Selasa, 19 Julai 2011

BERKUASA MEMANG KADANG LUPA...KEJAHATAN SERTA DOSA SENDIRI...TUNGGU AZAB NERAKA...TAK KIRA JAWATAN APA DIDUNIA..YG LAWAN ALLAH TETAP DAPAT BALASAN...

Bersih: Hishammuddin jangan berlagak ugut rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS mengucapkan tahniah di atas keberanian 11 doktor Hospital Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa sememangnya polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas sememangnya polis melakukan tindakan itu.

Menurutnya, mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut.

11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ.

“Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Idris menambah, Hishammuddin tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai kerana sikap tidak profesional polis dan keganasan mereka sudah ditonton oleh dunia.

“Hishammuddin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional,” ujarnya.

Beliau berkata, di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi.

“Sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Hishammuddin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa,” katanya lagi.

Tambahnya, terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku tembakan gas pemedih mata dan air berasid di perkarangan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu, bukan hospital di Gaza Palestin.


Pemukiman PAS rangka pendekatan hadapi PRU 13
Harakahdaily

KUALA LUMPUR 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan, pemukiman yang dibuat oleh PAS telah mempersiapkan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang melalui projek Roadmap to Putrajaya.

"Kita telah berbincang panjang berdasarkan kajian dan perbentangan yang dibuat dan kita gembira sekarang kerana mempunyai fokus yang jelas dalam mempersiapkan diri kita menghadapi PRU ke 13," kata Abdul Hadi dalam wawancara khas dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Wawancara itu diadakan selepas pemukiman khas yang diadakan oleh PAS selama dua hari bermula 17 Julai hingga hari ini di sebuah hotel dekat Ampang.

Ia melibatkan semua pimpinan utama PAS khasnya AJK PAS Pusat dengan dipimpin oleh Abdul Hadi sendiri.

Dalam mencapai hasrat ini, katanya, PAS akan melaksanakan dua pendekatan iaitu memulihkan demokrasi dan memecahkan kebuntuan maklumat bagi mempastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi.

"Pertama kini akan gunakan sepenuhnya sumber tenaga manusia yang kita ada dan kedua menggunakan sepenuhnya saluran media alternatif," kata beliau.

PAS, katanya, akan menggunakan sepenuhnya ahlinya yang berjumlah kira-kira satu juta bagi mempastikan maklumat yang hendak di sampaikan PAS sampai ke bawah.

Untuk itu, katanya, PAS akan memperkuatkan jentera di semua peringkat.

"Tentu kita memerlukan tenaga dan wang yang banyak dan yakin ahli kita dapat memberikan sumbangan sewajarnya untuk menjayakan projek ini," kata Abdul Hadi penuh yakin.

Bagi beliau, kejayaan PAS di Kelantan, Kedah dan sebelum ini di Terengganu adalah hasil kekuatan jentera PAS di negeri itu.

"Kita tidak mahu lagi menang hasil dari kelemahan musuh," katanya.

Untuk mencapai hasrat itu juga, katanya, PAS sedang menyusun langkah untuk menggunakan sepenuhnya media alternatif dengan seluas mungkin.

Berhubung dengan media, Abdul Hadi meminta orang Melayu khasnya mencontohi kekuatan media di kalangan orang Cina dan India.

"Media berbahasa Melayu tidak mengembangkan minda tetapi terikat dengan agenda pemimpin BN semata-mata. Sebab itu, isu-isu di kalangan orang Melayu tidak ke mana berbanding dengan isu-isu di kalangan orang Cina," katanya.

Beliau merujuk kepada beberapa isu yang sama di kalangan orang Cina yang sangat berkesan namun ia tidak ke mana apabila berlaku di kalangan orang Melayu.

Misalnya isu kematian Teoh Beng Hock menjadi isu besar tetapi kematian pegawai Kastam, Ahmad Sarbani yang juga jatuh dari bangunan SPRM tidak ke mana.

Begitu juga kematian Allahyarham Baharudin Ahmad tenggelam di celah asap gas pemedih mata yang ditembak ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Hiburan: Umno lulus mengapa MCA, Gerakan serang PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pelik bin Ajaib. Itulah kiasan yang paling tepat untuk mereka yang terlibat meluluskan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 tersebut yang kini menyerang PAS.

Sedangkan PAS yang sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa bulan Ramadhan.

Sebagai reaksi balas kepada tuduhan bahawa tindakan kerajaan Kedah melaksanakan mempunyai agenda mewujudkan negara Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan bertanyakan kepada pemimpin MCA dan Gerakan, mengapa minda mereka tidak timbul pun soal ada agenda untuk negara Islam ketika Umno membentangkan perkara itu 14 tahun yang lalu.

“Sewaktu enakmen ini diluluskan tentulah kajian telah dibuat, tapi minda MCA dan Gerakan tidak timbul pun soal ada agenda untuk menubuhkan negara Islam,” ujarnya.

Katanya, kalau tindakan kerajaan negeri Kedah dikatakan ada agenda negara Islam, maka Barisan Nasional yang sepatutnya ditujukan tuduhan itu kerana mereka yang meluluskan enakmen tersebut.

Tuan Ibrahim juga turut menimbulkan beberapa persoalan mengenai kenyataan MCA Kedah semalam yang mengakui bahawa Barisan Nasional sememangnya meluluskan enakmen tersebut, tetapi ia tidak dikuatkuasakan.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan BN negeri di Kedah pada masa itu tidak pernah melaksanakan dasar-dasar ini yang memberi kesan kepada bukan Islam kerana kerajaan BN negeri mempunyai keyakinan bahawa orang bukan Islam akan mempunyai sikap saling hormat-menghormati cara hidup Islam, yang merupakan teras intipati Barisan Nasional (BN) di bawah 1Malaysia,” kata Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew.

“Adakah MCA sedang mengatakan bahawa mereka menyokong enakmen tersebut diadakan di Kedah kerana dari awal mereka dah tahu Umno tiada niat untuk melaksanakannya, sebelum dan selepas era 1Malaysia?” tanya Tuan Ibrahim.

Menurutnya, sememangnya dari awal itulah cara Umno dan MCA untuk menipu umat Islam di Kedah, dengan memperjuangkan Islam secara zahir, dengan membuat enakmen yang kononnya ingin mewujudkan suasana yang lebih baik untuk Ramadhan tetapi langsung tidak berniat untuk melaksanakannya.

Katanya, kerajaan Kedah kini hanya melaksanakan apa yang telah diluluskan oleh kerajaan Umno BN 14 tahun yang lalu, itupun setelah melihat adanya kelemahan dalam pelaksanaan enakmen tersebut, kerajaan Kedah telah mengambil inisiatif untuk membuat rombakan pelaksanaannya supaya ia boleh diterima baik oleh semua pihak.

Tambahnya, ini bermakna pada zaman Umno, para pengusaha hiburan tidak segan-silu untuk menerima pelanggan umat Islam yang ingin bersuka ria ketika bulan Ramadhan tanpa memahami tanggungjawab sosial untuk mewujudkan suasana yang baik di bulan Ramadhan untuk masyarakat Islam sekitar.

Sekarang di bawah PAS, katanya para pengusaha hiburan sedar mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dalam membantu kerajaan negeri menggalakkan umat Islam keseluruhan untuk menunaikan ibadah untuk mendapat keredhaan Allah.

Takut istilah negara Islam

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyifatkan sikap ketakutan terhadap negara Islam sebagai isu yang sentiasa dimomok oleh MCA dan Gerakan bagi menjaga sokongan masyarakat bukan Muslim terhadap mereka.

Dalam hal ini juga, beliau berkata ia jelas menunjukkan sikap dan pemikiran dan permainan politik lama Barisan Nasional yang masih tidak berubah-ubah sedangkan hari ini, maklumat boleh diperolehi dengan senang dan mudah.

Namun, menurutnya sehingga kini kebanyakan umat Islam, kecuali pemimpin-pemimpin Umno yang suka bersekongkol dengan MCA dan Gerakan masih tertanya-tanya apakah yang sangat dikhuatiri oleh mereka dalam agama Islam.

“Dalam 20 tahun PAS membangunkan kerajaan Kelantan secara Islam; apakah benda yang amat menakutkan mereka dalam pentadbiran Islam PAS?

“Apakah yang mereka tidak puas hati? Apakah kerana ada amalan agama dan budaya bukan Muslim terancam di Kelantan?

“Apakah kuil-kuil, tokong-tokong dan gereja-gereja diganggu? Apakah mereka dilarang menjual dan memakan daging khinzir?

“Apakah mereka dianiayai dan sering dikecam secara indirect sebagai kaum pendatang seperti apa yang Umno buat di peringkat persekutuan dan juga negeri?

“Apakah kerana kerajaan Kelantan tidak boleh dirasuah, tidak pemimpin yang suka berat sebelah atau yang suka salah guna kuasa seperti Umno?

“Apakah kerana kesukaran untuk berjudi?” soalnya.

Justeru, ujarnya tengoklah kehidupan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan dan bandingkan dengan kehidupan Menteri-Menteri Besar Umno, termasuk yang sudah tercicir ke mahkamah kerana rasuah.

“Sebenarnya, apa dia yang mereka takut sangat pada pentadbiran Islam PAS?” soal beliau.

Seandainya ditanya apakah yang menakutkan MCA dan Gerakan dengan istilah negara Islam, Tuan Ibrahim berkata beliau sebenarnya yakin apa yang mereka bimbang hanyalah sesuatu yang akan menggambarkan kejahilan mereka terhadap negara Islam, walaupun setelah 54 tahun berkawan dengan Umno yang mengaku dirinya pejuang Islam.

“MCA dan Gerakan yang menakutkan orang lain terhadap istilah negara Islam sendiri tidak mengetahui maksud yang sebenarnya – lebih sedih lagi, di dalam Barisan Nasional, ada orang Islam yang sengaja membiarkan orang bukan Islam untuk terus salah faham mengenai negara Islam yang sebenar,” bidas beliau.

Sebagai manusia, nasihat beliau, kita tidak sepatutnya takut kepada perkara yang kita tidak tahu kerana manusia menjadi musuh kepada apa yang dia tidak mengetahuinya.

“Sebagai seorang Muslim, kita harus menerangkan kepada rakan-rakan kita yang salah-faham dan ketakutan mengenai istilah negara Islam dan bukan membiarkan mereka terus dikelirukan oleh orang yang jahil.

“Istilah negara Islam tidak perlu ditakuti semata-mata kerana tidak tahu – PAS sentiasa berbuka hati untuk menjelaskannya, dan PAS juga menjemput rakyat, terutamanya bukan Muslim yang masih takut dengan istilah negara Islam datang melawat Kelantan dan menghayatinya sendiri konsep pentadbiran ‘Membangun Bersama Islam’ ala-PAS,” pelawa beliau.


Pensyarah, pelajar Kist bantu mangsa kemalangan

Harakahdaily

KOK LANAS, 19 Julai: Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal berlaku kira-kira jam 5.50 petang semalam di laluan Kota Baharu – Kuala Kerai mengakibatkan seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah.

Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

Mangsa seorang warga emas yang ketika itu yang cuba memasuki lorong kanan tiba-tiba dirempuh dengan sebuah kenderaan Proton Saga berwarna merah yang dipandu dengan laju dan dengan memotong di laluan sebelah kiri menyebabkan kenderaannya gagal dikawal lalu merempuh mangsa.

Menurut Amin Zafri Abd Rahman, pensyarah perubatan daripada Kolej Islam Sains & Teknologi (Kist), beliau melihat mangsa melambung dan terhumban di atas cermin kereta sebelum jatuh di atas jalan raya.

Beliau kemudiannya meluru ke arah mangsa dan meletak motosikal menghalang laluan masuk ke lorong kanan untuk membantu mangsa.

Beliau mengalihkan mangsa yang masih bernyawa dan segera memberikan bantuan kecemasan.

Setelah diperiksa mangsa mengalami kepatahan tulang betis sebelah kanan dan kepala dengan perdarahan yang teruk.

Mangsa juga turut diselamatkan oleh seorang Pelajar Pembantu Perubatan daripada Kist yang secara kebetulan melalui jalan yang sama.

Menurut pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan Mohd Zin mengesyaki kemalangan mungkin berlaku kerana orang ramai berkumpul di jalan raya.

Dari jauh, beliau terkejut apabila melihat pensyarahnya berada di situ.

Beliau bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pensyarahnya sedang memberikan bantuan seorang diri.

Pelajar berkenaan kemudiannya membantu dan mangsa dapat distabilkan sebelum ambulans dari Klinik Kesihatan Pulai Condong tiba setengah jam kemudian.

Mangsa yang dikenali sebagai Ismail kemudiannya dibawa ke Hospital Macang untuk rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu bolehlah menghubungi Balai Polis Kok Lanas di talian 09-7888322.


Aktivis Bersih sangkal dakwaan Utusan
Jul 18, 11 9:05pm

Dakwaan sebuah akhbar milik Umno hari ini bahawa protes menuntut pembaharuan pilihan raya boleh mendedahkan negara kepada campurtangan kelompok pro-Yahudi, hari ini disangkal oleh aktivitis pilihan raya.

Lidah pengarang Utusan Malaysia hari ini menyebut: "Ketika gendang atas nama hak asasi manusia semakin kuat dipalukan ia memberikan kesempatan terbaik kepada kelompok pro-Yahudi untuk campurtangan di mana-mana juga negara Islam."

NONE"Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan mana-mana pihak terutamanya puak Yahudi mencampuri urusan negara secara halus," tulis akhbar milik parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebarang dakwaan penglibatan Yahudi adalah isu yang sangat sensitif di Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Lidah pengarang tersebut dikecam oleh BERSIH 2.0, yang mengadakan perhimpunan di ibunegara yang menarik ribuan peserta pada 9 Julai lalu.

Polis bertindak menahan lebih 1,700 orang dan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan yang disokong oleh pembangkang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

NONESambil menyangkal dakwaan tersebut, seorang wakil BERSIH, Andrew Khoo (kanan) berkata ia menunjukkan percubaan berulang kali oleh sesetengah pihak dalam masyarakat untuk memecahbelahkan negara mengikut garis kaum dan agama.

"Dan kita mahu tegaskan bahawa pada akhir hari berkenaan, pada 9 Julai, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama tampil menyokong tuntutan pembaharuan pilihan raya."

Sebelum perhimpunan tersebut, Utusan melaporkan dakwaan bahawa protes itu disokong oleh kumpulan Kristian.

Menurut Khoo, akhbar berkenaan patut berhenti membuang masa memburuk-burukkan perhimpunan tersebut.

BERSIH menuntut beberapa perubahan dalam pilihan raya, seperti memperkenalkan dakwat kekal untuk menghalang pengundian lebih daripada sekali dan untuk menghapus perbuatan membeli undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula berkata pilihan raya di negara ini berjalan secara adil dan telus.

-AFP





Ku Li yakin Gua Musang kekal milik BN
Jul 18, 11 7:21pm

Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan cerah mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, kata ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah.

NONEKatanya ini berikutan sokongan rakyat terhadap kepimpinan BN yang memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya lepas terus bertambah di samping banyak janji telah dapat ditunaikan.

Beliau turut mengumumkan strategi BN pada pilihan raya kecil DUN Galas November lalu juga akan digunakan kerana ia memberi kesan kepada sokongan rakyat secara berterusan.

"Kita yakin BN boleh menang di kawasan kita ini pada PRU ke-13 nanti kerana rakyat sudah merasai suasana kesepakatan kita bersama dalam membawa perubahan termasuk kemajuan kawasan kampung," katanya ketika merasmikan Kursus Kemantapan Organisasi dan Hala Tuju Perjalanan Umno, dekat Gua Musang hari ini.

- Bernama


Polis tendang saya, dakwa aktivis K'tan
Hafiz Yatim
Jul 18, 11
6:57pm

Seorang aktivis di Kelantan mendakwa dia telah ditendang dua kali oleh anggota polis yang berlainan ketika ditahan di lokap ibupejabat polis Bachok bulan lalu.azlanDalam laporan polisnya, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 36, berkata, dia dalam perjalanan untuk mengambil tiga anak perempuannya di SK Serting pada kira-kira jam 1.15 petang 20 Jun, apabila dia diarahkan berhenti oleh lelaki berpakaian seragam di Wakaf Aik-Kota di Jembal.

"Tiada kon polis dan pagar sekatan polis diadakan," katanya sambil menambah dia keluar dari kereta dan memberitahu keretanya ada cukai jalan dan dia dalam perjalanan menjemput anaknya di SK Sering.

Katanya, seorang lelaki yang memakai tanda nama Fairus kemudian memintanya menunjukkan lesen memandu.

Ahmad berkata, dia kemudiannya memberitahu lelaki itu hanya polis trafik boleh meminta lesen memandu saya dan dia sepatutnya meminta kad pengenalannya.

Katanya, apabila lelaki itu meminta kad pengenalannya, dia kemudiannya meminta lelaki itu menunjukkan kad kuasa polis.

"Dia menunjukkan kepada saya kad kuasanya dari jauh dan singkat, dan saya minta beliau memberi masa kepada saya untuk meneliti butiran nama dan nombor anggota pada kad kuasa tersebut, untuk saya buat pengesahan melalui telefon dengan balai polis Bachok," laporan polis tersebut dipetik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan