Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketika pemimpin dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera. “Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. PAS, katanya hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera. Selama ini, ujarnya penganalisa itu hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang Buku Jingga. Menurutnya, perkara prinsip yang diketengahkan di dalam Buku Jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka. Beliau menambah, perkara asas yang mengukuh sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN. Pada hal, katanya sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan. “Contohnya kerajaan Kedah dalam Bajet 2010 telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta,” katanya. Begitu juga, tambahnya kemampuan kerajaan Kelantan yang sudah melebihi 20 tahun memerintah. Beliau berkata, sebenarnya prinsip yang terdapat dalam Buku Jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tusyen rakyat, menaikkan gaji guru Kafa sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR. PAS, ujarnya merasa pelik dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bankrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu. Tambahnya lagi, alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion. “Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah. “Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing,” ujarnya. Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan. Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan. Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan. Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan. Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ. Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang. Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku. Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya. Baja satukan 'Datuk T', kata pengawal peribadi Seorang bekas pengawal peribadi kepada allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendakwa 'baja' menyatukan ketiga-tiga individu yang menamakan kumpulan mereka 'Datuk T'. Kumpulan itu juga mengaku bertanggung jawab di sebalik tayangan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Mohamad Mahti Abdul Rahim (kanan), 53, dalam penjelasannya berkata ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memiliki kilang baja, Aman Agroprenuers Sdn Bhd, di Naka, Kedah dan cuba mendapatkan tender bagi membekalkan baja kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda). Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja. Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay. Walaupun Mahthi membenarkan Malaysiakini melihat kedua-dua belah kad perniagaan itu, beliau tidak membenarkan kami merakamkan gambar pada sebelah satu lagi bagi melindungi identiti beberapa individu. Menurut Mahti beliau mengetahu perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari diminta melobi kepada pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra). Dakwanya lagi, Eskay cuba mendapatkan kontrak bagi membekalkan bajanya kepada Felcra tetapi beliau kurang senang dan menarik diri. "Dia beri saya RM500 untuk perbelanjaan saya. Pengurus dia ada berjumpa tentang baja ini. "Dia kata jika dapat jual ini bahagian-bahagian yang akan dia bagi pada pegawai Felcra... Bila saya kaji semula ini satu rasuah jadi saya tak setuju dengan apa yang dikemukakan. Saya sms katakan lupakan saja," kata Mahti. Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi pengawal peribadi itu juga mendakwa beliau memperkenalkan Eskay, yang ketika itu seorang ahli pysioterapi kepada adik-beradik Sidek dalam pasukan badminton negara kepada bossnya ketika itu, Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi. Berikutan itu, Megat Junid memperkenalkan Eskay kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda. "Masa itu lah dia kenal dengan (mereka semua). Dia selalu kata Mahathir anggap dia sebagai anak dan Anwar tu abang dia. "Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun. “Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun. “Sama ada video itu tulen atau tidak, saya tak tahu. Tetapi apa yang berlaku adalah blackmail.” Mahti juga ada memberi keterangan bagi Eskay dalam saman ahli perniagaan itu ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang didakwa melanggar perjanjian kontrak. Eskay sedang menyaman Merong Mahawangsa untuk RM20 juta yang didakwa hutang syarikat itu kepadanya kerana bantuan melobi pegawi kerajaan bagi mendapatkan projek 'jambatan bengkok'. MIC Perak: Jangan pedulikan cakap Nazri Dalam temubualnya baru-baru ini dengan akhbar harian berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau - Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mahu MIC untuk menyerah kesemua enam kerusi negeri di Perak yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa, BN mungkin kehilangan Perak jika MIC bertanding lagi di kawasan berkenaan. Veerasingam (kiri) menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Sokongan kaum India semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam pilihan raya kecil Tenang, Merlimau and Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Oleh itu, beliau menggesa semua ahli MIC supaya mengawal kemarahan mereka dan jangan memperdulikan kenyataan Nazri itu kerana ia bukan datang dari Zambry atau Najib. Pembalak: MB Pahang dan pembantu tipu saya RM300k Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan. Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno Pahang. Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee. Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar. Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja. Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak. AMK desak Rahim letak jawatan pengerusi Risda Desakan itu dibuat oleh ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin yang berhimpun bersama kira-kira 20 anggota AMK di pejabat Risda di Jalan Ampang petang ini. Ini kerana Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka itu bersalah terlibat dalam jenayah mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan bahan berunsur lucah. Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, kalau dahulu Rahim meletakkan jawatan kerana menjadi liabiliti kepada parti, dan sekarang Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka itu menjadi liabiliti kepada negara kerana melakukan jenayah dan mengaku mendedahkan pelakuan lucah. Menurutnya lagi, pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini berhubung pengakuan Rahim yang menjemput ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan didakwa cuba menawar sejumlah wang untuk melompat parti. Shamsul kemudiannya bersama tiga pemimpin AMK cuba untuk bertemu dengan pihak pengurusan Risda untuk menyatakan pendirian mereka dan menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan. Shamsul serta penyokongnya kemudiannya beredar dari situ sambil melaungkan beberapa kali "undur Rahim, "siasat Rahim" dan "komplot Jahat" beberapa kali. Sebelum itu, sebelum bergerak ke pejabat Risda di Ampang, kira-kira 40 anggota AMK berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur selepas solat Jumaat bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan Anwar. Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis. Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit, bersama beberapa sepanduk mendesak kerajaan berbuat demikian. Semalam, pemimpin PKR di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung penayangan video tersebut.
Semalam Rahim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dipanggil memberi keterangan di ibupejabat Bukit Aman berhubung video tersebut Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya' Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya. "Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari. Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar. Malah, Johari (kiri) mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 26 Mac 2011
JIKA DITELITI...ADAKAH MEREKA UTAMAKAN RAKYAT....ATAU PENTINGKAN PERIBADI...PERNIAGAAN ...KUASA SERTA KEKAYAAN...SEMUANYA TAK BOLEH BAWA MATI...
Malangnya rakyat, pemimpin macam serigala jaga kambing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan