Sabtu, 30 Oktober 2010

PAYAH JUGA NAK MENENTU HUKUM...JIKA NIAT RASUAH JADI RASUAH YANG NYATA...JIKA SEBAGAI IMBUHAN BELANJA MINYAK DAN TAMBANG SERTA LAIN2...MUNGKIN HARUS..

PAS janji bayar kos RM250 pada pengundi luar
Salhan K Ahmad
Okt 30, 10
11:32am


PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Pengarah jentera PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

"Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir di sidang media itu ialah penasihat jenteranya Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman


TAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI NYA...JANGAN TERSASAR TUJUAN...SEBAGAI PARTI ISLAM KENA BERHATI2...BUKAN TAKUT FITNAH MANUSIA...TAPI TAKUT KEMURKAAN ALLAH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan