Selasa, 9 Mac 2010

KISAH BUANG ANAK DILUAR NEGERI

Polis cuai punca bayi dibuang depan masjid mati



2010/03/09

SHELTON: Seorang bayi dibiarkan kesejukan selama 80 minit di tangga masjid selepas ia ditemui pegawai polis, semalam.

Pada mulanya, bayi lelaki itu disangka mati sehinggalah polis terbabit menyedari dia masih bernafas ketika anggota forensik menyiasat tempat kejadian.


Sumber berkata, bayi malang itu dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya menghembus nafas terakhirnya sejam kemudian.


Menurut saksi, kawasan itu ditutup kepada orang awam dan sebuah khemah putih dinaikkan apabila polis tiba kira-kira jam 10.30 pagi.


Apabila ambulans membawa bayi itu ke hospital, polis Staffordshire menyatakan, ‘mayat’ itu ditemui di kawasan Masjid Makki, Stoke-on-Trent.


Beberapa minit kemudian, pihak berkuasa membetulkan kenyataan itu dengan mendakwa, ‘seorang bayi’ ditemui dan dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

Dia akhirnya disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti North Staffordshire pada jam 12.30 tengah hari.


Difahamkan, di sisi bayi itu ditemui sekeping nota bertulis: “Tolong kebumikan dia” bersama wang RM50.


Suruhanjaya Bebas Aduan Polis kini menyiasat bagaimana anggota keselamatan tidak menyedari bayi itu masih hidup ketika ia mula-mula ditemui. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan