Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos: Kerajaan Terengganu perlu memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya terhadap kilang anak syarikat kerajaan negeri yang retak dan mengancam nyawa pekerja. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kilang Top IT Industries Sdn Bhd di Gong Badak yang bernilai RM12 juta dan mula beroperasi pada 2008 mengalami keretakan yang membahayakan para pekerja. “Apa yang menyedihkan dari laporan audit, kilang ini hingga kini tidak mendapat CF dan beroperasi dalam keadaan amat merbahaya kepada pekerja-pekerjanya seramai 67 orang,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Menurutnya, para pekerja telah mengadu kepadanya secara rahsia tentang bahaya bekerja di situ kerana berlaku keretakan-keretakan yang boleh nampak jelas dari luar. Katanya, bahagian dinding kilang yang dihitamkan merupakan keretakan-keretakan yang kekal yang cuba ditutup. Tambahnya, Jabatan Audit Terengganu telah membuat audit dan memaklumkan tentang keretakan-keretakan yang berlaku itu merupakan keretakan yang kekal serta boleh memberikan impak yang besar kepada pekerja-pekerja jika berlaku keruntuhan. “Jadi, mereka amat bimbang tentang apa yang ada sekarang ini. Dan jika hari hujan atau ribut akan berlaku juga kebocoran air masuk ke dalam dan atap kilang ini juga bergoyang jika berlaku tiupan angin, hujan dan ribut. Jadi mereka bimbang akan berlaku keruntuhan kepada bangunan ini,” ujarnya kepada media semasa meninjau kilang yang mengeluarkan e-book itu, semalam. Bertepatan dengan laporan jabatan audit negeri, beliau mendapati keretakan itu merupakan kerosakan yang kekal dan memerlukan kepada pemeriksaan rapi. Beliau menggesa kerajaan negeri bertindak segera untuk membuat pemeriksaan rapi dengan merujuk kepada laporan audit. “Bangunan kilang ini sendiri belum mendapat Sijil Akuan Kelayakan Menduduk Bangunan (SAKMB). Kriteria keselamatan bangunan hendaklah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bangunan yang siap hendaklah mendapat SAKMB. Jadi penemuan auditnya, pelan bangunannya tidak diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat. “Jadi, apa yang berlaku sekarang ini amat membahayakan nyawa 67 orang pekerja di kilang Top IT Industries Sdn. Bhd ini dan kebimbangan mereka ini mereka salurkan kepada kami,” ujarnya. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 27 Ogos 2010
TERENGGANU DENGAN CERITA BANGUNAN2NYA
Kilang RM12 juta retak, ancam nyawa pekerja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan