Ahad, 19 Disember 2010

JADI SEMUA TENGOK...CUMA BAHAGIAN INI PALING TINGGI

Kakitangan syariah kerap layari web lucah



KUALA LUMPUR: Hasil pemantauan pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) ke atas penggunaan Internet di institusi kehakiman syariah mencatatkan antara rekod tertinggi dalam melayari laman web lucah.

Berdasarkan satu memo yang ditandatangani pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) baru-baru ini, beberapa agensi berkaitan institusi terbabit juga didapati kerap melayari blog berunsur lucah dan berbaur hasutan.


“Perkara ini amat mendukacitakan. Larangan melayari laman web dan blog berunsur lucah dan berbaur hasutan ini sudah pun dinyatakan dalam pekeliling kemajuan pentadbiran awam bilangan 1 tahun 2003 garis panduan mengenai tatacara penggunaan Internet dan mel elektronik di agensi kerajaan,” katanya.

Memo itu turut mengingatkan semua anggota agensi berkaitan dengan institusi terbabit supaya tidak melakukan aktiviti itu.


Antara petikan memo itu: “Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang didapati melayari atau cubaan untuk melayari laman web dan blog terbabit.” Melalui satu salinan transkrip, perkara berkaitan pekeliling itu pernah dibangkitkan seorang Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat pada 9 November lalu yang meminta penjelasan mengenainya.


Mengulas persoalan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, sungguh mengaibkan dan memalukan apabila institusi kehakiman syariah terpalit perkara seumpama itu. “Sepatutnya pihak yang menguatkuasakan undang-undang menghindari perkara seperti itu dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

“Apabila pihak yang melaksanakan undang-undang terpalit sama, ia akan melunturkan kepercayaan masyarakat kepada institusi mahkamah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan