Ahad, 26 Disember 2010

SEGALA YANG BARU TIDAK KEKAL...SETIAP YANG BARU ADA TALIAN HAYAT....SAMPAI TEMPUH IA LUPUT ATAU TAK BERKUASA LAGI...

RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Dis: PAS mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah ataupun hanya akan memperlihatkan sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat.

Ketua Penenrangan PAS, Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS merasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan memerintah negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji tersebut hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas ini.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," ujarnya lagi.

Sambil menasihatkan Muhyiddin sabar dan tidak emosi, Idris juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga jelasnya tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya



Tambahan RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?
Dis 26, 10 11:34am


PAS hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah jika tidak mahu sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat terbongkar, lapor Harkahdaily.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharuKetua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, parti Islam itu berasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan Rakyat menerajui negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya.

azlanBeliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji berkenaan hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas itu.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

NONE"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," katanya.

Idris, sehubungan itu, menasihatkan Muhyiddin supaya sabar dan tidak emosi. Beliau juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga katanya, Muhyiddin tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

azlan"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya.




Banding: Mukhriz tidak berpijak di bumi nyata
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) melihat kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berhubung perbandingan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan BN adalah tidak relevan dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Pengerusinya, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz sewaktu berucap di hadapan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi menyatakan bahawa mahasiswa perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Mana mungkin kita mampu membuat perbandingan sebegitu rupa. Setiap negeri berbeza dari segi kekayaan sumber ekonomi, taraf hidup rakyat, malah dasar urus tadbir negeri dan sebagainya.

“Seumpama kita membanding antara Negeri Perlis dengan Negeri Selangor, atau antara Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Sabah atau Sarawak. Adakah perbandingan seperti ini adil?” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mahasiswa mahu pun rakyat lebih menilai bagaimana negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat kini berbanding Barisan Nasional sebelumnya.

Sebagai contoh di Selangor, katanya mahaisiswa sentiasa mengikuti setiap perkembangan yang berlaku, malah perkembangan terbaru yang menarik perhatian mahasiswa adalah berkenaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang didakwa ke mahkamah atas tuduhan rasuah awal bulan ini.

Selain itu, katanya kenyataan Mukriz bahawa kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang adalah tidak tepat.

Katanya, kenyataan tersebut merupakan sangkaan buruk yang ditabur kepada golongan mahasiswa yang dilihat tidak sealiran dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sehingga kini, ujarnya mahasiswa masih bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik baik dari BN atau PR.

Tambahnya, beberapa isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa seperti desakan agar dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), PTPTN, isu kenaikan harga barang, menghapuskan rasuah dalam urus tadbir negara dan banyak lagi perkara yang pernah disuarakan sebelum ini adalah suara dari mahasiswa sendiri.

Beliau menambah, mahasiswa memperjuangkan bukan hanya berkisar mengenai isu-isu kampus tetapi turut sama bersuara untuk hak rakyat dan demi kebaikan Malaysia.

“Namun, saya akui bahawa tidak mustahil selagi beberapa perkara yang dituntut dan diketengahkan oleh mahasiswa selama ini tidak diendahkan, selagi itu mahasiswa akan menjauhkan diri dari kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya



Umno: Hidup segan, mati tak mahu?
Dis 26, 10 10:32am


Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.

NONEUmno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.

Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.

Pinda perlembagaan

Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.

umno agm muhyiddin opening 191010Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.

Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.

Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.

NONEPemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.

Transformasi manusia tidak mudah

Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara.

azlanApapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal.

Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya.

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lalu. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

NONEWalaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan.

Tidak boleh selesa

Rumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain.

NONEApapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar.

young ulama join umno 250610 02Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara.

Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti.

Berkecai tulang

Apa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden.

NONESemua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno.

Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal.

NONEDalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang.

Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang, sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang.

Tarikh pilihan raya

Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'.

NONENajib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat.

Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013.

Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP.

Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP.

- Bernama





Tiada ulasan:

Catat Ulasan