Sabtu, 28 Ogos 2010

BAHAYA....FB MUNGKIN YANG LAIN2....BERHATI2LAH...

Kutuk kesultanan Melayu

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

2010/08/28

JOHOR BAHRU: Selepas isu menyamar menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, kecoh di laman sosial facebook, wujud pula penjenayah siber terbaru apabila ada individu mengambil kesempatan menggunakan laman sama mengutuk institusi kesultanan Melayu dan Kerajaan Malaysia.

Berselindung di sebalik nama sultan yang setan, individu yang memperkenalkan diri sebagai Khairul Nizam Abd Ghani itu bagaimanapun tidak menggunakan gambar sendiri, sebaliknya menyalahgunakan koleksi gambar seorang wanita pemilik laman facebook.


Dalam kejadian terbaru, seorang pelajar kolej terkejut sebaik dimaklumkan tunangnya bahawa gambar profil facebook miliknya disalah guna individu tidak bertanggungjawab.


Lebih malang, setiap pesanan yang ditinggalkan dalam laman terbabit memberi gambaran buruk, seolah-olah dia yang menjadi dalang di sebalik kerja mengutuk dan menghina golongan kerabat diraja.


Menurut mangsa, Norhidayu Ahmad Radzuan, 21, dia tidak menyangka tindakannya mendaftar sebagai pengguna Facebook tanpa tetapan privasi mampu mengundang pelbagai risiko besar.


“Saya mula mendaftar di laman Facebook sejak setahun lalu, tapi tidak pernah menghadapi sebarang masalah hingga dimaklumkan tunang bahawa gambar profil saya digunakan individu tidak bertanggungjawab.


“Pada awalnya, tunang ada menghantar mesej ‘kenapa menggunakan gambar tunang aku’ ke laman individu terbabit, namun dibuang begitu saja,” katanya.


Menurutnya, individu terbabit banyak meninggalkan pesanan menghina dan mengutuk sultan di seluruh negara.


“Berikutan bimbang wujudnya salah faham, saya tampil membuat laporan polis di Balai Seri Alam bersama beberapa bukti yang dicetak dari laman Facebook milik individu terbabit.


“Apa yang pasti, bukan saya seorang saja yang menjadi mangsa, malah individu berkenaan turut menggunakan gambar beberapa wanita lain, dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.


Semakan dilakukan Harian Metro turut mendapati laman berkenaan wujud dan dakwaan itu benar

Individu terbabit dipercayai sengaja menggunakan kaedah provokasi untuk menarik perhatian lebih ramai pengguna facebook berikutan yakin maklumat dirinya sukar dikesan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan