Selasa, 28 September 2010

YANG PENTING SEMUA PARTI SAH DALAM UNDANG2 NEGARA...TEGUR MENEGUR DGN CARATERANGAN@MAKI HAMUN SEMUANYA TERLIBAT...ALLAH JUA YANG SIAPA YANG BENAR..

Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa
Sep 28, 10 6:58pm

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Menulis dalam blognya, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperli PERKASA dengan berkata, tindakan itu lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

"Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat," jelasnya.

Beliau juga menimbulkan kembali tentang kuota universiti yang diubah pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri supaya lebih bersemangat meritokrasi.

"Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan PERKASA?" katanya mempersoalkan tindakan penasihat PERKASA itu.

Dalam tulisan bagi menjelaskan kegusarannya tentang perjuangan PERKASA dan kedudukan istimewa orang Melayu itu, Nurul Izzah mengambil peluang membela dirinya setelah digelar "pengkhianat", "tidak matang" dan "buta sejarah" dalam isu peruntukan kedudukan istimewa Melayu.

'Saya hanya mahu bincang pelaksanaan'

"Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh PERKASA tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

"Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan," kata puteri sulung ketua pembangkang itu.

"Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PERKASA dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Dalam tulisan itu juga, Nurul Izzah turut membangkitkan beberapa perkara, antaranya:

(1) Bagaimana dasar kuota dalam perkhidmatan awam selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

(2) Adakah ini liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi bertentangan dengan perlembagaan dan memberi kesan kepada "hak Melayu"?

(3) Kenapa soal perlembagaan tidak dibangkitkan ketika Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan?

(4) Adakah memperuntukkan pegangan minimum 30 peratus ekuiti bumiputrea akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu; sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar?



Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
Salhan K Ahmad
Sep 28, 10
4:02pm


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.



Royalti: Salah tetap angka doa
Fathul Bari Mat Jahya
Sep 28, 10
11:22am


Baru-baru ini saya dihubungi oleh salah satu media alternatif bertanyakan komen saya tentang “Misi Munajat Royalti Rakyat” yang dicadangkan oleh salah seorang exco kerajaan Kelantan.

Sebelum memberi sebarang komentar, saya suka menyeru pembaca kembali meneliti dasar permasalahannya yang berkaitan tuntutan hak, peruntukan perlembagaan dan ketaatan kepada pemerintah.

Bagi kerajaan Malaysia, Akta Petroleum 1974 hendaklah dibaca bersekali dengan Ordinan Darurat dalam menafsirkan mengenai isu royalti minyak.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut, sedangkan telaga minyak di Kelantan terletak 150 batu nautika dari perairan.

Manakala bagi kerajaan Kelantan royalti minyak adalah hak mereka. Mereka juga mendakwa bahawa Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada 1979.

Jika diteliti pelantar minyak negeri Terengganu yang terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan hanya terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan/Teluk Siam tidak menerima bayaran royalti.

Soalnya siapa yang benar? Siapa yang berhak?

Dalam kondisi sekarang saya berpendapat kerajaan negeri Kelantan telah menggunakan saluran yang betul untuk menuntut hak mereka iaitu mahkamah.

Maka usahlah kita membuat sebarang tuduhan rambang kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Kelantan sementara menunggu keputusan mahkamah.

Secara umumnya, menjadi satu kewajipan kepada mana-mana pemerintah Muslim di atas muka bumi menunaikan hak rakyatnya. Sabda Nabi SAW: “Mana-mana pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya adalah neraka.” (Riwayat Ahmad).

Banyak alternatif berdepan kezaliman

Begitu juga bagi hakim yang bertanggungjawab, hendaklah mengadili apa jua kes dengan seadilnya.

Sabda Nabi SAW: “Seorang hakim akan masuk syurga dan dua orang hakim akan masuk neraka. Hakim yang masuk ke syurga adalah hakim yang mengetahui kebenaran dan melaksanakannya, maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengetahui kebenaran tetapi mengenepikan kebenaran dengan sengaja maka dia masuk neraka, dan hakim yang memutuskan hukuman tanpa ilmu juga masuk neraka.” (riwayat al-Hakim)

Kedua-dua pihak di atas perlu takut kepada doa orang yang dizalimi.

Sabda Nabi SAW: “Tiga golongan yang amat mustajab doanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir dan doa bapa kepada anaknya.” (riwayat Ahmad)

Manakala rakyat tetap perlu memberikan ketaatan walau berhadapan dengan kezaliman. Apatah lagi jika kezaliman itu hanyalah tuduhan yang masih kesamaran.

Sabda Nabi SAW: “Seburuk-buruk pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu benci dan laknat mereka dan mereka benci dan laknat kamu. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bolehkah kami menentang mereka? Tidak, selama mana mereka mendirikan solat.” (riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW lagi: “Akan datang selepasku, pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnah-sunnahku. Bersama-sama mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan dan bertubuh badankan insan. Hudzaifah bin al-Yaman bertanya: Apa yang perlu aku lakukan ketika itu? Sabda Nabi SAW: Kamu perlu dengar dan taat, walau mereka memukul belakangmu dan mengambil harta bendamu.” (Riwayat Muslim)

Persoalannya, adakah rakyat perlu berdiam diri dengan kezaliman yang berlaku? Sebenarnya banyak alternatif yang disediakan oleh Allah dan Rasul sekiranya berhadapan dengan kezaliman, antaranya menasihati pemerintah, berdoa, sabar dan berhijrah.

Pada hari ini, kebanyakan nasihat kepada pemerintah tidak melalui saluran yang betul menyebabkan yang diberi nasihat sukar menerima ekoran kredibilitinya telah tercalar.

Manakala yang memberi nasihat dilihat berbangga kerana nasihatnya kepada pemerintah diketahui umum. Hairan, apakah matlamat sebenarnya? Adakah dia ingin menjadi wira kerana perkataannya dipuji dan pemerintah dicaci? Atau dia ingin memberi tekanan kepada pemerintah agar berubah?

Pemimpin dicaci, dimaki di klalayak

Jika seorang bapa sukar menerima teguran si anak ke atasnya di khalayak ramai, maka bagaimana seorang pemimpin yang tinggi kedudukannya tiba-tiba ditempelak, dicaci, disindir, dimaki dan diumpat di khalayak ramai akan menerima teguran tersebut?

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)

Nabi SAW juga berpesan: “Janganlah kamu mencela pemerintahmu, mendustakan dan memarahi mereka. Sebaliknya bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya ketetapan Allah itu dekat.” (Riwayat Ibnu Abi 'Ashim).

Jika Fir'aun yang terkenal dengan kezalimannya tetap dinasihati dengan lemah lembut oleh Musa, maka bagaimana sikap kita pada hari ini? Selain memaki hamun pemerintah, bahkan ada sebahagian dari mereka sanggup menamakan pemerintah sebagai “Fir'aun” dan melukis wajah-wajah pemerintah dengan lukisan yang penuh sindiran dan penghinaan.

Lisan dan tangan seperti seperti inilah yang dimurkai Allah bahkan dicela oleh Rasul SAW.

Sedang Nabi SAW menyatakan: “Muslim yang terbaik adalah Muslim yang menjaga lisan dan tangannya dari menyakiti muslim yang lain. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Di samping menasihati dan bersabar menantikan perubahan, kita dituntut mendoakan kebaikan untuk pemerintah.

Al-Imam Abu Muhammad al-Barbahari (wafat 329H) berkata: “Apabila kamu melihat orang mendoakan keburukan bagi pemerintah, ketahuilah dia adalah pengikut hawa nafsu, dan sekiranya kamu melihat orang mendoakan kebaikan untuk pemerintah, ketahuilah bahawa dia adalah ahlus-sunnah, insya-Allah.” (Syarh al-Sunnah, oleh al-Barbahari, ms 51)

Al-Imam Fudhail bin 'Iyadh (wafat 187H) berkata: “Sekiranya aku diberi satu doa yang mustajab, nescaya aku akan mendoakannya untuk kebaikan pemerintah. Beliau ditanya mengapa? Katanya: Aku tidak bersedih jika aku tidak menjadikannya untuk diriku. Sebaliknya apabila aku jadikan doa tersebut untuk pemerintah; kebaikan pemerintah membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.” (Lihat Hilyah al-Auliyaak, oleh Abu Nu'iam al-Ashfahaani, 8/91)

Lajnah Tetap untuk Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi ketika ditanya, adakah harus mendoakan keburukan bagi pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah?

Tatacara doa

Lajnah menjawab: “Hendaklah kamu mendoakan agar dia mendapat hidayah dan petunjuk. Juga doakan agar Allah menjadikan di tangannya kebaikan untuk rakyat, seterusnya berhukum dengan hukum Allah.” (Fatwa no: 6361)

Bagaimana pula dengan isu Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat - yang menganggarkan RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok ke Mekah untuk bermunajat selama 40 hari dan 40 waktu - berhubung isu kes tuntutan royalti minyak?

Secara dasarnya, dalam berdoa, Islam menitikberatkan beberapa perkara; tujuan doa, orang yang berdoa, masa berdoa, tempat berdoa, apa yang didoakan, dan tatacara berdoa.

Saya yakin bahawa kerajaan negeri Kelantan mungkin telah meneliti perkara-perkara tersebut.

Pemilihan ulama dan tok guru pondok adalah satu pilihan yang baik jika bertepatan dengan ciri-ciri ulama sejati sebagaimana digambarkan oleh Nabi SAW: “Ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, sebaliknya para nabi mewariskan ilmu.” (Riwayat Abu Daud).

Maka ulama sebenar adalah yang mewarisi ilmu sebagaimana ilmu yang disampaikan oleh Nabi SAW. Jika bercanggahan dengan petunjuk Nabi SAW, maka gelaran tersebut tidak layak digunapakai seperti gelaran “Datuk” bagi perosak bangsa dan agama.

Sebenarnya soal gelaran tidak menjadi isu dasar sebaliknya hakikat bagi penggunaan gelaran tersebut yang perlu dititikberatkan. Penguasaan ilmu dan amal perlu dijadikan sebagai kayu pembeza antara ulama, juhalaak (orang yang jahil) dan mubtadi (ahli bidaah)”.

Al-Syaikh Dr Bakr Abu Zaid menyatakan bahawa salah satu kaedah penting dalam berdoa adalah membezakan antara doa yang ditetapkan keadaan, masa dan tempatnya menurut Al-Quran dan Al-Sunnah dengan doa yang mutlak tanpa sebarang penetapan.

Kata beliau: “Setiap zikir yang atau doa yang terikat dengan cara berdoa, masa dan tempat tertentu hendaklah didatangkan sepertimana ianya diriwayatkan dalam Al-Quran atau Hadis tanpa dikurangi, ditambah atau ditukarkan.”

Contohnya, doa istisqa (minta hujan) Nabi SAW mengangkat kedua belah tangan Baginda, maka kita tidak dibenarkan melepaskan tangan kerana telah ditetapkan caranya oleh Nabi SAW. Doa keluar tandas umpamanya iaitu ghufraanak, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai doa makan kerana telah ditetapkan masa dan tempatnya.

RM400 ribu lebih baik untuk program ilmiah

Kata al-Syaikh lagi: “Manakala bagi doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah tetapi tidak ditentukan cara berdoa, masa dan tempatnya; maka kita tidak dibenarkan sesuka hati menetapkan cara, masa dan tempatnya sebaliknya hendaklah dibiarkan mutlak tanpa keterikatan.”

Sebagai contoh; kadang kala kita doa sambil mengangkat tangan, kadang kala melepaskan tangan. Adapun menetapkan satu kemestian untuk mengangkat tangan setiap kali berdoa tidaklah menepati petunjuk Nabi SAW kerana Nabi SAW tidak menetapkan salah satu dari keduanya, sebaliknya diriwayatkan kedua-dua perbuatan tersebut dari Nabi SAW.

Beliau berkata lagi: “Merupakan satu keharusan berdoa dengan doa yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis tetapi bersyarat; antaranya tidak boleh dikhususkan cara, masa dan tempatnya.” (lihat Tashih al-Doa, oleh Dr. Bakr Abu Zaid, ms 42-43).

Perlu dijelaskan erti menetapkan adalah “mengkhususkan”, sehingga terjadi sangkaan bahawa penetapan tersebut adalah lebih baik dan yang tidak ditetapkan adalah sebaliknya.

Oleh itu, adakah penetapan angka 40 orang itu menepati Al-Quran dan Al-Sunnah. Bagaimana pula dengan 40 waktu dan 40 hari?

Menurut pandangan saya perbuatan menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul SAW. Sekiranya rakyat Kelantan merasakan mereka benar-benar dizalimi kerana hak mereka dirampas; doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Maka cadangan saya, RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program-program ilmiah seperti mengingatkan masyarakat tentang pentingnya akidah, memperkenalkan sunnah dan bahaya bidaah. Bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama. Alangkah baiknya jika RM400 ribu dikumpulkan untuk tujuan pembiayaan melahirkan ulama.

Cadangan ini bersifat umum dan merangkumi kerajaan Malaysia sekali gus. Kerana apabila masyarakat memahami akidah, mengenali sunnah dan meninggalkan bidaah, pertolongan Allah pasti tiba.

Sabda Nabi SAW: “Allah tidak akan menerima taubat pelaku bidaah selama mana mereka tidak meninggalkan bid'ahnya.” (riwayat al-Thobrani). Jika dosa tidak diampunkan, mana mungkin datang pertolongan Allah. Keamanan pada hari ini hanyalah bersifat ujian dalam menentukan siapakah yang tetap beriman.

Sebaliknya, jika kerajaan Kelantan tetap merasakan keperluan ke Mekah untuk berdoa, maka usahlah menetapkan angka, masa dan cara tertentu. Selain itu, berdoalah untuk keamanan negara ini dan kebaikan kerajaan Malaysia agar urusan pentadbiran dapat berjalan dengan adil dan saksama di samping hak-hak rakyat ditunaikan.

Bagi kerajaan Malaysia, kalian juga perlu berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran. Di samping tangani isu ini dengan berhemah lagi berhikmah. Jaga lisan dan tangan dari sebarang kemungkaran. Usah dicontohi idealogi kepembangkangan yang mana kebaikan sering dilihat sebagai keburukan.


Fathul Bari Mat Jahya merupakan pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU ). Graduan hadis daripada Universiti Islam Madinah dan Universiti Yarmouk Jordan itu kini sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang yang sama di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau kini bertugas sebagai penasihat agama di Institut Jantung Negara.




Kito straight to the point, tulisan Ostad Fathul Bari di link ni http://www.malaysiakini.com/columns/143792 ado yg den setuju, ado yg den tak setuju. 1] Doa orang yang dizalimi itu mustajab, jadi tak perlu lah nak ke Mokah kalau bertujuan semato2 nak be...rdoa. Duit RM 400k itu eloklah dibagi an kek den, Haziq, Afri, Pablo, Imran, peruz dan anaz buek belanjo nikah kawin. 10% dari 400k pun jadi la. Bro DAP dgn Ridzuan Ariffin kalau nak menambah bini tak perlu dibantu. Buek menghabih an boreh. Yg dapek biasiswa Saudi mcm muiz lagi la tak payah. Ha Ha Ha.

Bro edyes apo hal bisik2 lak ni. Hihihi :p 2] Tetibo Ostad UMNO ni kluar hadis “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan.

Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)” Den bukan ostad tapi den boleh fikir. Pertamo den nak tahu sapo audien yg mendengar sabda nabi ketika itu? Orang dari Yaman? Orang dari Iraq? Keduo den nak tahu tahun bilo nabi mengeluarkan hadis tu? Nabi bilo bercakap, dio akan tengok audiens tu. Dan ostad UMNO kito kluarkan hadis ni semato2 nak pertahankan PM Malaysia.

Itu shj. Amik hadis lepas tu ditafsirkan out of context. Pemimpin mcm mano yg nabi maksudkan dalam hadis tu? Itu yg menjadi persoalan utamo den. Masalah sekarang pemimpin Malaysia ini sbnrnya rakyat Msia samo macam kito yg dipilih melalui demokrasi. Sapo dapek undi terbanyak dari rakyat, dio lah yg monang. Dalam demokrasi, rakyat adalah tuan. Rakyat itu sendiri yg memilih pemimpin dari kalangan mereka. Ringkas cite, Menteri2 dan Yb2 ini adalah rakyat yg menawarkan diri nak jadi pemimpin. Time PRU diorng ni merayu2 nak jadi hamba rakyat. Rakyat setuju diorg jd hamba dgn mengundi mereka. Rakyat sememangnya tuan krn mengundi mereka yg mahu jd hamba.

Apsal tuan nak beradab(nak kono main tarik tangan) pulak menegur hamba. Jgn jadi bodoh bai. Gaji diorg pun rakyat bayar. Nak beradab lagi? Kalau pemimpin yg dimaksudkan oleh ostad UMNO ini adolah Yang Dipertuan Agong dan Sultan di negeri2 Melayu, den boleh setuju sedikit. Tapi kalau menafsirkan hadis di atas hanya semato2 untuk pemimpin UMNO, pigi jalan daa. 3] Pelik kenapo Ostad UMNO ini tidak menggunakan hadis yang samo kpd TG Nik Aziz? Bai, ekau ingat TGNA ni kutu mcm den ko. Mangkuk. TGNA adolah MB negeri Kelantan. Kelantan adalah negeri, bukan wilayah Malaysia. Tanah kepunyaan Malaysia adolah KL, Labuan dan Putrajaya. Kelantan sebenarnya Negara yg bersetuju masuk persekutuan Malaysia. Bilo Kelantan masuk federal, Malaysia kito panggil Negara dan Kelantan kito panggil negeri. Itu je bezo dio. Macam tu jugak dgn negeri2 lain. Ia sebenarnya adalah Negara krn ia mempunyai Sultan dan undang2 dan enekmennya tersendiri. Ini bukan wilayah atau province mcm kek Arab Saudi atau China yg boleh dikontrol oleh pusat sesuko hati. Jadi sebelum nak menulis artikel menghantam Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, pandang kiri kanan dulu. Hadis yg ekau pakai tu terpakai jugak utk TGNA jika ia ditafsirkan ikut metod kepalo otak kau. Den nasihatkan ekau baco artikel “Pantang ditanya terus berfatwa” kek link ni http://www.malaysiakini.com/columns/140685 .

Namo penulis ey samo mcm ekau lak. Muko dio pun samo mcm ekau. Heran jugak den. 4] Orang yg paling faham nabi sudah tentulah para sahabatnya. Tapi yang paling faham nabi sudah tentu la Saidina Abu Bakar. Semasa Saidina Abu Bakar dilantik jadi pemimpin selepas kewafatan nabi, Saidina Abu Bakar tak pulak mengulang hadis nabi seperti yg dinyatakan oleh ostad UMNO kt artikel tu, “Hey org Madinah, jiko den terzalim sano sini mako korang jgn malukan den dgn teguran kamu, kalau nak togo jugak korang tarik tangan den ke tepi jgn bagi org nmpk seperti yg ponah disabdakan oleh baginda nabi yg bermaksud “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut ….”. Saidina Abu Bakar tak cakap mcm tu pun malah ia berkata “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya.

Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Sesungguhnya, Saidina Abu Bakar adolah pemimpin paling demokratik yg prnh dirakam oleh sejarah. Sepatutnya kito amik kata2 ini sbg intipati perjuangan. Saidina Abu Bakar sebut jgn taat pado dio kalau dio derhaka pado Allah. Mcm mano seorg ostad yg menggelarkan dirinya sbg Ulama’ mudo boleh terus taat kpd pemimpin parti pemerintah yg dah 50 tahun derhaka kpd Allah dan rasul. Pelik den. 4] Alang-alang kau dah menyebut pasal bid’ah dlm artikel kau kek Mkini, den pun tak tahu apo definasi bid’ah tu sobab den bukan ostad. Tapi yg den tahu bid’ah yg paling SIAL sekali ialah mengiklankan judi nombor ekor di Suratkhabar Utusan Malaysia/Kosmo kepunyaan UMNO. Bilo nak setel ni bai. Den dah cabar kau melalui Ostad Fadlan kek sini http://www.facebook.com/photo.php?pid=516834&l=ce5b289c8f&id=100000105053006 Korang masuk UMNO bermatlamat nak betulkan UMNO dari dalam. Betul apekebendenya kalau masalah iklan no. judi yg kecil pun korang tak boleh nak setel. Bukan den suruh korang runtuhkan Casino kek Genting Highland.

Kalau kojo mudah pun korang tak boleh setel baik duduk dendiam dari mengkritik pihak lain. Boleh jago tepi kain orang tapi kain kau sendiri korak rabak. Malu la sikit. Nanti apo kato org kampong bai. * Seperti biaso, org pertamo den tag gambar ini ialah co-worker ostad Fathul Bari iaitu Ostad Fadlan




Tuntut Suruhanjaya Diraja, jika berani, cabar PAS
Joseph Sipalan
Sep 28, 10
1:50pm


Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli sepatutnya menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh sayrikat pesawat negara itu, jika beliau tiada apa untuk disembunyikan, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jika beliau berpendapat bahawa dakwaan ke atasnya berhubung kerugian itu yang dipersalahkan ke atas adalah tidak benar dan beliau tidak terlibat, saya cabarnya membuat kenyataan rasmi menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan namanya.”


Salahuddin sehubungan itu, menggesa pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Salahuddin yang juga mengganggotai jawatankuasa khas SPRM itu berikutan tindakan SPRM merujuk aduan eksklusif MAS kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK), Bukit Aman.

Beliua juga mahu pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid supaya membuka kertas siasatan di bawah kuasa parlimen berhubung skandal MAS itu.

Salahuddin berkata Suruhanjaya Diraja diperlukan dalam kes ini kerana ia membabitkan tiga organisasi berprofail tinggi - Jabatan Penyiasatan Jenayah Perdagangan polis (CCID), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MAS



'MSC sudah jadi hantu raya pada BN'
Sep 28, 10 1:50pm

PAS berpendapat kecanggihan teknologi internet yang dibawa Koridor Super Multimedia (MSC) seolah-olah sudah menjadi "hantu raya" kepada kerajaan BN apabila parti itu kini didakwa fobia pada pelbagai perkara.

"Sekarang program yang diuar-uarkan oleh kerajaan BN seperti MSC sudah menjadi hantu raya kepada kerajaan BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet," kata ketua penerangannya Idris Ahmad (kiri).

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 23 September lalu supaya orang ramai jangan terpengaruh dengan 'dakyah' terbaru pembangkang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran CD dan memuat naik bahan itu ke laman Youtube.

Setiausaha Agung Umno itu dilaporkan berkata, CD bertajuk Malaysian4Change itu antaranya mengandungi pelbagai dakwaan mengatakan kerajaan bersikap tidak adil kepada rakyat negara ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris menganggap kenyataan itu sebagai "kenyatan yang ketinggalan zaman" dan menggambarkan seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu.

Beliau juga berkata, sudah "menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang maklumat yang benar sampai kepada rakyat".

"Kerajaan BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah," kata Idris lagi.

"Kerajaan BN sekarang mengalami serangan penyakit fobia kartun , fobia ceramah, fobia kuliah, fobia risalah, fobia Youtube. Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka."

Menurut Idris juga, kini terdapat persepsi negatif terhadap media arus perdana sehingga "berita benar pun rakyat kata tipu"



Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS
Sep 28, 10 12:58pm

PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum.

Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

"Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris (kiri) beranalogi.

"Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggalkan dulu menjadi pendokong kerajaan judi."

Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini mendakwa pemberian wang ehsan sebanyak RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Bagaimanapun, ketua menterinya Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, malah setiausaha politiknya Ng Wei Aik dilaporkan membuat laporan terhadap penulis blog yang mula-mula menimbulkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyatan hari ini, Idris juga menyifatkan Umno dan judi seolah-olah kembar Siam apabila bantahan ulama yang membantah loteri kebajikan sebelum ini tidak dipedulikan.

Bagaimanapun, tambahnya, "sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan".

Ketua peneranagn parti Islam itu bagaimanapun berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malah pada 1990 apabila mula memerintah Kelantan, tiada lagi premis dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian.

"Tindakan ini dibuat apabila (menteri besar)Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Buddha, judi adalah (turut) haram di sisi agama mereka," katanya




Wang haram di P Pinang: Halal untuk orang miskin?
Hamizul Abdul Hamid
Sep 28, 10
10:02am


"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.

Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).

Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.

Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: “Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum”

- Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Mal, MAIS




Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram
Sep 27, 10 2:34pm

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.

Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi





Azhar: Lim tipu, guna wang judi bayar warga emas
susan Loone
Sep 27, 10
1:36pm


Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.

Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.

ADUN Penaga itu merujuk kepada pendedahan oleh Reezal Merican di Kepala Batas di mana beliau mengemukakan surat yang dialamatkan kepada pengarah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai itu ditandatangani oleh setiausaha sulit Lim, - Farida Hani M Yacob yang mengesahkan sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri.

Menurut Azhar, beliau menerima surat berkenaan daripada sumber yang tidak diketahui di Kuala Lumpur dan memilih mendedahkannya kerana isu berkenaan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam.

"Ini gaya dia (Lim); pada mulanya dia akan menafikannya, tetapi apabila kita tunjukkan bukti, dia kemudian akan mengakuinya,” kata Azhar kepada Malaysiakini.

"Ingat lagi, Lim juga membuat kecoh dia tidak diberikan kerusi VIP pada majlis di Penang Hill tahun lalu?" soalnya.

"Tetapi apabila gambar menunjukkan dia duduk di kerusi VIP, dia persalahkan media pula,” kata Azhar dengan sinis.

Lim dibidas oleh Umno kerana baru-baru ini mengakui bahawa dana kerajaan yang diperolehi dari sumber perjudian ada digunakan bagi membantu golongan miskin di Pulau Pinang.

Tetapi beliau memberi jaminan wang itu hanya disalurkan kepada golongan bukan Islam yang miskin.

"Kita tidak tahupun wang berkenaan datang dari perjudian lumba kuda. Saya tidak tahu kerana kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi.

"Hanya kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen berkenaan, jadi mengapa tidak tanya mereka,” kata Lim pada ucapannya di karnival sukan di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, seorang penulis blog memuat-naikkan sebuah artikel di Pisau.net mendakwa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai penghargaan kepada golongan itu datangnya dari sumber judi.

Lim berkali-kali menafikan dakwaan itu, manakala setiausaha politiknya yang juga ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"RM100 untuk warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri yang ini yang tidak mengamalkan rasuah mampu memberi wang kepada rakyatnya,” Lim dilaporkan berkata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan