Isnin, 20 Disember 2010

SEMUA NAK MEMERINTAH BAIK SAPE PUN...SEMUA MENGAKU HEBAT DAN PANDAI MEMERINTAH....JANGAN LUPA PULAK ALLAH LAGI MAHA HEBAT...

Guan Eng mahu saman Utusan lagi
Dis 20, 10 3:29pm


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.

NONESetiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan berkata akhbar milik Umno itu benyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan maulud nabi, probohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.

"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan," kata Cheong.

Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.

Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

NONE"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.


Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan
Abdul Rahim Sabri
Dis 20, 10
12:04pm


Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.

anti ppsmi rumah pena 100309 suhaizan kaiat"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Empat, lima calon

azlanMengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.

"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.

Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.

Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.

Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:

NONE"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.

"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat





Tiada nas larang non-Muslim jadi peguam syarie
Dr Juanda Jaya
Dis 20, 10
2:51pm


Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.

Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Jelasnya, dakwaan bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan mencapai keputusan sebulat suara dalam hal ini adalah tidak berlaku sama sekali.

Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature (pramatang).

Saya juga mahukan agar kertas ini dihalusi di peringkat fatwa negeri-negeri. Kertas yang disediakan oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Dalil yang digunakan adalah tidak tepat pada isunya.

Kertas Panel JAKIM itu hanya menumpukan tentang nas ayat-ayat walayah (kepimpinan) yang melarang Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali atau pembantu dan penolong dalam urusan mereka, sedangkan saya dan beberapa ahli lain berpandangan, hal ini berkaitan soal wakalah (perwakilan), bukannya urusan walayah (kepimpinan).

Isu perwakilan, bukan kepimpinan

Kalaulah ayat walayah (kepimpinan) digunakan dalam hal ini, maka akan berlaku kacau-bilau urusan kenegaraan di Malaysia. Pemikiran ala-Taliban dan ekstrim seperti ini tidak wajar wujud di Malaysia.

Akan timbul kelak persoalan, apakah sah lantikan para menteri bukan Islam bagi membantu menguruskan orang Islam, apakah sah para ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dilantik dari kalangan non-Muslim?

Sudah tentu kekecohan akan berlaku. Dan kekecohan ini akan bermula dengan perkara kecil seperti soal wakalah non-Muslim untuk menjadi peguam bagi urusan orang Islam.

Bahkan menurut pandangan Mazhab al-Syafie sendiri yang menjadi mazhab rasmi Malaysia, menerusi pandangan ulama dan kitab yang sentiasa menjadi rujukan ulama di Malaysia, al-Imam al-Sharbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan bahawa seorang lelaki Muslim boleh mewakilkan seorang kafir dalam urusan menceraikan isterinya yang Muslimah.

Hal yang sama turut disebut oleh para ulama lain seperti al-Dasuqi dari kalangan mazhab Maliki dan Ibnu Qudamah dari kalangan ulama mazhab Hanbali.

Ulama mazhab Hanafi lebih terbuka dalam hal ini. Inilah pandangan sebenar jumhur (majoriti) ulama dalam hal ini. Hanya mazhab Syiah yang tidak membenarkan.

Urusan wakalah guaman adalah termasuk urusan keduniaan sesama manusia. Sikap Islam dalam urusan sesama manusia adalah amat terbuka dan toleransi, kerana ia bukan soal akidah dan ibadah.

Undang-undang Mesir

Oleh itu, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa 'ammah Ahli al-'Ilm (keseluruhan ulama) menyatakan boleh dan sah orang kafir menjadi wakil orang Islam dalam urusan sesama manusia kecuali dalam beberapa masalah wasiat dan wakaf. Hal seperti ini yang sepatutnya diperincikan.

Undang-undang mahkamah di Mesir memberikan kebenaran kepada non-Muslim menjadi wakil mereka dalam urusan guaman di mahkamah.

Pasti juga para ulama al-Azhar di sana melihat nas dan pandangan ulama yang dinyatakan tadi demi kerukunan dalam hidup bernegara di antara Muslim dan non-Muslim.

Malaysia pernah digemparkan suatu ketika dahulu masalah perebutan jenazah yang dipertikaikan status keislamannya di Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil.

Muncul suara pada ketika itu membenarkan non-Muslim memfailkan di Mahkamah Syariah tuntutan mereka yang ingin mendapatkan jenazah saudara mereka yang didakwa sebagai masih kekal dalam agama asal mereka.

Kita menarik nafas lega dengan wujud sedikit keterbukaan mahu membenarkan non-Muslim menuntut keadilan bagi diri mereka di Mahkamah Syariah pada waktu itu. Keterbukaan seperti ini wajar dikembangkan.

Syariat Islam menawarkan keadilan kepada semua pihak. Inilah keindahan dakwah Islam yang menjanjikan rahmat untuk semua manusia dan ia bukan untuk dibolot oleh satu golongan sahaja.

Sangkaan timbul hasil prejudis

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Bukankah Ali bin Abu Talib RA pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang Yahudi?

Yahudi itu dibenarkan untuk membela dirinya di Mahkamah Islam pada waktu itu sehingga Ali bin Abu Talib RA kalah kepada Yahudi itu dalam soal tuntutan mereka.

Bukankah ini suatu bentuk guaman dan pembelaan diri bagi mendapatkan keadilan di mahkamah Islam yang memberikan hak kepada semua golongan?

Jelasnya, tidak ada nas yang sarih (jelas) lagi sahih melarang non-Muslim menjadi peguam syarie bagi mengendalikan urusan orang Islam dan bukan Islam di mahkamah Islam. Segala sangkaan dan anggapan akan berlaku kemudaratan adalah timbul hasil sikap prejudis dan mahu menindas golongan bukan Islam.

Anggapan boleh berlaku penghinaan kepada mahkamah dan non-Muslim tidak boleh dibicarakan adalah soal teknikal yang boleh diatasi dengan pindaan perundangan, atau diletakkan syarat dalam lesen guaman, atau penghakiman penghinaan itu dialihkan ke mahkamah lain yang boleh mengendalikannya.

Kalaulah sistem yang ada didapati boleh menafikan keadilan itu, maka rujuklah kepada Islam yang sebenar yang menawarkan keadilan untuk semua.

Islam tidak silap! Yang silap adalah penafsiran manusia yang tidak mahu faham dan tidak mahu berkongsi rahmat keadilan Allah SWT untuk semua manusia.



Dr Juanda Jaya ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Beliau juga merupakan felo pelawat di Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.





T'ganu: Peluang MB damaikan Umno negeri
Abdul Rahim Sabri
Dis 20, 10
5:21pm


Perubahan kepimpinan Umno Terengganu dilihat sebagai peluang terbaik untuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu, sekiranya jawatan timbalan ketua perhubungan negeri diisi oleh tokoh yang boleh diterima oleh puak-puak yang bertelagah sekarang.

kuala terengganu by election ahmad said visit media centre 080109 03Ahmad (kiri) kini merupakan timbalan ketua perhubungan negeri itu dan dijangka dilantik menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai ketua Umno Terengganu.

Terengganu adalah antara lima negeri yang akan bertukar pucuk pimpinannya sepertimana yang diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu perhimpunan agung Umno Oktober lalu.

Empat negeri lagi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor - semuanya di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Selepas pilihan raya umum 2008 - dalam usaha merampas semula negeri-negeri berkenaan - perdana menteri sendiri menerajui Umno Selangor dan timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik mengetui Umno Wilayah.

idris jusoh pc 250308 04Manakala tiga naib presiden Umno - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal - masing-masing dilantik menerajui Umno Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah.

Menurut sumber-sumber, jawatan timbalan ketua perhubungan Umno Terengganu perlu diisi oleh seorang tokoh yang boleh diterima kumpulan menteri besar dan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) - sebagai penghubung antara dua puak yang bertelagah itu.

"Cakap-cakap di kalangan akar umbi ialah jawatan timbalan ketua perhubungan Umno negeri akan diserahkan kepada exco kanan yang dilihat berpengalaman, iaitu Ahmad Razif Abd Rahman," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir memegang portfolio jawatankuasa pelajaran, pengajian tinggi, sains, teknologi dan sumber manusia.

Sumber-sumber itu berkata, Ahmad Razif dilihat berkemampuan untuk membantu menteri besar 'mententeramkan' gelora politik Umno negeri.

Satu lagi nama yang disebut-sebut mungkin dilantik sebagai timbalan ketua perhubungan negeri ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek yang merupakan ahli parlimen Kemaman dan menteri belia dan sukan.

"Sesiapa pun boleh (jadi timbalan pengerusi) tapi dia mesti dilihat menjadi pembantu kepada pengerusi.

"Kalau dia bagus, tapi 'tak ngam' dengan pengerusi, tak jadi juga... Kalau pemimpin (berada) di peringkat pusat, dia berada jauh, tak dapat membantu dalam (pentadbiran) negeri," kata sumber itu lagi.

Di Kedah, timbalan ketua perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka dilantik menggantikan Shafie manakala Datuk Mukhriz Mahathir dijangka mengisi tempat Ahmad Bashah.

mukhriz mahathir gaza fund 010208 seriousPemilihan Mukhriz - yang juga ahli parlimen Jerlun dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri - dilihat sebagai asas untuk menarik pengundi terutama sekali golongan muda.

Malah 14 daripada 15 Pemuda Umno bahagian di negeri itu mencalonkan beliau merebut jawatan ketua Pemuda Umno pusat, dalam pemilihan parti itu dua tahun lalu.

Selain Mukhriz, sumber-sumber Umno negeri itu berkata, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir juga dilihat berpeluang mengisi jawatan nombor dua itu.

Kedua-duanya adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, Umno negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pemimpin untuk memilih calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.

"Kami menerima sesiapa sahaja, asalkan mereka (bakal timbalan ketua perhubungan) dapat membantu ketua perhubungan.

"Fokus kita untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya menawan semula Kedah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini




PAS mahu 100 hari buktikan 'angan-angan'
Dis 20, 10 11:51am


Susulan konvensyen PKR yang berakhir semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 100 hari untuk membuktikan bahawa janji mereka bukanlah palsu atau angan-angan.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris (kiri) juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana konvensyen yang dianjurkan berjaya mencapai matlamat.

"Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCa dan GERAKAN.

"Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku (dalam konvensyen Pakatan)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan