Sabtu, 30 Julai 2011

AWAS JIKA DAH MELUAP2 DAN MELUAT2...MENGAKU JE SALAH...NAK LARI MANA...RAKYAT BERTAMBAH CERDIK...DE PERASAAN SEBAB KENA BODEK.....

Salahuddin, Mahfuz fail saman kerajaan
Jul 30, 11 1:19pm

Dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing akan memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.

NONEMenurut laporan Harakahdaily, saman itu akan dikemukakan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin (kanan), tindakan itu terpaksa diambil memandangkan penahanan pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di balai polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya dipetik Harakahdaily.

teargas action at KL SentralSalahuddin dan Mahfuz juga telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di balai polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur.

Dalam laporannya itu, beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai lalu lebih kurang jam 11.50 pagi, beliau bersama Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.

Perintah larangan

Apabila tiba di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk, seorang anggota polis menahan mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu (seorang) pegawai polis dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageSeorang pegawai polis lain, katanya,kemudian telah bertanya kepada beliau, sama ada beliau tahu terdapat perintah melarang bagi beliau memasuki Kuala Lumpur?

"Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke lokap polis Jinjang," katanya.

Sepanjang ditahan, Salahuddin juga mendakwa beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut perlembagaan dan melanggar hak asasi saya," katanya.

Sementara itu, peguam Zulhazmi berkata tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas polis, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    - cara melawan kuasa kakitangan kerajaan adalah menyaman mereka naik mahkamah. Bila dihadap kemahkamah, seluruh rahsia akan dibongkarkan Rakyat akan faham umno lah dibelakang pentas. Umno lah bagi arahan.
    - Memang pun kalau menang kes saman, ini pun duit rakyat , kalau nak bagi umno menyamun, merompak duit rakyat , elok lah PAS minta bayar ganti rugi. Kalau boleh duit pampasan ini derma untuk rakyat miskin atau disimpan sebagai tabung PAS.
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Jack, kamu spesies monyetkan? Tak payahlah komen di MK. Duduklah dalam hutan. Tinggal dalam hutan pun boleh juga jadi pencaci umno/BN. Kalau kaumu tak mahu tinggal d hutan, Dato 3T nak ambil kamu bekerja buat video.
    • Jack Patgc
      kan polis dah kate...jangan monyet
    • Ahmad Iqhram · 27 years old
      bakpe mu ni jack.... ckp mengarut je... salah mkn eper yg bt mu jd gini.... NK GILE....SENANG JE... DANG GILE NK JD PULIH SMULA PAYOH2..... Gni lah senang.... mu gile lh sorg... jgn kacau org sudoh.... deh?
  • Ally Llye · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    Saman...jgn tak saman...klu rasa teraniaya, lakukan. undang2 ada...perlembagaan pun masih wujud lagi...
  • Harun Jasin · Top Commenter · Jitra
    HAK KEADILAN & KEBENARAN WAJIB DIPERTAHANKAN.
  • Tai Hak Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama
    Jack Patgc, cara kau komen ni macam tidak kenal ABC, kamu pandai membacakah? atau sengaja bodoh dan membodohkan diti sendiri? kamu ini susah mencari manau mau letak, bodoh pun tidak, pandai pun bukan...mungkin gila, boleh jadi tempat kau ini.
    • Ibrahim Md Din · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      kau tak payah kena pimpin jack..kau pergi jahanam jer
    • Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
      mazlan ..minta derma kat rakyat ...tak pe..rakyat ikhlas .demi menegakkan kebenaran..saman utk mencari ketelusan ..bila Bn tumbang ...perasuah2yg menghabiskan duit rakyat ,bolh didakwa di makamah rakyat... kita tunggu nanti
    • Ahmad Iqhram · 27 years old
      jack......jack... tak biasa kene ni.... penakut mcm jack.... ddk diam2....x pyh komen aper2... kerana mulut badan biiiiiinaaaaaaaase........​ k? duk diam2 main congkok.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    HARIMAU TIDAK SELAMANYA KUAT DAN PERKASA.. BADAN YANG GESAR, KUKU YANG TAJAM DAN TARING YANG KUAT BELUM TENTU MENIMBULKKAN RASA TAKUT DAN GERUN KEPADA SEKALIAN MAKHLUK..JIKA TERSILAP LANGKAH, ADA KALANYA HARIMAU JUGA TEWAS DI TANGAN HAIWAN YANG LEBIH KECIL...ASALKAN AKAL DIGUNAKAN MENGATASI KESERAKAHAN.. LIHATLAH BAGAIMANA KISAH HARIMAU MATI HANYA KERANA SEEKOR NYAMUK

    LAMBANG PDRM ADALAH SEEKOR HARIMAU.. TETAPI SEKADAR SEEKOR HARIMAU YANG SUDAH KEHILANGAN TARINGNYA.. HARIMAU YANG DIPELIHARA DI ZOO ATAU SEKADAR HARIMAU YANG MENJADI BAHAN PERTUNJUKKAN SARKAS.. KUASA TUANNNYA LEBIH KUAT DARIPADA SIFAT GARANG HARIMAU ITU.. HARIMAU JENIS INI HANYA NAKAN PATUH DNA MENGIKUT SAHAJA APA YANG DIARAHKAN OLEH TUANNYA

Sultanah Johor: BERSIH 2.0 telah 'dirampas'
Lee Way Loon
Jul 30, 11
2:49pm

Selepas tiga minggu perhimpunan BERSIH 2.0 dilancarkan, perdebatan mengenainya terus berlarutan dengan seorang ahli kerabat diraja bertitah pertubuhan menuntut pembaharuan pilihan raya itu telah diramapas oleh kumpulan dan individu tertentu.

NONESultanah Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, bertitah meskipun niat asal perhimpinan BERSIH adalah tulen atau ikhlas, namun ia telah diambil alih oleh pihak lain.

"Mereka telah dirampas oleh kumpulan dan individu lain, idea asal mengenai pilihan raya umum dan ketelusannya telah hilang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menjawab soalan daripada seorang pelajar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia kali ke-5 di Hotel Kuala Lumpur Hilton pagi ini.

Raja Zarith Sofia, yang juga adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia, menasihatkan pelajar agar tidak mempercayai semua yang dilaporkan oleh media mengenai perhimpunan BERSIH itu.

Sebaliknya, titah baginda, mereka perlu menentukan sendiri mana yang benar dan cuba menilai sendiri sebanyak yang mungkin mengenai perkembangan di negara hari ini.


  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    saya tetap sokong bersih dan tak ambil peduli pandangan2 dari mereka yg tak pernah merasai apa itu erti penindasan , dizalimi dan dipinggirkan, tak pernah merasai berhimpit2 dlm bas, tak pernah kena maki dgn polis, tak pernah kena sumpah seranah pegawai2 kerajaan dll.jgn harap mereka2 ini akan bersimpati dgn perjuangan rakyat.
    • Arl Alex · Top Commenter
      DUS : hehehee..tapi isu perkataan "ALLAH" apa cite?? bab sabah / sarawak boleh guna tapi kat semenanjung x leh. tu bukan tanda kerajaan umporno ada islam timur dan islam barat ke?? bijaknya kerajaan...kuang..kuang..k​uang
    • Mose Gucci
      Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:

      “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
    • Mohamad Rizal Mansor · Top Commenter · UPSI
      aku sokongbersih
  • Wan Din · Top Commenter · Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
    Sultanah tak perlu menyibuk dengan dunia politik
    • Prangin Mannes · Top Commenter
      ada rakyat dulu baru wujudnya negara dan ada raja... ingat! semua ni...
    • Fazli Zainal Mfz · Top Commenter
      all royal family pls SHUT UP!!!!!!
    • Yoi Ayoi · Top Commenter
      dah btul la tu sultanah tu ckp...pe yg malunye...ape da...
  • Borack Oh Bama · Top Commenter
    sepatutnya pihak istana jangan campur dalam urusan politik.ini yang terbaik.istitusi raja harus bertindak secara adil dalam ucapan dan pandangan.Pelajar pula jangan cuba menglibatkan istitusi di raja dalam soal politik.Rakyat akan hilang hormat bila lapuran sebegini.

    Jika rakyat perlu berhati hati soal raja raja melayu.dan institusi di raja juga harus berhati hati dalam mengeluarkan ucapan berbaur politik.

    Rakyat menyanyung tinggi institiusi raja raja melayu.saya berpendapat semua pihak harus menjaga kesopanan dalam laporan media supaya jangan di gembur gemburkan .
  • Mohamad Ismail · Top Commenter
    jerit pedih adalah dari rakyat bawahan, rakyat marhaen. manusia-manusia dari siggahsana dan kumpulan bangsawan tidak pernah merasai kesusahan. barang mahal, cukai naik, keistimewaan sebagai rakyat telah lama dirampas. menjenguk rakyat bawah melaui peti t.v, mengetahui melalui akhbar belum boleh terjun kepada penilaian. siapalah golongan-golongan kasta btinggi ini untyuk bercakap tentang keperitan rakyat. pernahkah mereka berlaukkan ikan kering, berkongsi pakaian, sebiji telur bagi 3 orang. hatta si bapak kalau mampu setakat pasar malam dan pasar tani.....jangan berlakon. kami sudah penat. hasil mahsul negara bukan untuk difaraid kepada golongan kasta dewata raya. sebutir nasi kami tidak halalkan dunia akhirat jika di ranggah secara haram.
  • Adib Adam · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
    kerabat diRAJA Johor memang semua penyokong UMNO.. UMNO sendiri lahir dr golongan diraja dan dr Johor... patek mohon SEMBAH DERHAKA Tuanku...

K'jaan kaji langkah baru tangani kenaikan harga barang
Jul 30, 11 5:50pm

Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEBeliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Masuk Kampung Parlimen Pagoh hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat.


  • Ahmad Shah · Top Commenter · Terengganu
    kaji kepala bapak ko..... baru nak kaji......ko xrasa ape yg kami rasa.....pegi mampus dgn kajian ko tu...nak kaji guna duit rakyat lagi......yg tukang kaji dapat ribu2.....hasilnya...naikk​an harga semua barang....
    • Prangin Mannes · Top Commenter
      buat apa nak kaji!!!!... Siasat lah umnogok yg dah ambil rasuah tu.. pulang balik ke rakyat tu pun dah cukupi....

      buat ape peruntukan beberapa million shj...
      sedangkan rasuah Billionx2
    • Xyza Caution · Top Commenter · Kampung Aje
      menteri ni xde isu dah nk pujuk rakyat utk sokongnya...ckp melalut je....klau cara ni d guna masa tahun 1940 hari tu bleh la...skrg ni zaman 2011....semua rakyat dah bijak berfikir...mana baik dan mana buruk...
    • Wan Haikal · Universiti Malaya
      xpayah kaji,mmg rakyat dah tau dah hasil kajian tuu..ending nyerr bunyik camni.."ehem2...kita memahami akan keluhan rakyat ttg kenaikan harga barang,justeru hasil kajian kita mengesyorkan rakyat dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dah belilah barangan di Kedai 1 Malaysia yg pelekatnya ade gambar 1 besor tu,haha..."nk suh rakyat jimat konon,repair rumah korang berdua kat Putrajaya pun dah Juta2 wang rakyat habis...x pyh ckp psl jimat lah,menyampah aku dgr..
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Kerajaan omno ni baru nak kaji kenaikan harga barang.. kalau beginilah omno punya pemimpin, mampuslah rakyat.. Baru nak kaji... Kalau nak fitnah rakyat, bukan main cepatnya. Jangan bohongi rakyatlah wahai omno.. Rakyat dah masak benar dah siapa omnoporno ni, puuii.. Gaji tak naik, harga barang berkejaran naik. Lampu eletrik senyap-senyap naik... Apa semua ini wahai pemimpin omno.. Keparat punya pemimpin.. Pembohong..
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      barang naik macam kita naik tangga,sayur,ikan,gula,min​yak,susu dan lain2 lagi,tpm baru bangun tidur,tak nampak keperitan rakyat,pm dan tpm dah lama hidup mewah
  • Katak Lompat · Top Commenter
    AKU TENGOK MUKA MAHUDIN NI..TAK ADA TOKOH JADI PM..HANCUR UMNO...OH IA MENTERI KAJI. KAJI KAJI KAJI DAN KAJI LAGI..BANGGGGANG.
  • Aidy Irwan Ismail · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia
    hahahahah Najib kate tarik subsidi minyak ,,, muhyidin kate nak tmbh subsidi minyak...dah tedesak sungguh ni.
  • Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alam
    asyik kaji je.....turunnya tidak!!!!!!sibuk dengan NKRA (najib kerja rosmah arah)
    • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      kecoh je lebih apa pun taraak,org ramai makin hari makin susah,dia makin hari makin senang lenang semuanya free,makan berak semua rakyat tanggung
    • Andaz Muhammad · Top Commenter · Kolej
      KAJI,KAJI SIASAT,SIASAT..INILE KEJA KERA JAAN MALAYSIA DALAM RAKYAT D DAHULUKAN...MUKA KAU DAH MACAM TEPONG GOMAK...CAKAP BUKAN MAIN LG...TP SATUPUN BARANG TAK TURUN,,,SIAP KAU ORANG RAKYAT AKAN TURUNKAN NANTI..
    • Dol Mat · SMK Seksyen 9 Shah Alam
      die kaji nk nek kn lg harga barang lah..raye kn dah nk dekat kui kui kui







Hadis Pertama : -

TAKWA DAN PERPADUAN
ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN


H.R. ABU DAUD DAN TIRMIZI


Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga dari pada Rasulullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis ini iaitulah : -

1. Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam apa juga keadaan pun dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw dan sunnah-sunnah khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw dan sunnah para khulafa ArRasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali ra) yang mana mereka telah mendapat pertunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalanm ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. InsyaAllah...

4. Menjauhi perkara-perkara atau apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.


Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan