Isnin, 20 Disember 2010

BARANG NAIK...SIKAYA TAK TERASA...BEGITU JUGA PERASUAH DAN PENERIMA...YANG MERANA SIMISKIN DAN SISEDERHANA....INILAH BAHANA

Isu air: Selangor runding secara profesional
Dis 18, 10 10:54pm


Rundingan antara Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan dilakukan secara profesional, telus dan beretika, walaupun syarikat air itu mengemukakan saman RM471 juta terhadap kerajaan negeri berkenaan.

khalid ibrahimMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor akan berusaha sedaya upaya untuk membela diri terhadap saman SYABAS, yang menuntut ganti rugi berikutan keputusan negeri itu tidak membenarkan tarif air dinaikkan.

Menurut satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan membiarkan kes mahkamah itu menjejaskan rundingannya dengan SYABAS pada masa akan datang.

"Kami sentiasa bersikap profesional serta telus pada masa lalu, dan akan terus berbuat demikian," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata beliau tidak pasti sama ada SYABAS boleh melakukan perkara yang sama kerana syarikat itu marah dan kecewa dengan keputusan Selangor tidak membenarkan tarif dinaikkan sehingga rundingan mengenai isu air itu selesai.




Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik
Dis 18, 10 10:05pm


Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno bertindak biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh, lapor TV Selangor.

pkr congress 281110 shamsul iskandarKatanya, Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid berkenaan.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid,... apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul, penganjur sepatutnya memaparkan sifat berkecuali natural dan tidak taksub atau ekstrem.

“Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan Tuanku dan Sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka,” katanya.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Umno sebelum ini seringkali menuduh Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka.


Barang naik: PAS edar risalah protes
Fadzly Esa
Dis 18, 10
8:02pm

PAS memulakan kempen memprotes kenaikan harga 4-dalam-1 dengan mengedar risalah kepada pengunjung gedung membeli-belah di ibu kota lewat petang ini.

Kempen berkenaan dijalankan oleh lebih 10 orang anggota pergerakan pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pembeli di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

pas handing out leaflets on price hikes 5Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.

Risalah berkenaan antara lainnya menyebut "rakyat bantah kerajaan BN kurangkan subsidi dan naikkan harga gas RM1.90 (naik 5 sen), gula RM2.10 (naik 5 sen), minyak ron 95 (naik 5 sen) dan minyak diesel RM 1.80 (naik 5 sen)."

Selain itu, ia turut membangkitkan kesan daripada peningkatan harga barang keperluan berkenaan.

"Apa kesannya? Harga teh tarik naik, tambang bas naik, khidmat kesihatan semakin mahal, yuran sekolah semakin tinggi," kandungan risalah itu dipetik.

Edar risalah lebih berkesan

Ketua penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman yang mengetuai program berkenaan berkata, pergerakan itu pada awalnya bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan berkenaan, tetapi kemudiannya memutuskan untuk menjalankan program mengedar risalah sahaja.

pas handing out leaflets on price hikes 2"Cukuplah sekadar kami mengedarkan risalah kerana impak lebih berkesan dapat (melalui) edar risalah dan menyebarkan maklumat terus kepada masyarakat berbanding demonstrasi," kata Fadhil lagi ketika ditemui di situ.

Tambahnya, program itu juga merupakan satu kejayaan apabila kira-kira 2,000 risalah berkenaan berjaya diedarkan dalam program berkenaan.

"Saya rasa kehadiran anggota polis ramai pada hari ini mungkin mereka fikir kita akan adakan demo agaknya. (Tapi) mereka tak ganggu kita edar risalah," katanya lagi dengan berseloroh.

Fadhil berkata demikian ketika mengulas kehadiran kira-kira lebih 10 orang anggota polis yang berkawal di luar perkarangan Kompleks Sogo sejak jam 4.15 petang lagi.

3 mahasiswa ditangkap

10 Disember lalu, tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di Putrajaya dengan memakai baju berwarna hitam sambil menjeritkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan