Ahad, 26 Disember 2010

BERTINDAKLAH JIKA ITU BENAR2 MUNGKAR ATAU SESAT....TAPI BIAR MENYELURUH TERMASUK SESAT DAN MUNGKAR SEDIA ADA DAN BANYAK...JANGAN PEJAM MATA...

Amal Syiah di S'gor: Warga asing terkecuali
Fadzly Esa
Dis 24, 10
3:21pm


Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan ajaran tersebut selagi tidak menyebarkannya kepada rakyat Malaysia.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Rais Rasid berkata pengecualian itu, terutama kepada pelancong luar diberikan kerana amalan itu merupakan mazhab mereka di negara asal masing-masing.

"JAIS tidak bimbang tentang kehadiran pelancong luar seperti Iran dan sebagainya. Sebabnya mereka (datang) melancong bukan tujuannya untuk mengembangkan agamanya atau Syiah.

"Yang kita tak benarkan mengembangkan (Syiah) bukannya (melarang) pelancongan," katanya.

Rabu lalu, antara 128 pengikut Syiah yang ditahan - dipercayai antara terbesar - di sebuah rumah kedai di Batu Caves, terdapat juga sebilangan kecil warga asing terlibat sama.

Menurut sumber, dua daripadanya dua daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember lalu bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam, Mohamad Rais berkata walaupun kemungkinan berlakunya pengembangan ajaran itu sesama mereka, ia hanya melibatkan jumlah yang kecil dan terhad.

"Kalau mereka (pelancong) buat pengembangan ajaran agama bukan secara keseluruhannya mungkin satu atau dua orang sahaja," jelasnya.

Tiada kompromi

NONEMenurutnya, sekiranya mereka ingin beramal, JAIS tidak pernah menghalang mereka walaupun di negara ini sudah difatwakan sebagai ajaran sesat.

"Tetapi jika digunakan untuk amalan dia (Syiah) sendiri dan mahzabnya kita tidak pernah mencarinya (untuk menahan mereka)," katanya.

Mohamad Rais berkata, golongan pelajar dan ahli perniagaan asing berfahaman Syiah juga tertakluk kepada syarat yang sama.

Ditanya sama ada besar-besaran penganut Syiah di Gombak minggu lalu yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik dengan sesebuah negara, seperti Iran yang berfahaman Syiah, Mohamad Rais menafikannya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan ajaran itu, Mohamad Rais menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali berkompromi dengan ajaran sesat kerana ia menjejaskan akidah, menyebabkan perpecahan dan kemungkinan besar bakal memudaratkan negara.

Malah, katanya, rata-ratanya rakyat di negara ini tahu kalau individu itu taksub kepada sesuatu ajaran yang menyimpang.

"Sebagai contoh, Jemaah Islamiah (JI), Al-Maunah, Ayah Pin (kerajaan langit) ini semua daripada ajaran sesat sama ada di fatwa atau tidak apabila pemimpin dan pengikutnya sudah taksub mereka akan bertindak ganas," katanya.

Setakat ini, kata Mohamad Rais lagi, pihaknya dapat mengawal dan mengekang ajaran sesat daripada tersebar.

"Sehingga kini, di Selangor masih lagi terkawal dengan JAIS kerap melakukan pemantauan daripada penguatkuasaan serta melalui kakitangan pejabat agama di setiap daerah," katanya.


Larangan Logo 1Malaysia 'dibekukan', kata exco S'gor

Leven Woon Zheng Yang
Dis 25, 10
9:59pm


Exco perumahan dan kerajaan tempatan Selangor, Ronnie Liu meredakan kontroversi berhubung logo 1Malaysia yang digunakan dalam bahan pengiklanan, dengan menasihatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan larangan terhadapnya sehingga diberitahu kelak.

NONELiu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana
kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana satu yang dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan.

"Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut.

Tambahnya, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat exco akan datang sebaik sahaja Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.

NONE"Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan
penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya.

Liu bagaimanapun terkejut ketika diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telah menguatkuasakan larangan tersebut sejak Jun tahun ini.

"Setakat yang saya tahu, hanya Majlis Daerah Kuala Langat menurunkan beberapa papan iklan yang memaparkan logo 1Malaysia," katanya.

Liu bertegas bahawa Sabak Bernam tidak menguatkuasakan larangan terhadap logo 1Malaysia.

"(Bagi Sabak Bernam) Saya tidak berfikir ia telah menguatkuasakan (larangan tersebut), saya masih melihat banyak logo 1Malaysia di sana,"
katanya.


Janji 100 hari bila tadbir Pusat – Nik Aziz

Mohd Nor Yahya

PENGKALAN CHEPA, 25 Dis: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal atas tindakan sesetengah pihak mempertikaikan hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan program 100 hari jika ditakdirkan dapat menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.

Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dilaksanakan setelah dapat menawan kerajaan pusat bukannya untuk dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat masa kini.

“Dia orang ni tak faham atau takut dengan janji program 100 hari ni”ujar beliau ketika ditemui disidang media selepas merasmikan Majlis Kahwin Perdana bertempat di Pusat Tarbiah Negeri Kelantan(PUTIK) hari ini.

“Kita akan laksanakan bila Pakatan dapat memerintah Pusat, tunggulah dan janganlah pulak nak jadi gangster”kata beliau lagi
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin agar ia dilaksanakan terlebih dahulu di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masa kini.

Menyentuh mas kahwin yang terlampau tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, beliau amat sedih dan tidak bersetuju dan langkah kerajaan mengadakan program kahwin Perdana ini juga adalah untuk meringankan beban keluarga pengantin.

“Bagi diri saya dengan mengadakan seperti ini ia dapat menyelamatkan keluarga dari berlakunya pembaziran dan boleh meringankan beban rakyat negeri ini dan sebagai tanda gembira saya ingin mengadakan kenduri satu hari nanti bagi meraikan pasangan dari kalangan masyarakat Orang Asal yang berkahwin hari ini dan guna duit saya sendiri bukannya duit kerajaan,” katanya lagi.


Majlis Kahwin Perdana yang julung kalinya diadakan di Kelantan telah mendapat sambutan ribuan orang ramai, seramai 101 pasangan telah diijab kabulkan dan diketuai oleh Menteri Besar sendiri hari ini.


Dialog Sunnah-Syiah dan masa depan umat

Haris Zalkapli

Islam Syiah mendapat perhatian di Malaysia sejak lebih seminggu lalu apabila sebuah hauzah komuniti ini diserbu pihak penguasa sehingga menjadi tajuk berita utama di media tempatan dan antarabangsa.

Dalam perhatian media global, selepas pertempuran kerajaan Yaman dengan Syiah Zaidiyah dikenali Houthi di utara negara itu sejak 2009, kebangkitan Syiah di Bahrain sejak beberapa bulan lalu, dan perkembangan politik Iraq, kini Malaysia turut menjadi perhatian dalam isu hubungan Syiah-Sunnah global.

Dalam serbuan di Gombak, Selangor itu, seperti yang lazim di Malaysia, hampir semua media melaporkan sahaja dakwaan-dakwaan seperti menghalalkan pembunuhan pengikut Sunnah tanpa sebarang respons dan penjelasan tentang dakwaan-dakwaan ditimbulkan.

Dan seperti yang lazim juga, sebahagian media dalam wacana singkat mereka meletakkan Syiah sekali dalam kategori ajaran sesat, tanpa sebarang penjelasan tentang perbezaan Syiah dengan Sunnah atau aliran Syiah terbabit.

Media juga terus mengidentifikasi hauzah - yang sebenarnya ialah institusi pendidikan, seperti madrasah dalam dunia Sunnah - sebagai sebuah kumpulan, hampir sama seperti Jamaah Islamiyyah dan sebagainya.

Pendirian tidak konsisten pihak berkuasa dapat diperhatikan apabila nada mengancam keselamatan negara kerana antara lain menghalalkan darah bukan Syiah berubah kepada kenyataan tidak mengancam keselamatan negara oleh menteri dalam negeri dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia atas sebab berpotensi memecah-belahkan umat Muslim negara ini.

Hujah seperti ini biasa dikemukakan dalam debat isu Syiah di negara ini. Variasi daripada sesat hingga kepada tidak sesuai, atau lebih mudah menerima sahaja denominasi Sunnah Shafie biasa menjadi hujah mereka yang menolak Syiah.

Dalam banyak, dan mungkin sebahagian besar kes, debat sukar berjalan kerana kedua-dua Syiah dan Sunnah tidak bercakap dalam bahasa yang sama, yang satu sebabnya ialah perbezaan konsep-konsep kedua-dua aliran.

Konsep seperti Imamah atau kepimpinan umat seperti yang diwacanakan dengan mendalam oleh Syiah tidak merupakan sesuatu yang dibincangkan atau difahami Muslim Sunnah. Muslim Sunnah juga sering sukar menerima atau memahami konsep-konsep esoterik dan dasar-dasar falsafah amalan-amalan Syiah seperti sambutan Asyura, yang realitinya mempunyai pelbagai bentuk dan tahap di seluruh dunia Syiah.

Sebahagian besar Muslim Sunnah turut menyamakan semua golongan Syiah daripada Imamiyah 12 Imam kepada Zaidiyah dan Syiah ekstrem yang banyak di Pakistan dan India dalam satu kategori Syiah.

Amalan memukul badan sehingga berdarah (walaupun di beberapa tempat pewarna merah digunakan untuk memberikan efek berdarah tanpa melukakan badan) dianggap sebagai amalan semua aliran Syiah, dan keganasan yang berlaku di Iraq dan Pakistan terus dikaitkan dengan simplistik kepada berpunca daripada Muslim Syiah, tanpa melihat perkembangan tersebut dengan lebih mendalam, dan tanpa pengetahuan yang cukup dalam politik antarabangsa.

Begitu juga dengan amalan nikah mutaah dan waktu solat menurut tafsiran mazhab fiqh Jafari dalam Imamiyah 12 Imam. Nikah mutaah dilihat sebagai satu amala biasa yang diterima dengan mudah oleh semua pengikut Syiah walaupun hakikatnya penerimaannya tertakluk kepada pelbagai kondisi setempat.

Perbezaan waktu solat Syiah juga dengan mudah ditafsirkan sebagai pengikut Syiah bersolat jamak untuk setiap waktu, dan hal ini juga dijadikan asas pandangan - atau persepsi salah - bahawa amalan agama Syiah lebih mudah.

Hakikatnya, tafsiran waktu solat tersebut hanya satu tafsiran fiqh Jafari yang menjadikan ibadah solat lebih mudah, tetapi ibadah lain seperti puasa, haji dan doa-doa yang lebih panjang, jarang, sekiranya ada, diberi perhatian oleh Muslim Sunnah.

Dari sudut implikasi tempatan dan global, perkembangan di Malaysia mencetuskan isu hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Iran, dengan hubungan Kuala Lumpur dan Tehran kelihatan sedikit terjejas.

Episod ini juga menimbulkan kepentingan dialog antara Muslim yang kelihatan semakin kritikal ekoran perkembangan dunia Islam yang menyaksikan hubungan Syiah dengan Sunnah menjadi sentral di beberapa negara Islam seperti Iraq, Yaman, Arab Saudi, Bahrain dan kini Malaysia.

Perkembangan ini juga, yang menempatkan Syiah Imamiyah Malaysia di tengah-tengah dan menjadi perhatian menambahkan lagi isu-isu Syiah global yang dinilai sebagai kebangkitan.

Reaksi komuniti Syiah di Malaysia terhadap tindakan pihak berkuasa telah memunculkan mereka di tengah-tengah arus perdana masyarakat, dengan kesediaan berwacana dengan lebih terbuka komuniti ini seperti di negara-negara terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkembangan ini menguatkan lagi tesis tentang kebangkitan Syiah global seperti dikemukakan akademik Vali Nasr dalam bukunya The Shia Revival: How Conflicts Within Islam Will Shape the Future (2007), yang muncul semakin relevan dalam perkembangan dunia Islam pada masa kini.

Umat Muslim termasuk di Malaysia, wajar sekali mengambil kesempatan perkembangan global ini untuk menghalakannya ke arah yang positif, membawa manfaat untuk semua dan bukan menambahkan lagi isu-isu yang boleh membawa perpecahan


Puak gay makin berani

Mohd Rizal

Baru-baru ini kita semua dikejutkan di Youtube tentang pengakuan gay yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang begitu berani mengaku beliau adalah gay. Beliau juga mempersoalkan golongan ini juga perlu diberi hak sama rata seperti manusia biasa, padahal mereka telah lari dari fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah swt.

Yang paling penting adalah pemimpin-pemimpin perlu bertindak lebih serius dalam hal ini, kerana ia adalah satu ancaman tersembunyi yang bakal merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

Ulama-ulama dan juga pendita-pendita yang bukan Islam perlu berkerja sama dalam hal ini. Kerana isu ini sudah jadi penyakit yang semakin berleluasa dalam masyarakat di malaysia. Kerana jika dilihat dari sudut agama, tak kira apa agama yang ada dimalaysia ini. Sudah tentu tidak setuju dengan golongan ini. Tapi tidak dapat dipastikan jika ada jenis agama yang terima golongan ini secara menyeluruh. Adakah kita mahu golongan ini akan mengawal ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia kerana mereka datang dari golongan yang profesional, sumber kewangan mereka yang kukuh membuatkan golongan ini semakin tambah dari hari ke hari. Dan mungkin juga nanti keturunan kita sendiri bakal menjadi seperti golongan mereka ini jika masih lagi tidak dibenteras bersungguh-sungguh golongan gay ini.

Hari ini kita sudah lihat mereka semakin berani menentang dari sudut perasan hati mereka. Mungkin akan datang mereka semakin berani menentang dari sudut kekerasan. Kerana kita sebagai umat Islam perlu tahu sejarah dari kisah Nabi Luth a.s. Nabi Luth a.s. sukar membawa golongan ini kejalan yang benar, kerana golongan ini begitu angkuh dan sombong.

Namun sebagai umat Islam kita perlu berikhtiar dalam menyelesaikan permasalahan ini walaupun amat sukar. Namun setiap jihad yang dilakukan umat Islam pasti mendapat pahala yang setimpal dari setiap apa yg mereka kerjakan, Insya Allah.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan