernah ke Vietnam.

"I bimbang mereka akan kaitkan - Parti Komunis Vietnam, Parti Komunis Senegal, saya fikir mereka berusaha ke arah itu untuk memerangkap kami.

"Saya amat takut mereka akan menggunakan alasan itu bagi menggerunkan rakyat Malaysia, (bagi berkata) oh ada plot komunis dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan nasib baik kita sudah berjaya tangkap orang-orang ini,” katanya.

Jeyakumar yang diiringi bapanya, Dr T Devaraj bercakap kepada Malaysiakini malam semalam selepas menghadiri majlis menyambut pembebasannya dan lima yang lain di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

Menurut Jeyakumar, meskipun secara fizikal, beliau dilayan dengan baik, namun kurungan berseorangan menimbulkan ketakutan di dalam dirinya tetapi beliau bertekad untuk bertahan.

psm eo6 release 290711 jeyakumar speech"Saya amat takut mereka akan mencipta cerita (seperti cuba lancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong) dan gunakan alasan itu untuk menangkap orang lain atau membatalkan pendaftaran parti. Saya juga bimbang mereka akan tahan saya untuk dua tahun, saya cukup tertekan kerana tidak ada hubungan dengan dunia luar...

"Pada sebelah petang, saya buat senaman ringan (di dalam sel) dan apabila berjumpa IO (pegawai penyiasat), saya akan memikirkan soalan (di minda saya), (cuba memikirkan) ke arah mana yang mereka cuba menghala,” katanya.

Mata ditutup, tangan digari

Menceritakan kehidupan seharian mereka selama 28 hari dalam kurungan, Jeyakumar berkata selain perjumpaan dengan polis untuk disoal-siasat dan pembantu perubatan untuk rawatan kesihatannya, tidak banyak yang boleh dilakukan.

psm eo6 release 290711 group photo"Kami bersarapan pada jam 7.30 pagi, (mereka beri kami) roti dan teh-O dan kira-kira 30 minit kemudian, kami dibawa berjumpa dengan pembantu perubatan untuk diperiksa tekanan darah dan diberi keperluan perubatan kami.

"Setiap kali kami dibawa keluar, mata saya ditutup dan digari - setiap hari. Malah ketika dibawa ke klinik, kita tidak akan tahu ke mana kita sedang tuju, hanya selepas sampai di klinik, penutup mata akan dibuka.

“Selepas itu, antara jam 9.30 dan 11.30 pagi, IO akan datang, ada kala pagi, petang dan kadang-kadang dia langsung tidak datang dan ada hari pula dia datang dua kali sehari.

"Selepas IO selesai, kami dibawa semula ke sel (untuk makan tengahari). Makanannya bagus, kami diberi nasi putih dengan ayam atau ikan. Pada jam 2 hingga 2.30 petang, kami dibawa semula berjumpa IO dan kembali semula ke sel pada jam 5.30 petang,” katanya.

psm eo6 release pc 290711 jeyakumar and nasirDi sebalik pengalaman ngeri itu, Jeyakumar berkata beliau tidak gentar dengan penahanan itu dan label komunis yang cuba dikaitkan dengan dirinya. Katanya, beliau masih teguh pendirian dan kerja-kerjanya dengan PSM.

Momokan

"Ini momokan (kerajaan). Bila kami bentuk parti ini (PSM) kerana berpendapat perlu ada kumpulan yang memperjuangkan masalah rakyat Malaysia yang ada kalanya dipinggirkan kerana tekanan pembangunan.

“Ketika itu, kami bekerja di sektor estet, banyak pembangunan (berlaku) dan ramai orang yang diberhentikan kerja dengan pampasan kecil (dan) tiada rumah yang sewajarnya, jadi mereka dirikan kawasan setinggan. Beberapa tahun kemudian, apabila kawasan itu dibangunkan, mereka dihalau keluar.

psm released in penang bersih 1"Kami menjadi parti sosialis bukan kerana teori bahawa kami akan belajar mengenai komunisme dan berkata ia idea yang baik. Kami melihat apa yang berlaku pada peringkat akar umbi, dan perlu membela golongan terpinggir ini.

"Dan apabila kami memperjuangkan isu itu dan mengketengahkannya, kami kemudiannya sedari ia terletak di bawah sosialisme,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan