Nasruddin Mahmud |
KOTA BHARU, 27 Ogos: Qaryah Ramadhan terus dikunjungi oleh tokoh terkenal yang menambah seri dan kemeriahan perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke-IV. Malam tadi, Qaryah Ramadhan menerima Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini, imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar yang mempunyai enam orang imam. Beliau telah diberi penghormatan mengimamkan solat Isyak hampir 3 ribu jemaah yang memenuhi Qaryah Ramadhan di samping mengijazahkan sanad bacaan surah al-Fatihah kepada seluruh jemaah. Hadir sama ialah Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi, finalis program realiti Imam Muda terbitan sebuah stesen televisyen. Beliau dijemput oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menjayakan program bersama remaja iaitu program Sepetang Di Ambang Iftor yang diadakan pada sebelah petang di pentas Qaryah Ramadhan. Selepas dua salam solat tarawih, beliau telah memberi tazkirah yang antara lain menyentuh tentang permasalahan umat pada hari ini yang terlalu mengejar dunia sehingga melupakan persediaan untuk menuju ke akhirat. Program di Qaryah Ramadhan malam tadi berakhir dengan persembahan bacaan Qiraatul Quran: 7 Bacaan oleh pelajar-pelajar dari Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Pulai Chondong. Turut hadir, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan dan Datuk Ahmad Mahmud, Yang Dipertua MPKB-BRI. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 27 Ogos 2010
MENARIK TU
Imam Masjid al-Azhar kunjungi Qaryah Ramadhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan