Selasa, 30 November 2010

PERKARA NIAT ALLAH SAHAJA YANG TAHU...BEGITU JUGA YANG TERSIRAT...BANYAK KES YANG DIBIARKAN BEGITU SAHAJA...RAKYAT TAHU DAN ALLAH LAGILAH TAHU....

Kes Ling dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Nov 30, 10 9:26am


Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

ling liong sik in courtTimbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.

"Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

"Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah.”

NONEManoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.

Beliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.

Pada 29 Julai lalu, Ling, 67, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

azlanMengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Jenayah dan beliau juga diberi pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, akta yang sama.

Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.

"Saya mahu perbicaraan disegerakan,” katanya.













Resolusi S Alam utamakan kerjasama negeri Pakatan
Fadzly Esa
Nov 30, 10
1:10am


Pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Resolusi Persidangan Shah Alam itu dicapai setelah mengambil persetujuan semua ketua negeri yang dikuasai Pakatan -- Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.

khalid ibrahimSetiap ketua menteri dan menteri besar dari negeri berkenaan masing-masing membuat pembentangan kertas kerja meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran dalam persidangan berkenaan.

"Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman,” kata Khalid yang membacakan resolusi berkenaan.

Resolusi berkenaan menggariskan lima janji penting – antaranya untuk membentuk satu "pakatan ekonomi" di antara kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan dan mengurangkan amalan birokrasi dalam pentadbirannya.

Kerjasama exco negeri Pakatan

Dokumen itu antara lainnya turut menyentuh usaha memperkukuhkan permuafakatan antara pemimpin Pakatan serta mengkaji usahasama yang boleh dijalankan antara anggota exco kerajaannya.

Resolusi berkenaan juga menetapkan janji untuk memastikan persefahaman dan kelunakan hubungan antara pemimpin politiknya dengan pentadbiran negeri, kata Khalid lagi dalam persidangan di kompleks perumahan kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam, lewat malam semalam.

"Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat," katanya lagi dalam ucapan perasmiannya itu.

Persidangan berkenaan merupakan yang kedua seumpamanya yang diadakan melibatkan ketua-ketua kerajaan Pakatan. Persidangan pertama telah diadakan di Mentalun Kedah pada 18 Januari tahun lalu.




Nik Aziz: Umno punca masalah di Malaysia
Nov 29, 10 12:37pm


Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz 4Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

NONENik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.

Kenal siapa kawan, siapa lawan

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'.

NONEMenurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.

“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri.” Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” katanya.

khalid ibrahim selangor mb pc 310708 04Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” katanya.

Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” katanya.

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.

azizan abdul razak lim kit siang kedah dap issue pc 080709 08Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizan (kanan, bersongkok), ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” katanya.



Kes gambar Nurin diselesai luar mahkamah
Nov 29, 10 6:50pm


Pihak-pihak yang terlibat dalam saman cuai yang dikemukakan oleh Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin yang mati dibunuh, terhadap polis dan kerajaan, hari ini bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

nurin jazlin jazimin kidnapped murdered child 210907 funeralHakim Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwal hari ini merekodkan penyelesaian itu dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Siti Natasha Basheer Hassan yang mewakili Jazimin, dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bagi defendan.

Sebelum ini, kedua-dua pihak melalui proses mediasi bagi menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Zureen Elina memberitahu pemberita bahawa plaintif telah menarik balik saman terhadap keempat-empat defendan tanpa kebenaran memfailkannya semula, dan tidak ada perintah mengenai kos.

Ditanya mengenai terma penyelesaian, beliau berkata ia tidak boleh didedahkan.

Jazimin, 35, seorang pekerja di sebuah syarikat keselamatan, menyaman ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan kerajaan Malaysia yang didakwa cuai sehingga menyebabkan gambar bedah siasat anaknya disebarkan di Internet.

Pada 29 Jan lalu, Jazimin dibenar memasukkan nama Lans Koperal Amran Arifin sebagai defendan kelima selepas pernyataan pembelaan defendan lain menunjukkan beliau yang mengedarkan gambar itu.

nurin parents 200907 jazimin abdul jalil norazian bistamanPada 22 Julai lalu, Jazimin memperoleh penghakiman engkar terhadap Amran kerana gagal memfailkan notis kehadiran selepas saman diserahkan kepadanya pada 18 Mei lalu.

Menerusi saman yang difailkan 21 Ogos 2008, Jazimin menuntut ganti rugi dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah kerana mendakwa gambar tersebut bukan untuk tatapan umum tetapi untuk siasatan kes anaknya.

Nurin Jazlin, 8, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.

- Bernama


Kes saman fitnah: 'Tiada niat jahat ke atas MB S'gor'
Nov 29, 10 4:13pm



Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung siasatan kes dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid.

Beliau berkata kenyataannya yang didakwa memfitnah itu diucapkan secara suci hati dan tanpa mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi atau imej Abdul Khalid.

NONEAhmad Said berkata kenyataan itu dibuatnya ketika menjawab soalan media pada satu sidang akhbar pada 20 Feb 2009 berhubung perkembangan hasil siasatan SPRM ke atas aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor itu.

Ahmad Said berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab pernyataan tuntutan dalam kes saman fitnah yang difailkan Abdul Khalid kepadanya, SPRM dan kerajaan berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya itu terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid.

Dalam pernyataan yang difailkan pada 31 Julai tahun lepas, yang diperoleh media hari ini, Ahmad Said berkata kenyataan itu dibuat atas kapasitinya sebagai ketua SPRM dan juga tanggungjawabnya di sisi undang-undang dan tanggungjawab moralnya untuk memaklumkan perkembangan hasil siasatan kes itu kepada masyarakat umum.

Beliau berkata secara alternatifnya, kenyataan itu dibuat dalam keadaan perlindungan bersyarat.

khalid ibrahimAbdul Khalid dalam writ samannya mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Said mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu adalah berunsur fitnah.

Beliau memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi khas dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Beliau tidak menyatakan amaun yang dipohon.

Ahmad Said membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said, yang telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendah-rendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi.

Abdul Khalid, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ijok, mendakwa SPRM bertindak di luar bidang kuasa mereka, telah secara efektif merampas kuasa dan fungsi Peguam Negara.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan 26 Jan depan bagi pengurusan kes saman itu selepas kes disebut didengar di hadapannya hari ini.

Peguam Wan Anuar Shadat Mohamed Amin hadir mewakili Abdul Khalid manakala peguam kanan persekutuan Habibah Harun mewakili Ahmad Said.

- Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan