Isnin, 24 Januari 2011

DIDUNIA NI PUTAR ...BELITLAH....AKHIRAT MEREKA NI TAK BOLEH LARI DAN CAKAP BERBELIT2 LAGI.....

Umno rosakkan demokrasi, Raja Berperlembagaan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 24 Jan: Persidangan Dun Selangor hari ini akan menulis semula sejarah berdasarkan fakta dan ilmu, kata Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

“Di mana anak bangsa kita khususnya rakyat Negeri Selangor akan diingatkan bahawa Umno yang merosakkan dan menjahanamkan institusi-institusi demokrasi termasuk sistem Raja Berperlembagaan dalam Negara Malaysia yang tercinta ini,” ujarnya semasa membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

Katanya, orang Melayu tidak mudah lupa dan rakyat Malaysia juga tidak mudah lupa tetapi yang mudah lupa hanyalah pemimpin-pemimpin Umno dan mereka ini sering menjadi mangsa propaganda yang mereka cipta untuk menipu rakyat.

Ini, tambahnya yang tertipu bukan rakyat tetapi mereka sendiri.

Justeru, beliau amat bimbang usaha-usaha Umno sekarang ini yang terdesak untuk menyemarakkan politik perkauman sempit yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

“Alhamdulillah, hari ini Dewan Negeri Selangor melakar sejarah apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 khususnya pada Perkara 52 (1) berkaitan dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri,” katanya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, usaha yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan prosedur untuk perlantikan itu seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri yang sama yang mana peruntukan itu telah dimansuhkan pada 1993 oleh makhluk perosak bernama Umno.

Menurutnya, usaha itu tidaklah mudah kerana pelbagai pihak yang menjadi alat dan perkakas Umno cuba memberikan penakrifan undang-undang mengikut selera dan nafsu serakah peimimpin Umno di Putrajaya bagi menghalang mesyuarat pada pagi ini.

Tambahnya, lihat sahaja kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar berhubung usaha Datuk Menteri Besar untuk kembali ke Dewan untuk memperbetulkan kerosakan sistem tatkala di tangan Umno.

Antara lain, ujarnya Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang.

“Beliau juga membuat tuduhan jahat bahawa pindaan ini bermaksud untuk memberikan kuasa kepada Datuk Menteri Besar dan bukan memberikan kuasa kepada Tuanku Sultan,” ujarnya.

Kenyataan itu, tambahnya timbul dari seorang watak yang buta sejarah dan jumud pemikirannya.

Ini mengingatkan beliau kepada puisi seorang budayawan Indonesia bernama Ehma Ainul yang berkata: Nasib malang golongan yang bernama rakyat, rakyat yang terlalu lama diperbodohkan tidak tahu apa itu kebodohan.

Di Selangor, katanya rakyat makin cerdas dan mendapat pencerahan.

Ahli Parlimen Gombak itu menambah, golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan, mereka tidak tahu apa itu kebodohan.

Katanya, Umno mencuba untuk memperbodohkan rakyat dengan menggunakan media arus perdana milik mereka sendiri tetapi rakyat dibebaskan dengan pengembangan internet dan media baru.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno yang tidak menurut arus perkembangan teknologi ini, diperbodohkan akibat terlalu lama hidup dalam kepompong mereka sendiri.

“Kita, rakyat Selangor bersyukur kerana Allah SWT telah mengurniakan seorang Raja yang berilmu, kompeten, bijaksana, adil dan menaungi rakyat Selangor.

“Saya sedia maklum bahawa Tuanku Sultan adalah seorang Raja yang mencintai buku. Kegemaran ini adalah cerminan kepada kecintaan Baginda terhadap tradisi ilmu dan budaya intelektual,” katanya.

Budaya itulah, katanya yang akan membawa Negeri Selangor lebih yakin untuk mendepani cabaran abad ke-21.

Menurutnya, rakyat Negeri Selangor tidak akan dapat melupakan perkenan Tuanku untuk menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat pagi ini selaras dengan kuasa dan tanggungjawab Tuanku yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tambahnya, mesyuarat pagi ini juga penting untuk anak bangsa memahami sejarah.

Beliau berkata, sejarah tidak boleh dipadamkan walaupun Umno sering menggunakan ‘profesor kangkung’ untuk memutarbelitkan sejarah.


PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak'
Abdul Rahim Sabri
Jan 24, 11
1:08pm


PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

NONESehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.

Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor Mazlan Aliman berkata beliau menghantar surat tawaran berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung isu berkaitan dengan Felda.

Surat tersebut akan diserahkan oleh naib presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Shamsul Bakri pagi esok, yang akan mewakili beliau.

Bagaimanapun masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian kepada pihak media.





Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan
Harakahdaily

LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.

"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.


Salahudin nafi PAS tafsir semula ayat al-Quran
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Pengarah pilihan raya PAS untuk PRK Tenang, Salahudin Ayub menafikan beliau pernah berkata, PAS mentafsirkan semula ayat-ayat al-Quran untuk membolehkan wanita bertanding dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau menggesa akhbar Berita Harian menarik balik laporan mengenainya sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar berkenaan di muka depannya hari ini.

"Saya tidak pernah kata mentafsirkan semula...apa yang saya kata adalah, PAS mengkaji semula pendekatannya berdasar waqi (suasana) semasa berdasarkan siasah syariah," kata Salehudin kepada Harakahdaily.

Berita Harian menyiarkan di muka depannya hari ini berita bertajuk "Pilih calon wanita: PAS tafsir semula ayat al-Quran".

Menurut Salahudin, PAS sememangnya sejak dari dahulu lagi meletakkan calon wanita dalam pilihan raya sebagaimana yang dilakukan di Parlimen Dungun apabila PAS meletakkan Khadijah Sidik bertanding di situ pada tahun 1960an dahulu.

Namun, PAS mengubahkan pendekatannya selepas itu dengan berhenti dari meletakkan calon wanita berdasarkan suasana semasa selepas itu yang tidak mengizinkan calon wanita diletakkan sebagai calon.

"Antaranya budaya samseng dalam pilihan raya dengan lahirnya Pemuda tahan Lasak Umno dan sebagainya.

"Namun selepas suasana sudah berubah, kita membenarkan wanita bertanding dalam pilihan raya semula. Tidak berbangkit soal PAS mentadfsirkan semula ayat al Quran," kata Salahudin.



Umno Kelantan bakal 'londeh' Umno Johor

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, tindakan Umno Kelantan mahu mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan kepada pengundi di Dun Tenang hanya akan 'melondehkan' Umno Johor sendiri.

Apatah lagi katanya, jika yang mahu diceritakan itu berhubung isu air, perparitan dan banjir yang juga turut akan menempelak pentadbiran kerajaan BN Johor.

"Johor jual air mentah dengan harga murah kepada Singapura, beli balik dengan harga mahal.

"Tak payah la nak bawa Umno Kelantan. Saya yakin Umno johor lebih tahu isu-isu ini," katanya sinis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mahu menghantar 20 'tenaga berpengalaman' menceritakan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan kepada pengundi Tenang.

Awang Adek semalam berkata antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat berkata, jika Umno Kelantan mahu membawa masalah banjir di Kelantan, Awang Adek juga dinasihat tidak lupa bahawa Johor juga pernah mengalami banjir besar pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007.

Berhubung dakwaan kepincangan dalam perlaksanaan program ladang rakyat pula, Kamarudin juga mahu Awang Adek sedar isu Johor Corporation (Jcorp) yang mengalami masalah kewangan serius sehingga diperkatakan semua pihak.

JCorp sebelum ini diteraju Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat tersebut.

Beberapa laporan mendakwa hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion yang mamu menyebabkan Johor Muflis.

"Sebelum nak dedah kegagalan Kelantan, selesaikan dulu masalah di Johor.

"Kita takut mereka nah dedah kepincangan Kelantan, tapi Kerajaan Umno Johor yang terlondeh," katanya sambil menggesa Awang Adek melupakan hasrat tersebut.



Bersalam: Soi Lek, Lian Hoe wajar mohon maaf
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) negeri Perak yang mempertikaikan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang berhubung isu bersalam.

Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh mendesak Pengerusi MCA negeri yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan, Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memohon maaf mengenai isu tersebut.

“DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Soi Lek juga pernah mengeluarkan kenyataan semasa Hari Raya Haji di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakan kedai-kedai perniagaan ditutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Manakala Lian Hoe terus mempertikai isu bersalam yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun negara sudah mencapai lebih 50 tahun merdeka.

Sehubungan itu, beliau mendesak Umno negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan Soi Lek dan Lian Hoe berhubung kenyataan mengenai bersalam itu.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu perlu memohon maaf seperti mana saranan Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Jika Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam tidak faham terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya,” katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan