Selasa, 19 Julai 2011

BILA FIKIRAN KITA MASIH SEMPIT..KELULUSAN IJAZAH RATUSAN RIBU MENGGANGGUR..JUTA KELULUSAN IJAZAH BERKERJAYA..RATUSAN UNIVERSTI DAN KOLEJ..BOLEH TIPUKE

Timbalan KPN Minta Jangan Musuhi Polis, Siapa Yang Memusuhi Siapa?

Oleh WFAUZDIN NS

TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas.

Namun demikian, sebelum Timbalan KPN mengeluarkan amaran sedemikian rupa sepatutnya beliau memberikan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar Timbalan KPN mahu pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat.

Masalahnya, adakah kita boleh salahkan anggota bawahan Polis semata-mata sedangkan kita tahu bukan sedikit pegawai-pegawai atasan mereka yang 2 x 5 dengan perangai anggota bawahan yang langsung tidak bermoral dan beretika itu? Bahkan, beberapa kenyataan dan tindakan dari Timbalan KPN sendiri pun seolah-olah seperti memberi lesen kepada perangai-perangai buruk anggota bawahannya. Justeru itu, munasabahkah beliau mahu rakyat memuji dan memuja pihak Polis sedangkan apakah yang telah beliau lakukan untuk memperbaiki imej Poli

Sejurus selesai Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, tidak seorang pun pegawai atasan Polis yang tampil untuk memohon maaf di atas beberapa tindakan anggota bawahannya yang melampau dan tidak melambangkan sebagai seorang anggota keselamatan yang mesra rakyat. Zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Sukar sangatkah untuk merendahkan diri sedikit bagi mengaku kesilapan? Atau, masih yakin bahawa kezaliman itu memang dibenarkan di dalam melaksanakan tugas Polis?

Perhimpunan BERSIH dikatakan `haram' kerana tiada permit. Mengapa tiada permit? Jawapannya Permit tidak dikeluarkan. Mengapa tidak dikeluarkan? Jawapan mereka demi keselamatan. Akhirnya keselamatan dijadikan alasan untuk menghalang hak rakyat untuk bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Aspek keselamatan sebenarnya bukan hanya kerana berhimpun bahkan tanpa perhimpunan pun jenayah berlaku setiap hari di merata tempat. Adanya perhimpunan juga bukan bererti pasti berlaku huru-hara.

Perhatikan Konsert Jom Hebuh yang dihadiri oleh berbagai golongan yang majoritinya golongan muda, pernahkah berlaku huru-hara? Apa yang sering dilihat selepas selesai Konsert Jom Hebuh adalah terjumpanya ribuan kondom di merata tempat. Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya bersama PM pun tidak berlaku huru-hara. Banyak jalan juga ditutup sewaktu kita menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos di Ibu Kota, tiada seorang pun yang merungut sukar untuk berniaga mahu pun kesukaran mendapatkan pengangkutan awam, jauh sekali untuk melihat huru-hara.

Mengapa semua ini tidak dinilai oleh pihak Polis sebelum menimbang untuk meluluskan atau menolak permit yang dipohon oleh BERSIH? Sukar sangatkah untuk mengawal peserta perhimpunan yang ingin berhimpun di dalam stadium? Mana lebih sukar, mengawal di dalam stadium atau mengawal di jalanan? Mengapa mesti `memaksa' BERSIH mengadakan perhimpunan di jalanan?

Hakikatnya Polis tahu jika perhimpunan berlaku di jalanan sekali pun, jika dikawal dengan baik apatah lagi tiada provokasi dari mana-mana pihak sudah pasti suasana perhimpunan pasti aman, licin dan teratur. Jika ini berlaku, sudah pasti Kementerian Dalam Negeri tidak perlu mengeluarkan belanja RM 25 sepinggan untuk makanan nasi goreng dan seketul ayam untuk tahanan di dalam lokap. Sudah pasti kita boleh jimatkan RM 40 Ribu untuk makanan tahanan peserta perhimpunan yang kurang dari 2,000 orang itu. Tentu kita boleh jimatkan bekalan air kimia (water canon) dan bom asap yang agak mahal juga kosnya.

Malangnya, pihak Polis memilih untuk berdepan dengan rakyat yang telah merayu untuk memasuki stadium. Para peserta perhimpunan hadir dengan belanja sendiri tanpa sebarang senjata, tua, muda dari berbagai ugama dan bangsa dipaksa berdepan dengan pihak Polis yang bersenjata lengkap yang bukan musuh mereka. Siapa boleh nafikan tiada peserta perhimpunan yang dikasari dan dipukul? Siapa boleh nafikan berlakunya kematian semasa perhimpunan yang lalu?

Setelah semua ini berlaku, Timbalan KPN mahu rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis.Link Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya. Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa.

Benarlah kata-kata dari Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS di dalam ceramahnya di P.Pinang baru-baru ini yang menyebut, " Sekiranya PR memerintah Putrajaya, Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno". /wfauzdin.blogspot.com

Serikandi Pertiwi
RD Hanim

Serikandiku telah pergi
Kali ini sukar diganti
Biar seribu
Serikandi ini istimewa sekali
Tabah tidak pernah gentar
Sabarmu, tumpas angkuh pendekar
Cekal tidak kenal takut
Lembutmu, tewas para pengecut

Serikandi sejati,
Ayu wajah berseri
Indah budi pekerti
Besar diri tiada setitis
Harga diri tiada terhakis
Pada ayu wajah, terpancar Mithali bonda
Pada pekerti indah, terpancar Serikandi bangsa
Dalam lunak suara, bersulam Kata Nabi
Dalam petah bicara, berselang Firman Illahi

Serikandi Pertiwi,
Senang dalam payah perjuangan
Tenang dalam ranjau keislaman
Tinggalkanlah medan bakti
Pergilah ke medan abadi
Katakan pada Tuhanmu
Telah kau luruskan jalan berliku
Telah kau lunaskan perintah amanah
Tuntutlah hakmu, Ketenangan hakiki di Jannah

18Julai11. Mengenang Dr Lo'Lo'.

Serikandi yang menemui Illahi. Al Fatihah

Perjuangan Dr Lo’ Lo’ perlu diteruskan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali malam semalam sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kerana peranan beliau sangat penting dalam perjuangan PAS di Titwangsa dan semestinya amat sukar dicari ganti.

Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hasan berkata Almarhumah Dr Lo' Lo' juga seorang yang gigih berjuang dan telah berjaya dengan segenap tenaga melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya.

“Dan ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat parlimen Titiwangsa khususnya selepas beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu,” katanya.

Beliau menambah, walaupun peruntukan tahunan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen disekat, ia tidak mematahkan semangat almarhumah untuk terus berjuang memberikan khidmat kepada rakyat di Titiwangsa sehingga nafas terakhir.

“Jasa dan peranan beliau sangat besar, dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran dan nasihat kepada Pemuda tidak akan kami lupakan malah akan menjadi azimat kepada perjuangan kami,” katanya.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, telah bersedia menyahut amanat beliau agar terus mempertahankan Parlimen Titiwangsa dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang dengan segenap tenaga dan kekuatan Pemuda.

“Pemuda juga berjanji akan terus memikul amanah rakyat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada kami, bersama-sama dengan PAS kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa,” katanya.

Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan kewangan bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah ditinggalkan allahyarhamuha di Titiwangsa, dan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa kepada PAS, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Dewan Pemuda PAS Titiwangsa BIMB 14041010075204.

Semoga setiap sumbangan akan diganjari dengan kebaikan berlipat kali ganda daripada Allah SWT.


PAS malu Melaka restui operasi dilanjut
Elissa Helmy
Jul 19, 11
9:20am

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidik berkata, kerajaan BN Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut berasa malu kerana merestui keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin SidikMengulas langkah yang diambil kerajaan negeri Kedah, beliau berkata, sebaik-baiknya keputusan yang dilaksanakan kerajaan PAS Kedah dapat dicontohi negeri Melaka bagi memastikan pusat hiburan tidak dikunjungi orang Islam.

Beliau percaya kakitangan penguatkuasa 'tidak terkejar' untuk memantau semua pusat hiburan dalam satu-satu masa pada Ramadan khasnya.

“Cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Melaka supaya dapat mengekang masyarakat Islam terus terjerumus dengan keadaan mungkar ini apatah lagi dalam bulan mulia.

“Saya turut berasa malu apabila bangsa lain turut tidak bersetuju dengan tempoh operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi kerana boeh meningkatkan gejala maksiat dan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tiada isu terpaksa tunduk kepada rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat berkaitan pengoperasian pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan.

Jelasnya, Islam adalah agama yang bertoleransi dengan penganut agama lain khasnya keadaan negara yang didiami dengan rakyat berbilang kaum.

NONE“Kebenaran kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa adalah hasil perjumpaan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan pengusaha dan beberapa syarat sudah ditetapkan.

“Kerajaan bertegas akan menarik balik lesen perniagaan sekiranya pengusaha gagal mengawal kemasukan orang Islam ke pusat itu pada Ramadan.

“Isunya bukan kita tunduk kepada DAP tetapi hak penganut lain harus dihormati dan keputusan yang dilaksanakan ini adalah demi kebaikan semua pihak,” katanya.

  • Syazni Saiful · UITM
    cerita nk putar belit je.. klu btol malu.. nape kt slangor x bising? sedang kn skarang nie kt selangor berlambak pusat urut... semakin byk pusat hiburan judi.. npe x benteras? selangor la punce anak mude rosak akhlak... ckp je pandai.. tp putar belit.. pas2 bersekongkol dengan parti bkn islam.. cm ne la PAS skarang nie.. tujuan utama dah lari dari memperjuangkan agama islam... karut sume nie...
  • Donnie Brasco · Multimedia University
    anugerah Ibrahim Ali untuk cik Syazni Saiful..
    Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

    Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA.

    Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
    Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.
  • Shah Rizal Ahmad · Pengulas Tertinggi · ITTAR
    Ape Kes Mohd Ashraf Hafiz.... Nak Tukar nama kepada Aleesha Farhana... Elok-Elok Jadi Jantan... Nak Jadi Tiner... Ape Nak Jadi Melayu Sekarang...
    Zul Spek · Friends with Miera Razmie
    awak kenal ibrahim ali syazni saiful? pglah berkawan dgn die...

6 jawatankuasa ditubuh siasat kezaliman polis
Jul 18, 11 6:09pm

Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di Genting Highlands, hari ini.

NONESehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut.

"Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat enam tohmahan itu.

Bawa ke mahkamah

"Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin," katanya.

NONEKhalid berkata sekiranya perlu polis bersedia menayangkan video mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada perhimpunan itu.

"Sekiranya perlu kita akan siarkan video itu selepas jawatankuasa yang ditubuhkan selesai menyiapkan laporan berhubung perhimpunan itu," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan yang dilakukan ketika perhimpunan itu, Khalid berkata tangkapan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang, jika mereka yang ditahan tidak berpuas hati dengan tugas polis, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah.

baharudin ahmad in bersih rally 1"Tangkapan yang dilakukan kebanyakannya kerana memakai baju BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil)...sebahagian besar tangkapan telah dibebaskan tanpa syarat dan sebahagian lagi kita siasat sebab ajak orang berhimpun.

Sementara itu, Khalid turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti dakwaan kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, 59, akibat gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan itu supaya menyerahkan bukti itu kepada polis.

bersih rally petaling street 090711"Kalau ada bukti tunjukkanlah...jangan sebarkan dakwaan itu tanpa ada kesahihan," katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Baharudin itu yang menyertai perhimpunan di kawasan KLCC pada 9 Julai adalah akibat komplikasi jantung dan bukan berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu.

- Bernama

  • Saiden Zakaria · Bekerja di Ilham jurutera sdn. bhd.
    x yah berikan, polis blh tgk dan ambil internet ja, banyaaaaaaaaaaaak oooooooooo, gambar2 tu.
    • Abdul Rahman Wahab · Melaka
      cara2 nak menipu pakcik/makcik yang tak buka internet
    • Han Nuar · Friends with Maba Budu
      hehe..tu pun ramai lg yg x upload..termasuk saya...
    • Mas Sha · Friends with Saiden Zakaria
      BETUL, BETUL, BETUL. SAYA SETUJU TU. TAK PAYAH NAK MINTA2 RAKYAT UNTUK SERAHKAN BUKTI VIDEO. CARI SENDIRI DALAM INTERNET. APA PDRM "PEMALAS" KE. PATUTLAH SELAMA INI JENAYAH BERLELUASA DAN PENJENAYAH TAK DAPAT DI CARI. SEMUANYA NAK HARAPKAN RAKYAT TOLONG. DAH ITU KERJA PDRM. BUAT LAH. GAJI NAK, BUAT KEJE MALAS. NAK RASUAH JE. BIAQ PI DIA BUAT KEJE DIA. RAKYAT TENGOK APA HASIL KEJE DIA. KPI KONON. P LAH ANJING.
  • Johari Bakar · Pengulas Tertinggi
    Boleh percaya ker statement ni....."Polis kan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar"..... At the end of the day "No Action Talk Only".......
    • Ibrahim Wan · umur 38 tahun
      hahaha... Telus pada seorang penipu


Kain rentang anti BERSIH di Umno Ampang
Jul 18, 11 6:39pm
Polis akan menyiasat kain rentang anti-BERSIH 2.0 yang dipasang di bangunan Umno bahagian Ampang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

NONEMenurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Amiruddin Jamaluddin, anggotanya belum menyedari kehadiran kain rentang itu dan akan menyiasat.

“Ini berkaitan BERSIH. Kita akan menyiasat kain rentang dan melihat sama ada ia mematuhi undang-undang negara,” katanya.

Kain rentang itu, antaranya berbunyi: “Agenda jahat Pakatan haram! Kuburkan Bersih!”. Turut dipaparkan adalah logo BERSIH 2.0 yang berwarna kuning.

NONESatu lagi kain rentang berbunyi: “Himpunan Bersih gugat keselamatan negara, KDN bertindak sekarang.

Gambar kain rentang berkenaan dihantar oleh pembaca Malaysiakini yangmempertikaikan ketiadaan tindakan terhadap Umno yang dianggap “dwi-standard”.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata logo BERSIH 2.0 adalah haram dan mereka yang memakai baju T dengan logo berkenaan akan ditangkap.

NONEKetika dihubungi, pengerusi Umno bahagian Ampang Ismail Kijo berkata kain rentang berkenaan telah dinaikkan sejak dua minggu lalu dan oleh kerana perhimpunan BERSIH 2.0 telah berlalu, pihaknya akan menurunkan kain rentang itu.

"Kain rentang dinaikkan sebelum perhimpunan 9 Julai. Ini dilakukan oleh Pemuda Umno untuk menyuarakan bantahan kita kepada perhimpunan BERSIH,” katanya.

“Kita bukannya menjalankan kempen jangka panjang. Kain rentang itu akan diturunkan tidak lama lagi. Jika mereka (BERSIH 2.0) hentikan tuntutan mereka, kita akan juga berhenti.”

Pada 2 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram.

RTM sedia siar video BERSIH demi kesahihan, keadilan
Jul 18, 11 6:48pm
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.

rais yatim pc 020709 02Beliau berkata polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu.

"Pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat Banting hari ini.

Rais berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan.

Beliau juga berkata polis tidak semestinya "sentiasa senyum dan gosok belakang orang."

"Kalau polis sudah begitu, orang awam tidak gentar. Kita tidak mahu polis terlalu senyum atau terlalu lembut sampai orang kata bagaimana nak mempertahankan negara," katanya.

- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan